Sebab itu lah ukurannya bukan pada pangkat dan kedudukan, tetapi pada KETAKWAAN 
disisi-Nya yang menjadi ukuran. Jadi janganlah bersedih atas karenah birokrasi 
tersebut sebaliknya kita mestilah sedar yang KITA adalah KITA, masa menunaikan 
tanggungjawab nanti tetapkan pendirian KITA, janganlah melakukan sesuatu tanpa 
mengenali siapakah KITA. dimanakah KITA dan akan kemanakah KITA akhirnya.....


To: [EMAIL PROTECTED]: [EMAIL PROTECTED]: Sun, 20 Apr 2008 08:02:07 
-0700Subject: { PESISIR } YANG BERPANGKAT DAN TIDAK BERPANGKAT





Bila kita tidak berpangkat, apa yang kita kata semuanya tidak berguna. Malah 
kata-kata itu hanya layak untuk dijadikan kayu api buat memasak nasi di dapur.  
Itu belum lagi kita jatuh miskin.  Bila kita sudah miskin, sesetengah orang 
menganggap kitalah perosak atau virus bagi sesebuah majlis, walhal kitalah 
waris terdekat dan kepada kita pernah diminta pertolongan.  Sesetengah juga 
menganggap dengan kehadiran kita orang miskin yang tidak berpangkat, 
menyebabkan majlis itu menjadi picang.  Apakah kepincangan sesuatu majlis itu 
kerana kehadiran orang-orang yang tidak berpangkat?
 Cakap orang yang tidak berpangkat menyakitikan hati orang yang berpangkat.  
Bila sahaja orang yang tidak berpangkat hendak bercakap, orang-orang berpangkat 
akan mengangkat punggung dan meninggalkan majlis atau berpaling ke lain. 
 Aduhai, malangnya orang-orang yang tidak berpangkat.  Cakap dan idea mereka 
tidak didengari langsung.  Kalau pun ada yang mendengarnya, sekadar masuk 
telinga kanan, keluar telinga kiri.  Tidak berbekas langsung di hati 
orang-orang yang berpangkat.
 Apa pun ada masa dan ketika orang yang tidak berpangkat dihargai dan disajungi 
seperti raja.  Situasi itu berlaku hanya empat tahun sekali.  Ketika itu 
orang-orang yang tidak berpangkat disanjungi, dijulang setinggi langit. malah 
orang yang berpangkat pula sanggup lagi tidur dijemuran, dipangkin rumah orang 
yang tidak berpangkat.
 Justeru itu jangan pinggirkan orang-orang yang tidak berpangkat dan miskin 
kerana satu hari nanti kita perlukan pertolongan orang-orang yang miskin dan 
tidak berpangkat itu untuk memberikan undi kepada kita.  Masa tu baru kita 
sedar bahawa manusia ini ada kelebihan masing-masing.  Yang tak berpangkat ada 
peluang untuk jadi berpangkat.  Apa pun orang miskin dan tidak berpangkat 
jangan jadi batu loncatan orang-orang berpangkat.  Ingatlah kita yang tidak 
berpangkat mampu membuang pangkat orang yang berpangkat!  



Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now. 
 






_________________________________________________________________
Easily manage multiple email accounts with Windows Live Mail!
http://www.get.live.com/wl/all

Kirim email ke