Pangkat darjat banyak ukurannya.
Kalau dalam satu keluarga biasanya yang pangkat paling tinggi adalah bapa
dan ibu kemudian barulah anak-anak tanpa mengira jawatan atau kedudukan.
Anak yang berjawatan tinggi mana sekalipun pangkatnya dalam keluarga masih
di bawah ibu dan bapa.

Kalau dalam masyarakat kampung , Tok iman, tok pengulu dikirakan
berpangkat dan ianya perlu dihormati oleh walaupun ada dari kalangan
mereka lebih berpendapatan tinggi daripada tok penghulu atau tok iman.

Dalam sebuah kem Tentera, Pangkat banyak sekali dan kelihatan dengan nyata
CO yang berpangkat paling tinggi dan diikuti pegawai-pegawainya sehingga
yang terendah prebet.

Kalau diukur dari segi kekayaan, Pangkat yang paling tinggi adalah mereka
yang terkaya.

Kalau dalam persatuan pula pangkat yang tertinggi YDP, Presiden, ketua 1,
Pengerusi diikuti AJKnya dan ahli-ahli biasa.

Kalau dalam Agama tentunya tok-tok guru , tok lebai  yang berpangkat dan
dikuti oleh mereka yang kurang berpengetahuan dalam keagamaan walaupun
mereka lebih berpangkat dalam sesuatu jawatan dalam pekerjaannya.

Banyak lagi baik dalam organisasi dan sebagainya pangkat. Sehingga
walaupun berpangkat sekalipun seorang itu tidak seharusnya membesarkan
diri dan sombong kerana masih ada yang lebih tinggi dalam sesuatu keadaan
dan suasana.

Pangkat selalu diukur dengan power yang ada pada seseorang. Dan semua
orang adalah berpangkat serta hebat mengikut ukuran masing-masing. Manusia
itu boleh dikatakan hebat jika ia bekerja dan berbuat sesuatu melebihi
daripada pangkatnya. Dia tetap tidak hebat walaupun berpangkat tinggi
kiranya tidak berbuat sesuatu yang melebihi pangkatnya.

Sebagai penulis, kita punya peranan yang sangat penting, kiranya orang
tidak mahu dengar pandangan kita yang keluar dari mulut, kita masih bisa
mengeluarkannya melalui tulisan demi tulisan. Kita punyai kekuatan yang
hebat dan luar dari kebiasaan.



Edi




On Sun, April 20, 2008 11:02 pm, hashim latiff wrote:
  Bila kita tidak berpangkat, apa yang kita kata semuanya tidak berguna.
Malah kata-kata itu hanya layak untuk dijadikan kayu api buat memasak
nasi di dapur.  Itu belum lagi kita jatuh miskin.  Bila kita sudah
miskin, sesetengah orang menganggap kitalah perosak atau virus bagi
sesebuah majlis, walhal kitalah waris terdekat dan kepada kita pernah
diminta pertolongan.  Sesetengah juga menganggap dengan kehadiran kita
orang miskin yang tidak berpangkat, menyebabkan majlis itu menjadi
picang.  Apakah kepincangan sesuatu majlis itu kerana kehadiran
orang-orang yang tidak berpangkat?
     Cakap orang yang tidak berpangkat menyakitikan hati orang yang
berpangkat.  Bila sahaja orang yang tidak berpangkat hendak bercakap,
orang-orang berpangkat akan mengangkat punggung dan meninggalkan
majlis atau berpaling ke lain.
     Aduhai, malangnya orang-orang yang tidak berpangkat.  Cakap dan idea
mereka tidak didengari langsung.  Kalau pun ada yang mendengarnya,
sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.  Tidak berbekas
langsung di hati orang-orang yang berpangkat.
     Apa pun ada masa dan ketika orang yang tidak berpangkat dihargai dan
disajungi seperti raja.  Situasi itu berlaku hanya empat tahun
sekali.  Ketika itu orang-orang yang tidak berpangkat disanjungi,
dijulang setinggi langit. malah orang yang berpangkat pula sanggup
lagi tidur dijemuran, dipangkin rumah orang yang tidak berpangkat.
     Justeru itu jangan pinggirkan orang-orang yang tidak berpangkat dan
miskin kerana satu hari nanti kita perlukan pertolongan orang-orang
yang miskin dan tidak berpangkat itu untuk memberikan undi kepada
kita.  Masa tu baru kita sedar bahawa manusia ini ada kelebihan
masing-masing.  Yang tak berpangkat ada peluang untuk jadi
berpangkat.  Apa pun orang miskin dan tidak berpangkat jangan jadi
batu loncatan orang-orang berpangkat.  Ingatlah kita yang tidak
berpangkat mampu membuang pangkat orang yang berpangkat!





---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it
now.


Kirim email ke