Beberapa kali sudah saya cuba untuk menulis, tapi setiap kali untuk bangun
sering kali pula terduduk semula.

Kalau suatu ketika dulu saya benar-benar merasai hidup sebagai seorang
penyajak , walaupun sebetulnya tidaklah selayaknya dipanggil sebagai
seorang penyajak. Saya sering keluar masuk ke dalam sajak , kemudian
merasakan sesuatu yang sangat indah apabila diterjah rasa.

Kini waktu itu seperti sudah berlalu dan amat sukar untuk kembali menulis
sajak semula.

Apakah perlu berhenti saja dari berusaha untuk kembali menulis, walaupun
sebetulnya belum layak untuk dipanggil penulis. Saya kira tidak kerana
dunia ini (penulisan sastera ) seperti telah menjadi suatu yang erat
sekali dengan diri ini.

Sekarang saya cuba kumpul bahan-bahan untuk menulis. Bahan-bahan itu sudah
banyak juga diperolehi dan sebahagian besarnya adalah diperolehi melalui
internet. Saya menjadi seronok untuk mengali bahan-bahan tersebut dan kali
ini rasanya lebih sukar daripada menulis sesuatu tentang kehidupan di
angkasa lepas.








Kirim email ke