pakdo, tie pun setuju  dgn apa yg pakdo ketengahkan.
  cuba renung- antara ayam dgn telur yg mana dulu?
  kalau ikut gaya dan daya pemikiran yang biasa2, kita ada jawapan masing2 yg 
samar. saya ada jawapan. tapi tidak mahu kongsikan dgn sesiapa pun!
  kata cikgu saya- sapa yg dapat beri jawapan tntang ayam dan telur ni, dialah 
orang paling bijak, pandai di dunia..
  Tie tak nak la tunjuk pandai, cuma sekali- sekala, Ti rasa bimbang kemandulan 
minda di kalangan Melayu ini merebak hingga ke mendarah daging.
   
  kalau kita gunakan BM utk jual belacan kat Jerteh, boleh laku, tapi tak kaya. 
kalau kita jual belacan kat Kanada, boleh laris seadanya. tapi kalau kita 
fikirkan begini- kenapa pelancong dr luar mai juai body kat negara kita , kita 
pulak yg seksa dan terjajah...
   
  selain kemandulan minda, kita juga dipercacaikan oleh Yahudi dan BARAT nak 
keparat tu.
  pak do, mai budu sebotoi...

Pakdo Kelantan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
            Pakdo hanya sekadar meluahkan rasa hati pakdo saja.
   
   
   
   
   
  
 
              Kemandulan Minda mungkin juga ada berhubung kait sedikit sebanyak 
dengan
pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Bagi pakdo, kalu dikembalikan semula pengajaran Sains dan matamatik dalam
bahasa Melayu , pakdo setuju 1000 Peratus 1,000%. 

Kalu teruskan dalam bahasa Ingeriss pakdo sorang la, pakdo tak setuju
sejak hari pertama lagi sampai sekarang.

Bahasa Pakdo semakin semakin kurus dan kian mengurus mengering dan nasib
bahasa pakdo menjadi semakin lemah dan longlailah . 

pakdo

....................................

Berita di bawah pakdo petik

daripada Akhbar Utusan Malaysia 27 November 2007

DBP alami kemandulan minda

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Seorang ahli Parlimen menyifatkan Jawatankuasa 
Istilah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengalami kemandulan minda apabila
gagal mewujudkan istilah-istilah baru bagi memperkasa bahasa Melayu.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kawasan Gerik, Datuk Dr. Wan Hashim 
Wan Teh (gambar) berkata, berbanding para sarjana terdahulu, jawatankuasa
berkenaan tidak mahu membuat penyelidikan bagi mencari istilah-istilah
baru untuk mengatasi penggunaan bahasa rojak akibat terlampau meminjam 
istilah bahasa Inggeris.

Sedangkan, kata beliau yang juga Pengerusi Institut Terjemahan Negara,
para sarjana terdahulu begitu bersungguh-sungguh memperkasa bahasa Melayu
dan sanggup menjelajah sehingga ke Sabah, Sarawak dan Indonesia 
semata-mata untuk mencari istilah-istilah baru.

Katanya, ketiadaan istilah baru menyaksikan istilah bahasa Inggeris
seperti bajet, snek dan konsultansi dimelayukan tanpa batasan, sedangkan
kamus Dewan terbitan DBP sendiri ada menyediakan perkataan yang sesuai dan 
ia perlu dijadikan rujukan rasmi.

''Saya rasa jawatankuasa istilah ini telah mengalami kemandulan minda,
tidak mahu membuat penyelidikan seperti sarjana-sarjana terdahulu mencari
istilah. Sekarang ini istilah dalam bahasa Melayu tangkap muat sahaja. 
Saya berharap ia dihentikan," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan
mengenai penggunaan istilah bahasa Inggeris kepada Setiausaha Parlimen
Kementerian Pelajaran, P. Komala Devi di Dewan Rakyat hari ini. 

Sementara itu, Komala berkata, bahasa merupakan sesuatu yang dinamik dan
tidak statik di mana ia akan berubah dan masyarakat pula akan meminjam
istilah tertentu dari bahasa lain.

Dalam konteks ini katanya, kementerian mendapati peminjaman istilah bahasa 
Inggeris adalah berkaitan bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

-- 
Ediramle Ismail








  

                         

       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke