Tanda-Tanda Saat  Kematian

 

A. 100 hari : Seluruh badan rasa  bergegar.

   

B. 60 hari  : Pusat rasa  bergerak-gerak.

C.  40 hari : Daun  dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut    pun datang kepada orang dengan  nama tersebut lalu  mendampinginya

                  sehingga  saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut  dan akan sering

                  kelihatan  seperti sedang  rungsing.

D. 7 hari : Mengidam  makanan.

E. 5 hari : Anak lidah  bergerak-gerak.

F. 3 hari : Bahagian  tengah di dahi bergerak-gerak.

G. 2 hari : Seluruh  dahi rasa bergerak-gerak.

H. 1 hari : Terasa  bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and ashar.

I.                      Saat akhir :  Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila  sudah merasa tanda yang akhir

               sekali,   mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

 

   ******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

 

Baginda  Rasullullah S.A.W bersabda:

 "Apabila telah sampai  ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat kedalam lubang-lubang kecil dalam badan  dan kemudian mereka  menarik rohnya melalui  kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang  pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari  lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya  mereka keluar. Datang lagi  satu kumpulan malaikat yang  lain masuk dan menarik rohnya

dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan  akhir sekali datang lagi  satu kumpulan malaikat  masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai kekerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang  itu."

   

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,  maka malaikat Jibrail A.S.  akan  menebarkan sayapnya  yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat  melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang  yang  beriman itu melihat  surga, maka dia akan lupa  kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana  sangat rindunya pada syurga dan melihat terus  pandangannya kepada sayap  Jibrail A.S."

 

Kalau orang yang nazak itu orang munafik,  maka Jibrail A.S. akan  menebarkan sayap disebelah  kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingi  nya. Ini adalah kerana  terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi  tempat tinggalnya.

 

Dari sebuah hadis  bahawa apabila Allah S.W.T.

menghendaki seorang mukmin itu dicabut nawanya maka datanglah malaikat maut.  Apabila malaikat maut  hendak mencabut roh orang  mukmin itu dari arah mulut maka  keluarlah zikir dari mulut  orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak  ada  jalan bagimu mencabut roh  orang  ini melalui jalan ini  kerana orang ini  sentiasa menjadikan lidahnya berzikir  kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut  mendengarmpenjelasan itu,  maka dia  pun kembali kepada  Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

 

  "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka  malaikat maut pun cuba  mencabut roh orang mukmin  dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang  mukmin itu, keluarlah sapan kepala anak-anak  yatim  dan keluar penulisan  ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu  untuk  mencabut roh orang  mukmin  dari arah ini,  tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis  ilmu  pengetahuan."

 Oleh kerana malaikat  maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah, tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah  kaki.  Malangnya malaikat  maut  juga gagal melakukan  sebab kaki berkata: "Tidak ada  jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat   dengan berjemaah dan kaki  ini juga berjalan menghadiri

 majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat  maut, mencabut roh orang  mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:"Tidak ada  jalan bagimu dari arah ini  kerana telinga ini sentiasa  mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

  

Akhir sekali malaikat  maut cuba mencabut orang  mukmin dari arah mata tetapibaru saja hendak menghampiri mata maka berkata  mata:"Tidak ada jalan  bagimu dari arah ini sebab  mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.

"Setelah gagal maka malaikat maut kembali  kepada Allah S.W.T.  Kemudian AllahS.W.T.  berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu,tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang  beriman itu.  "Sebaik saja mendapat  perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh

orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.  Sebaik saja melihat Asma  Allah dan  cintanya kepada  Allah S.W.T maka keluarlah roh  tersebut dari arah mulut dengan

tenang.

 

Abu Bakar R.A. telah  ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari

jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu  menuju ketujuh  tempat:

 

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga  Adnin.

2. Roh para ulama  menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung  di syurga mengikut  kehendak  mereka.

5. Roh para mukmin  yang berdosa akan tergantung di  udara tidak di bumi dan  tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada  di gunung dari minyak  misik.

7. Roh orang-orang  kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa  berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

 

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok  manusia yang akan dijabat

tangannya oleh para malaikat pada hari mereka  keluar   dari  kuburnya:

 

i. Orang-orang yang mati  syahid.

ii. Orang-orang  yang mengerjakan solat malam dalam  bulan ramadhan.

iii. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk  ingatan kita bersama.

 

   Wassallam.

____________________________________________________
Berhenti/mengganti konfigurasi keanggotaan anda, silahkan ke: 
http://groups.or.id/mailman/options/rantau-net
____________________________________________________

Kirim email ke