Gempar: Filem 'Dunia Baru The Movie' Juga Persendakan Islam !!
Oleh: cucumatkilau
Seantero dunia baru saja dikejutkan dengan filem "Fitna" yang dikatakan
menghina umat Islam. Maka hebohlah disana sini umat Islam mengadakan
demonstrasi membantah tindakan pengeluar filem Belanda, Geert Wilder itu.
Lantaran filem pendek itu juga mereka mahu Kerajaan Belanda berusaha
membatalkan penayangan filem yang menghina Islam. Di negara kita, Wisma Putra
turut membantah tayangan filem itu.
Kenyataan yang dikeluarkan menyatakan tindakan itu tidak menghormati
sensitiviti masyarakat Islam. Apa yang lebih menarik, gara-gara filem itu umat
Islam diseluruh dunia diseru memulau barangan keluaran Belanda.
Dalam sedar atau tidak, sebenarnya penghinaan terhadap agama Islam juga telah
berlaku didalam negara kita sendiri. Mungkin kita terlepas pandang atau sengaja
buat-buat tak nampak. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kontroversi yang
melibatkan pelakon drama Rosnah Mat Aris. Beliau dikatakan menghina isteri Nabi
Muhammad SAW, kini telah menerima hukuman digam oleh pihak berkuasa atas
keceluparan mulutnya itu. Bahkan apa yang lebih memeranjatkan siaran rancangan
terbitan sebuah stesyen TV swasta itu juga telah dibatalkan gara-gara perbuatan
Rosnah itu.
Kini, sebuah filem terbitan pengeluar filem tempatan Grand Brilliant iaitu
"Dunia Baru The Movie" juga dikatakan telah terdapat unsur menghina Islam.
Filem yang diapditasikan daripada drama "Dunia Baru" itu telah ditayangkan
kepada umum bermula awal Februari 2008 lalu. Ia diarahkan oleh M. Hitler Zami
iaitu anak kepada pelawak terkenal Zami Ismail. Mungkin dek kerana namanya
Hitler, maka beliau langsung tidak faham akan sensitiviti umat Islam dan orang
Melayu di negara ini. Mungkinkah Hitler merasakan bahawa membuat filem sekadar
untuk suka-suka semata-mata lantaran itu tidak mahu langsung memikirkan
impaknya terhadap penonton. Walhal filemnya itu ditonton oleh pelbagai golongan
masyarakat dari yang muda hinggalah yang tua.
Filem yang membariskan pelakon terkenal seperti Elyana, Ann Ngasri, Pierre
Andre, Mustapha Kamal, Anita Baharom dan ramai lagi itu telah dirakamkan di
beberapa lokasi di Yan dan Pendang, Kedah Sarul Aman. Filem itu mengisahkan
gelagat gila-gila pelajar disebuah kolej dalam menjalani aktiviti seharian
mereka. Ia telah mendapat perhatian meluas dikalangan para penonton sejak mula
ia ditayangkan di TV3. Pencipta dunia baru dan penulis skripnya untuk
televisyen dan filem ialah Wan Hasliza Wan Zainuddin . Drama bersiri untuk
filem ini di TV dulu dikatakan pernah mencapai rating yang tinggi iaitu 3 juta
penonton. Populariti inilah yang menyebabkan pengarahnya M. Hitler Zami
berusaha membawanya ke layar perak.
Kisah penghinaan ini berlaku dalam satu babak di sebuah majlis perkahwinan.
Dalam adengan tersebut Opie yang dilakonkan oleh Elyana telah berbesar hati
untuk menyumbangkan suaranya bagi menyerikan majlis berkenaan. Beliau
berpasangan dengan pelakon muda Pierre Andre telah menyanyi sebuah lagu dalam
majlis berkenaan. Maka oleh kerana rakannya Mardhiah lakonan Ann Ngasri
kelihatan agak warak dan sememangnya menggemari irama nasyid, Elyana dan Pierre
Andre telah memilih untuk menyumbangkan sebuah lagu nasyid yang telah popular
sepanjang zaman iaitu berjudul 'Sepohon Kayu".
Melihat liriknya sahaja, kita sudah tahu yang lagu ini adalah sebuah lagu
ketuhanan yang memerlukan penyampainya memiliki ciri-ciri Islamik. Lagu ini
adalag sebuah lagu dakwah yang telah popular sejak sekian lama. Bahkan lagu
serta liriknya sahaja sudah boleh meremangkan bulu roma penyanyi dan
pendengarnya. Boleh dikatakan hampir seluruh umat Islam di negara ini boleh
menghafal dan mengingati senikata lagu ini. Maka itu, apabila ianya ingin
dijadikan sebagai sebuah lagu dalam filem, pendekatannya haruslah selaras
dengan lagu berkenaan. Lagu itu adalah lagu dakwah dan bukan lagu pop komersial
atau pun lagu rock yang membolehkan penyanyinya terkinja-kinja, berjoget lambak
serta bersuka ria macam orang tak sedar diri.
Dalam filem "Dunia Baru The Movie", pengarahnya Hitler sengaja membutakan mata
apabila mengarahkan Elyana dan Pierre Andre menyampaikan lagu berkenaan dengan
diringi oleh band rock, berpakaian mendedahkan aurat, terkinja-kinja
seolah-olah tidak memahami langsung akan lirik serta tujuan lagu berkenaan
dinyanyikan. Lebih menyedihkan lagi, pengantin yang diraikan ketika itu adalah
ayah kepada pengarah itu sendiri iaitu Zami Ismail. Sebagai seorang tua, beliau
langsung tidak mempunyai kesedaran dan memikirkan perkara ini, walhal beliau
boleh menyunting adengan berkenaan jika mahu.
Justeru itu kita amatlah berharap agar pihak berkuasa dapat memantau dan
mengambil tindakan tegas terhadap pengeluar filem terbabit atas penghinaan ini.
Biarpun ianya tidak secara "jelas" menghina agama Islam, namun langkah
mempersendakan lagu-lagu nasyid berbentuk dakwah dengan elemen yang boleh
merosakkan jelas sekali bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan dan agama
Islam itu sendiri. Tambahan pula si penyanyinya juga tidak menutup "Aurat" dan
langsung tidak menonjolkan imej islamik ketika mendendangkannya. Sudahlah tu,
dengan muzik Metal yang dimainkan serta mereka berjoget-joget keseronokan
seolah-olah tidak memahami langsung maksud yang tersirat disebalik lirik lagu
nasyid tersebut.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita merasa sungguh kecewa dengan
kejadian ini. Maka kita berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat
mengambil tindakan tegas kepada artis dan penerbit filem berkenaan demi menjaga
maruah Islam itu sendiri. Sudahlah rancangan tersebut jelas sekali memaparkan
betapa sosialnya para pelajar kolej di negara kita. Pergaulan bebas serta
berbagai aktiviti yang sungguh memualkan seringkali didedahkan kepada kita.
Justeru itu kita haruslah juga mendesak serta mengambil tindakan sama apa yang
berlaku kepada pengeluar filem Belanda baru-baru ini. Kabarnya DVD dilem
berkenaan sedang dijual dipasaran. Maka apa akan jadi kepada generasi muda yang
melihat perbuatan ini. Adalah lebih elok mereka memilih lagu pengantin baru
untuk menghiburkan pengantin dalan adengan berkenaan. Semoga selepas ini,
pihak-pihak berkenaan akan lebih berhati-hati dalam menerbitkan sesebuah drama
atau pun filem.
Klik Untuk Lihat Youtube >> SEPOHON KAYU DUNIA BARU THE MOVIE
_____________________________________________________________________
Live Chat NOW!
http://asia.yahoo.com/meetic/