saya rasa inilah caranya untuk menulis. kita tulis dulu apa saja yang
dapat dikutip tak kira dari mana ddan siapa sahaja sebelum saringan demi
tapisan yang kemas dan di'touch up' secara halus menerusi 'gerak rasa seni
tertinggi' dan mesej yang bakal disampikan





> Pertama kali saya menulis...agaknya dari kecil lagi. Saya beli buku
> berkulit keras yang tebal dan saya menulis apa sahaja terlintas di hati.
> Semua saya tulis, sajak dan cerpen. Termasuk juga bab-bab awal novel yang
> tidak pernah selesai. Ketika itu saya menulis kerana perasaan saya ingin
> menulis dan semua hasil tulisan saya untuk bacaan saya sahaja.
>
> Semasa di tingkatan 6 seorang guru mengesan bakat saya dan minta saya
> menulis untuk mana-mana penerbitan. Saya hantar beberapa sajak ke Dewan
> Sastera tapi sajak-sajak tersebut tidak pernah disiarkan. Editor Dewan
> Sastera ketika itu, Saudara Sutung Umar RS memberi komen sajak saya belum
> mencapai standard untuk diterbitkan dalam majalah tersebut.
>
> Masa menunggu keputusan peperiksaan STP, saya bekerja di Penerbitan Adabi.
> Ketika itu Adabi menerbitkan majalah untuk bacaan pelajar (seperti Dewan
> Siswa). Saya mengambil kesempatan itu dengan meletakkan sebuah cerpen di
> atas meja editor majalah tanpa menulis nama saya pada cerpen tersebut.
> Saya tidak mahu cerpen saya tersiar kerana saya bekerja di syarikat
> tersebut. Nasib menyebelahi saya apabila editor bertanya siapakah pengirim
> cerpen tersebut. Cerpen tersebut tersiar pada bulan itu juga. Tajuk cerpen
> "Siapkah Dia" dengan saya menggunakan nama samaran "Duyung Mas". Saya
> mendapat cek pertama hasil penulisan sebanyak RM30.00 dan saya amat
> berbangga sekali ketika itu.
>
> Rutin hidup selepas itu menghalang saya untuk terus menulis. Bila saya
> mendirikan rumahtangga peluang untuk berkarya semakin terhad. Namun saya
> cuba juga mencuri masa memasuki sayembara penulisan novel yg dianjurkan
> oleh Variapop. Saya mendapat hadiah sagu hati dan novel itu terbit sebagai
> novel pertama saya. Kemudian dua novel lagi lahir berselang tiga tahun.
> Tugas di pejabat, tumpuan pada keluarga menjadikan saya penulis yang amat
> tidak aktif.
>
> Namun baru-baru ini saya merasa bertuah kerana DBP memberi kepercayaan
> pada saya untuk menulis novel melalui bengkel yang dianjurkan DBP
> baru-baru ini. Saya telahpun menandatangani surat akujanji dengan DBP
> untuk penerbitan novel tersebut dibawah bimbingan dan seliaan DBP. Semoga
> saya berjaya menghasilkan sebuah novel yang bermutu selepas ini.
>
> Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Pengalaman pertama saya dalam penulisan ialah pada tahun 1977 , itu lahir
>  daripada terbaca sebuah sajak karya Usman Awang  yang ada antara
>  kata-katanya pak utih, mak utih. Sajak itu diulas oleh seorang pengulas.
>  Setelah itu saja yang sebelum itu langsung tidak meminati sajak kerana
>  menganggap sebagai susunan kata-kata mengarut.
>
>  Sehari kemudian setelah berminat dengan puisi, saya terus menulis sajak
>  yang saya beri tajuk "kerdipan bintang malam" .
>  Sajak pertama disiarkan di antologi Telur pada tahun 1978 dan ketika itu
>  gembira bukan kepalang walaupun tidak mendapat apa-apa ganjaran.
>
>  Dari tahun 1978  sehingga 1990 hampir setiap hari menulis dan membaca
>  sajak. Siang bertukar malam, malam bertukar siang dan adakalanya ketika
>  tidur pun didatangi 'ilham' lalu bangun menulis sajak.
>
>  Sajak yang ditulis agak banyak juga , sekitar kurang lebih 500 ke 600
> buah
>  , tapi yang siap hanyalah sekitar dua ratus sahaja dan yang disiarkan
>  kurang lebih seratus buah sahaja.
>
>  Rasanya saya belum boleh dikatakan sebagai penulis atau penyair dan
>  mungkin lebih sesuai dianggap sebagai seorang aktivis sastera kerana
> lebih
>  banyak menghabiskan masa dengan persatuan berbanding dengan waktu yang
>  digunakan untuk menulis. Kalau dalam mesyuarat boleh dikatakan banyak
>  dihabiskan dengan hal-hal lain.
>
>  Bidang penulisan saya dikorbankan oleh Persatuan , termasuk  yang paling
>  ketara ialah persatuan belia dan jawatan dalam persatuan yang
> mengorbankan
>  penulisan saya tidak lain , tidak bukan adalah jawatan  Setiausaha.
>
>  Untuk pengajaran, untuk menjadi penulis yang sebenarnya, janganlah begitu
>  aktif dalam berpersatuan. Boleh pegang sepuluh AJK persatuan , tapi tidak
>  boleh pegang walaupun satu setiausaha persatuan (yang aktif).
>
>  Barangkali juga dikorbankan oleh suratan takdir. Ketika itu - 1977 hingga
>  sekarang , cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang penulis dan
>  cita-cita itu masih tersemat dalam diri saya. Dan bidang penulisan yang
>  saya ingin tumpukan hanyalah satu iaitu penulisan novel, kerana untuk
>  kembali menulis puisi saya rasa sudah tidak kembali lagi sejak terhenti
>  sejak tahun 1992 lagi.
>
>  Tentang kehidupan penulisan sahabat seperjuangan saya Sdr. Hashim Latiff
>  saya sangat kagumi dan beliau bagi saya adalah antara penulis yang besar
>  dan hebat, gagah dan boleh saya katakan sebagai seorang penulis perkasa.
>
>  Hashim Latiff layak sebagai penulis besar, kerana banyak menulis
>  karya-karya bermutu dan badannya juga besar.
>
>  Ediramle
>
>  On Sat, April 26, 2008 6:08 pm, hashim latiff wrote:
>              tahun 1983, pertama kali skrip drama saya tersiar di rtm kl.
>  gembiranya saya saat itu.  bayaran sebuah skrip rm240 (ketika
>  itu).  saya menjaja cek itu keliling kampung.  besar rm 240
>  masa tu.  apa pun saya  terkilan bila ada orang mengatakan
>  bahawa menulis taklih cari makan.  dapat cek rm 240 tiga bulan
>  baru sampai.  tiga bulan x  dengan rm 240, baru dapat  80.
>  nak kedarah begapa!?  (saat ini terngiang-ngiang di telinga
>  tutur celupar itu)
>
>  masyaallah.  ALLAH itu cukup adil terhadap hambanya.  DIA  maha
> mengetahui
>  siapa yang patut diberikan rezeki lebih dan siapa yang patut menerima
>  rezeki orang lain ke dalam rezekinya.  apakah penutur tadi penentu rezeki
>  seseorang?
>
>  aduhai, Alhamdulillah, hingga saat ini, saya berjaya menyara keluarga
>  saya seramai lapan orang, hasil penulisan.  ranjau dan duri penulisan
>  menjadikan saya sedikit cekal dan tabah.  isteri saya tidak bekerja.  dia
>  hanya anak seorang penoreh getah yang berada jauh di pedalaman. apa yang
>  diujar ejek oleh waris saya (si penutur tadi) menjadi pemangkin kejayaan
>  saya.
>
>  soalnya, apakah kita berasa bangga dan tersohor kalau kita boleh
>  memperlekehkan kebolehan orang lain, sedangkan orang yang kita
> perlekehkan
>  itu seorang yang tabah?  Apakah kita berasa hebat dan bangga bila di
> dalam
>  keluarga kita ada seorang sahaja yang bekerja dengan Kerajaan,
> sehinggakan
>  hidung kita yang kepek itu menjadi tinggi dan sombong, sedang kita
>  mempunyai anak sepuluh yang berkepala besar dan kurus kering?
>
>
>
>
>
>
> ---------------------------------
> Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it
> now.


Kirim email ke