saya tumpang mencelah apa yang telah digarapkan oleh saudara (kerabat) di dalam 
pesisir.  
apa yang telah dinyatakan oleh sdr. azlee dan edi adalah lantunan kesetiaan 
kami semua.  nyata apa yang dikatakan itu adalah sesuatu yang tulus, hal yang 
paling ikhlas di dalam pesisir.  

kami setia dan satu hati dalam meneruskan sinambungan pesisr.  bersama 
menggelek kerta jemputan apa lagi di dalam meyediakan juadah selepas 
mensyaurat.  pendek kata banyak duit sendiri yang dikeluarkan demi sebuah 
perstaun sukarela.

barangkali kerana sukarela kami, pesisir gah hingga kini.  barangkali kerana 
kesetiaan kami, pesisir terkenal hingga dekad ini.  dua puluh lima tahun lebih 
apa lagi berada di bawah cikgu weil, pesisir begitu cemerlang.  

teringat saya asmui, shafie, azlee, apa lagi sdr. manzaidi yang masih terbayang 
diruang ingatan saya langkahannya sungguh cemerlang dan jitu untuk menjadi ahli 
pesisir dan saya masih ingat teguran pertamanya terhadap saya dan saya sambut 
teguran itu dengan senyuman dan mempersilakan dia memasuki dan seterusnya 
menduduki kerusi pesisir.

teringat juga sdr. wan zakaria, ab. rashid yah, awang abdullah, jimmy, ujid, 
siapa lagi?  napie mat dan seorang lagi penulis yang hebat dan seakan dilupakan 
tetapi saya tidak lupakan beliau iaitu sdr.  lee giok chun.

ternyata, keakraban kami dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain, 
menyebabkan pesisir di kenali  walaupun sudah ada penulis pesisir yang pencen 
menulis.  




 
Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:                               Hingga 
ke saat ini diakui, Pesisir masih bersih daripada soal-soal nak
 rebut jawatan ,  iri dan hasad kepada rakan-rakan yang berjaya.
 
 Ahli-ahli pesisir (ahli PPK juga) adalah rakan sepanjang hayat dan
 sepanjang 20 tahun saya bersama pesisir, pengalaman yang agak perit adalah
 sebagai setiausaha 1 selama 15 tahun  dan rekod paling lama adalah ketua
 satu (Cikgu Wel) iaitu selepas 2 tahun ditubuhkan hingga sekarang sebagai
 ketua 1 (25 tahun) .
 
 Kita sekarang ada dua masalah dan masalah ini perlu diatasi.
 
 Pertamanya kita agak sukar mandapat sumber kewangan untuk melangsungkan
 pelbagai aktiviti untuk ahli dan masyarakat.
 
 - Saya sangat bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh sdr. Azlee
 berhubung perkara ini. Mungkin boleh kita bincangkan dengan lebih lanjut
 tentang kaedahnya.
 
 Keduanya perubahan masa yang turut merubah banyak perkara yang membuatkan
 terutamanya kalangan remaja sukar untuk dibawa masuk. Perubahan ini
 menjadi sangat ketara sejak awal tahun 2000 dan ke atas.
 Perubahan daripada kita taip surat menggunakan mesin taip, guna mesin
 penggelek, kemudian hantar surat kepada ahli.
 
 Kemudian berubah kepada menggunakan komputer dan diprint kemudian di
 fotostat . Hantar surat kepada ahli-ahli.
 
 Kemudian bila muncul internet dan hand phone, saya selalu menggunakan
 kaedah terbaharu iaitu menghubungi ahli melalui e-mel dan sms dan ini
 sangat memudahkan.
 
 Bagaimanapun untuk sesetengah program yang agak besar masih sebahagiannya
 digunakan surat menyurat untuk panggilan.
 
