Pakdo hanya sekadar meluahkan rasa hati pakdo saja.







>   Kemandulan Minda mungkin juga ada berhubung kait sedikit sebanyak dengan
> pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
>
> Bagi pakdo, kalu dikembalikan semula pengajaran Sains dan matamatik dalam
> bahasa Melayu , pakdo setuju 1000 Peratus 1,000%.
>
> Kalu teruskan dalam bahasa Ingeriss pakdo sorang la, pakdo tak setuju
> sejak hari pertama lagi sampai sekarang.
>
> Bahasa Pakdo semakin semakin kurus dan kian mengurus mengering dan nasib
> bahasa pakdo menjadi semakin lemah dan longlailah .
>
> pakdo
>
> ....................................
>
> Berita di bawah pakdo petik
>
> daripada Akhbar Utusan Malaysia 27 November 2007
>
> DBP alami kemandulan minda
>
> KUALA LUMPUR 26 Nov. – Seorang ahli Parlimen menyifatkan Jawatankuasa
> Istilah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengalami kemandulan minda apabila
> gagal mewujudkan istilah-istilah baru bagi memperkasa bahasa Melayu.
>
> Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kawasan Gerik, Datuk Dr. Wan Hashim
> Wan Teh (gambar) berkata, berbanding para sarjana terdahulu, jawatankuasa
> berkenaan tidak mahu membuat penyelidikan bagi mencari istilah-istilah
> baru untuk mengatasi penggunaan bahasa rojak akibat terlampau meminjam
> istilah bahasa Inggeris.
>
> Sedangkan, kata beliau yang juga Pengerusi Institut Terjemahan Negara,
> para sarjana terdahulu begitu bersungguh-sungguh memperkasa bahasa Melayu
> dan sanggup menjelajah sehingga ke Sabah, Sarawak dan Indonesia
> semata-mata untuk mencari istilah-istilah baru.
>
> Katanya, ketiadaan istilah baru menyaksikan istilah bahasa Inggeris
> seperti bajet, snek dan konsultansi dimelayukan tanpa batasan, sedangkan
> kamus Dewan terbitan DBP sendiri ada menyediakan perkataan yang sesuai dan
>
> ia perlu dijadikan rujukan rasmi.
>
> ''Saya rasa jawatankuasa istilah ini telah mengalami kemandulan minda,
> tidak mahu membuat penyelidikan seperti sarjana-sarjana terdahulu mencari
> istilah. Sekarang ini istilah dalam bahasa Melayu tangkap muat sahaja.
> Saya berharap ia dihentikan," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan
> mengenai penggunaan istilah bahasa Inggeris kepada Setiausaha Parlimen
> Kementerian Pelajaran, P. Komala Devi di Dewan Rakyat hari ini.
>
> Sementara itu, Komala berkata, bahasa merupakan sesuatu yang dinamik dan
> tidak statik di mana ia akan berubah dan masyarakat pula akan meminjam
> istilah tertentu dari bahasa lain.
>
> Dalam konteks ini katanya, kementerian mendapati peminjaman istilah bahasa
>
> Inggeris adalah berkaitan bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
>
> --
> Ediramle Ismail
>
> 
>

Kirim email ke