yang mana satu abe Li?
ada apa-apa yang tak kena ke?

 



________________________________
From: Ediramle Ismail <[email protected]>
To: [email protected]
Sent: Sunday, February 1, 2009 3:36:49 PM
Subject: Re: { PESISIR } ID Yahoo Messenger - sila abaikan e-mel ini


Mohon diabaikan (batalkan) e-mel di bawah sebelum ini kerana saya telah
melanggar peraturan diri sendiri kerana telah menulis beberapa perkataan
yang tidak sepatutnya ditulis. Saya mohon berbanyak maaf kepada rakan-rakan
semua.

Terima kasih.

----- Original Message -----
From: Ediramle Ismail
To: pesi...@yahoogroups .com
Sent: Saturday, January 31, 2009 11:13 PM
Subject: { PESISIR } ID Yahoo Messenger

Id yahoo messenger saya ediramleismail atau ediramleismail@ yahoo.com. sg (
e-mel ediramleismail@ yahoo.com. sg ni saya tak guna untuk buka e-mel) .
Sebulan dua dulu saya buka hampir 24 jam tapi sekarang saya hanya buka YM
menggunakan komputer di tempat kerja sahaja biasanya antara 7.30 pagi hingga
3.30 petang.

Kepada rakan-rakan yang belum install ym bolehlah install melalui
http://messenger. yahoo.com download dulu kemudian install.

sekarang e-mel yang sering saya gunakan edira...@kokpasir. com ;
edira...@pesisir. net ; e...@pesisir. net ; e...@kokpasir. com ; 
[email protected]
bagaimanapun kelau e-mel yang dikirimkan ke egroups saya dapat baca melalui
mana-mana e-mel di atas. Kalau e-mel peribadi boleh juga dikirimkan ke
ru...@yahoogroups. com atau ruju...@yahoogroups .com keduanya saya guna
sebagai egroups untuk menyimpan bahan-bahan rujukan di internet.
Ediramle

----- Original Message -----
From: scarlet pimpernel
To: pesi...@yahoogroups .com
Sent: Saturday, January 31, 2009 6:25 AM
Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu

Abe Di, apa YM Abe Di, saya nak add.

____________ _________ _________ __
From: Manzaidi MohdAmin <manzai...@yahoo. com>
To: pesi...@yahoogroups .com
Sent: Saturday, January 31, 2009 10:12:59 PM
Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu

Satu lagi, bila kita jalan sorang-sorang di kawasan yang samar-samar,
langkah kita seperti nak cepat kayuh. kalau boleh sekali kayuh jaraknya tiga
langkah. Tika tulah rasa besar kepala kita. telinga pula berdengung.

--- Pada Sab, 31/1/09, hashim latiff <hazafl17570@ yahoo.com> menulis:

Daripada: hashim latiff <hazafl17570@ yahoo.com>
Subjek: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu
Kepada: pesi...@yahoogroups .com
Tarikh: Sabtu, 31 Januari, 2009, 5:32 PM

saya tak pernah tengok hantu tetapi bulu tengkok saya selalu berdiri bila
melintasi pokok atau ketik (wat siam). apa pun saya ada petua. petua itu
diberikan oleh mereka-mereka yang bersahabat dengan hantu. petuanya mudah
sahaja. kalau balik di waktu malam jangan cepat melompat tangga rumah.
kerana amalam sebegitu akan jadikan seseorang itu penakut. sampai di halaman
tangga, sapu muka terlebih dahulu

--- On Sat, 1/31/09, scarlet pimpernel <ctl...@yahoo. com> wrote:

From: scarlet pimpernel <ctl...@yahoo. com>
Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu
To: pesi...@yahoogroups .com
Date: Saturday, January 31, 2009, 1:34 PM

sudah 2 hari berturut-turut saya membuka email dan mendapati ada topik pasal
hantu. selalunya saya membaca email pada waktu malam yang mana saya lebih
lapang. tetapi email topik hantu ini tak dapatlah saya membacanya malam
semalam dan malam tadi kerana saya ni kurang berani. terpaksa sign out
dahulu dan tengahari ni baru dibuka semula untuk dibaca.

nampaknya abe Li dan abe Di kita ni jenis yang berani dan tak takut dengan
hantu. saya ni takut tu tidaklah, cuma tidak berani. nak komen pasal hantu
pun ngeri rasanya kerana saya di rumah sewaan ini selalu juga diuji dengan
macam-macam bunyi dan kejadian. cuma saya kuatkan hati dan terpaksa buat
seolah-olah tidak dengar apa-apa.

apa-apapun, saya seronok membaca pengalaman rakan-rakan tentang topik ini.
teruskan memberi respons.

____________ _________ _________ __
From: Ediramle Ismail <edira...@pesisir. net>
To: pesi...@yahoogroups .com
Sent: Saturday, January 31, 2009 3:37:41 PM
Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu

Ketika saya berkunjung ke Shah Alam tahun lepas dan ketika sempat jumpa
Manzaidi di sana bersama sdr. Zakaria Busu , kami sempat diberitahu tentang
cerita penghuni keluarga tiga beranak itu. Selain itu diceritakan juga
tentang keadaan dalam perjalanan di jalan antara Gua Musang ke Kuala Krai
yang mana ketika melalui di tempat berhampiran pokok besar Zaidi merasakan
sesuatu sedang menumpang keretanya dan apabila dibaca ayat-ayat kedengaran
bacaan itu bergema seperti ada yang mengajuk. Pada pertemuan malam itu kami
banyak berbicara tentang makhluk halus . Saya seronok dengan perbincangan
dan cerita-cerita pada malam tu dan cerita-cerita yang disampaikan Zaidi
ketika tu masih saya ingati dengan baik.

Saya tidak pernah terjumpa hantu baik dalam bentuk penampakan, bunyi suara
atau pergerakan benda-benda. Tapi ada sekali kira-kira 20 tahun yang lalu
ketika saya duduk di hadapan seorang bomoh yang dipanggil untuk halau hantu.
Ketika bomoh itu baca sesuatu dan kemudian hembus, saya rasa ada satu benda
seperti gumpalan kabus dan seperti angin menembusi badan saya dan terus
berlalu. Jadi saya kira yang hantu itu seperti satu objek yang boleh
menembusi objek lain tanpa terhalang.

Saya juga seorang yang agak penakut .Selalunya ketika waktu malam semasa
meronda dalam skim SRS (Skim rondaan sukarela) saya sering berada di posisi
pertengahan terutamanya di lorong-lorong yang gelap bagi mengelakkan
daripada berada di posisi paling belakang yang boleh membuat terasa seperti
ada yang mengikut dari belakang.

Saya kira apa-apa yang digambarkan dalam cerita-cerita filem dan apa yang
digambarkan di internet wajah-wajah hantu tu seperti tidak begitu tepat,
kerana hantu-hantu yang digambarkan adalah berbeza antara satu tempat dengan
tempat yang lain. Hantu di Malaysia tidak sama dengan hantu di cina, di
jepun atau sebagainya.

Saya pernah dengar cerita orang kata hantu tak sukakan bau-bauan wangi ,
sebaliknya mereka suka bauan yang busuk seperti bangkai dan sebagainya.
Hantu juga gemar kepada warna-warna tertentu seperti warna kuning keorenan
(kuning kunyit) kerana itu orang dulu-dulu buat pulut kuning untuk jamu
hantu.

Satu perkara lagi mungkin sekali hantu suka tempat gelap kerana selalunya
ketika kita merasa takutkan hantu adalah pada waktu malam.

Edi

----- Original Message -----
From: Manzaidi MohdAmin
To: pesi...@yahoogroups .com
Sent: Friday, January 30, 2009 5:54 AM
Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu

Ok, biar saya yang mula topik ini.

Pertamanya, sebagai bukti, rumah saya di cabang empat dihuni oleh jin telah
dirakam dan disiarkan dalam Misteri Nusantara pada tahun 2004.

Kedua, di kediaman sewa saya di Seksyen 24, ada 'satu keluarga tiga beranak'
yang menghuni dalam bilik tengah rumah kami. Tiga beranak itu ialah, ibu,
bapa dan anak.

Sejarah rumah sewa ini: Dalam tempoh dua tahun, sudah tujuh keluarga
berpindah randah. Paling lama pun mereka mampu bertahan tiga bulan, kemudian
berpindah ke rumah lain. Tetapi yang menjadi tanda tanya tuan rumah ialah
kenapa saya dan geng sejak setahun lalu tinggal di rumah itu tidak
pindah-pindah.

Jawabnya: Kami tahu kehadiran 'tiga beranak' di rumah berkenaan. Malah dalam
seminggu, dua atau tiga kali kami diganggu. kami buka suis bilik air, 'dia'
tutup. kami tutup, 'dia' buka. Malah suis dapur gas pun selalu dibuka tutup,
buka tutup.

Tuan rumah ada panggil bomoh untuk halau, tapi kami halang dan larang bomoh
itu ganggu 'keluarga' berkenaan. 'mereka' tidak ganggu kami, kenapa kami
perlu halau 'mereka'.

Ini memang kisah benar dan seminggu lalu, ketika saya seorang diri di rumah
dan berada di bilik air, tetiba terdengar ketukan pintu rumah. Saya buat
dono jer. Memang itu adalah kawan saya. Selepas melepas hajat, saya tengok
kawan saya itu dalam keadaan pucat. Dia hanya sempat berbual lima minit
kemudian minta diri nak pulang.

Keesokkan hari, di pejabat, kawan saya beritau, ketika dia cuba buka pintu,
pintu itu kunci dan dia ketuk beberapa kali (itu yang saya dengar ketika
dalam bilik air)..

Katanya, tetiba saja pintu itu dibuka dan dia terus masuk dan berada di
ruang tamu. Katanya, tika itu tak ada orang (memangla tak ada sebab saya
dalam bilik air).
Katanya, tika duduk sorang-sorang, dia terlihat kelibat seorang budak yang
menjenguk-jenguk dari pintu bilik. Itu yang menyebabkan dia ketakutan dan
menggigil (dan itulah reaksi yang saya nampak pada wajah kawan saya itu
selepas saya keluar dari bilik air).

Sekarang pun 'keluarga' itu masih ada. Kami berkawan baik. Itu saja secara
ringkasnya.

Berhubung soalan Edi, siapa pernah tengok dan dengar suara hantu? Jawabnya:
Saya pernah tengok, tetapi tidak pernah dengar suara hantu.

Mengapa kita takut hantu? Sebab kita tidak nampak mereka dan itu yang
menyebabkan perasaan takut menguasai diri. Tambahan pula berdiri bulu roma.
Itu yang kita diajar sejak kecil untuk takut bila dengar ada hantu.

Di manakah tempat kesukaan hantu? Di rumah saya di Chabang Empat, Tumpat dan
di rumah sewa saya di Seksyen 24, Shah Alam.

Apakah perkara yang tidak disukai hantu? Yang ni saya tak tahu.

--- Pada Sab, 31/1/09, Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com> menulis:

Daripada: Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com>
Subjek: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu
Kepada: pesi...@yahoogroups .com
Cc: kokpa...@yahoogroup s.com, kelantan-kita@ yahoogroups. com,
perin...@yahoogroup s.com, tum...@yahoogroups. com
Tarikh: Sabtu, 31 Januari, 2009, 4:17 AM

Kali ini nak bincang tentang perkara yang mungkinnya agak asing sikit untuk
berkongsi info dan maklumat berkenaan makhluk halus ini.

Saya nak tanya soalan berikut:

1. Siapa yang pernah tengok dan dengar suara hantu?

2. Mengapa kita takut hantu?

3. Di manakah tempat kesukaan hantu?

4. Apakah perkara yang tidak disukai hantu?

Terima kasih.

Ediramle

[Non-text portions of this message have been removed]

Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail
yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail. promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/

[Non-text portions of this message have been removed]

[Non-text portions of this message have been removed]

[Non-text portions of this message have been removed]

[Non-text portions of this message have been removed]

Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain
mendapatkannya!
http://mail. promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/

[Non-text portions of this message have been removed]

[Non-text portions of this message have been removed]

[Non-text portions of this message have been removed]

 


      

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke