Pengalaman pertama saya dalam penulisan ialah pada tahun 1977 , itu lahir
daripada terbaca sebuah sajak karya Usman Awang yang ada antara
kata-katanya pak utih, mak utih. Sajak itu diulas oleh seorang pengulas.
Setelah itu saja yang sebelum itu langsung tidak meminati sajak kerana
menganggap sebagai susunan kata-kata mengarut.
Sehari kemudian setelah berminat dengan puisi, saya terus menulis sajak
yang saya beri tajuk "kerdipan bintang malam" .
Sajak pertama disiarkan di antologi Telur pada tahun 1978 dan ketika itu
gembira bukan kepalang walaupun tidak mendapat apa-apa ganjaran.
Dari tahun 1978 sehingga 1990 hampir setiap hari menulis dan membaca
sajak. Siang bertukar malam, malam bertukar siang dan adakalanya ketika
tidur pun didatangi 'ilham' lalu bangun menulis sajak.
Sajak yang ditulis agak banyak juga , sekitar kurang lebih 500 ke 600 buah
, tapi yang siap hanyalah sekitar dua ratus sahaja dan yang disiarkan
kurang lebih seratus buah sahaja.
Rasanya saya belum boleh dikatakan sebagai penulis atau penyair dan
mungkin lebih sesuai dianggap sebagai seorang aktivis sastera kerana lebih
banyak menghabiskan masa dengan persatuan berbanding dengan waktu yang
digunakan untuk menulis. Kalau dalam mesyuarat boleh dikatakan banyak
dihabiskan dengan hal-hal lain.
Bidang penulisan saya dikorbankan oleh Persatuan , termasuk yang paling
ketara ialah persatuan belia dan jawatan dalam persatuan yang mengorbankan
penulisan saya tidak lain , tidak bukan adalah jawatan Setiausaha.
Untuk pengajaran, untuk menjadi penulis yang sebenarnya, janganlah begitu
aktif dalam berpersatuan. Boleh pegang sepuluh AJK persatuan , tapi tidak
boleh pegang walaupun satu setiausaha persatuan (yang aktif).
Barangkali juga dikorbankan oleh suratan takdir. Ketika itu - 1977 hingga
sekarang , cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang penulis dan
cita-cita itu masih tersemat dalam diri saya. Dan bidang penulisan yang
saya ingin tumpukan hanyalah satu iaitu penulisan novel, kerana untuk
kembali menulis puisi saya rasa sudah tidak kembali lagi sejak terhenti
sejak tahun 1992 lagi.
Tentang kehidupan penulisan sahabat seperjuangan saya Sdr. Hashim Latiff
saya sangat kagumi dan beliau bagi saya adalah antara penulis yang besar
dan hebat, gagah dan boleh saya katakan sebagai seorang penulis perkasa.
Hashim Latiff layak sebagai penulis besar, kerana banyak menulis
karya-karya bermutu dan badannya juga besar.
Ediramle
On Sat, April 26, 2008 6:08 pm, hashim latiff wrote:
tahun 1983, pertama kali skrip drama saya tersiar di rtm kl.
gembiranya saya saat itu. bayaran sebuah skrip rm240 (ketika
itu). saya menjaja cek itu keliling kampung. besar rm 240
masa tu. apa pun saya terkilan bila ada orang mengatakan
bahawa menulis taklih cari makan. dapat cek rm 240 tiga bulan
baru sampai. tiga bulan x dengan rm 240, baru dapat 80.
nak kedarah begapa!? (saat ini terngiang-ngiang di telinga
tutur celupar itu)
masyaallah. ALLAH itu cukup adil terhadap hambanya. DIA maha mengetahui
siapa yang patut diberikan rezeki lebih dan siapa yang patut menerima
rezeki orang lain ke dalam rezekinya. apakah penutur tadi penentu rezeki
seseorang?
aduhai, Alhamdulillah, hingga saat ini, saya berjaya menyara keluarga
saya seramai lapan orang, hasil penulisan. ranjau dan duri penulisan
menjadikan saya sedikit cekal dan tabah. isteri saya tidak bekerja. dia
hanya anak seorang penoreh getah yang berada jauh di pedalaman. apa yang
diujar ejek oleh waris saya (si penutur tadi) menjadi pemangkin kejayaan
saya.
soalnya, apakah kita berasa bangga dan tersohor kalau kita boleh
memperlekehkan kebolehan orang lain, sedangkan orang yang kita perlekehkan
itu seorang yang tabah? Apakah kita berasa hebat dan bangga bila di dalam
keluarga kita ada seorang sahaja yang bekerja dengan Kerajaan, sehinggakan
hidung kita yang kepek itu menjadi tinggi dan sombong, sedang kita
mempunyai anak sepuluh yang berkepala besar dan kurus kering?