Waalaikumussalam w.b.t Sebenarnya bermutu @ mantap terpulanglah kepada pemahaman kita, lagi pun dengan antara ciri-ciri bahasa yang salah satunya menetapkan bahawa cirinya yang sewenang-wenang itu sudah pun menujukkan satu pengertian. Cuma tinggal lagi dari sudut manakah pembicaraan klasifikasi ilmu itu hendak dilihat atau diselidiki. Jika dalam konteks semantiknya maka kita harus melihat makna perkataan tersebut dari sudut konotasi dan denotasinya. Kalau hanya makna luaran lain pula maksudnya. Begitu juga jika dilihat dari sudut makna dalaman atau apa yang dimaksudkan dengan 'innate language' (bahasa dalaman). Jadi agak sukar untuk membicarakan tentang istilah dalam ruang sembang yang agak terhad ini. Apa yang pasti ialah rasanya semua sedia maklum tentang apa yang dimaksudkan dengan karya yang mantap @ bermutu mau pun penulis yang mantap @ bermutu. Yang menjadi persoalan dan permasalahannya ialah semua orang akan beranggapan dan mengatakan bahawa karya mereka adalah karya yang bermutu, sedangkan nilai (mutu) yang sepatutnya perlulah ada satu paiwaian. Piawaian tersebut pula perlulah ada sandaran dan faktanya dan diterima pula sebagai sesuatu yang telah dipersetujui berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Soal menerima anugerah atau tidak itu bukan persoalannya begitu juga halnya dengan novel-novel popular, perlu dibicarakan dalam konteksnya.
To: [EMAIL PROTECTED]: [EMAIL PROTECTED]: Sun, 21 Oct 2007 17:53:31 -0700Subject: RE: [Pesisir] hari sastera xiv Assalamualaikum...Kenapa menggunakan perkataan 'mantap'. Kenapa tak guanakan istilah bermutu. Definasi bermutu pula selalunya berbeza bagi individu yang menilai. Ada karya yg baik tetapi tidak dinilai sebagai baik, tetapi dinilai terbaik sehingga mendapat anugerah oleh penilai lain pula. Bagaimana pula dengan novel2 popular yang hangat di pasaran dan dianggap kurang bermutu?Muhammad Saiful Haq Hussin <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Pendefinisian tentang perkataan mantap atau yang seumpamanya perlulah difahami dam dihayati, kemudian kriteria pemantapan itu seharusnya digarispaduankan dengan ciri-ciri yang telah dipersetujui melalui piawaian yang telah ditetapkan, bukan hanya melihat dari sudut yang kita fahami semata-mata. Apa yang lebih penting ialah pemantapan itu mestilah menerima atau memenuhi ciri-ciri yang membolehkannya dikategorikan kedalam apa yang dikatakan mantap sama ada mantap dari sudut karyanya maupun mantap dari segi hasil karyanya. To: [EMAIL PROTECTED]: [EMAIL PROTECTED]: [EMAIL PROTECTED]: Fri, 19 Oct 2007 16:23:23 +0800Subject: Re: [Pesisir] hari sastera xiv pemantapan karya akan bermula dari pembinaan sesebuah karya. mantap atautidak menjadi satu perdebatan yang tidak dapat diadili dengan objektiftetapi lebih secara subjektif mengikut citarasa dan bidang kemahiranseseorang penilai diadun bersama kehendak sesebuah agensi atau badan yangmenganjurkan sesuatu sayembara> comel bengkel pemantapan karya tu. kawe setuju. cuba rujuk ketua 1 dan> 2. tentu mereka ada idea. inilah masanya untuk kita lakukan lonjakkan> berganda penulis PESISIR.>> idea sdr. azli ada benarnya. tulis sedikit tapi orang kenal. tulis> banyak orang tak kenal. apa pun baik tulis banyak daripada tulis sedikit,> biarpun orang tak kenal. (pendapat kawe) kalau orang kenal lagi baik.>> apa pun yang baik tetap baik. kawe akan tetap menulis meskipun orang tak> kenal. kenal, tapi kalau karya tidak dibaca oleh semua golongan, tak ada> maknanya. baiklah orang tak kenal, tapi karya kita dibaca oleh semua> golongan baik nelayan di laut, penarik beca, buruh hingga ke angkasawan.>> Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:> Bengkel Pemantapan Karya - diharap pesisir ambil perhatian seterusnya> dapat melaksanakannya perkara ini kerana dengan cara ini merupakan antara> pilihan untuk mewujudkan karya bermutu dan boleh di ketengahkan.>> Menghasilkan karya besar adalah sasaran yang perlu untuk penulis> pesisir.>> -Beberapa perkara yang perlu dilaksanakan pesisir.>> 1. Kumpul semula ahli pesisir .> 2. Adakan Bengkel Pemantapan karya.> 3. Cari sumber kewangan.> 4. Buat antologi baru.> 5. Perjumpaan langsung dengan pihak penerbit & editor.> 6. Penulis Pesisir Menulis dan terus menulis.> 7. cari ahli-ahli baru.> 8. Wujudkan group teater.> 9. Wujudkan kumpulan kebudayaan dan kesenian.> 10. Perkasakan Bahasa Melayu.>> dan banyak perkara lagi yang boleh dirancang dan dilaksanakan.>> Edi>> Assalamualaikum,>> Sdr Azli. jangan lupa daftarkan nama kawe sekali untuk Hari Sastera XIV.> Rasanya maklumat kawe dah ada dengan demo.> - Asmui Mustapa>> ----- Mesej Asal ----> Daripada: azle abdullah <[EMAIL PROTECTED]>> Kepada: [email protected]> Dihantar: Khamis, 18 Oktober, 2007 8:19:21> Subjek: [Pesisir] hari sastera xiv>> hari sastera xiv di kuantan minggu depan... dah dekat.. ada tak peserta> dari pesisir yang hadir? kalau ada baguslah.>> saya juga cadangkan supaya pesisir menganjurkan bengkel pemantapan karya,> iaitu bagaimana sesebuah karya itu menjadi hebat, agung, terkenal.> setakat> menghasilkan banyak karya sahaja tidak memberikan apa-apa sumbangan besar> kepada dunia sastera. barangkali juga sukar karya kita itu diperkatakan> oleh para pengkritik.>> oleh itu, pesisir mesti melakukan sesuatu yang boleh meletkkan karya ahli> pesisir setaraf dengan karya penulis besar yang kain. memang perkara ini> agak sukar, tetapi bukan mustahil.>> dalam pesisir banyak bakat-bakat besar yang boleh diangkat dan> dijulang...>> azli...>>>>>> __________________________________________________> Do You Yahoo!?> Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around> http://mail.yahoo.com Get your free suite of Windows Live services! Windows Live __________________________________________________Do You Yahoo!?Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com _________________________________________________________________ Get your free suite of Windows Live services! http://www.get.live.com/wl/all
