Peristwa pada rahun 1993, semasa menjadi jurulatih di Akademi Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bahru. Saya telah diamanahkan membawa seramai 6 anggota (2 wanita, 4 lelaki) untuk 'mencari dan menyelamat' mendaki bukit Batu Pahat Kuala Kubu. Tepat jam 3.30 petang kami memulakan latihan dengan berbekalkan peta dan kompas. Terlalu ghairah dengan tugasan sehingga lupa petua orang tua-tua. Ada yang membuang air kecil tanpa izin (mungkin) dan mencatas pokok-pokok di dalam hutan di situ. Sebelum perjalanan kompas dibaca, peta disukat, tetapi anehnya kami tidak jumpa jalan keluar. Ketika jam menunjukkan jam 6.30 petang, terdengar salakan anjing (entah dari mana) sayup-sayup kendengaran. Beberapa langkah berjalan seorang peserta kursus berusia lewat 40an memberitahu saya dalam nada sedikit panik "Tuan, kita telah tersesat!", saya hanya tersenyum, mungkin dia kepenatan, lantas kata-kata itu terpacul dari bibirnya, Kami terus tersesat. Keadaan di dalam hutan telah menjadi samar-samar kerana jam sudah hampir menunjukkan ke angka 745malam. Ketika merentasi sungai kecil yang kedalamannya separas lutut, seorang peserta saya yang dilantik menjadi imam semasa berkursus, tiba-tiba saha melaungkan azan. Semuanya terkedu. Saya bertanya kenapa? Dia hanya terdiam dan kami meneruskan perjalanan lagi. Ketika itu kami menerima panggilan dari alat walkie talkie yang dibawa, Pasukan mencari telah menyedari kami telah kelhilangan arah dan berusaha mengesan kami. Kami menmanjat tebing-tebing tinggi dengan menggunakan tali dalam keaadan gelap gelita. Kami bernasib baik menemui jalan yang dijadikan 'laluan menurunkan kayu-kayu balak. Tepat jam 3 pagi bari pasukan yang mengesan kami berjaya menemui dan membawa turun dari Bukit Batu Pahat. Sampai d base camp, barulah anggota yang pertama bercerita: ketika anjing menyalak, dia sempat mendongak ke satu pokok besar, di mana dia terlihat wajah mahkluk bermata merah dan bermuka pucat dicelah dahan memerhati garang kepada kami yang sedang berjalan di bawah. Anggota yang melaungkan azan pula bercerita: dia menoleh di tebing sungai dan di atas batu besar tercegat satu lembaga hitam yang besar,, katanya dari tadi dia menmgikut perjalanan kami, kerana itulah. dia melaungkan azam sekuat mungkin. Saya percaya dengan cerita mereka itu. Tidak mungkin mereka berbohong, Saya tahu kata-kata mereka adalah jujur.
--- Pada Sab, 31/1/09, asmui mustapa <[email protected]> menulis: Daripada: asmui mustapa <[email protected]> Subjek: Balasan: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu Kepada: [email protected] Tarikh: Sabtu, 31 Januari, 2009, 12:40 PM Hantu? Memang isu ini sangat menarik. Dalam drama dan filem pun akhir-akhir ini menjadi laris dengan cerita-cerita hantu. Di sana-sini orang mula bercakap dan bersembang fasal hantu. Hinggakan hantu @ jin @ iblis dan macam-macam lagi ni...bermaharajalel a dalam masyarakat kita. Terus terang, saya sendiri tak pernah tengok hantu. Tak tahu sama ada muka hantu sebenar sama dengan dalam tv atau filem. Mungkin dalam tv atau filem itu hanya imaginasi pengarahnya sahaja. Tapi sejak kecil kita ditakut-takutnya dengan hantu oleh emak bapak. Sampailah kita besar macam sekrang pun gitulah jugak. Tak tahu betul ataupun salah. Sepanjang saya bersama-sama pelajar di asrama (lebih kurang 19 tahun) cerita tentang hantu sangat sinonim. Ada pelajar terserempak dalam tandas, sebalik loker, dalam surau dan macam-macam lagi. Ada pelajar dengar tapak kaki berjalam macam tentera, berkawad di koridor, bunyi orang berjerit, menghilai, memanggil dan macam-macam. Ada juga pelajar yang kena rasuk (histeria), sampai kena panggil bomoh, pawang, ustaz dan macam-macam lagi. Susah nak cakap tentang betul salah atau benar tidak. Tetapi ada perkara yang berlaku. Apa-apa pun, kadang-kadang hantu ni berasa glamor apabila kita banyak bercakap tentangnya. Dia rasa manggak orang terlalu fokuskan fasalnya. Itu sebab lagilah dia mengada-ngada. Dia pun nak masuk tv3 dalam 'Alam Misteri'. Dan akibatnya, anak-anak kita, generasi kita menjadi takut kepada perkara-perkara yang dia tak nampak. Jadi pengecut kepada perkara-perkara yang tidak pasti. Jiwa pun akan kecut dan mengecil. Islam pun akan rosak. Macam mana nak didik anak-anak kita sekeras anak-anak Palestin yang sanggup berjuang? Fikirkan! Ediramle Ismail <edira...@pesisir. net> wrote: Ketika saya berkunjung ke Shah Alam tahun lepas dan ketika sempat jumpa Manzaidi di sana bersama sdr. Zakaria Busu , kami sempat diberitahu tentang cerita penghuni keluarga tiga beranak itu. Selain itu diceritakan juga tentang keadaan dalam perjalanan di jalan antara Gua Musang ke Kuala Krai yang mana ketika melalui di tempat berhampiran pokok besar Zaidi merasakan sesuatu sedang menumpang keretanya dan apabila dibaca ayat-ayat kedengaran bacaan itu bergema seperti ada yang mengajuk. Pada pertemuan malam itu kami banyak berbicara tentang makhluk halus . Saya seronok dengan perbincangan dan cerita-cerita pada malam tu dan cerita-cerita yang disampaikan Zaidi ketika tu masih saya ingati dengan baik. Saya tidak pernah terjumpa hantu baik dalam bentuk penampakan, bunyi suara atau pergerakan benda-benda. Tapi ada sekali kira-kira 20 tahun yang lalu ketika saya duduk di hadapan seorang bomoh yang dipanggil untuk halau hantu. Ketika bomoh itu baca sesuatu dan kemudian hembus, saya rasa ada satu benda seperti gumpalan kabus dan seperti angin menembusi badan saya dan terus berlalu. Jadi saya kira yang hantu itu seperti satu objek yang boleh menembusi objek lain tanpa terhalang. Saya juga seorang yang agak penakut .Selalunya ketika waktu malam semasa meronda dalam skim SRS (Skim rondaan sukarela) saya sering berada di posisi pertengahan terutamanya di lorong-lorong yang gelap bagi mengelakkan daripada berada di posisi paling belakang yang boleh membuat terasa seperti ada yang mengikut dari belakang. Saya kira apa-apa yang digambarkan dalam cerita-cerita filem dan apa yang digambarkan di internet wajah-wajah hantu tu seperti tidak begitu tepat, kerana hantu-hantu yang digambarkan adalah berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Hantu di Malaysia tidak sama dengan hantu di cina, di jepun atau sebagainya. Saya pernah dengar cerita orang kata hantu tak sukakan bau-bauan wangi , sebaliknya mereka suka bauan yang busuk seperti bangkai dan sebagainya. Hantu juga gemar kepada warna-warna tertentu seperti warna kuning keorenan (kuning kunyit) kerana itu orang dulu-dulu buat pulut kuning untuk jamu hantu. Satu perkara lagi mungkin sekali hantu suka tempat gelap kerana selalunya ketika kita merasa takutkan hantu adalah pada waktu malam. Edi ----- Original Message ----- From: Manzaidi MohdAmin To: pesi...@yahoogroups .com Sent: Friday, January 30, 2009 5:54 AM Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu Ok, biar saya yang mula topik ini. Pertamanya, sebagai bukti, rumah saya di cabang empat dihuni oleh jin telah dirakam dan disiarkan dalam Misteri Nusantara pada tahun 2004. Kedua, di kediaman sewa saya di Seksyen 24, ada 'satu keluarga tiga beranak' yang menghuni dalam bilik tengah rumah kami. Tiga beranak itu ialah, ibu, bapa dan anak. Sejarah rumah sewa ini: Dalam tempoh dua tahun, sudah tujuh keluarga berpindah randah. Paling lama pun mereka mampu bertahan tiga bulan, kemudian berpindah ke rumah lain. Tetapi yang menjadi tanda tanya tuan rumah ialah kenapa saya dan geng sejak setahun lalu tinggal di rumah itu tidak pindah-pindah. Jawabnya: Kami tahu kehadiran 'tiga beranak' di rumah berkenaan. Malah dalam seminggu, dua atau tiga kali kami diganggu. kami buka suis bilik air, 'dia' tutup. kami tutup, 'dia' buka. Malah suis dapur gas pun selalu dibuka tutup, buka tutup. Tuan rumah ada panggil bomoh untuk halau, tapi kami halang dan larang bomoh itu ganggu 'keluarga' berkenaan. 'mereka' tidak ganggu kami, kenapa kami perlu halau 'mereka'. Ini memang kisah benar dan seminggu lalu, ketika saya seorang diri di rumah dan berada di bilik air, tetiba terdengar ketukan pintu rumah. Saya buat dono jer. Memang itu adalah kawan saya. Selepas melepas hajat, saya tengok kawan saya itu dalam keadaan pucat. Dia hanya sempat berbual lima minit kemudian minta diri nak pulang. Keesokkan hari, di pejabat, kawan saya beritau, ketika dia cuba buka pintu, pintu itu kunci dan dia ketuk beberapa kali (itu yang saya dengar ketika dalam bilik air).. Katanya, tetiba saja pintu itu dibuka dan dia terus masuk dan berada di ruang tamu. Katanya, tika itu tak ada orang (memangla tak ada sebab saya dalam bilik air). Katanya, tika duduk sorang-sorang, dia terlihat kelibat seorang budak yang menjenguk-jenguk dari pintu bilik. Itu yang menyebabkan dia ketakutan dan menggigil (dan itulah reaksi yang saya nampak pada wajah kawan saya itu selepas saya keluar dari bilik air). Sekarang pun 'keluarga' itu masih ada. Kami berkawan baik. Itu saja secara ringkasnya. Berhubung soalan Edi, siapa pernah tengok dan dengar suara hantu? Jawabnya: Saya pernah tengok, tetapi tidak pernah dengar suara hantu. Mengapa kita takut hantu? Sebab kita tidak nampak mereka dan itu yang menyebabkan perasaan takut menguasai diri. Tambahan pula berdiri bulu roma. Itu yang kita diajar sejak kecil untuk takut bila dengar ada hantu. Di manakah tempat kesukaan hantu? Di rumah saya di Chabang Empat, Tumpat dan di rumah sewa saya di Seksyen 24, Shah Alam. Apakah perkara yang tidak disukai hantu? Yang ni saya tak tahu. --- Pada Sab, 31/1/09, Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com> menulis: Daripada: Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com> Subjek: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu Kepada: pesi...@yahoogroups .com Cc: kokpa...@yahoogroup s.com, kelantan-kita@ yahoogroups. com, perin...@yahoogroup s.com, tum...@yahoogroups. com Tarikh: Sabtu, 31 Januari, 2009, 4:17 AM Kali ini nak bincang tentang perkara yang mungkinnya agak asing sikit untuk berkongsi info dan maklumat berkenaan makhluk halus ini. Saya nak tanya soalan berikut: 1. Siapa yang pernah tengok dan dengar suara hantu? 2. Mengapa kita takut hantu? 3. Di manakah tempat kesukaan hantu? 4. Apakah perkara yang tidak disukai hantu? Terima kasih. Ediramle [Non-text portions of this message have been removed] Nama E-mel baru untuk anda! Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru. Cepat sebelum orang lain mendapatkannya! http://mail. promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/ [Non-text portions of this message have been removed] [Non-text portions of this message have been removed] ------------ --------- --------- --- Percuma! Perisian penentang virus dan adware (perosak).Muat turun Yahoo! Toolbar sekarang. [Non-text portions of this message have been removed] Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com. http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/ [Non-text portions of this message have been removed]
