Seseorang penulis adakalanya ketika membaca semula karya yang
dihasilkannya seakan tertanya-tanya. Apakah ini tulisan yang aku hasilkan
dan barangkali dalam hatinya berkata "hebat juga aku ni".

Benarkah penulis itu hebat? Memang benar penulis itu hebat. Tapi bukan
sahaja penulis yang hebat, tapi juga semua orang hebat.

Mengapa kehebatan itu hanya kelihatan pada ketika-ketika tertentu, tidak
pada setiap waktu.

Mungkin kita tidak sedar tentang potensi minda bawah sedar yang sangat
berkuasa. Mungkin juga tidak sedar bilakah ianya berperanan dalam keadaan
sebaiknya.

Gelombang otak manusia terbahagi kepada empat tahap. Tahap pertama
dinamakan gelombang Beta, tahap kedua dinamakan gelombang Alpha, gelombang
ketiga dipanggil gelombang Theta dan gelombang tahap keempat dinamakan
gelombang Delta.

Seseorang penulis perlu berada di tahap Alpha dan Theta semasa
menghasilkan karya agar apa yang ditulis nanti bakal memeranjatkan
pembaca.

Ediramle




Kirim email ke