Saya seperti ingin memulakan semula dunia penulisan biarpun memulakan
dari tangga pertama semula sebagai orang baru dalam bidang penulisan dan
ketika ini saya perlu mengorbankan beberapa perkara lain terutamanya
persatuan. Saya sudah merasa tidak berkesanggupan lagi untuk aktif dalam
persatuan terutamanya sebagai setiausaha yang sering menghantui dunia
penulisan saya.
Telah banyak perkara yang dikorbankan termasuk sukan dan permainan (mohon
maaf kepada mereka yang meminati sukan)dan beberapa perkara lain yang
tidak selayaknya dicatatkan di sini. Saya masih perlukan bersenam ringan
dengan berlari-lari di rumah saja.
Secara terus terang saya katakan, setelah saya hitung dan perkirakan,
saya dapati perkara yang mematikan bidang penulisan saya sebelum ini (1991
- 2005) adalah aktiviti persatuan , termasuk persatuan yang bercorak
belia, kemasyarakatan, dan tidak terkecuali yang bersifat penulisan
sekalipun. Mungkin orang lain boleh menafikannya, tapi itulah kenyataannya
yang tidak boleh saya sembunyikan lagi setelah sekian lama dipendam.
Sebaliknya kerja dan keluarga tidak sedikitpun menghalang saya daripada
menulis, malah ianya membantu. Kebetulan kerja saya tidak memerlukan
penggunaan pemikiran sangat ia hanya memerlukan pengalaman dan sedikit
kemahiran saja, begitu juga dengan keluarga yang sangat memahami. Ini
adalah sangat membantu.
Satu lagi perkara yang agak mematikan tetapi juga sangat membantu dalam
penulisan adalah ICT. ICT sangat perlu, tapi kalau seperti saya yang
menggunakan ICT secara gila-gilaan ianya sedikit sebanyak turut melemahkan
bidang penulisan.
Saya ingin merehatkan fikiran dan mengurangkan tekanan darah yang
sememangnya sudah agak tinggi. Selalunya hampir setiap malam saya keluar
berjaga malam di bawah SRS, tapi kini mengurangkan hanya keluar untuk
waktu yang singkat saja sekadar untuk berjumpa kawan-kawan sekampung.
Oleh itu saya bercadang untuk melepaskan semua jawatan setiausaha sebarang
persatuan termasuk persatuan di kampung. Saya tidak lagi mahu memberatkan
diri dengan persatuan . Tetapi masih berminat untuk menganggotai sebagai
AJK biasa beberapa persatuan sukarela sebagai sumbangan tanpa perlu
memikirkan soal-soal surat menyurat dan perancangan aktiviti.
Saya kembali berminat untuk mengikuti bengkel-bengkel penulisan sebagai
peserta biarpun bengkel di peringkat asas sekalipun. Saya sangat ingin
berguru dengan sdr. Hashim Latiff, kerana saya menganggap Sdr. Hashim
Latiff sebagai seorang penulis yang gagah, hebat dan perkasa.
Kegigihan Hashim membuatkan saya hairan bagaimana dia boleh menulis empat
lima puluh helaian sehari, sedangkan saya untuk menulis sekadar semuka
surat sekalipun tidak berupaya.
Saya juga ingin menyarankan kepada sdr. Hashim , agar tidak sangat
bebankan diri dengan hal-hal lain dan tumpukan 90 peratus keupayaan yang
ada terhadap penulisan. Untuk SRS , KRT tu bukan tak boleh keluar, tapi
cukuplah kiranya keluar sekali sekala untuk berkawan.
Ediramle
On Tue, April 29, 2008 2:59 pm, Manzaidi MohdAmin wrote:
Pada saya, sdr Edi mungkin sedang mengalami era 'berlalu'. Ia sebagaimana
yang menimpa diri saya suatu ketika dahulu.
Ketika itu, saya merasakan seolah hidup saya tidak ada permulaan dan
penghujung. Fikiran berserabut. Buat satu-satu perkara tidak boleh tumpu
sampai habis kerana pada masa sama fikiran melayang ke suatu benda yang
lain. Ketika itu fikiran terhenti pada perkara asas tadi kerana nak segera
beralih pada benda baru yang tiba-tiba datang.
Bila tumpu pada benda yang baru datang, tiba-tiba datang lagi yang baru
dari itu. Lantas semuanya tinggal kosong begitu saja. Inilah yang
dikatakan kita mengalami era 'berlalu'... era yang menakutkan.
Itulah kebarangkalian. Saya sudah mengalami apa yang sdr edi alami. Ia
sungguh menakutkan dan mengecewakan kerana ketika itu kita merasakan hidup
kita akan berakhir...fikiran dan minda tidak secergas dulu lagi...
apakahhhhhh???????
--- On Tue, 4/29/08, Ediramle Ismail wrote:
From: Ediramle Ismail
Subject: { PESISIR } Mencari bahan bantu
To: [email protected]
Date: Tuesday, April 29, 2008, 2:33 PM
Beberapa kali sudah saya cuba untuk menulis, tapi setiap kali untuk bangun
sering kali pula terduduk semula.
Kalau suatu ketika dulu saya benar-benar merasai hidup sebagai seorang
penyajak , walaupun sebetulnya tidaklah selayaknya dipanggil sebagai
seorang penyajak. Saya sering keluar masuk ke dalam sajak , kemudian
merasakan sesuatu yang sangat indah apabila diterjah rasa.
Kini waktu itu seperti sudah berlalu dan amat sukar untuk kembali menulis
sajak semula.
Apakah perlu berhenti saja dari berusaha untuk kembali menulis, walaupun
sebetulnya belum layak untuk dipanggil penulis. Saya kira tidak kerana
dunia ini (penulisan sastera ) seperti telah menjadi suatu yang erat
sekali dengan diri ini.
Sekarang saya cuba kumpul bahan-bahan untuk menulis. Bahan-bahan itu sudah
banyak juga diperolehi dan sebahagian besarnya adalah diperolehi melalui
internet. Saya menjadi seronok untuk mengali bahan-bahan tersebut dan
kali
ini rasanya lebih sukar daripada menulis sesuatu tentang kehidupan di
angkasa lepas.
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo!
Mobile. Try it now.