Hingga ke saat ini diakui, Pesisir masih bersih daripada soal-soal nak
rebut jawatan ,  iri dan hasad kepada rakan-rakan yang berjaya.

Ahli-ahli pesisir (ahli PPK juga) adalah rakan sepanjang hayat dan
sepanjang 20 tahun saya bersama pesisir, pengalaman yang agak perit adalah
sebagai setiausaha 1 selama 15 tahun  dan rekod paling lama adalah ketua
satu (Cikgu Wel) iaitu selepas 2 tahun ditubuhkan hingga sekarang sebagai
ketua 1 (25 tahun) .

Kita sekarang ada dua masalah dan masalah ini perlu diatasi.

Pertamanya kita agak sukar mandapat sumber kewangan untuk melangsungkan
pelbagai aktiviti untuk ahli dan masyarakat.

- Saya sangat bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh sdr. Azlee
berhubung perkara ini. Mungkin boleh kita bincangkan dengan lebih lanjut
tentang kaedahnya.

Keduanya perubahan masa yang turut merubah banyak perkara yang membuatkan
terutamanya kalangan remaja sukar untuk dibawa masuk. Perubahan ini
menjadi sangat ketara sejak awal tahun 2000 dan ke atas.
Perubahan daripada kita taip surat menggunakan mesin taip, guna mesin
penggelek, kemudian hantar surat kepada ahli.

Kemudian berubah kepada menggunakan komputer dan diprint kemudian di
fotostat . Hantar surat kepada ahli-ahli.

Kemudian bila muncul internet dan hand phone, saya selalu menggunakan
kaedah terbaharu iaitu menghubungi ahli melalui e-mel dan sms dan ini
sangat memudahkan.

Bagaimanapun untuk sesetengah program yang agak besar masih sebahagiannya
digunakan surat menyurat untuk panggilan.

Itu perubahan teknologi dan ianya tambah memudahkan, sebaliknya perubahan
kecenderungan masyarakat adalah jauh lebih sukar untuk ditangani. Kalau
dulu setiap 100 surat yang dihantar 50 orang pasti hadir. Tapi sekarang
perubahan telah berlaku. Ada suatu ketika saya hantar surat kepada
sebanyak 200 orang , tapi tak ada seorang pun yang datang kecuali
ahli-ahli yang setia  yang boleh dibilang dengan jari serta AJK yang
sememangnya teruji kesetiaannya.

Setelah beberapa kali hal sedemikian berlaku, saya mulai agak kecewa dan
beberapa kali nak letak jawatan su 1, kerana merasa gagal untuk mengelak
daripada perubahan masa yang begitu mendadak. Selepas itu saya tidak lagi
dalam posisi menyerang, tapi sekadar di posisi bertahan. Tapi sampai
selama manakah mampu bertahan.

Bagaimanapun merasa sangat seronok bila rakan-rakan lama di pesisir
kembali semula ke pesisir biarpun sebahagiannya melalui internet.


-- 
Ediramle Ismail

On Tue, January 8, 2008 6:57 pm, azle abdullah wrote:
menubuhkan pesisir, menghidupkan pesisir, meletakkan pesisir sebagai
sebuah persatuan yang teguh, malah amat digeruni oleh persatuan penulis
lain waktu itu bukanlah suatu kerja yang mudah. kitalah posmen, kitalah
beli sampul, kertas dan setem dengan duit sendiri. beli pencetak surat.
dan yang lebih penting sikap semua ahli pesisir macam adik beradik, hidup
bergotong royong. berat sama dipikul, ringan sama dijinjang.. itulah warga
pesisir. tidak ada rebutan kuasa. tidak ada caci cela. tidak ada dengki
dan iri hati. yang ada jujur dan telus... tanya asmui? cikgu wel?

Aziz Che Soh Aziz Che Soh <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
               Walaupun saya sudah hampir lebih kurang 22 tahun
bermastautin di negeri Selangor ini,saya tetap mengingati negeriku
Kelantan Darul Naim.Apatah lagi ingat selalu kepada semua kawan-kawan di
Pesisir yang sama-sama memperjuangkanKesusasteraan Melayu ini. Dengan
adanya alam siber ini, amat memudahkan sayauntuk menghubungi semua
kawan-kawan di sana. Melalui pautan di laman net Pesisir itu.

 Walaupun ada tikanya kesukaran berintraksi dengan semua teman-teman
disebabkan kesibukan  dengan bebanan tugas harian ini. Sekali-sekala mem-
buka e-mail kawan-kawan, e-blog perseorangan kawan-kawan,e-blog yang lain
terasa terhibur juga dengan kerenah berjenaka, resepi masakan, iklan
jualan,
chating  rakan-rakan dan sebagainya. Ini telah menunjukkan persatuan kita
( Pesisir ) telah melangkah maju ke depan seiring dengan media elektronik
yang lain secara tidak langsung.

Kerenah sobatku Pak Do, Ediramle, Hashim Latiff, Anuar Musa, Azlee  Ab-
dullah, Yati Abd.Rahman, Zakaria Busu dan lain-lain lagi sekadar beberapa
nama sahaja yang dapat disebutkan di sini. Bangkit,jatuh dan bangun semua
terletak di atas bahu kita. Kita sama-sama bimbing semua anak-anak bangsa
kita yang memerlukan tenaga ini untuk membangunkan khazanah sastera Melayu
kita ini, semuga ia hendaknya di telan zaman. Sokongan daripada kita
semua amatlah diperlukan oleh semua anak-anak bangsa ini. Hidup berkarya
sobatku semua...Hidup Pesisir.Kita teruskan sayap seni perjuangan kita ke
se-
rata maya ini. Alhamdulliah, syukr kepada Tuhan hdknya.



---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.




---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo!
Search.


Kirim email ke