kemandulan  minda- boleh  disamaertikan  dengan  hilang  upaya  fikir  dan  
lembam.
  org zaman  sekarang  terlalu banyak  berhibur, dan  bahan2 hiburan  pulak  
memang  mengkhayalkan. kita  tonton  artis2 di skrin, kita  tidak  ambil  
falsafah  dalam lagu  yang  disampaikan.
  kita  tonton  Cicakman, kita  ketawa  kalau  lucu dan  kini org suka  
ketawakan  perkara2 lucah. kita  tidak  berfikir  untuk  menjadi  lebih  
kreatif  dari Prof Klon.
  kita  masih  dalam  dilema  dengan  nilai bahasa  melayu  yang  kita  malukan.
  kita  malu  dan  segan  utk tunjuk  pandai sedangkan  sekali  kita  tunjuk  
pandai, kita  akan  terus pandai dan  cerdik. 
   
  guna bahasa  inggeris  untuk  belajar  matematik- satu bentuk penindasan  
kesan dari / bahana  penjajahan  senyap.
  sebab itulah  peratus  murid / pelajar  melayu  yang  lemah  dlm sains dan 
matematik tinggi, ya..sebab  kaum  asin yang gila sangat nak  kaya, maju  dgn 
English, mseakan2 mengajak  kita  brfikir  secara  lembap- mana taknya, kita  
menaakul- proses memahami  konsep algebra  misalnya dengan  bahas  pertama  yg 
mak dan ayah kita ajar, kalau  cikgu paksa kita  sebut dan baca dan jawap dlm 
English, lewah- lewat dan sangat  tidak menjadi. 
  sebab  itulah  sastera  diperlukan  dalam  pendidkan  sekarang  yang  sungguh 
melencong  dari landasan  sebenar. 
  dengan  sastera, insan  akan  terus  menjadi  insan  yg ihsan. orang  akan  
berusaha  menjadi  insan. sastera  dapat  menilai  mana  ilmu yang  boleh  
membawa k  pintu  syurga.
   
   
  maaf. eja  salah, mamun  sikit...

Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
          Kemandulan Minda mungkin juga ada berhubung kait sedikit sebanyak 
dengan
pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Bagi pakdo, kalu dikembalikan semula pengajaran Sains dan matamatik dalam
bahasa Melayu , pakdo setuju 1000 Peratus 1,000%.

Kalu teruskan dalam bahasa Ingeriss pakdo sorang la, pakdo tak setuju
sejak hari pertama lagi sampai sekarang.

Bahasa Pakdo semakin semakin kurus dan kian mengurus mengering dan nasib
bahasa pakdo menjadi semakin lemah dan longlailah .

pakdo

....................................

Berita di bawah pakdo petik

daripada Akhbar Utusan Malaysia 27 November 2007

DBP alami kemandulan minda

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Seorang ahli Parlimen menyifatkan Jawatankuasa
Istilah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengalami kemandulan minda apabila
gagal mewujudkan istilah-istilah baru bagi memperkasa bahasa Melayu.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kawasan Gerik, Datuk Dr. Wan Hashim
Wan Teh (gambar) berkata, berbanding para sarjana terdahulu, jawatankuasa
berkenaan tidak mahu membuat penyelidikan bagi mencari istilah-istilah
baru untuk mengatasi penggunaan bahasa rojak akibat terlampau meminjam
istilah bahasa Inggeris.

Sedangkan, kata beliau yang juga Pengerusi Institut Terjemahan Negara,
para sarjana terdahulu begitu bersungguh-sungguh memperkasa bahasa Melayu
dan sanggup menjelajah sehingga ke Sabah, Sarawak dan Indonesia
semata-mata untuk mencari istilah-istilah baru.

Katanya, ketiadaan istilah baru menyaksikan istilah bahasa Inggeris
seperti bajet, snek dan konsultansi dimelayukan tanpa batasan, sedangkan
kamus Dewan terbitan DBP sendiri ada menyediakan perkataan yang sesuai dan
ia perlu dijadikan rujukan rasmi.

‘‘Saya rasa jawatankuasa istilah ini telah mengalami kemandulan minda,
tidak mahu membuat penyelidikan seperti sarjana-sarjana terdahulu mencari
istilah. Sekarang ini istilah dalam bahasa Melayu tangkap muat sahaja.
Saya berharap ia dihentikan,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan
mengenai penggunaan istilah bahasa Inggeris kepada Setiausaha Parlimen
Kementerian Pelajaran, P. Komala Devi di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Komala berkata, bahasa merupakan sesuatu yang dinamik dan
tidak statik di mana ia akan berubah dan masyarakat pula akan meminjam
istilah tertentu dari bahasa lain.

Dalam konteks ini katanya, kementerian mendapati peminjaman istilah bahasa
Inggeris adalah berkaitan bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

-- 
Ediramle Ismail



                         

       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke