Pertama kali saya menulis...agaknya dari kecil lagi. Saya beli buku berkulit 
keras yang tebal dan saya menulis apa sahaja terlintas di hati. Semua saya 
tulis, sajak dan cerpen. Termasuk juga bab-bab awal novel yang tidak pernah 
selesai. Ketika itu saya menulis kerana perasaan saya ingin menulis dan semua 
hasil tulisan saya untuk bacaan saya sahaja. 

Semasa di tingkatan 6 seorang guru mengesan bakat saya dan minta saya menulis 
untuk mana-mana penerbitan. Saya hantar beberapa sajak ke Dewan Sastera tapi 
sajak-sajak tersebut tidak pernah disiarkan. Editor Dewan Sastera ketika itu, 
Saudara Sutung Umar RS memberi komen sajak saya belum mencapai standard untuk 
diterbitkan dalam majalah tersebut.

Masa menunggu keputusan peperiksaan STP, saya bekerja di Penerbitan Adabi. 
Ketika itu Adabi menerbitkan majalah untuk bacaan pelajar (seperti Dewan 
Siswa). Saya mengambil kesempatan itu dengan meletakkan sebuah cerpen di atas 
meja editor majalah tanpa menulis nama saya pada cerpen tersebut. Saya tidak 
mahu cerpen saya tersiar kerana saya bekerja di syarikat tersebut. Nasib 
menyebelahi saya apabila editor bertanya siapakah pengirim cerpen tersebut. 
Cerpen tersebut tersiar pada bulan itu juga. Tajuk cerpen "Siapkah Dia" dengan 
saya menggunakan nama samaran "Duyung Mas". Saya mendapat cek pertama hasil 
penulisan sebanyak RM30.00 dan saya amat berbangga sekali ketika itu.

Rutin hidup selepas itu menghalang saya untuk terus menulis. Bila saya 
mendirikan rumahtangga peluang untuk berkarya semakin terhad. Namun saya cuba 
juga mencuri masa memasuki sayembara penulisan novel yg dianjurkan oleh 
Variapop. Saya mendapat hadiah sagu hati dan novel itu terbit sebagai novel 
pertama saya. Kemudian dua novel lagi lahir berselang tiga tahun. Tugas di 
pejabat, tumpuan pada keluarga menjadikan saya penulis yang amat tidak aktif.

Namun baru-baru ini saya merasa bertuah kerana DBP memberi kepercayaan pada 
saya untuk menulis novel melalui bengkel yang dianjurkan DBP baru-baru ini. 
Saya telahpun menandatangani surat akujanji dengan DBP untuk penerbitan novel 
tersebut dibawah bimbingan dan seliaan DBP. Semoga saya berjaya menghasilkan 
sebuah novel yang bermutu selepas ini.

Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:                             
Pengalaman pertama saya dalam penulisan ialah pada tahun 1977 , itu lahir
 daripada terbaca sebuah sajak karya Usman Awang  yang ada antara
 kata-katanya pak utih, mak utih. Sajak itu diulas oleh seorang pengulas.
 Setelah itu saja yang sebelum itu langsung tidak meminati sajak kerana
 menganggap sebagai susunan kata-kata mengarut.
 
 Sehari kemudian setelah berminat dengan puisi, saya terus menulis sajak
 yang saya beri tajuk "kerdipan bintang malam" .
 Sajak pertama disiarkan di antologi Telur pada tahun 1978 dan ketika itu
 gembira bukan kepalang walaupun tidak mendapat apa-apa ganjaran.
 
 Dari tahun 1978  sehingga 1990 hampir setiap hari menulis dan membaca
 sajak. Siang bertukar malam, malam bertukar siang dan adakalanya ketika
 tidur pun didatangi 'ilham' lalu bangun menulis sajak.
 
 Sajak yang ditulis agak banyak juga , sekitar kurang lebih 500 ke 600 buah
 , tapi yang siap hanyalah sekitar dua ratus sahaja dan yang disiarkan
 kurang lebih seratus buah sahaja.
 
 Rasanya saya belum boleh dikatakan sebagai penulis atau penyair dan
 mungkin lebih sesuai dianggap sebagai seorang aktivis sastera kerana lebih
 banyak menghabiskan masa dengan persatuan berbanding dengan waktu yang
 digunakan untuk menulis. Kalau dalam mesyuarat boleh dikatakan banyak
 dihabiskan dengan hal-hal lain.
 
 Bidang penulisan saya dikorbankan oleh Persatuan , termasuk  yang paling
 ketara ialah persatuan belia dan jawatan dalam persatuan yang mengorbankan
 penulisan saya tidak lain , tidak bukan adalah jawatan  Setiausaha.
 
 Untuk pengajaran, untuk menjadi penulis yang sebenarnya, janganlah begitu
 aktif dalam berpersatuan. Boleh pegang sepuluh AJK persatuan , tapi tidak
 boleh pegang walaupun satu setiausaha persatuan (yang aktif).
 
 Barangkali juga dikorbankan oleh suratan takdir. Ketika itu - 1977 hingga
 sekarang , cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang penulis dan
 cita-cita itu masih tersemat dalam diri saya. Dan bidang penulisan yang
 saya ingin tumpukan hanyalah satu iaitu penulisan novel, kerana untuk
 kembali menulis puisi saya rasa sudah tidak kembali lagi sejak terhenti
 sejak tahun 1992 lagi.
 
 Tentang kehidupan penulisan sahabat seperjuangan saya Sdr. Hashim Latiff
 saya sangat kagumi dan beliau bagi saya adalah antara penulis yang besar
 dan hebat, gagah dan boleh saya katakan sebagai seorang penulis perkasa.
 
 Hashim Latiff layak sebagai penulis besar, kerana banyak menulis
 karya-karya bermutu dan badannya juga besar.
 
 Ediramle
 
 On Sat, April 26, 2008 6:08 pm, hashim latiff wrote:
             tahun 1983, pertama kali skrip drama saya tersiar di rtm kl.
 gembiranya saya saat itu.  bayaran sebuah skrip rm240 (ketika
 itu).  saya menjaja cek itu keliling kampung.  besar rm 240
 masa tu.  apa pun saya  terkilan bila ada orang mengatakan
 bahawa menulis taklih cari makan.  dapat cek rm 240 tiga bulan
 baru sampai.  tiga bulan x  dengan rm 240, baru dapat  80.
 nak kedarah begapa!?  (saat ini terngiang-ngiang di telinga
 tutur celupar itu)
 
 masyaallah.  ALLAH itu cukup adil terhadap hambanya.  DIA  maha mengetahui
 siapa yang patut diberikan rezeki lebih dan siapa yang patut menerima
 rezeki orang lain ke dalam rezekinya.  apakah penutur tadi penentu rezeki
 seseorang?
 
 aduhai, Alhamdulillah, hingga saat ini, saya berjaya menyara keluarga
 saya seramai lapan orang, hasil penulisan.  ranjau dan duri penulisan
 menjadikan saya sedikit cekal dan tabah.  isteri saya tidak bekerja.  dia
 hanya anak seorang penoreh getah yang berada jauh di pedalaman. apa yang
 diujar ejek oleh waris saya (si penutur tadi) menjadi pemangkin kejayaan
 saya.
 
 soalnya, apakah kita berasa bangga dan tersohor kalau kita boleh
 memperlekehkan kebolehan orang lain, sedangkan orang yang kita perlekehkan
 itu seorang yang tabah?  Apakah kita berasa hebat dan bangga bila di dalam
 keluarga kita ada seorang sahaja yang bekerja dengan Kerajaan, sehinggakan
 hidung kita yang kepek itu menjadi tinggi dan sombong, sedang kita
 mempunyai anak sepuluh yang berkepala besar dan kurus kering?
 
 
     
                                       

       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke