>
  Rasanya ' dunia penulisan ' adalah dunia besar yang bersifat imitasi
realiti kepada bukan semua orang meski pernah bergelar penulis. semakin
hebat dia pernah menulis maka selagi besar cabaran untuk kembali menulis
kerana perasaan untuk memastikan hasil karya tersebut adalah yang
terbaik pada dirinya. Pada saya baik atau buruk sesebuah karya yang
dihasilkan bukan si penulis yang menentukan tetapi pembaca yang
menilainya berdasarkan pengalaman yang dilalui dan 'masuk' ke dalam
dunia yang disaring dari penceritaan tersebut menErusi gaya bahasa dan
teknik penceritaan yang dapat diterima khalayak pembaca. ditambah pulak
PARA kritikus yang ada dengan daya tanggap teknik yang dianutinya bakal
mencincang lumat karya sebelum meletakkan karya tersebut di dalam peta
penulisan novel mahupun genre lain yang dihasilkan. untuk itu BUAT DULU
DENGAN KEMAMPUAN YANG ADA DENGAN KAJIAN SECARA BERTERUSAN SAMBIL MENULIS
dan insyallah perlahan-lahan anda bakal masuk ke dalam dunia imitasi
yang dicipta itu secara total kerana segalanya bermula dari dalam DIRI
SENDIRI.





Saya seperti  ingin memulakan semula dunia penulisan  biarpun memulakan
> dari tangga pertama semula  sebagai orang baru dalam bidang penulisan dan
> ketika ini saya perlu mengorbankan beberapa perkara lain terutamanya
> persatuan. Saya sudah merasa tidak berkesanggupan lagi untuk aktif dalam
> persatuan terutamanya sebagai setiausaha yang sering menghantui dunia
> penulisan saya.
>
> Telah banyak perkara yang dikorbankan termasuk sukan dan permainan (mohon
> maaf kepada mereka yang meminati sukan)dan beberapa perkara lain yang
> tidak selayaknya dicatatkan di sini. Saya masih perlukan bersenam ringan
> dengan berlari-lari di rumah saja.
>
> Secara terus terang saya katakan, setelah saya hitung dan perkirakan,
> saya dapati perkara yang mematikan bidang penulisan saya sebelum ini (1991
> - 2005) adalah aktiviti persatuan , termasuk persatuan yang bercorak
> belia, kemasyarakatan, dan tidak terkecuali yang bersifat penulisan
> sekalipun. Mungkin orang lain boleh menafikannya, tapi itulah kenyataannya
> yang tidak boleh saya sembunyikan lagi setelah sekian lama dipendam.
>
> Sebaliknya kerja dan keluarga tidak sedikitpun menghalang saya daripada
> menulis, malah ianya  membantu. Kebetulan kerja saya tidak memerlukan
> penggunaan pemikiran sangat ia hanya memerlukan pengalaman dan sedikit
> kemahiran saja, begitu juga dengan keluarga yang sangat memahami. Ini
> adalah sangat membantu.
>
> Satu lagi perkara yang agak mematikan tetapi juga sangat membantu dalam
> penulisan adalah ICT. ICT sangat perlu, tapi kalau seperti saya yang
> menggunakan ICT secara gila-gilaan ianya sedikit sebanyak turut melemahkan
> bidang penulisan.
>
> Saya ingin merehatkan fikiran dan mengurangkan tekanan darah yang
> sememangnya sudah agak tinggi. Selalunya hampir setiap malam saya keluar
> berjaga malam di bawah SRS, tapi kini mengurangkan hanya keluar untuk
> waktu yang singkat saja sekadar untuk berjumpa kawan-kawan sekampung.
>
> Oleh itu saya bercadang untuk melepaskan semua jawatan setiausaha sebarang
> persatuan termasuk persatuan di kampung. Saya tidak lagi mahu memberatkan
> diri dengan persatuan . Tetapi masih berminat untuk menganggotai sebagai
> AJK biasa beberapa persatuan sukarela sebagai sumbangan tanpa perlu
> memikirkan soal-soal surat menyurat dan perancangan aktiviti.
>
> Saya kembali berminat untuk mengikuti bengkel-bengkel penulisan sebagai
> peserta biarpun bengkel di peringkat asas sekalipun.  Saya sangat ingin
> berguru dengan sdr. Hashim Latiff, kerana saya menganggap Sdr. Hashim
> Latiff sebagai seorang penulis yang gagah, hebat dan perkasa.
>
> Kegigihan Hashim membuatkan saya hairan bagaimana  dia boleh menulis empat
> lima puluh helaian sehari, sedangkan saya untuk menulis sekadar semuka
> surat sekalipun tidak berupaya.
>
> Saya juga ingin menyarankan kepada sdr. Hashim , agar tidak sangat
> bebankan diri dengan hal-hal lain dan tumpukan 90 peratus keupayaan yang
> ada terhadap penulisan. Untuk SRS , KRT  tu bukan tak boleh keluar, tapi
> cukuplah kiranya keluar sekali sekala untuk berkawan.
>
>
> Ediramle
>
>
> On Tue, April 29, 2008 2:59 pm, Manzaidi MohdAmin wrote:
>
> Pada saya, sdr Edi mungkin sedang mengalami era 'berlalu'. Ia sebagaimana
> yang menimpa diri saya suatu ketika dahulu.
> Ketika itu, saya merasakan seolah hidup saya tidak ada permulaan dan
> penghujung. Fikiran berserabut. Buat satu-satu perkara tidak boleh tumpu
> sampai habis kerana pada masa sama fikiran melayang ke suatu benda yang
> lain. Ketika itu fikiran terhenti pada perkara asas tadi kerana nak segera
> beralih pada benda baru yang tiba-tiba datang.
>
> Bila tumpu pada benda yang baru datang, tiba-tiba datang lagi yang baru
> dari itu. Lantas semuanya tinggal kosong begitu saja. Inilah yang
> dikatakan kita mengalami era 'berlalu'... era yang menakutkan.
>
> Itulah kebarangkalian. Saya sudah mengalami apa yang sdr edi alami. Ia
> sungguh menakutkan dan mengecewakan kerana ketika itu kita merasakan hidup
> kita akan berakhir...fikiran dan minda tidak secergas dulu lagi...
> apakahhhhhh???????
>
>
> --- On Tue, 4/29/08, Ediramle Ismail  wrote:
>  From: Ediramle Ismail
> Subject: { PESISIR } Mencari bahan bantu
> To: [email protected]
> Date: Tuesday, April 29, 2008, 2:33 PM
>
>
> Beberapa kali sudah saya cuba untuk menulis, tapi setiap kali untuk bangun
> sering kali pula terduduk semula.
>
> Kalau suatu ketika dulu saya benar-benar merasai hidup sebagai seorang
> penyajak , walaupun sebetulnya tidaklah selayaknya dipanggil sebagai
> seorang penyajak. Saya sering keluar masuk ke dalam sajak , kemudian
> merasakan sesuatu yang sangat indah apabila diterjah rasa.
>
> Kini waktu itu seperti sudah berlalu dan amat sukar untuk kembali menulis
> sajak semula.
>
> Apakah perlu berhenti saja dari berusaha untuk kembali menulis, walaupun
> sebetulnya belum layak untuk dipanggil penulis. Saya kira tidak kerana
> dunia ini (penulisan sastera ) seperti telah menjadi suatu yang erat
> sekali dengan diri ini.
>
> Sekarang saya cuba kumpul bahan-bahan untuk menulis. Bahan-bahan itu sudah
> banyak juga diperolehi dan sebahagian besarnya adalah diperolehi melalui
> internet. Saya menjadi seronok untuk mengali bahan-bahan  tersebut dan
> kali
> ini rasanya lebih sukar daripada menulis sesuatu tentang kehidupan di
> angkasa lepas.
>
>
>           Be a better friend, newshound, and  know-it-all with Yahoo!
> Mobile.  Try it now.
>
>
>


Kirim email ke