Perjumpaan antara ahli veteran dan ahli baru PESISIR penuh dengan nolstalgia. 
terlalu pantas waktu itu berlangsung meninggalkan memori paling manis untuk 
dikenang hingga ke akhir hayat. Terlalu sibuk tuntutan kekeluargaan dicuti 
diadulfiri, sehingga tiadakesempatan untuk menjengahh lama rakan-rakan penulis. 
Kepada Sdr Hashim Latif menyusun jari sepuluh kerana gagal mengotakan janji 
untuk menziarahimu tempoh hari tetapi tunggu janji hari itu  akan ku 
tunaikan,akan dipos ke rumahmu.

hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]> wrote:          comel bengkel pemantapan 
karya tu.  kawe setuju.  cuba rujuk ketua 1 dan 2.  tentu mereka ada idea.  
inilah masanya untuk kita lakukan lonjakkan berganda penulis PESISIR.   

idea sdr. azli ada benarnya.  tulis sedikit tapi orang kenal.  tulis banyak 
orang tak kenal.  apa pun baik tulis banyak daripada tulis sedikit, biarpun 
orang tak kenal. (pendapat kawe)  kalau orang kenal lagi baik. 

apa pun yang baik tetap baik.  kawe akan tetap menulis meskipun orang tak 
kenal.  kenal, tapi kalau karya tidak dibaca oleh semua golongan, tak ada 
maknanya.  baiklah orang tak kenal, tapi karya kita dibaca oleh semua golongan 
baik nelayan di laut, penarik beca, buruh hingga ke angkasawan.

 Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:      Bengkel Pemantapan Karya - 
diharap pesisir ambil perhatian seterusnya
dapat melaksanakannya perkara ini kerana dengan cara ini merupakan antara
pilihan untuk mewujudkan karya bermutu dan boleh di ketengahkan.

Menghasilkan karya besar adalah sasaran yang perlu untuk penulis pesisir.

-Beberapa perkara yang perlu dilaksanakan pesisir.

1. Kumpul semula ahli pesisir .
2. Adakan Bengkel Pemantapan karya.
3. Cari sumber kewangan.
4. Buat antologi baru.
5. Perjumpaan langsung dengan pihak penerbit & editor.
6. Penulis Pesisir Menulis dan terus menulis.
7. cari ahli-ahli baru.
8. Wujudkan group teater.
9. Wujudkan kumpulan kebudayaan dan kesenian.
10. Perkasakan Bahasa Melayu.

dan banyak perkara lagi yang boleh dirancang dan dilaksanakan.

Edi

Assalamualaikum,

Sdr Azli. jangan lupa daftarkan nama kawe sekali untuk Hari Sastera XIV.
Rasanya maklumat kawe dah ada dengan demo.
- Asmui Mustapa

----- Mesej Asal ----
Daripada: azle abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
Kepada: [email protected]
Dihantar: Khamis, 18 Oktober, 2007 8:19:21
Subjek: [Pesisir] hari sastera xiv

hari sastera xiv di kuantan minggu depan... dah dekat.. ada tak peserta
dari pesisir yang hadir? kalau ada baguslah.

saya juga cadangkan supaya pesisir menganjurkan bengkel pemantapan karya,
iaitu bagaimana sesebuah karya itu menjadi hebat, agung, terkenal. setakat
menghasilkan banyak karya sahaja tidak memberikan apa-apa sumbangan besar
kepada dunia sastera. barangkali juga sukar karya kita itu diperkatakan
oleh para pengkritik.

oleh itu, pesisir mesti melakukan sesuatu yang boleh meletkkan karya ahli
pesisir setaraf dengan karya penulis besar yang kain. memang perkara ini
agak sukar, tetapi bukan mustahil.

dalam pesisir banyak bakat-bakat besar yang boleh diangkat dan dijulang...

azli...




  __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

                         

       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke