Tahun lepas 9 orang ahli pesisir telah hadiri bengkel pemantapan karya dan
sehingga sekarang masih belum mantap lagi kerana tiada susulan terhadap
bengkel pemantapan tersebut.

Sebahagian peserta ketika itu kelihatan tidak mampu mantap kerana tidak
sempat mengirimkan apa yang diperlukan dalam proses pemantapan tersebut
termasuklah saya sekali. Sebahagian yang lain telah kirimkan bahan yang
diperlukan.

Tapi bengkel itu menjadi sesuatu yang sangat berguna dalam penghasilan karya.





Ediramle.





Saya menyokong seratus peratus apa yang bakal diadakan. Harap semuanya
jadi kenyataan. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Kita boleh berbincang
melalui egroup untuk mereka yg tinggal di luar kelantan.

Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
  Bengkel Pemantapan Karya - diharap pesisir ambil perhatian seterusnya
 dapat melaksanakannya perkara ini kerana dengan cara ini merupakan antara
 pilihan untuk mewujudkan karya bermutu dan boleh di ketengahkan.

 Menghasilkan karya besar  adalah sasaran yang perlu untuk penulis
pesisir.

 -Beberapa perkara yang perlu dilaksanakan pesisir.

 1. Kumpul semula ahli pesisir .
 2. Adakan Bengkel Pemantapan karya.
 3. Cari sumber kewangan.
 4. Buat antologi baru.
 5. Perjumpaan langsung dengan pihak penerbit & editor.
 6. Penulis Pesisir Menulis dan terus menulis.
 7. cari ahli-ahli baru.
 8. Wujudkan group teater.
 9. Wujudkan kumpulan kebudayaan dan kesenian.
 10. Perkasakan Bahasa Melayu.

 dan banyak perkara lagi yang boleh dirancang dan dilaksanakan.

 Edi

 Assalamualaikum,

 Sdr Azli. jangan lupa daftarkan nama kawe sekali untuk Hari Sastera XIV.
 Rasanya maklumat kawe dah ada dengan demo.
 - Asmui Mustapa

 ----- Mesej Asal ----
 Daripada: azle abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
 Kepada: [email protected]
 Dihantar: Khamis, 18 Oktober, 2007 8:19:21
 Subjek: [Pesisir] hari sastera xiv

 hari sastera xiv di kuantan minggu depan... dah dekat.. ada tak peserta
 dari pesisir yang hadir? kalau ada baguslah.

 saya juga cadangkan supaya pesisir menganjurkan bengkel pemantapan karya,
 iaitu bagaimana sesebuah karya itu menjadi hebat, agung, terkenal.
setakat
 menghasilkan banyak karya sahaja tidak memberikan apa-apa sumbangan besar
 kepada dunia sastera. barangkali juga sukar karya kita itu diperkatakan
 oleh para pengkritik.

 oleh itu, pesisir mesti melakukan sesuatu yang boleh meletkkan karya ahli
 pesisir setaraf dengan karya penulis besar yang kain. memang perkara ini
 agak sukar, tetapi bukan mustahil.

 dalam pesisir banyak bakat-bakat besar yang boleh diangkat dan
dijulang...

 azli...





 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


Ediramle Ismail

Kirim email ke