terima kasih di atas perhatian para sahabat, mereka yang telah pergi meninggalkan kita sudah pasti arahnya. kita yang masih bernyawa ini, belum tentu bagaimana titik akhir hembusan nafas kita. walaupun begitu, sesekali terasa seperti bermimpi dan berharap alangkah indah jika ahad ini saya tiba di sekolah, dia masih ada tersenyum menunggu kedatangan saya dan rakan-rakan seperti biasa, kerana dia selalu datang awal.
bila sedar, inilah takdir untuk kita manusia. hari ini kita kehilangan rakan, esok lusa kita pula menyusul semoga kita semua mendapat pengakhiran yang paling baik untuk hayat ini. insyaallah. ________________________________ From: Manzaidi MohdAmin <[email protected]> To: [email protected] Sent: Friday, January 30, 2009 10:29:48 PM Subject: Re: { PESISIR } re: Kepulangan seorang rakan ke sana- untuk rakan scarlet Kepada Scarlet, banyak-banyak bersabarlah. Allah sayangkan mereka. Kita yang masih bernyawa ini perlu tingkatkan amal dan ibadat. Kita doa dan sedekahkan mereka AL-FATIHAH semoga rohnya sentiasa di bawah peliharaan Allah SWT. Amin. --- Pada Jum, 30/1/09, Ediramle Ismail <edira...@pesisir. net> menulis: Daripada: Ediramle Ismail <edira...@pesisir. net> Subjek: { PESISIR } re: Kepulangan seorang rakan ke sana- untuk rakan scarlet Kepada: pesi...@yahoogroups .com Tarikh: Jumaat, 30 Januari, 2009, 6:43 PM Turut merasakan dukacita atas pemergian rakan seperjuangan scarlet. Semoga terpelihera anak-anak keturunannya yang kehilangan kasih sayang seorang ibu. Semoga suaminya segera sembuh dan dapat mendidik anak-anak menjadi masyarakat yang berguna di masa hadapan. Petang kelmarin 28 Januari kira-kira jam 6.00 petang , saya juga kehilangan seorang rakan sekampung yang pernah sama-sama berusaha bangunkan minda masyarakat setempat agar menjadi warga yang sedikitnya membantu ke arah sesuatu yang bermanfaat. Ediramle. ----- Original Message ----- From: scarlet pimpernel To: pesi...@yahoogroups .com Sent: Thursday, January 29, 2009 9:06 AM Subject: { PESISIR } Kepulangan seorang rakan ke sana sejak akhir-akhir ini, kita menerima banyak berita kematian. saya sendiri pada awal pagi ini, kira-kira jam 6.30 dikejutkan dengan panggilan telefon menyampaikan berita kawan rapat, seperjuangan si SMK Kedondong, kembali ke rahmatullah. beliau kemalangan jalanraya di Mersing pd jumaat lepas dan mengalami pendarahan dalaman yang disangka tidak serius. ptg semalam saya bertukar-tukar sms dengan arwah dan dia mengatakan dia beransur baik. malam ini kami beramai-ramai menunggu kepulangan rakan yang disayangi dibawa balik dari Johor Bharu dengan menaiki kenderaan jenazah.Betapa lemah segala sendi badan menyambut kepulangan yang begitu pedih. dan dalam keheningan malam, dia dihantar ke tempat sementaranya di sana, diiringi doa dan airmata ahli keluarga, rakan-rakan dan para pelajar yang tidak pernah berhenti menyayangi. Al-Fatihah untuk seorang pendidik Puan Norhaslinda bt Ab Rahman- pergi pada usia 35 tahun... meninggalkan suami yang masih tenat di hospital Johor Bharu dan berjuang untuk hidup dengan kecederaan yang parah. Ini hanyalah ingatan daripada saya, seorang rakan yang sangat menyayanginya dan benar-benar berasa kehilangannya sehingga ke ulu hati. ____________ _________ _________ __ From: Norhisham Mustaffa <[email protected]. my> To: pesi...@yahoogroups .com Sent: Friday, January 30, 2009 7:25:10 AM Subject: Re: { PESISIR } Perjumpaan PESISIR bersama Editor Tintarona Li, dimaklumkan bahawa saudara dan sahabat kita - SAMOZA atau Sabri Moh Zain yang telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buluh pagi kemarin (28hb), maka pada kira-kira jam 1.30 pagi tadi (29hb) beliau telah berpulang ke alam abadi. Jenazahnya telah dibawa pulang ke Kok Lanas dan selamat dikebumikan di tanah pekuburan Kg Gutung sekita jam 3 lebih sedikit petang tadi. Kita kehilangan seorang lagi penggiat sastera yang sering tampil terus terang dan kental dengan prinsip. Doakan agar ruhnya aman dan sejahtera. Amin. ----- Original Message ----- From: Ediramle Ismail To: ajkpesi...@yahoogro ups.com ; pesi...@yahoogroups .com Sent: Saturday, December 13, 2008 12:38 AM Subject: { PESISIR } Perjumpaan PESISIR bersama Editor Tintarona Dengan hormatnya tuan/puan warga PESISIR sekelian dijemput hadir ke Perjumpaan PESISIR bersama Editor Tintarona, Sdr. Rozlan Mohamed Noor seperti berikut: Tarikh: 19 Disember 2008 Hari: Jumaat Masa: 9.00 pagi. Tempat: Rumah Sdr. Anuar Musa , Ketua 2 PESISIR, Di Kg. Telaga Lanas, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. (Belakang Pajabat Pos Pengkalan Kubor) Agenda: Sesi soal jawab mengenai Penerbitan di Tintarona. Kehadiran tuan/puan adalah sangat dialu-alukan bagi menjayakan lagi perjumpaan yang bakal diadakan. Terima kasih. Mohon Sms ke nombor telefon saya sekiranya dapat hadir 0129032948 Ediramle Ismail Setiausaha Unit ICT PESISIR [Non-text portions of this message have been removed] [Non-text portions of this message have been removed] [Non-text portions of this message have been removed] Reka Pingbox eksklusif anda sendiri hari ini! Mudah untuk membuat ruang bual peribadi di blog anda. http://my.messenger .yahoo.com/ pingbox/ [Non-text portions of this message have been removed] [Non-text portions of this message have been removed]
