Balasan: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Melawat Orang Sakit

2008-01-08 Terurut Topik Lynn Zarina
correct me on this . adakah maksudnya kita berada disitu untuk waktu yg lama? 
mungkin satu hari atau dua hari? tidakkah akan mengganggu si pesakit?
   
  Lynn

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
  

Daripada Ali r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Tiada seorang Muslim pun yang meninjau saudaranya Muslim (yang sakit) di waktu 
pagi, melainkan ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya 
memperolehi kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu petang.

Dan jikalau ia meninjau di waktu petang, maka ada tujuh puluh ribu malaikat 
yang mendoakan padanya supaya ia memperolehi kerahmatan Tuhan sampai orang itu 
berada di waktu pagi. Juga orang tersebut akan memperolehi tempat buah-buahan 
yang sudah waktunya dituai di dalam syurga. 

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis 
hasan. 


 

   
-
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Help Palestine [hidayahnet] Kuliah di Lembah Klang (maklumat tambahan)

2008-01-08 Terurut Topik marcelo fidoyoko yokohama
  Kuliah Aqeedah
Weakness of Faith (Open to everybody; non-muslim are most welcome and can 
actively participate during question and answer session) 
Ustaz Hussein Yee
Every Sunday
11am-12.30pm
Dewan Al-Khaadeem 
 

  Kuliah Aqeedah

(Syarah Buku Intisari Aqidah @ Panduan Aqidah Lengkap terbitan Pustaka Imam 
Syafiee)
 Ustaz Hussein Yee
Every Monday 
 8.45pm-10.15 pm Dewan Al-Khaadeem  
 
 Location: 
 AL-KHAADEM Centre 
 Lot 1034, Jalan Cempaka, Sungai Kayu Ara (near Damansara Utama) 
 (10 minutes from UM and UIA PJ) 
 47400 Petaling Jaya 
 Selangor Darul Ehsan, Malaysia 
 Tel/Fax: 603-7726 4146 / 03-7726 4149 
 Web: www.al-khaadem.com.my 
 Email : [EMAIL PROTECTED]
   
Kuliah Aqeedah 
 Guru: Ust Fathul Bari 
 Tarikh: 9 januari 2008 (Rabu)
 Masa: Maghrib hingga Isya'
 Lokasi: Surau Al-Muhajirin, Taman Sri Ukay. Berdekatan Adni Islamic School 
(boleh melalui jalan ampang)
 Contact Person: Mr Norman 019-2723960 or 0132342634. 

  Tajuk: Tafsir Al-Quran
 Hari: Setiap Jumaat
 Masa:7.45pm-9pm
 Guru:Ust Kariman
 Lokasi:Balai Islam, Section 1, Kg Tunku, PJ. (near Kg Tunku Mosque)
 Contact Person: Dr Ezzat 012-2941571
Tajuk: Hadith (Syarah Hadih 40 Imam Nawawi)
 Hari: Setiap Sabtu dan Isnin pertama setiap bulan
 Masa:7.45pm-9pm
 Guru:Ust Sofwan Badrie
 Lokasi:Balai Islam, Section 1, Kg Tunku, PJ. (near Kg Tunku Mosque)
 Contact Person: Dr Ezzat 012-2941571
 
 Tajuk: Tafsir Al-Quran (Qalbun Salim [Hati yg sejahtera], Mengenal Musuh) 
 Hari: Setiap Sabtu Sabtu
 Masa:5.15pm-6.30pm
 Guru:Ust Kariman
 Lokasi: Darul Taklim, No 44A, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail 
(TTDI), (near Maybank, next to Akubekam shop
 Contact Person: darul Taalim 019-3642993 or 03-77282393 
www.islamiclearningcentre.com 


Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w 
memegang tangannya sambil bersabda: 
 Wahai Muaz! Demi Allah aku sangat sayang kepadamu, demi Allah aku sangat 
sayang kepadamu. Kemudian baginda bersabda lagi: Aku berpesan kepadamu, wahai 
Muaz! Setelah selesai sembahyang, janganlah kamu lupa untuk membaca: Ya Allah! 
Bantulah aku untuk sentiasa menyebut namaMu dan bersyukur kepadaMu serta 
memperbaiki ibadat kepadaMu. 
 
 (Hadis riwayat Abu Daud).  
   
-
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Help Palestine [hidayahnet] Kasih Seorang Ibu...

2008-01-08 Terurut Topik JUNHAIRI BIN ABD JALIL
Kasih Seorang Ibu... 

Nurse, boleh saya tengok bayi saya? ibu muda yang baru bersalin itu bersuara 
antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. 

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu 
menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, 
diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan. 

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia 
bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa 
kedua-dua cuping telinga. 

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi 
yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi 
itu nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu. 

Masa terus berlalu... 

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang 
kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek 
rakan-rakan. Mereka kata saya cacat, katanya kepada si ibu. 

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak 
menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan 
di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri 
walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. 
Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma, kata pakar bedah. Bermulalah 
suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. 

Setahun berlalu... 

Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah 
mendapatkan seorang pender! ma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,  kata si 
ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia 
baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri 
yang kerap dialaminya hilang. 

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia 
tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan 
tinggi dalam bidang diplomatik. 

Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma 
telinga ini, saya ingin membalas jasanya, kata si anak berkali-kali. Tak 
mungkin, balas si ayah. Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih 
berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba. Bila? tanya si anak. 

Akan tiba masanya anakku, balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. 
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. 

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda 
ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibuny! a yang kaku. 

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga 
ibunya tiada. 

Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya, si ayah berbisik ke telinga 
anaknya. Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, 
pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak 
percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya. 

Ps : 

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati 
bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa 
diketahui. 

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta 
ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih 
ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan 
di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih 
sayang kepadanya.. 

Saya Sayang Ibu

  Biar susah, jangan menyusahkan..
   
   
  JUNHAIRI BIN ABD JALIL 
  EKSEKUTIF PEMASARAN KAD KREDIT BANK ISLAM 
  PERUNDING TAKAFUL IKHLAS
019-3635331




   
-
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Help Palestine [hidayahnet] Ceramah Sains dalam Al Quran 18 Jan Senawang

2008-01-08 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Penceramah : Dr Mohd Arip Kasmo (UKM)
Tajuk : Pengukuhan Aqidah Menerusi Penghayatan
Mukjizat Sains Dalam Al Quran
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Tarikh : Jumaat 18 Januari 2008
Masa : Selepas Solat Maghrib
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Untuk jadual ceramah dan kuliah Masjid Bandar Baru
Senawang sila layari
http://masjidsenawang.blogspot.com 



 
  Rozmal http://waghih.blogspot.com 
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Kelab AMAL NS http://amal-ns.blogspot.com 
  Institut Kajian Angkasa http://ikam-space.blogspot.com 
  Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com 





  

Looking for last minute shopping deals?  
Find them fast with Yahoo! Search.  
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping


Help Palestine [hidayahnet] BOIKOT MOBIL / ESSO OIL!!! Menghina ISLAM

2008-01-08 Terurut Topik merican


Saudara dan Saudara Islamku,

Saya bercadang  seblum kita bertegas dengan ³Mobil² atau mana-mana entiti
yang digambarkan menghina Islam untuk membuat siasatan terlebih dahulu.

Apa-apa tuduhan yang kita melontarkan kepada sesiapa, kita diwajibkan dari
pandangan ugama untuk membuktikannya.

Adakah ³Mobil² yang membuat atau bersubahat dengan pengkhianatan tersebut?

Di zaman digital, pelbagai cara boleh digunakkan untuk membuat pertuduhan
dengan senangnya.

Sekiranya kita bertindak tanpa membuat siasatan tersebut, kita akan menjadi
orang yang zalim.

Adakah ini yang kita mahukan?



Brothers and Sisters in Islam

May I suggest that before we take firm action against ³Mobil² or whatever
entities that appear to have participated in defiling Islam, we move to
investigate the matter thoroughly.

We are required by religion that before we hurl any accusation against any
party, we substantiate our accusation with proof.

Is it as a matter of fact that ³Moibil² did the things as alleged or an
accomplice in the matter?

In this digital age, various means can be easily employed to defame any
party.

If we were to act without conducting such investigation first, we will
become the unjust.

Is this what we want?

Salam

Megat Shaharuddin Merican

===


On 4/1/08 09:02, Moktar Idris@tm.net.my Moktar Idris@tm.net.my
wrote:





 Sampai bila kita  sanggup melihat penghinaan org kafir dan sekutunya terhadap
 kita .
 Adakah kita Umat Islam asyik bercakaran menunjukan lagak , ego dan terus
 bersekongkol dgn  USA  inlah akibatnya .
 Bangunlah  Umat Islam sebelum terus diperlekeh semacam ini .

 TAKBIR  !!!


 Ikhlas  Dari  ;
 mhi
 06-7651296


 Subject: BOIKOT MOBIL / ESSO OIL!!! Menghina ISLAM




 Thank You...
 Rosfeza Binti Zulkifflee




 .






Help Palestine [hidayahnet] Kemajuan ummah dunia dan akhirat teras perjuangan Umno? / Poster

2008-01-08 Terurut Topik Kadet Pencen
Roslan SMS Corner

Kemajuan ummah dunia dan akhirat teras perjuangan Umno?

Dalam heboh Ketua Pembangkang mengumpamakan Timbalan Presiden Umno yang juga 
TPM Najib Tun Razak sebagai bapa ketam yang mahu mengajar anak berjalan lurus, 
tiba-tiba kita terbaca dalam akhbar tempatan hari ini kenyataan Najib di Kuala 
Krai ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Masjid Baru An-Nur, Guchil. Kata 
Najib:

Kita akan bangunkan suatu tamadun yang dirancang dengan berteraskan usaha 
mengangkat ummah yang berjaya dan cemerlang di dunia serta akhirat, yang turut 
menjadi teras perjuangan Umno.

Kalau kita beria-ia untuk membangunkan Islam, asas utamanya ialah institusi 
masjid perlu diperkasa sebagaimana langkah Rasulullah dengan penekanan tauhid, 
akidah dan persaudaraan Islam.

Selain pembinaan masjid-masjid, siapakah yang sentiasa mempertahan sebarang 
cubaan untuk menodai agama kalau bukan Umno? Begitu juga usaha untuk membina 
generasi al-Quran melalui j-QAF, melatih guru-guru dan membina sekolah-sekolah 
agama yang diperjuang oleh Umno.

Umno tidak melihat Islam dari sudut pemikiran yang sempit, jumud kerana 
pemikiran seumpama itu tidak mungkin mengangkat kecemerlangan umat Islam, malah 
akan terus dihina dan dicurigai.

Saya tidak tahu tentang apa yang Kit Siang maksudkan itu, dan saya juga tidak 
tahu menahu tentang peristiwa hangat yang kononnya berlaku di Port Dickson 
yang dimaksudkan oleh para pembaca di blog ini. Saya tidak ada kena mengena 
dengan gambar seorang artis wanita yang laman web Tranungkite “paste” kan pada 
artikel saya diblog ini yang merujuk kepada Najib.

Apa yang saya mahu ulas di sini adalah kenyataan Najib di atas. Teras 
perjuangan Umno kata Najib adalah mengangkat dan membangunkan tamadun ummah 
sehingga berjaya dan cemerlang di dunia dan di akhirat. Jarang-jarang juga kita 
dengar perkataan ini meniti di bibir pemimpin Umno apabila mereka berada di 
luar Kelantan.

Di Konsert “Seri Perdana Soiree 1957-2007” contohnya yang turut dihadiri 
pemenang anugerah Grammy iaitu George Benson dan Al Jarreau, yang turut 
dihadiri tetamu yang berbaju singkat dan jarang tidak pula kita dengar 
berkenaan Tamadun Islam, berkenaan penekanan tauhid dan akidah. Begitu juga di 
konsert Bollywood yang turut dihadiri isteri Najib, atau adakah ini semua 
sebahagian dari tamadun yang dimaksudkan? 



 
 
Benarkah Umno sahaja yang berada di hadapan dalam mempertahankan sebarang 
cubaan untuk menodai agama? Saya tidak mahu mengemukakan bukti-bukti semasa, 
tetapi jika anda membaca sejarah Peristiwa Natrah yang meletus pada 12 Disember 
1950, apabila umat Islam di Singapura dan Tanah Melayu bangkit memprotes 
keputusan mahkamah penjajah yang mahu memurtadkan secara paksaan seorang gadis 
Belanda bernama Natrah yang telah pun berkahwin dengan pemuda Melayu bernama 
Mansor Abadi, semua pihak berdukacita dan menentang keputusan itu kecuali 
Presiden Umno, ketika itu, Dato Onn Jaafar yang menganggap tindakan protes itu 
sebagai tindakan puak pelampau. (Dr Burhanuddin al Helmy ( yang kemudiannya 
nanti akan menjadi Presiden PAS) dan beberapa pemimpin NGO dan masyarakat 
Islam/Melayu telah ditangkap dan merengkok dalam penjara British kerana 
mempertahankan Natrah). 

  

 
Dan sehingga kini lebih 50 tahun berlalu dan kuasa kini berada ditangan 
anak-anak bangsa yang diterajui Umno, isu murtad masih terumbang-ambing, dan 
diwaktu saya menulis ini mayat seorang wanita yang dikatakan telah memeluk 
agama Islam sebelum meninggal, masih berada di bilik mayat HUKM kerana suaminya 
yang bukan Islam mahu menuntut mayat tersebut untuk dikebumikan mengikut 
agamanya. 

 

 
Ketika IFC membawa petisyen tuntutan mereka di bangunan Parlimen beberapa 
pemimpin termasuk menteri-menteri Umno telah menurunkan tandatangan sokongan, 
sedangkan badan inilah yang mahu merobek dan memusnahkan Islam yang kononnya 
mahu dipertahankan Umno itu.

Kesimpulannya Najib tak perlulah bermain politik di Kelantan sehingga sanggup 
berpura-pura semata-mata kerana bernafsu mahu menawan negeri tersebut. Najib 
bermegah dengan masjid-masjid yang dibina Umno, apa guna masjid berjuta ringgit 
kiranya ia sekadar satu monumen tetapi tidak diimarahkan. Kuliah disekta-sekat, 
gerak kerja dakwah dihalang, masjid sekadar penghias, sekadar tempat untuk 
bersolat dan tidak lebih dari itu, selain tempat Menteri dan wakil rakyat 
datang sewaktu hari-hari perayaan.

Tidak ada orang yang sayangkan Islam yang mahu menyempit dan menjumudkan agama 
tersebut. Kalau benar mahu kepada Islam kita bersama-sama kembali kepadanya 
secara total atau keseluruhan (tanpa memaksa yang bukan Islam tetapi mewajibkan 
sesama Islam). Bukan mengikut sempadan dan batas tertentu. Apabila menjejak 
kaki ke Kelantan, kita terus jadi Islamik tetapi bila melangkah keluar, kita 
boleh lakukan apa sahaja walaupun yang bertentangan dengannya.

Kalau benar ikhlas dan jujur mahukan Islam, ayuh kita “Membangun Bersama 
Islam”. 


 
*.*.*

DPP Kedah

Dapatkan Poster Kempen PRU 12 yang menarik 

Help Palestine [hidayahnet] Keje kosong kat UEM buiders

2008-01-08 Terurut Topik JUNHAIRI BIN ABD JALIL
  Employment[admin] [ejobs] 
  We invite suitably qualified with hands-on experience perssonel to take 
up chalengges to fill the following positions for our local and overseas 
projects :  Available Position  No.
  Position  Requirements

  Responbilities  1 
Other Positions (click here to apply) 
  -   - 2 
Geotechnical Engineer (click here to apply) 
  -Possess Degree in Civil Engineering or its equivalent  -Minimum 8 years 
experience in geotechnical analysis and design management of major civil / 
infrastructure work  -Able to manage and liaise with local authorities, 
consultants and sub-contractors To monitor site work and progress as per 
schedule.  To ensure quality of working delivered 3 
QA / QC Manager (click here to apply) 
  -Possess Degree in Civil Engineering or its equivalent  -Minimum 10 years 
experience in related field  -Experience in field inspection, material testing 
procedures, monitoring quality control system, concrete and asphaltic design 
mix, precast segment and structural work  -Must be familiar with standards 
requirement and ISO 9001 : 2000 To Implements, maintain, and supervise site 
QAQC systems.  To review contractors QAQC plans for acceptability and ability 
to efficiently support the overall constructions QAQC objectives.  To 
administrater the site documentat 4 
YES Trainee (click here to apply) 
  -Fresh Graduate  -Malaysian with Diploma, Degree or Masters in any 
discipline.  -Good interpersonal skills  -Interested in self develepment  
-Mobile and willing to be posted outside Klang Valley   A special programme 
aimed at equipping aspiring fresh graduates with invaluable skills and 
experience for better employment opportunities in the future.   
5 
Supervisors ¡V(Civil  Structural / ME / QAQC / Landscape / Architectural 
/ Pavement) (click here to apply) 
  -Possess Diploma / Certificate in Engineering or its equivalent.  -3 to 5 
years experience in highway construction - structural, bridges, pavement, ME  
QA/QC.  -Able to manage and liaise with local authorities, consultants, 
sub-contractors and suppliers.   To monitor site work and progress as per 
schedule to ensure quality of work is delivered 6 
Engineer (Structural/Bridge/ME/QAQC) (click here to apply) 
  -Possess Degree in relevant discipline or its equivalent.  -More than 5 years 
working experience in bridges / building/ infrastructures / ME / QA/QC.  -Able 
to manage and monitor site progress and liaise with local authorities, 
consultants, sub-contractors and suppliers.   To monitor site work and progress 
as per schedule to ensure quality of work is delivered 
7 
Safety Officer (click here to apply) 
  -Recognised Certificate in Safety and Occupational Health.  -Minimum 8 years 
related experience in construction industry / precast factory.  -Familiar with 
health, safety and environment requirements and procedures of related statutory 
bodies.  -Able to manage and liaise with local authorities, consultants and 
sub-contractors.   To promote health, safety, security and environment matters 
at company and site levels to staff, clients and sub-contractors
 8 
Planner (click here to apply) 
  -Possess Degree / Diploma in Engineering or its equivalent.  -Minimum 6 years 
experience in project management, building, highway and bridge construction 
works.  -Able to prepare, coordinate and ensure continuous updating of overall 
programme during design and site construction stage.  -Must be pro-active and 
able to use Project Planning Software (Primavera) skills with good planning and 
organisation skills.   To prepare, coordinate and continuous updating of 
overall programme during design stage and site construction work
 9 
Quantity Surveyor / Assistant Quantity Surveyor (click here to apply) 
  -Possess Degree / Diploma in Quantity Surveying or its equavalent.  -Minimum 
4 years experience in construction industry preferably in buildings, 
infrasructure or roads and bridges construction works.  -Must be able to handle 
pre / post contract administration including preparing tender.   To prepare 
progress claims, variations, final accounts and post contractual works and 
sub-contractors payments 10 
Contract Manager / Senior Quantiity Surveyor (click here to apply) 
  -Possess Degree in Quantity Surveying or its equivalent.  -Minimum 10 years 
experience in related field.  -Must be able to plan and manage the contracts 
procurement, tenders, estimating and quantity survey functions  -Good knowledge 
and understanding of overall process of contract management including 
feasibility studies, constuction cost, tender process and cost control  -Must 
be able to lead and 

Help Palestine [hidayahnet] Minyak masak dan alasan gomen....../ Poster

2008-01-08 Terurut Topik Kadet Pencen
tumpang sekoleh...?
Minyak masak dan 
alasan gomen..  Mulai minggu 
depan, orang ramai akan dihadkan membeli minyak masak maksimum lima kilogram 
sahaja bagi menangani masalah kekurangan bahan itu yang semakin meruncing. 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Mohd. 
Shafie Apdal berkata, pelaksanaan peraturan tersebut akan berdasarkan kaedah 
catuan gula yang pernah dilakukan semasa krisis kekurangan bahan itu. Utusan 
Malaysia Online,5 Jan 2008.

Catuan minyak masak oleh gomen adalah satu amalan yang bodoh.Menghadkan 
pembelian minyak masak kepada 5 kilogram seorang adalah satu kerja sia-sia. 
Apakata kalau saya bawah 10 orang adik beradik saya dan kami masing membeli 
seorang 5 kilogram minyak masak dari pasaraya atau kedai runcit sudah tentu 
pada hari itu boleh dapat 50 kilogram minyak.Tak kan tuanpunya pasaraya atau 
kedai runcit hendak check kami adik beradik atau tidak.

Menterinya, Shapie Apdal bagi beberapa sebab kenapa berlaku kekurangan;

i.Pengguna industri yang beli minyak masak yang disubsidi gomen dan dibungkus 
dalam paket-paket kecil.
(Bukankah menjadi tanggungjawab gomen untuk mengawal supaya syarikat-syarikat 
pengeluaran minyak masak ini tidak hanya membekal kepada pengguna industri 
saja. Persoalannya pengguna industri ini rata-rata adalah kroni gomen)

ii. Masalah penyeludupan.
(Minyak diseludup keluar kerana harganya lebih mahal dan gomen bertanggungjawab 
untuk mengawal keadaan ini.Rakyat tak berkuasa berbuat demikian dan kalau gomen 
tak boleh apa-apa lebih baik letak jawatan saja))

iii. Keperluan bertambah kerana bilangan penduduk bertambah.
(Ini adalah satu alasan yang bodoh. Bukankah gomen kerap buat bancian penduduk 
dan daripada bancian itu gomen boleh anggarkan berapa ramai penduduk bertambah 
setiap tahun dan gomen boleh merancang banyak mana penggunaannya)

Masalah kekurangan minyak,tepung dan gula berpunca daripada kilang itu sendiri 
yang dimonopolikan oleh beberapa kerat kroni dan kaum kerabat terpilih dan 
mereka ini yang menentukan harga barangan perlu ini naik dan turun.

Mereka berkuasa untuk menentukan kawalan banyak mana minyak masak ini perlu ada 
dalam pasaran dengan cara demikian mereka control harga tersebut secara 
artificial. Syarikat-syarikat pengeluaran ini juga memperolehi AP untuk 
mengimpot dan minyak masak ini.

Cara mengatasinya adalah menambahkan lagi syarikat pengeluaran minyak masak dan 
meluaskan pemberian AP kepada syarikat-syarikat lain tidak terhad kepada kroni 
dan kaum kerabat gomen saja. Atau hapuskan saja permit AP ini dan benarkan 
lebih banyak syarikat mengimpotnya,sudah tentu masalah kekurangan minyak masak 
boleh diatasi. Apa yang nyata sekarang ialah gomen sudah menjadi hamba kepada 
syarikat-syarikat ini dan menari ikut rentak mereka.

Sudah dua hari dok mencari minyak masak tapi tak dapat-dapat. Setelah meronda 
sana sini,akhir dapat sebtol yang 1 kg punya dari sebuah kedai runcit dengan 
harga RM5.50. Harga asalnya baru RM3.70. Memang tepat BN membawa maksud Barang 
Naik.

To Shafie Apdal,what say you..

cheers.









*.*.*

DPP Kedah

Dapatkan Poster Kempen PRU 12 yang menarik ini.







 Diposting 




HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
   
-
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Re: Help Palestine [hidayahnet] Computer or LapTop ?

2008-01-08 Terurut Topik paridahmohamad
Kalau nak guna dirumah saja saya syorkan desktop computer. Ia lebih murah dari 
laptop. Dengan harga 2200 anda sudah dapat membeli computer yang agak baik, 
tetapi kalau beli laptop dengan wand sebanyak itu, anda hanya dapat model low 
end saja

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-Original Message-
From:rosalina baharuddin 

Date: Wed, 2 Jan 2008 22:48:21 
To:Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Computer or LapTop ?


Saya berhasrat nak beli satu computer untuk kegunaan dirumah (anak2 dan family 
used). 
Masalah nye saya tidak berapa ariff tentang computer (megabit ke amende 
ke..ntah laa..) 
  
Saya tak tau samade saya patut beli laptop ataupun pc. 
Lagi satu saya tak tau macamane nak pilih.. maklumla saya tak berapa tau sangat 
selain kalau ia dah disetkan. 
  
Kalau sesiapa bole membantu... range harga yg saya mampu beli dalam $2200 
kebawah... 
Takut nanti..terbeli yang mahal..tapi itu tak boleh..ini tak boleh...payah 
plak!!! 
  
So dari segi apa patut saya tengok computer tu...tolong saya!!!
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com   

Help Palestine [hidayahnet] Kerani Am di Shah Alam (SEGERA)

2008-01-08 Terurut Topik Khairol Azli Mohamad
Assalamulaikum wrt wbt

Sebuah firma guaman bumiputera yang beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam ingin 
menawarkan kerja sebagai Kerani Am.

Kelayakan:

1. Minima SPM
2. Perempuan sahaja
3. Tahu menggunakan komputer

Sila hubungi En Zaki di talian 019-3283289/019-2101271.

SEGERA!!

maklumat lanjut  KLIK SINI



  

Be a better friend, newshound, and 
know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.  
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ 


Re: Help Palestine [hidayahnet] Computer or LapTop ?

2008-01-08 Terurut Topik Sinarfony Technology Trading
salam..
pada pendapat saya lebih baik puan beli komputer destop sahaja untuk
kegunaan dirumah..
ini kerana destop lebih tahan lasak dan boleh digunakan dalam tempoh waktu
yang panjang..
Jika rosak perbelanjaan untuk repair lebih murah dari laptop..

Budget puan boleh dapat kurang2pun 1set..

Intel Pentium Core Two duo
Hardisk 120Gb
RAM 1Gb
LCD Monitor 17in
Printer Canon

Jika guna processor bawah ni boleh dapat 2 set PC

AMD Processor
Hardisk 80Gb
RAM 512Mb..
15in Monitor Biasa

Ni berdasarkan harga kat Tanjung Malim Perak..

wasalam

On 1/2/08, rosalinabaharuddin rosalinabaharuddin wrote:

Saya berhasrat nak beli satu computer untuk kegunaan dirumah (anak2 dan
 family used).
 Masalah nye saya tidak berapa ariff tentang computer (megabit ke amende
 ke..ntah laa..)

 Saya tak tau samade saya patut beli laptop ataupun pc.
 Lagi satu saya tak tau macamane nak pilih.. maklumla saya tak berapa tau
 sangat selain kalau ia dah disetkan.

 Kalau sesiapa bole membantu... range harga yg saya mampu beli dalam $2200
 kebawah...
 Takut nanti..terbeli yang mahal..tapi itu tak boleh..ini tak boleh...payah
 plak!!!

 So dari segi apa patut saya tengok computer tu...tolong saya!!!

 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

 



Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Teknik Menjauhi Fitnah Dajjal

2008-01-08 Terurut Topik Abu Heakal


Daripada Abu Darda' r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia 
terjaga dari gangguan Dajjal. 

Dalam riwayat lain disebutkan: Dari akhir surat al-Kahfi. 

(Riwayat Muslim)


* sepuluh ayat permulaan  sepuluh ayat terakhir.


Re: Help Palestine [hidayahnet] Artikel : Samy Vellu dan MIC ada hubungan sulit dengan Kerajaan India?

2008-01-08 Terurut Topik isa . sulaiman
tok sah pening kepalalah.mereka tetap berkiblat kat Tanah India...asal 
usul beliau.
ayat org politik memang begitumulut lain hati tetap pada yg asal...

Bukankah ada firmanTidak ku jadikan manusia ini ber bagai-bagai untuk 
berkenalan diantara satu sama lain
yang arif kalau salah tolong betulkan

TANAH CINA,TANAH INDIA.TANAH MELAYU..telah dibahagi-bahagi
kalau mereka tak puas hati...baliklah ketanah asal mereka.




aHmadHazieq 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
04/01/2008 09:03 AM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
cc

Subject
Help Palestine [hidayahnet] Artikel : Samy Vellu dan MIC ada hubungan 
sulit dengan Kerajaan India?






Samy Vellu dan MIC ada hubungan sulit dengan Kerajaan India?
Oleh HermanSamsudeen 
 
Pelik tapi itulah yang terjadi selama ini. Menteri Kerja Raya, Samy Vellu 
kini berada di Tamil Naidu dan akan ke New Delhi bagi menghadiri 
persidangan tiga hari untuk masyarakat berketurunan India anjuran kerajaan 
India, mulai 7 Januari ini. Hari ini baru 2 haribulan bermakna ada lagi 5 
hari untuk persidangan itu.
 
Ini bukan kali pertama beliau ke India atas urusan sebegini. Selama ini, 
Samy Vellu selalu menegaskan bahawa beliau dan MIC begitu taat terhadap 
negara ini. Dalam kes Hindraf baru-baru ini beliau juga ada mengeluarkan 
kenyataan agar Kerajaan India tidak campurtangan.
 
Tetapi dalam diam beliau kerap ke India atas urusan kaum India termasuklah 
bagi urusan perdagangan yang mana sepatutnya beliau menyertai Misi 
Perdagangan bersama Rafidah Aziz dan bukannya pergi bersendirian.
 
Beberapa perkara menjadi persoalan. Sejauh manakah Samy dan MIC 
benar-benar setia kepada negara ini? Adakah beliau dan MIC benar-benar ada 
?hubungan sulit dengan Kerajaan India? dan membelakangkan Kerajaan 
Malaysia untuk kepentingan masyarakat India (Ahli MIC).
 
Kita telah menerima kaum India dengan baik selama ini. Kita menggangap 
mereka teman dan ramai orang India yang berpuashati dengan layanan orang 
Melayu.
 
Jadi apakah sebabnya Samy masih mahu menyertai Persidangan untuk Kaum 
India di sana. Adakah masih ada lagi agenda perkauman yang ingin diimport 
dari sana. Saban tahun beliau ke sana untuk menemui pemimpin India dan 
banyak perkara yang terjadi dalam MIC dan dalam negara turut dijadikan 
bahan perbincangan disana.
 
Kenapa perlu rujuk Kerajaan India bagi isu-isu masyarakat India di 
Malaysia? Adakah jaminan Kerajaan Malaysia untuk memberi keadilan kepada 
kaum India tidak cukup hingga beliau perlu mendapatkan perlindungan atau 
sokongan tambahan dari Kerajaan India?
 
Orang-orang Bugis, Jawa dan Cina di Malaysia tidak pernah menghadiri 
konvensyen yang berteraskan perkauman di negara asal keturunan mereka. 
Kalau ada pun, mereka hadir tanpa adanya komitmen yang tetap sebagai mana 
Samy Vellu yang kerap ke India bila ada masalah atau isu perkauman di 
negara ini.
 
Sewajarnya beliau merujuk kepada kepimpinan negara jika ada apa-apa. 
Memang hak peribadi beliau untuk menghadiri persidangan itu, tetapi 
sebagai seorang Menteri Kanan yang banyak menyimpan dan mengetahui rahsia 
besar negara tidak wajar untuk beliau ke sana atas urusan sebegini.
 
Adalah bahaya jika Kerajaan Malaysia berdiam diri dan membiarkan Samy 
menemui Kerajaan India atas agenda kaum India. Bila-bila masa sahaja 
rahsia negara boleh diserahkan kepada Kerajaan India dan ini membahayakan 
negara ini secara umumnya.
 
Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil serius perkara ini dan kita tidak 
mahu MIC berpakat dengan negara asing yang lebih besar dari Malaysia bagi 
melakukan apa-apa propaganda politik dimasa hadapan.
 
Tulisan ini bukannya bertujuan untuk menghasut dan mencetuskan gelojak 
perkauman. Kita yakin bahawa ramai lagi kaum India dinegara ini yang 
benar-benar ikhlas untuk hidup dan menyumbang kepada negara ini. Tapi 
biarlah anasir-anasir luar tidak dibiarkan mempengaruhi politik negara 
ini.
 

Samy Vellu bersama bekas Perdana Menteri India pada tahun 2001
 

Samy bersama Menteri Kewangan India, P. Chidambaram
 

Samy bersama Ketua Menteri Chennai, Jayalalithaa
 

Samy bersama Penganjur World Tamil Business Leaders Conference, Bala S. 
Balendra (kiri) and Dr. V.R.S. Sampath (Kanan)


 

Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

 Never miss a thing. Make Yahoo your homepage. 
 


Help Palestine [hidayahnet] gugur anak hasil rogol....hukumnya harus....

2008-01-08 Terurut Topik ct ain
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008dt=0106pub=Utusan_Malaysiasec=Bicara_Agamapg=ba_04.htm
  Gugur anak hasil rogol  SOALAN: ADAKAH benar fatwa yang mengatakan bahawa 
wanita yang dirogol harus menggugurkan kandungannya? Tidakkah perbuatan 
tersebut dilarang oleh agama?
  – Norasyikin Muhammad,
  Parit Buntar,Perak.
   
  JAWAPAN:
   
  Fatwa tersebut memang benar. Ianya adalah fatwa yang dikeluarkan oleh pihak 
Azhar sendiri dan kita percaya pihak berkuasa Azhar tentu lebih arif dan teliti 
dalam membuat keputusan tersebut. Ini memandangkan kini terlalu banyak masalah 
sosial seperti kejadian rogol yang boleh menimbulkan kepincangan dalam 
masyarakat. Apabila berlaku sesuatu angkara yang amat dibenci agama kepada 
seseorang bukan bererti kita dihalalkan untuk membunuh anak atau zuriat sendiri 
tanpa sebab sesuka hati. Tetapi atas sebab-sebab yang terpaksa dan tidak 
mengancam sesiapa kita dibenarkan untuk mengatasi sesuatu keperluan itu sekadar 
yang diperlukan. 
  Dalam situasi tersebut tentu ada perbezaan yang ketara antara rogol dan 
perbuatan zina yang mana rogol itu dilakukan hanya oleh satu pihak tanpa 
persetujuan pihak yang satu lagi iaitu dengan cara paksa dan ancaman, sedangkan 
perbuatan rogol itu amat sukar untuk berlaku tanpa kerelaan bersama. Jadi apa 
yang jelas di sini ialah mereka yang benar-
  benar terdesak dan terpaksa akan dibenarkan secepat mungkin untuk membuang 
anak (janin) tersebut. Itu pun dalam keadaan yang tidak mengancam jiwa sesiapa 
(ibunya). Dan ia boleh dilakukan dalam masa yang belum tentu kewujudan manusia 
iaitu dalam tempoh satu dua bulan sahaja, kerana bila perkara itu sudah berlalu 
tiga bulan atau lebih maka janin tersebut sudah terbentuk dan berupa manusia 
apa lagi setelah ditiupkan roh. Maka hukumnya tentu lebih sukar dan berat lagi. 
Waktu itu tidak ada ulama yang berani mengharuskannya. Justeru perbuatan 
tersebut sama dengan membunuh sedangkan perbuatan yang dibenarkan itu boleh 
disamakan (dikiaskan) dengan amalan al ‘azl yang berlaku semasa Rasulullah 
s.a.w. Menurut kata sahabat yang bernama Jabir, kami lakukan perbuatan ‘azl itu 
semasa al-Quran masih diturunkan kepada Rasulullah (tetapi al-Quran tidak 
pernah menyentuhnya, apa lagi melarangnya) (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim 
dan lain-lain). Sebab itu ramai ulama yang membolehkannya
 (al‘azl) dengan persetujuan semua pihak. Wallahualam.


Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad. Waa'la aali saiyidina Muhammad.

Nabi Muhammad SAW bersabda: 
'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah 
dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu 
dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki 
dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.'


   
-
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Re: Help Palestine [hidayahnet] ISLAM and IGNORANCE: Time to know ISLAM

2008-01-08 Terurut Topik Faridah Akmal
House for sale / rent
   
  Location : Apartment Seroja, Bukit Jelutong, Level 1
   
  A well maintained by owner 5-storey 
apartment with lift and security guard located 
at a cozy area and peacefully environment of 
Bukit Jelutong.

Easy access via Guthrie Corridor Expressway, 
and NKVE Shah Alam. 5 minutes to all well-
known hypermarket in Malaysia, Giant Shah 
Alam, Tesco Shah Alam and Makro Shah Alam.

  Fully Furnished house with complete plaster ceiling, decorative lamp, kitchen 
cabinet and table top.
   
  Nice location
   
  Price : RM148,000 (neg.)
  Rent : RM 800 (including of maintenance fees of RM 80.00 per month)

  pls contact : Puan Faridah -012 2237181 or En Yusof  012 2730651
  
Islahonline [EMAIL PROTECTED] wrote:
 
   
   
  
  

 


  Islam is the fastest growing religion in the West. Nevertheless, the West has 
many stereotypes and misconceptions about Islam that are due to the media, 
prejudice, and ignorance. Islam is often looked upon as an extremist, terrorist 
religion. Many people hate Islam and do not want to acknowledge its true 
teachings. In contrast to what many Westerners think of Islam, Islam is a 
peaceful religion, which does not promote any forms against the teachings.
   
  An enlighten and thought provoking book written by one of the leading Islamic 
scholars of our time. In this book the author discuss very deeply about ISLAM 
and Ignorance. It covers the following areas: The Inter-relation of Opinion and 
Conduct, The Basic Problems of Life, The Different Solutions of the Problems of 
Life, First Solution - Sheer Ignorance, The Second Solution - Fundamental 
Problems, Third Solution - ISLAM, Scrutiny of the Islamic Viewpoint and The 
Impact of Islamic Ideology.
   
  TIME to know ISLAM - TIME to know IGNORANCE
  
  Please read   
  ISLAM and IGNORANCE
 
  FREE Available on
  www.al-islamforall.org
  (A unique  comprehensive FREE e-Library in Multiple Languages)
  Many more books are available in Multiple Languages
  *** *** ***
  The purpose of the web site is to provide wide range, authentic  
comprehensive information about all the teachings of Islam at one place with a 
unique FREE download facility.
  
  We will highly appreciate if you introduce among your friends in the best 
possible manner.
  
  Peace
  

  Islahonline
  
   
   
  

  

 

 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Re: Help Palestine [hidayahnet] JANGAN PANGKAH BN (Video) - Dato' Seri Anwar Ibrahim

2008-01-08 Terurut Topik SHAIK TAMBY ADAM
Tiada masaalah cuma perubahan cam mana AI nak bawa .Tidaklah dengan cakap orang 
lain tu buruk dan tax baik ertinya orang lain bersih  dan baik secara otomatis.
  Katakanlah kerajaan karan ni ..depa kata depa bagi subsidi tu dan ni ..cnth 
...petrol sampai RM35B - RM40B .
  Apa kata x payahlah dok canang subsidi tu dan ni ..billion billion.
  Sapa yang nak ubah pmpn karan kena a idea canggih sikit.
  Tak payah subsidi lagi ..duit subsidi tu RM40B tu kita bagi sama rata semua 
rakyat negara ni 27juta tolak semua depa yang kalah dlm pilihan raya 
nanti.Kalau minyak ke gas naik ..atau apa jadah naik pun rakyat tahu nak 
hidup.x makan ayam x mati ...x makan ikang x mati..makan siput  pun boleh 
hidup.Just a question How Sky High can the price of things BE.without the 
subsidies ! What's the worst can happened.We will not die.
  If only the altenatif could bring changes truthfully and righteously deliver 
the message a total Muslim country free from sembahan selain Allah .Tiada lagi 
gereja dan rumah berhala dibumi Allah ini.
   
  Boleh kata boleh .
   
  Wallahu A'lam.
   
  
[EMAIL PROTECTED] wrote:
  Subject: JANGAN PANGKAH BN (Video) - Dato' Seri Anwar Ibrahim 
Message: SEBARKAN!

VIDEO TERBARU DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Layari:-
http://video.google.com/videoplay?docid=-2057394676442273303hl=en




 

   
-
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.