Abe Di, apa YM Abe Di, saya nak add.



________________________________
From: Manzaidi MohdAmin <[email protected]>
To: [email protected]
Sent: Saturday, January 31, 2009 10:12:59 PM
Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu


Satu lagi, bila kita jalan sorang-sorang di kawasan yang samar-samar, langkah 
kita seperti nak cepat kayuh. kalau boleh sekali kayuh jaraknya tiga langkah. 
Tika tulah rasa besar kepala kita. telinga pula berdengung. 

--- Pada Sab, 31/1/09, hashim latiff <hazafl17570@ yahoo.com> menulis:

Daripada: hashim latiff <hazafl17570@ yahoo.com>
Subjek: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu
Kepada: pesi...@yahoogroups .com
Tarikh: Sabtu, 31 Januari, 2009, 5:32 PM

saya tak pernah tengok hantu tetapi bulu tengkok saya selalu berdiri bila 
melintasi pokok atau ketik (wat siam).  apa pun saya ada petua.  petua itu 
diberikan oleh mereka-mereka yang bersahabat dengan hantu.  petuanya mudah 
sahaja.  kalau balik di waktu malam jangan cepat melompat tangga rumah.  kerana 
amalam sebegitu akan jadikan seseorang itu penakut.  sampai di halaman tangga, 
sapu muka terlebih dahulu 

--- On Sat, 1/31/09, scarlet pimpernel <ctl...@yahoo. com> wrote:

From: scarlet pimpernel <ctl...@yahoo. com>
Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu
To: pesi...@yahoogroups .com
Date: Saturday, January 31, 2009, 1:34 PM

sudah 2 hari berturut-turut saya membuka email dan mendapati ada topik pasal 
hantu. selalunya saya membaca email pada waktu malam yang mana saya lebih 
lapang. tetapi email topik hantu ini tak dapatlah saya membacanya malam semalam 
dan malam tadi kerana saya ni kurang berani. terpaksa sign out dahulu dan 
tengahari ni baru dibuka semula untuk dibaca.

nampaknya abe Li dan abe Di kita ni jenis yang berani dan tak takut dengan 
hantu. saya ni takut tu tidaklah, cuma tidak berani. nak komen pasal hantu pun 
ngeri rasanya kerana saya di rumah sewaan ini selalu juga diuji dengan 
macam-macam bunyi dan kejadian. cuma saya kuatkan hati dan terpaksa buat 
seolah-olah tidak dengar apa-apa.

apa-apapun, saya seronok membaca pengalaman rakan-rakan tentang topik ini. 
teruskan memberi respons.

____________ _________ _________ __
From: Ediramle Ismail <edira...@pesisir. net>
To: pesi...@yahoogroups .com
Sent: Saturday, January 31, 2009 3:37:41 PM
Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu

Ketika saya berkunjung ke Shah Alam tahun lepas dan ketika sempat jumpa 
Manzaidi di sana bersama sdr. Zakaria Busu , kami sempat diberitahu tentang 
cerita penghuni keluarga tiga beranak itu. Selain itu diceritakan juga tentang 
keadaan dalam perjalanan di jalan antara Gua Musang ke Kuala Krai yang mana 
ketika melalui di tempat berhampiran pokok besar Zaidi merasakan sesuatu sedang 
menumpang keretanya dan apabila dibaca ayat-ayat kedengaran bacaan itu bergema 
seperti ada yang mengajuk. Pada pertemuan malam itu kami banyak berbicara 
tentang makhluk halus . Saya seronok dengan perbincangan dan cerita-cerita pada 
malam tu dan cerita-cerita yang disampaikan Zaidi ketika tu masih saya ingati 
dengan baik.

Saya tidak pernah terjumpa hantu baik dalam bentuk penampakan, bunyi suara atau 
pergerakan benda-benda. Tapi ada sekali kira-kira 20 tahun yang lalu ketika 
saya duduk di hadapan seorang bomoh yang dipanggil untuk halau hantu. Ketika 
bomoh itu baca sesuatu dan kemudian hembus, saya rasa ada satu benda seperti 
gumpalan kabus dan seperti angin menembusi badan saya dan terus berlalu. Jadi 
saya kira yang hantu itu seperti satu objek yang boleh menembusi objek lain 
tanpa terhalang. 

Saya juga seorang yang agak penakut .Selalunya ketika waktu malam semasa 
meronda dalam skim SRS (Skim rondaan sukarela) saya sering berada di posisi 
pertengahan terutamanya di lorong-lorong yang gelap bagi mengelakkan daripada 
berada di posisi paling belakang yang boleh membuat terasa seperti ada yang 
mengikut dari belakang.

Saya kira apa-apa yang digambarkan dalam cerita-cerita filem dan apa yang 
digambarkan di internet wajah-wajah hantu tu seperti tidak begitu tepat, kerana 
hantu-hantu yang digambarkan adalah berbeza antara satu tempat dengan tempat 
yang lain. Hantu di Malaysia tidak sama dengan hantu di cina, di jepun atau 
sebagainya. 

Saya pernah dengar cerita orang kata hantu tak sukakan bau-bauan wangi , 
sebaliknya mereka suka bauan yang busuk seperti bangkai dan sebagainya. Hantu 
juga gemar kepada warna-warna tertentu seperti warna kuning keorenan (kuning 
kunyit) kerana itu orang dulu-dulu buat pulut kuning untuk jamu hantu.

Satu perkara lagi mungkin sekali hantu suka tempat gelap kerana selalunya 
ketika kita merasa takutkan hantu adalah pada waktu malam. 

Edi

----- Original Message ----- 
From: Manzaidi MohdAmin 
To: pesi...@yahoogroups .com 
Sent: Friday, January 30, 2009 5:54 AM
Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu

Ok, biar saya yang mula topik ini.

Pertamanya, sebagai bukti, rumah saya di cabang empat dihuni oleh jin telah 
dirakam dan disiarkan dalam Misteri Nusantara pada tahun 2004. 

Kedua, di kediaman sewa saya di Seksyen 24, ada 'satu keluarga tiga beranak' 
yang menghuni dalam bilik tengah rumah kami. Tiga beranak itu ialah, ibu, bapa 
dan anak.

Sejarah rumah sewa ini: Dalam tempoh dua tahun, sudah tujuh keluarga berpindah 
randah. Paling lama pun mereka mampu bertahan tiga bulan, kemudian berpindah ke 
rumah lain. Tetapi yang menjadi tanda tanya tuan rumah ialah kenapa saya dan 
geng sejak setahun lalu tinggal di rumah itu tidak pindah-pindah.

Jawabnya: Kami tahu kehadiran 'tiga beranak' di rumah berkenaan. Malah dalam 
seminggu, dua atau tiga kali kami diganggu. kami buka suis bilik air, 'dia' 
tutup. kami tutup, 'dia' buka. Malah suis dapur gas pun selalu dibuka tutup, 
buka tutup. 

Tuan rumah ada panggil bomoh untuk halau, tapi kami halang dan larang bomoh itu 
ganggu 'keluarga' berkenaan. 'mereka' tidak ganggu kami, kenapa kami perlu 
halau 'mereka'.

Ini memang kisah benar dan seminggu lalu, ketika saya seorang diri di rumah dan 
berada di bilik air, tetiba terdengar ketukan pintu rumah. Saya buat dono jer. 
Memang itu adalah kawan saya. Selepas melepas hajat, saya tengok kawan saya itu 
dalam keadaan pucat. Dia hanya sempat berbual lima minit kemudian minta diri 
nak pulang.

Keesokkan hari, di pejabat, kawan saya beritau, ketika dia cuba buka pintu, 
pintu itu kunci dan dia ketuk beberapa kali (itu yang saya dengar ketika dalam 
bilik air).. 

Katanya, tetiba saja pintu itu dibuka dan dia terus masuk dan berada di ruang 
tamu. Katanya, tika itu tak ada orang (memangla tak ada sebab saya dalam bilik 
air). 
Katanya, tika duduk sorang-sorang, dia terlihat kelibat seorang budak yang 
menjenguk-jenguk dari pintu bilik. Itu yang menyebabkan dia ketakutan dan 
menggigil (dan itulah reaksi yang saya nampak pada wajah kawan saya itu selepas 
saya keluar dari bilik air).

Sekarang pun 'keluarga' itu masih ada. Kami berkawan baik. Itu saja secara 
ringkasnya.

Berhubung soalan Edi, siapa pernah tengok dan dengar suara hantu? Jawabnya: 
Saya pernah tengok, tetapi tidak pernah dengar suara hantu.

Mengapa kita takut hantu? Sebab kita tidak nampak mereka dan itu yang 
menyebabkan perasaan takut menguasai diri. Tambahan pula berdiri bulu roma. Itu 
yang kita diajar sejak kecil untuk takut bila dengar ada hantu.

Di manakah tempat kesukaan hantu? Di rumah saya di Chabang Empat, Tumpat dan di 
rumah sewa saya di Seksyen 24, Shah Alam.

Apakah perkara yang tidak disukai hantu? Yang ni saya tak tahu.

--- Pada Sab, 31/1/09, Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com> menulis:

Daripada: Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com>
Subjek: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu
Kepada: pesi...@yahoogroups .com
Cc: kokpa...@yahoogroup s.com, kelantan-kita@ yahoogroups. com, 
perin...@yahoogroup s.com, tum...@yahoogroups. com
Tarikh: Sabtu, 31 Januari, 2009, 4:17 AM

Kali ini nak bincang tentang perkara yang mungkinnya agak asing sikit untuk 
berkongsi info dan maklumat berkenaan makhluk halus ini.

Saya nak tanya soalan berikut:

1. Siapa yang pernah tengok dan dengar suara hantu?

2. Mengapa kita takut hantu?

3. Di manakah tempat kesukaan hantu?

4. Apakah perkara yang tidak disukai hantu?

Terima kasih.

Ediramle

[Non-text portions of this message have been removed]

Nama E-mel baru untuk anda! 
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru. 
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail. promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/

[Non-text portions of this message have been removed]

[Non-text portions of this message have been removed]

[Non-text portions of this message have been removed]

[Non-text portions of this message have been removed]

Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya!
http://mail. promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/

[Non-text portions of this message have been removed]

 


      

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke