Video SCHISM lawan dakyah Fitna 
JEDDAH: Seorang penulis blog Arab Saudi berjaya menghasilkan sebuah video 
selama enam minit berjudul Schism dengan memetik ayat dalam kitab Injil yang 
menghalalkan peperangan, sebagai reaksi tindakan ahli parlimen Belanda Geert 
Wilder menghina Islam menerusi filem bertajuk Fitna.

Raid Al-Saeed, 33, menunjukkan di dalam filemnya, beberapa petikan kitab Injil 
yang menggalakkan peperangan dan membuat tambahan dengan klip rakaman 
memperlihatkan kumpulan ekstremis Kristian menyampaikan ceramah berunsur 
keganasan.

[http://www.youtube.com/watch?v=rpiccERJaFk]

"Saya menghasilkannya dalam tempoh kurang 24 jam. Dalam 'Schism' saya 
menggunakan metodologi sama digunakan Wilders dan ia membabitkan petikan yang 
disalah tafsir," katanya.

Beliau berkata langkah yang diambil untuk menghasilkan filem itu adalah bagi 
membuktikan bahawa adalah salah untuk mengadili dan menilai Islam dengan 
menonton Fitna. Petikan ini dicatatkan Raid pada penghujung filemnya.

"Memang mudah untuk memetik mana-mana bahagian dalam kitab suci dan menyalah 
tasfirkan petikan itu sehingga membuat ia seolah-olah kelihatan seperti sebuah 
kitab yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan."

"Inilah yang dilakukan Geert Wilders untuk mendapat sokongan bagi ideologinya 
yang penuh perasaan kebencian. Berikutan itu saya menghasilkan Schism sebagai 
satu reaksi balas," katanya.

Raid berkata beliau tidak percayai ada kitab suci menggalakkan keganasan dan 
pertumpahan darah.

Beliau berkata Fitna dibuat 'berasaskan kebencian' dan Wilders menyalahgunakan 
'kebebasan bersuara yang dinikmatinya," kata beliau yang menambah, filem 
Wilders menunjukkan perasaan perkauman dan kebencian yang dimilikinya.

Apabila Raid mengirim klipnya ke YouTube pada 1 Mac, ia dibatalkan 12 jam 
kemudian dengan satu pesanan daripada laman itu yang menyatakan klip berkenaan 
bercanggah dengan terma yang ditetapkan.

Raid menulis semula kepada You Tube dan bertanya mengapa filemnya dibatalkan 
sedang Fitna dibenarkan untuk terus dilayari. Beliau memuat naik filem itu 
sekali lagi dan menambah mesej kepada pentadbir laman meminta mereka 
menyaksikan Wilders sebelum membatalkan 'Schism'.

Video beliau sudah disaksikan lebih 1,800 kali dan kembali semula ke YouTube 
sejak 2 Mac. Ia juga boleh disaksikan melalui Google.

Raid menegaskan matlamat beliau bukan untuk menyemarakkan kebencian sebaliknya 
untuk memberitahu dunia bahawa seseorang itu tidak boleh mengadili sesuatu 
agama atau ideologi dengan tafsiran yang menyalahi hakikat dan perkara sebenar. 
– Agensi

Saksikan video ini..

http://www.youtube.com/watch?v=rpiccERJaFk


      Search, browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel 
http://sg.travel.yahoo.com

Kirim email ke