Assalamualaikum..
Ketika menghadiri kursus penulisan baru2 ini, saudara
Azizi Hj Abdullah bercerita bagaimana beliau sentisa
berdoa supaya Allah mempermudahkan penulisan beliau...
Ada orang hanya boleh menulis di kala sunyi atau malam
hari,,, Bagi saya pula ilham itu datang pada bila2
masa..dan selalunya ilham itu datang ketika saya
menghadapi sesuatu keadaan samada terlalu sedih atau
gembira..atau mungkin bila saya melihat sesuatu
peristiwa yg terjadi pada orng lain tapi amat
menyentuh perasaan saya.
--- Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Seseorang penulis adakalanya ketika membaca semula
> karya yang
> dihasilkannya seakan tertanya-tanya. Apakah ini
> tulisan yang aku hasilkan
> dan barangkali dalam hatinya berkata "hebat juga aku
> ni".
>
> Benarkah penulis itu hebat? Memang benar penulis itu
> hebat. Tapi bukan
> sahaja penulis yang hebat, tapi juga semua orang
> hebat.
>
> Mengapa kehebatan itu hanya kelihatan pada
> ketika-ketika tertentu, tidak
> pada setiap waktu.
>
> Mungkin kita tidak sedar tentang potensi minda bawah
> sedar yang sangat
> berkuasa. Mungkin juga tidak sedar bilakah ianya
> berperanan dalam keadaan
> sebaiknya.
>
> Gelombang otak manusia terbahagi kepada empat tahap.
> Tahap pertama
> dinamakan gelombang Beta, tahap kedua dinamakan
> gelombang Alpha, gelombang
> ketiga dipanggil gelombang Theta dan gelombang tahap
> keempat dinamakan
> gelombang Delta.
>
> Seseorang penulis perlu berada di tahap Alpha dan
> Theta semasa
> menghasilkan karya agar apa yang ditulis nanti bakal
> memeranjatkan
> pembaca.
>
> Ediramle
>
>
>
>
>