Bila kita tidak berpangkat, apa yang kita kata semuanya tidak berguna. Malah 
kata-kata itu hanya layak untuk dijadikan kayu api buat memasak nasi di dapur.  
Itu belum lagi kita jatuh miskin.  Bila kita sudah miskin, sesetengah orang 
menganggap kitalah perosak atau virus bagi sesebuah majlis, walhal kitalah 
waris terdekat dan kepada kita pernah diminta pertolongan.  Sesetengah juga 
menganggap dengan kehadiran kita orang miskin yang tidak berpangkat, 
menyebabkan majlis itu menjadi picang.  Apakah kepincangan sesuatu majlis itu 
kerana kehadiran orang-orang yang tidak berpangkat?
     Cakap orang yang tidak berpangkat menyakitikan hati orang yang berpangkat. 
 Bila sahaja orang yang tidak berpangkat hendak bercakap, orang-orang 
berpangkat akan mengangkat punggung dan meninggalkan majlis atau berpaling ke 
lain. 
     Aduhai, malangnya orang-orang yang tidak berpangkat.  Cakap dan idea 
mereka tidak didengari langsung.  Kalau pun ada yang mendengarnya, sekadar 
masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.  Tidak berbekas langsung di hati 
orang-orang yang berpangkat.
     Apa pun ada masa dan ketika orang yang tidak berpangkat dihargai dan 
disajungi seperti raja.  Situasi itu berlaku hanya empat tahun sekali.  Ketika 
itu orang-orang yang tidak berpangkat disanjungi, dijulang setinggi langit. 
malah orang yang berpangkat pula sanggup lagi tidur dijemuran, dipangkin rumah 
orang yang tidak berpangkat.
     Justeru itu jangan pinggirkan orang-orang yang tidak berpangkat dan miskin 
kerana satu hari nanti kita perlukan pertolongan orang-orang yang miskin dan 
tidak berpangkat itu untuk memberikan undi kepada kita.  Masa tu baru kita 
sedar bahawa manusia ini ada kelebihan masing-masing.  Yang tak berpangkat ada 
peluang untuk jadi berpangkat.  Apa pun orang miskin dan tidak berpangkat 
jangan jadi batu loncatan orang-orang berpangkat.  Ingatlah kita yang tidak 
berpangkat mampu membuang pangkat orang yang berpangkat!  



  
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke