Kepada Scarlet, banyak-banyak bersabarlah. Allah sayangkan mereka. Kita yang 
masih bernyawa ini perlu tingkatkan amal dan ibadat. Kita doa dan sedekahkan 
mereka AL-FATIHAH semoga rohnya sentiasa di bawah peliharaan Allah SWT. Amin.

--- Pada Jum, 30/1/09, Ediramle Ismail <[email protected]> menulis:

Daripada: Ediramle Ismail <[email protected]>
Subjek: { PESISIR } re: Kepulangan seorang rakan ke sana- untuk rakan scarlet
Kepada: [email protected]
Tarikh: Jumaat, 30 Januari, 2009, 6:43 PM







Turut merasakan dukacita atas pemergian rakan seperjuangan scarlet. Semoga 
terpelihera anak-anak keturunannya yang kehilangan kasih sayang seorang ibu.
Semoga suaminya segera sembuh dan dapat mendidik anak-anak menjadi masyarakat 
yang berguna di masa hadapan.

Petang kelmarin 28 Januari kira-kira jam 6.00 petang , saya juga kehilangan 
seorang rakan sekampung yang pernah sama-sama berusaha bangunkan minda 
masyarakat setempat agar menjadi warga yang sedikitnya membantu ke arah sesuatu 
yang bermanfaat.

Ediramle.

----- Original Message ----- 
From: scarlet pimpernel 
To: pesi...@yahoogroups .com 
Sent: Thursday, January 29, 2009 9:06 AM
Subject: { PESISIR } Kepulangan seorang rakan ke sana

sejak akhir-akhir ini, kita menerima banyak berita kematian.
saya sendiri pada awal pagi ini, kira-kira jam 6.30 dikejutkan dengan panggilan 
telefon menyampaikan berita kawan rapat, seperjuangan si SMK Kedondong, kembali 
ke rahmatullah. beliau kemalangan jalanraya di Mersing pd jumaat lepas dan 
mengalami pendarahan dalaman yang disangka tidak serius. ptg semalam saya 
bertukar-tukar sms dengan arwah dan dia mengatakan dia beransur baik.

malam ini kami beramai-ramai menunggu kepulangan rakan yang disayangi dibawa 
balik dari Johor Bharu dengan menaiki kenderaan jenazah.Betapa lemah segala 
sendi badan menyambut kepulangan yang begitu pedih. dan dalam keheningan malam, 
dia dihantar ke tempat sementaranya di sana, diiringi doa dan airmata ahli 
keluarga, rakan-rakan dan para pelajar yang tidak pernah berhenti menyayangi.
Al-Fatihah untuk seorang pendidik Puan Norhaslinda bt Ab Rahman- pergi pada 
usia 35 tahun... meninggalkan suami yang masih tenat di hospital Johor Bharu 
dan berjuang untuk hidup dengan kecederaan yang parah.

Ini hanyalah ingatan daripada saya, seorang rakan yang sangat menyayanginya dan 
benar-benar berasa kehilangannya sehingga ke ulu hati.

____________ _________ _________ __
From: Norhisham Mustaffa <[email protected]. my>
To: pesi...@yahoogroups .com
Sent: Friday, January 30, 2009 7:25:10 AM
Subject: Re: { PESISIR } Perjumpaan PESISIR bersama Editor Tintarona

Li,

dimaklumkan bahawa saudara dan sahabat kita - SAMOZA atau Sabri Moh Zain yang 
telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buluh pagi kemarin (28hb), maka pada 
kira-kira jam 1.30 pagi tadi (29hb) beliau telah berpulang ke alam abadi.

Jenazahnya telah dibawa pulang ke Kok Lanas dan selamat dikebumikan di tanah 
pekuburan Kg Gutung sekita jam 3 lebih sedikit petang tadi.

Kita kehilangan seorang lagi penggiat sastera yang sering tampil terus terang 
dan kental dengan prinsip. Doakan agar ruhnya aman dan sejahtera. Amin.
----- Original Message ----- 
From: Ediramle Ismail 
To: ajkpesi...@yahoogro ups.com ; pesi...@yahoogroups .com 
Sent: Saturday, December 13, 2008 12:38 AM
Subject: { PESISIR } Perjumpaan PESISIR bersama Editor Tintarona

Dengan hormatnya tuan/puan warga PESISIR sekelian dijemput hadir ke
Perjumpaan PESISIR bersama Editor Tintarona, Sdr. Rozlan Mohamed Noor
seperti berikut:

Tarikh: 19 Disember 2008
Hari: Jumaat
Masa: 9.00 pagi.
Tempat: Rumah Sdr. Anuar Musa , Ketua 2 PESISIR,
Di Kg. Telaga Lanas, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.
(Belakang Pajabat Pos Pengkalan Kubor)

Agenda: Sesi soal jawab mengenai Penerbitan di Tintarona.

Kehadiran tuan/puan adalah sangat dialu-alukan bagi menjayakan lagi
perjumpaan yang bakal diadakan.

Terima kasih.

Mohon Sms ke nombor telefon saya sekiranya dapat hadir 0129032948

Ediramle Ismail
Setiausaha Unit ICT PESISIR

[Non-text portions of this message have been removed]

[Non-text portions of this message have been removed]

[Non-text portions of this message have been removed]

 














      Reka Pingbox eksklusif anda sendiri hari ini! Mudah untuk membuat ruang 
bual peribadi di blog anda. http://my.messenger.yahoo.com/pingbox/

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke