Sdr. Hashim . Saudara telah menggunakan waktu yang tepat untuk
menghasilkan karya. Sebab itu saya kira sdr. Hashim telah menghasilkan
sesuatu yang adakalanya luar biasa hebatnya.

Saya percaya sdr. Hashim selalu menulis selepas solat tahajud dan ketika
itu suasananya sunyi dan ketika itulah minda bawah sedar cukup berkuasa
dan apa yang kita tuliskan banyak yang dikeluarkan oleh minda bawah sedar
berbanding minda sedar.

Sebaliknya kiranya kita menulis sambil berjalan atau sambil bermain bola
katakan , itu kita berada di gelombang beta yang agak tinggi. Tambah lagi
kalau kita menulis waktu stress kita pastinya menulis ketika di gelombang
beta yang mengguna minda sedar semata.

Gelombang Alpha terletak selalunya ketika kita berada dalam keadaan tenang
dan damai. Dan masanya adalah ketika kita seakan nak terlali dan selepas
terjaga dari tidur. Ketika kita tersengguk-sengguk itu adakalanya kita dah
masuk ke alam theta dan bila saja kita tidur , kalau kita masih bermimpi ,
itu bermakna kita masih berada di gelombang theta. Bagi mereka yang dah
masuk ke gelombang beta mereka akan tidur dengan nyenyaknya dan ketika itu
tidak lagi bermimpi.

Kalau kita menekuni dengan baik, kita masih dapat memetik apa-apa yang
dimimpikan dan menjadikannya sebagai bahan dalam tulisan. Dulu pernah saya
lakukan. Saya bangun mencatat seketika kemudian tertidur kembali dan
meneruskan mimpi yang belum selesai.

Saya suka mimpi, kerana mimpi itu berlaku di bawah kawalan minda bawah sedar.

Orang yang paling hebat bagi saya adalah ulama-ulama besar, mereka seperti
sentiasa berada dalam gelombang  alpha  atau theta.

Bagaimanapun bagi sesetengah orang mereka dapat masuk ke gelombang
tertentu dengan mudah dan dapat menukar kembali ke gelombang lain dengan
mudah. orang boleh tertidur ketika sedang bercakap dan ada orang boleh
tertidur ketika berdiri.

Kita orang biasa, selalunya hanya mampu berada di gelombang alpha, kalau
masuk ke gelombang theta kita dengan mudah saja tertidur kiranya tidak
beringat-ingat.

Semasa bangun selepas pertengahan malam itulah waktu minda kita berada
dalam keadaan Alpha dan sebab itu kalau kita berdoa kita boleh mengalirkan
air mata dan merasai keheningannya. Ketika inilah boleh dikatakan barang
hendak barang jadi barang minta barang boleh.

Ketika itu kiranya kita adakan affirmasi dan meditasi , minda kita akan
bertambah hebat dan perkasa.
Saya sangat percaya, sdr. Hashim telah melakukan affirmasi dan hasilnya
sangat berkesan walaupun mungkin sdr. tidak menyedarinya tentang perkara
ini.
Saya juga percaya Sdr. Hashim telah mengsetting maklamat dengan betul
dengan perkataan aku ingin menjadi seorang yang berjaya dalam penulisan
dan aku akan berusaha secara bersungguh-sungguh.

Sdr. Hashim juga bagi saya miliki mata ketiga yang tajam (Cakra Ajna).
Oleh itu bagi saya Sdr. Hashim Latiff adalah seorang penulis yang hebat.

Tentang saya pula, mungkin perkara tentang minda ni saya sedang cari untuk
bahan penulisan. Saya cari daripada beberapa sumber. Mungkin saya bukan
seorang pengkaji, tapi hanya sekadar pencari. Setakat ini dah jumpa
beberapa  perkara tentang ini yang sememangnya sangat menarik.
Begaimanapun itu hanya masih sangat sedikit pada ukuran sebenarnya.

Saya merasa agak lapang setelah banyak melepaskan jawatan setiausaha dalam
persatuan termasuk pesisir. Bagaimanapun saya masih ingin terus berbakti
kepada pesisir dan saya memilih untuk berbakti kepada pesisir melalui ICT
yang juga dekat dengan diri saya.

Saya masih ada hutang yang masih belum diselesaikan dengan beberapa NGO
terutamanya di peringkat kampung dan salah satu yang belum saya lepaskan
ialah setiausaha Khairat di Kampung. Saya tidak mahu terus meninggalkan
NGO , tapi hanya sanggup berada di posisi AJK biasa sahaja.

Selepas sebahagian besar daripadanya selesai saya ingin kembali ke dunia
penulisan dan kini saya telah kembali semula membaca sajak-sajak dari
antologi dan kumpulan sajak beberapa orang penyair.

Semoga saya dapat menulis kerana sememangnya cita-cita saya adalah menjadi
seorang penulis.

15 tahun sebagai setiausaha 1 persatuan penulis sedikit sebanyak telah
mengenali penulis-penulis terutamanya di Tumpat dan di Kelantan dan 
mungkin orang anggap saya adalah sebagai penulis biarpun sebetulnya saya
adalah aktivis persatuan penulis.


Ediramle


On Wed, May 14, 2008 8:20 am, hashim latiff wrote:
            saya setuju dengan pendapat sdr. Edi.  memang gelombang Alpha
dan Theta antara penyokong kepada kecemerlangan dan kehebatan
seseorang penulis itu.  apa pun saya tidak tahu saya berada di
gelombang mana.  setahu dan seingat saya, saya selalu berada
di gelombang tahajjud, istiqarah, doa, tekun dan  usaha,
sembahyang lima waktu dan berbudi kepada ibu bapa, bertekad
untuk cemerlang dan cemburukan orang lain yang berjaya.

apa pun kajian sdr. Edi ada potensinya.  teruskan gelombang itu dan bila
segalanya telah dilepaskan (jawatan dalam NGO), kotakan janji anda mahu
cemerlang di arena penulisan.  saya doakan agar muncul sarwajagat ke dua
dalam sayembara fiksyen sains nanti.  biar berbaloi dnegan perletakkan
jawatan setiausaha 1.  teruskan li.  biar kita sama-sama meriahkan
PESISIR.  bukan sekadar sarwajagat 1 dan 2, saya kira sdr. edi ada ruang
untuk menulis novel lain (bukan picisan) untuk tatapan semua.  saya tahu
sdr. edi ada kehebatannya kerana saya ketahui Edi sejak belasan tahu lalu
ketika berada di Chabang Empat.  Mengayuh basikal, saya kita antara
faktor penyumbang idea bernas.  kalau tak percaya cuba kembalikan
nostalgia, mengayuh basikal lama menggelilingi seluruh tumpat.  akan ada
idera baru yang muncul dalam minda.

teruskan kecemerlangan dalam penulisan li kerana ini yang sdr mahukan.
melepaskan jawatan kerana hendak menumpukan perhatian kepada bidang
penulisan dan hari ini Sdr. telah memiliki peluang itu.  pergunakanlah
dengan sebaik mungkin dan jangan takut dengan kepayahan.  ada masalah
rujuk.  kita ada  Abang Sham.  Dia boleh bantu kita.

--- On Wed, 5/14/08, Ediramle Ismail   wrote:
From: Ediramle Ismail
Subject: { PESISIR } Ketika sesuai menulis
To: [email protected]
Date: Wednesday, May 14, 2008, 5:40 AM


Seseorang penulis adakalanya ketika membaca semula karya yang
 dihasilkannya seakan tertanya-tanya. Apakah ini tulisan yang aku hasilkan
 dan barangkali dalam hatinya berkata "hebat juga aku ni".

 Benarkah penulis itu hebat? Memang benar penulis itu hebat. Tapi bukan
 sahaja penulis yang hebat, tapi juga semua orang hebat.

 Mengapa kehebatan itu hanya kelihatan pada ketika-ketika tertentu, tidak
 pada setiap waktu.

 Mungkin kita tidak sedar tentang potensi minda bawah sedar yang sangat
 berkuasa. Mungkin juga tidak sedar bilakah ianya berperanan dalam keadaan
 sebaiknya.

 Gelombang otak manusia terbahagi kepada empat tahap. Tahap pertama
 dinamakan gelombang Beta, tahap kedua dinamakan gelombang Alpha,
gelombang
 ketiga dipanggil gelombang Theta dan gelombang tahap keempat dinamakan
 gelombang Delta.

 Seseorang penulis perlu berada di tahap Alpha dan Theta semasa
 menghasilkan karya agar apa yang ditulis nanti bakal memeranjatkan
 pembaca.

 Ediramle


            


Kirim email ke