April Fool, Buat Renungan & Pedoman Kita Semua 
Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai 
renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita 
begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'. 

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu 
kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya 
di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera 
Kristian. 

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah 
masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun 
tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr 
Sepanyol. 

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar 
dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan 
menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang 
risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi 
keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. 

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya 
(1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke 
perlabuhan. 

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan 
kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. 

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak 
Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, 
perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini 
kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. 

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi 
juga di serata dunia. 

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut 
meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya  merayakan ulang 
tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. 

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. 

Petikan drpd Risalah Fikrah 
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu .....rawahuttirmizi 
Illal Liqaq 
 


      Search, browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel 
http://sg.travel.yahoo.com

Kirim email ke