Saya juga ada hak mencelah sebagai warga Pesisir,
Saya juga masih kagum dengan semangat juang yang tinggi di kalangan kita..
walau adakala kita dibelenggu kehadiran ahli yang tak berapa ramai dalam
satu-satu aktiviti ,tetapi kita nampak puas dengan apa yang kita
perjuangkan, saya akan kenang selamanya.


On 1/8/08, hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>   saya tumpang mencelah apa yang telah digarapkan oleh saudara (kerabat)
> di dalam pesisir.
> apa yang telah dinyatakan oleh sdr. azlee dan edi adalah lantunan
> kesetiaan kami semua.  nyata apa yang dikatakan itu adalah sesuatu yang
> tulus, hal yang paling ikhlas di dalam pesisir.
>
> kami setia dan satu hati dalam meneruskan sinambungan pesisr.  bersama
> menggelek kerta jemputan apa lagi di dalam meyediakan juadah selepas
> mensyaurat.  pendek kata banyak duit sendiri yang dikeluarkan demi sebuah
> perstaun sukarela.
>
> barangkali kerana sukarela kami, pesisir gah hingga kini.  barangkali
> kerana kesetiaan kami, pesisir terkenal hingga dekad ini.  dua puluh lima
> tahun lebih apa lagi berada di bawah cikgu weil, pesisir begitu cemerlang.
>
> teringat saya asmui, shafie, azlee, apa lagi sdr. manzaidi yang masih
> terbayang diruang ingatan saya langkahannya sungguh cemerlang dan jitu untuk
> menjadi ahli pesisir dan saya masih ingat teguran pertamanya terhadap saya
> dan saya sambut teguran itu dengan senyuman dan mempersilakan dia memasuki
> dan seterusnya menduduki kerusi pesisir.
>
> teringat juga sdr. wan zakaria, ab. rashid yah, awang abdullah, jimmy,
> ujid, siapa lagi?  napie mat dan seorang lagi penulis yang hebat dan seakan
> dilupakan tetapi saya tidak lupakan beliau iaitu sdr.  lee giok chun.
>
> ternyata, keakraban kami dan saling percaya mempercayai antara satu sama
> lain, menyebabkan pesisir di kenali  walaupun sudah ada penulis pesisir yang
> pencen menulis.
>
>
>
>
>
> *Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>* wrote:
>
>  Hingga ke saat ini diakui, Pesisir masih bersih daripada soal-soal nak
> rebut jawatan , iri dan hasad kepada rakan-rakan yang berjaya.
>
> Ahli-ahli pesisir (ahli PPK juga) adalah rakan sepanjang hayat dan
> sepanjang 20 tahun saya bersama pesisir, pengalaman yang agak perit adalah
> sebagai setiausaha 1 selama 15 tahun dan rekod paling lama adalah ketua
> satu (Cikgu Wel) iaitu selepas 2 tahun ditubuhkan hingga sekarang sebagai
> ketua 1 (25 tahun) .
>
> Kita sekarang ada dua masalah dan masalah ini perlu diatasi.
>
> Pertamanya kita agak sukar mandapat sumber kewangan untuk melangsungkan
> pelbagai aktiviti untuk ahli dan masyarakat.
>
> - Saya sangat bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh sdr. Azlee
> berhubung perkara ini. Mungkin boleh kita bincangkan dengan lebih lanjut
> tentang kaedahnya.
>
> Keduanya perubahan masa yang turut merubah banyak perkara yang membuatkan
> terutamanya kalangan remaja sukar untuk dibawa masuk. Perubahan ini
> menjadi sangat ketara sejak awal tahun 2000 dan ke atas.
> Perubahan daripada kita taip surat menggunakan mesin taip, guna mesin
> penggelek, kemudian hantar surat kepada ahli.
>
> Kemudian berubah kepada menggunakan komputer dan diprint kemudian di
> fotostat . Hantar surat kepada ahli-ahli.
>
> Kemudian bila muncul internet dan hand phone, saya selalu menggunakan
> kaedah terbaharu iaitu menghubungi ahli melalui e-mel dan sms dan ini
> sangat memudahkan.
>
> Bagaimanapun untuk sesetengah program yang agak besar masih sebahagiannya
> digunakan surat menyurat untuk panggilan.
>
> Itu perubahan teknologi dan ianya tambah memudahkan, sebaliknya perubahan
> kecenderungan masyarakat adalah jauh lebih sukar untuk ditangani. Kalau
> dulu setiap 100 surat yang dihantar 50 orang pasti hadir. Tapi sekarang
> perubahan telah berlaku. Ada suatu ketika saya hantar surat kepada
> sebanyak 200 orang , tapi tak ada seorang pun yang datang kecuali
> ahli-ahli yang setia yang boleh dibilang dengan jari serta AJK yang
> sememangnya teruji kesetiaannya.
>
> Setelah beberapa kali hal sedemikian berlaku, saya mulai agak kecewa dan
> beberapa kali nak letak jawatan su 1, kerana merasa gagal untuk mengelak
> daripada perubahan masa yang begitu mendadak. Selepas itu saya tidak lagi
> dalam posisi menyerang, tapi sekadar di posisi bertahan. Tapi sampai
> selama manakah mampu bertahan.
>
> Bagaimanapun merasa sangat seronok bila rakan-rakan lama di pesisir
> kembali semula ke pesisir biarpun sebahagiannya melalui internet.
>
> --
> Ediramle Ismail
>
> On Tue, January 8, 2008 6:57 pm, azle abdullah wrote:
> menubuhkan pesisir, menghidupkan pesisir, meletakkan pesisir sebagai
> sebuah persatuan yang teguh, malah amat digeruni oleh persatuan penulis
> lain waktu itu bukanlah suatu kerja yang mudah. kitalah posmen, kitalah
> beli sampul, kertas dan setem dengan duit sendiri. beli pencetak surat.
> dan yang lebih penting sikap semua ahli pesisir macam adik beradik, hidup
> bergotong royong. berat sama dipikul, ringan sama dijinjang.. itulah warga
> pesisir. tidak ada rebutan kuasa. tidak ada caci cela. tidak ada dengki
> dan iri hati. yang ada jujur dan telus... tanya asmui? cikgu wel?
>
> Aziz Che Soh Aziz Che Soh <[EMAIL PROTECTED]<eziz_shukman%40yahoo.com>>
> wrote:
> Walaupun saya sudah hampir lebih kurang 22 tahun
> bermastautin di negeri Selangor ini,saya tetap mengingati negeriku
> Kelantan Darul Naim.Apatah lagi ingat selalu kepada semua kawan-kawan di
> Pesisir yang sama-sama memperjuangkanKesusasteraan Melayu ini. Dengan
> adanya alam siber ini, amat memudahkan sayauntuk menghubungi semua
> kawan-kawan di sana. Melalui pautan di laman net Pesisir itu.
>
> Walaupun ada tikanya kesukaran berintraksi dengan semua teman-teman
> disebabkan kesibukan dengan bebanan tugas harian ini. Sekali-sekala mem-
> buka e-mail kawan-kawan, e-blog perseorangan kawan-kawan,e-blog yang lain
> terasa terhibur juga dengan kerenah berjenaka, resepi masakan, iklan
> jualan,
> chating rakan-rakan dan sebagainya. Ini telah menunjukkan persatuan kita
> ( Pesisir ) telah melangkah maju ke depan seiring dengan media elektronik
> yang lain secara tidak langsung.
>
> Kerenah sobatku Pak Do, Ediramle, Hashim Latiff, Anuar Musa, Azlee Ab-
> dullah, Yati Abd.Rahman, Zakaria Busu dan lain-lain lagi sekadar beberapa
> nama sahaja yang dapat disebutkan di sini. Bangkit,jatuh dan bangun semua
> terletak di atas bahu kita. Kita sama-sama bimbing semua anak-anak bangsa
> kita yang memerlukan tenaga ini untuk membangunkan khazanah sastera Melayu
> kita ini, semuga ia hendaknya di telan zaman. Sokongan daripada kita
> semua amatlah diperlukan oleh semua anak-anak bangsa ini. Hidup berkarya
> sobatku semua...Hidup Pesisir.Kita teruskan sayap seni perjuangan kita ke
> se-
> rata maya ini. Alhamdulliah, syukr kepada Tuhan hdknya.
>
> ---------------------------------
> Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
>
> ---------------------------------
> Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo!
> Search.
>
>
>
>
>  ------------------------------
> Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it
> now.<http://us.rd.yahoo.com/evt=51733/*http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ+>
>
> 
>

Kirim email ke