 Itu perubahan teknologi dan ianya tambah memudahkan, sebaliknya perubahan
 kecenderungan masyarakat adalah jauh lebih sukar untuk ditangani. Kalau
 dulu setiap 100 surat yang dihantar 50 orang pasti hadir. Tapi sekarang
 perubahan telah berlaku. Ada suatu ketika saya hantar surat kepada
 sebanyak 200 orang , tapi tak ada seorang pun yang datang kecuali
 ahli-ahli yang setia  yang boleh dibilang dengan jari serta AJK yang
 sememangnya teruji kesetiaannya.
 
 Setelah beberapa kali hal sedemikian berlaku, saya mulai agak kecewa dan
 beberapa kali nak letak jawatan su 1, kerana merasa gagal untuk mengelak
 daripada perubahan masa yang begitu mendadak. Selepas itu saya tidak lagi
 dalam posisi menyerang, tapi sekadar di posisi bertahan. Tapi sampai
 selama manakah mampu bertahan.
 
 Bagaimanapun merasa sangat seronok bila rakan-rakan lama di pesisir
 kembali semula ke pesisir biarpun sebahagiannya melalui internet.
 
 -- 
 Ediramle Ismail
 
 On Tue, January 8, 2008 6:57 pm, azle abdullah wrote:
 menubuhkan pesisir, menghidupkan pesisir, meletakkan pesisir sebagai
 sebuah persatuan yang teguh, malah amat digeruni oleh persatuan penulis
 lain waktu itu bukanlah suatu kerja yang mudah. kitalah posmen, kitalah
 beli sampul, kertas dan setem dengan duit sendiri. beli pencetak surat.
 dan yang lebih penting sikap semua ahli pesisir macam adik beradik, hidup
 bergotong royong. berat sama dipikul, ringan sama dijinjang.. itulah warga
 pesisir. tidak ada rebutan kuasa. tidak ada caci cela. tidak ada dengki
 dan iri hati. yang ada jujur dan telus... tanya asmui? cikgu wel?
 
 Aziz Che Soh Aziz Che Soh <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
                Walaupun saya sudah hampir lebih kurang 22 tahun
 bermastautin di negeri Selangor ini,saya tetap mengingati negeriku
 Kelantan Darul Naim.Apatah lagi ingat selalu kepada semua kawan-kawan di
 Pesisir yang sama-sama memperjuangkanKesusasteraan Melayu ini. Dengan
 adanya alam siber ini, amat memudahkan sayauntuk menghubungi semua
 kawan-kawan di sana. Melalui pautan di laman net Pesisir itu.
 
 Walaupun ada tikanya kesukaran berintraksi dengan semua teman-teman
 disebabkan kesibukan  dengan bebanan tugas harian ini. Sekali-sekala mem-
 buka e-mail kawan-kawan, e-blog perseorangan kawan-kawan,e-blog yang lain
 terasa terhibur juga dengan kerenah berjenaka, resepi masakan, iklan
 jualan,
 chating  rakan-rakan dan sebagainya. Ini telah menunjukkan persatuan kita
 ( Pesisir ) telah melangkah maju ke depan seiring dengan media elektronik
 yang lain secara tidak langsung.
 
 Kerenah sobatku Pak Do, Ediramle, Hashim Latiff, Anuar Musa, Azlee  Ab-
 dullah, Yati Abd.Rahman, Zakaria Busu dan lain-lain lagi sekadar beberapa
 nama sahaja yang dapat disebutkan di sini. Bangkit,jatuh dan bangun semua
 terletak di atas bahu kita. Kita sama-sama bimbing semua anak-anak bangsa
 kita yang memerlukan tenaga ini untuk membangunkan khazanah sastera Melayu
 kita ini, semuga ia hendaknya di telan zaman. Sokongan daripada kita
 semua amatlah diperlukan oleh semua anak-anak bangsa ini. Hidup berkarya
 sobatku semua...Hidup Pesisir.Kita teruskan sayap seni perjuangan kita ke
 se-
 rata maya ini. Alhamdulliah, syukr kepada Tuhan hdknya.
 
 ---------------------------------
 Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.
 
 ---------------------------------
 Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo!
 Search.
 
 
     
                               

       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke