Re: Help Palestine [hidayahnet] BKT - Beberapa Kisah Tauladan 9 - Ceramah - Kasih Sejati

2010-03-06 Thread shafiq syria
harap dpt bykkan siri kuliah agm spt ini utk diambil manfaat.smg Allah memberi 
keberkatan kpd sesiapa yg berkongsi bhn kuliah mp3 seperti ini.


  
_
Searching for all friends on Yahoo! Messenger? You can easily invite your 
friends from Hotmail, Gmail to Yahoo! Messenger today! 
http://malaysia.messenger.yahoo.com/invite/

Help Palestine [hidayahnet] Nak tengok tempat Melayu Senawang berjudi

2010-03-06 Thread Suara N9
Pihak kami menerima SMS berikut :
assalamualaikum. tuan saya minta jasa baik tuan pantau mesin judi dkat tmn 
tasik sebelah rk satay. kesian tuan. Penuh dgn anak2 melayu. kes sama di pusat 
internet di tmn desa anggerik (sebaris family store)

KOMEN :
Kenapa pengadu tak buat aduan kepada Polis, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan 
Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan ?

Apakah pengadu sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan ?

Pihak kami membuat tinjauan pada jam 1:15 tengahari 4 Mac 2010 pada tempat yang 
dilaporkan iaitu deret kedai berhampiran Restoran R & K Satay di Taman Tasik 
Jaya, Senawang, N.Sembilan.

Pada mulanya tidak nampak apa-apa  papan tanda kedai yang mencurigakan atau 
kedai internet. Setelah beberapa minit memerhati barulah nampak satu stiker 
kecil pada pintu kaca RM 3 sejam. Apakah ini tempat judi remaja Melayu yang 
dimaksudkan ?

Foto tempat yang disyakki menjadi sarang judi remaja Melayu di sini 
http://amkns.blogspot.com/2010/03/nak-tengok-tempat-melayu-senawang.html

Harap pihak berkuasa menyiasat dan ambil tindakan demi menyelamatkan bangsa 
Melayu dan umat Islam.

Macamana Melayu tak rosak. Akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro dan 
Kosmo pun dengan bangganya menyiarkan iklan judi untuk menggalakkan orang 
Melayu berjudi.

Kalau sekumpulan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan , Polis 
dan sebagainya boleh buat operasi menangkap orang mengajar tanpa tauliah di 
Kuala Pilah, takkan tak boleh tubuh TASKFORCE buat operasi tangkap orang Melayu 
dan remaja Melayu yang berjudi di Kedai Judi Berlesen Sah (Haram), Kedai Judi 
Tidak Berlesen (Haram) , mesin judi berlesen (Haram) dan mesin judi tidak 
berlesen (Haram) seluruh Negeri Sembilan ?

Patutlah orang Melayu dan Islam semakin ramai buat maksiat terutamanya di 
Negeri Sembilan, kerana mereka tak risau akan ditangkap, kerana mengajar tanpa 
tauliah lebih utama untuk ditangkap daripada mereka yang berjudi agaknya.



Utusan Malaysia KUALA PILAH 1 Mac – Anak bekas Mufti Perlis, Fathul Bari Mat 
Jahya mengaku tidak bersalah ketika didakwa dalam perbicaraan di Mahkamah 
Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan mengajar tanpa tauliah di negeri 
ini.

Semalam Fathul Bari bersama tiga pengikut kanannya ditahan anggota penguat 
kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ketika sedang 
mengajar di hadapan hampir 50 orang awam di Maahad Ittiba Sunnah.

Kesemua mereka ditahan pada pukul 11.30 pagi sebelum dibawa ke Balai Polis 
Kuala Pilah untuk siasatan. Beberapa buku dan peralatan yang digunakan turut 
dirampas dalam serbuan itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0302&pub=utusan_malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm&arc=hive






Help Palestine [hidayahnet] Hilyah di Harian Metro 5 Mac

2010-03-06 Thread Latifah_hilyah
Assalamualaikum wbt,

 

InsyaAllah iklan kemeja-T Hilyah di Harian Metro jumaat 5 mac, juga artikel
perniagaan Hilyah, juga di Harian Metro besok.

 


===

 

Dapatkan Kemeja-T Hilyah melalui rangkaian pengedar kami (senarai pengedar
di www.hilyah.com ), atau kunjungi Hilyah Retail Outlet , insyaAllah
beroperasi mulai Jumaat 5 Mac 2010.:

 

Hilyah Retail Outlet

Tingkat 1, 39A Jalan Waruna AR U5/AR

Taman Desa Subang

Seksyen U5, Shah Alam

(berdekatan dengan Kampung Melayu Subang, Subang Bestari, Terminal 3 Airport
Lama)

 

Waktu operasi :

Isnin-Sabtu : 10pg - 6 ptg (Rabu 11 pg - 6 ptg)

Ahad & Cuti Umum (Persekutuan & Selangor) : Tutup

 

Tel : 03-78473937

 

Harap maklum : 

Produk Hilyah di HRS dijual pada harga runcit, 5-10% lebih dari recommended
retail price di kedai online Hilyah   www.hilyah.com
. Walaubagaimanapun, pembelian di kedai online adalah tertakluk kepada caj
penghantaran (RM5/tshirt ; RM10/jubah).

 

Jzkk,

Hilyah Islamic Designs

 



Help Palestine [hidayahnet] Kursus Pengurusan Jenazah untuk MUSLIMAT

2010-03-06 Thread Achik Solihah Ahmad
Tempat:
Masjid As-Salam,
Bukit Sentosa/Bukit Beruntung, Rawang

Tarikh:
13hb Mac 2010 (Hari Sabtu)

Masa:
8.30 pagi - 4.00 petang

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA...


 Lawati blog saya di :
www.umistore.blogspot.com


  

Help Palestine [hidayahnet] Khemah Ibadah 13 ke 15 Mac 2010 Seremban

2010-03-06 Thread Rozmal bin Malakan
PERKHEMAHAN IBADAT 
Tempat : Surau Al-Hidayah , Bandar Warisan Puteri , Seremban
Peserta : Anak-anak usia 8-12 tahun
Tarikh :  13-15 Mac 2010 (Sabtu-Isnin) 

AKTIVITI : 
- Ceramah Motivasi
- Bengkel Pembentukan Peribadi Diri Muslim
- Amali Solat
- Qiamullail
- Tasmik Al-Qur'an
- Aktiviti Kemasyarakatan
- Dan Lain-Lain Lagi

Penginapan :
Khemah (khemah milik peserta sendiri) atau penginapan yang disediakan oleh 
penganjur, rumah 2 tingkat berhampiran surau.

Bayaran :
Untuk berkhemah RM 40
Untuk rumah RM50

Tarikh tutup pendaftaran 10 Mac 2010

Sebarang pertanyaan hubungi Ustaz Hj. Kamal 017-6150169

Anjuran : Biro Tarbiyyah , Surau Al-Hidayah

Maklumat lanjut di 
http://surau-alhidayah-bwp.blogspot.com/2010/03/perkhemahan-ibadat-siri-2-2010.html
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Tunai solat, rezeki jadi berkat

2010-03-06 Thread Noorshamsudin Hj. Mohd. Darus
Tunai solat, rezeki jadi berkat
Oleh Hamizul Abdul Hamid www.hamizul.com


Rezeki Kamariah Saad semakin bertambah sejak mengusahakan kedai makan yang 
diusahakan di Rawang, Selangor.



FIRMAN Allah SWT yang bermaksud tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, 
sehinggalah mereka sendiri bangun dan merubah apa yang ada pada diri mereka 
(ar-Ra'd: 11) benar-benar menjadi prinsip kepada Kamariah Saad, 48.
 
Beliau adalah model ibu tunggal yang tidak pernah menyerahkan dirinya kepada 
takdir. Bahkan dirinya diasuh sedari awal, bahawa untuk hidup maka usaha harus 
diiring doa dan tawakal.
 
Janji Allah itu maha benar, usaha yang gigih, pasti kejayaan yang ditagih, 
kelak juga diimbuh dengan kurniaan rezeki yang kadang kala tidak tertahan-tahan 
lagi datangnya, silih ganti bertimpa-tindih.
Berasal dari Pendang, Kedah, Kamariah sudi berkongsi kisah buat iktibar mereka 
yang susah. Maka Jejak Asnaf kali ini cuba menerobos ruang kehidupan silam yang 
pastinya berbalam dan semahu mungkin cuba untuk dilupakan.
 
"Saya kematian suami pada tahun 2002 dan pada ketika itu, saya sarat mengandung 
anak yang kelima," jelasnya.
Suami Kamariah meninggal dunia akibat serangan jantung, tanpa harta buat 
bergantung melainkan anak-anak yang harus dikendong.
 
"Sebenarnya, saya memang susah dari awal lagi. Perit sekali ustaz jika 
diingat-ingat. Dua puluh hari selepas arwah suami pergi, saya melahirkan anak 
kelima. Kala itu, saya di kampung menumpang rumah ibu.
 
"Mengenangkan diri yang serba amat kekurangan, tiada belanja kerana tidak punya 
wang dan pelbagai lagi masalah lain yang terus bertandang, emosi saya 
benar-benar terganggu.
 
"Anak-anak perlu diurus sedang bank sudah berkeras mahu menarik kereta. 
Sungguh, jika tiadalah bantuan daripada Allah, boleh jadi saya sudah gila 
agaknya," katanya sambil menyeka genangan air di tubir mata.
 
Enam bulan menumpang kasih dan simpati keluarga di kampung, Kamariah kembali ke 
Selangor. Anak-anaknya juga tidak betah di Kedah. Semasa itu, beliau hanya 
mengharap ehsan adiknya di Kampung Bendahara, Batu Caves.
 
Namun, usahanya terbatas lantaran arahan perubatan bahawa bekas pembedahan 
semasa bersalin menghalang dirinya bergerak cergas.
 
"Alhamdulillah, dalam keterbatasan itulah dengan bantuan seorang teman, saya 
diizinkan Allah SWT membeli sebuah rumah di Taman Pelangi, Rawang.
 
"Terima kasih juga, kerana Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut membantu 
membayarkan wang pendahuluannya," tambah beliau.
 
Menurut Kamariah, tanpa duga rezekinya tertulis di Rawang. Beliau mencuba nasib 
membuka meja menjual nasi
lemak pada sebelah pagi. Nasi lemaknya laris, anggaran pendapatan bersihnya 
sebulan kira-kira RM1,000.
Dapatlah beliau memenuhi keperluan lima anaknya, yang kesemuanya masih perlu 
biaya besar khususnya demi mendapatkan pendidikan terbaik.
 
Kamariah mempunyai lima anak. Yang sulung, Mohd. Riduan, 19, kini belajar dalam 
bidang Kejuruteraan Elektrik di
Politeknik Shah Alam. Kedua, Anissafinas, 17, belajar di Sekolah Menengah 
Kebangsaan Garing; ketiga Siti Nurazah, 14, belajar di Sekolah Menengah 
Kebangsaan Raja Ali dan menetap di Asrama Anak-anak Yatim Darul Kifayah, Kuala 
Lumpur. Anak keempat dan kelima, Nur Asyikin, 12, dan Nur Atirah, 8, masih 
belajar di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Rawang, Selangor.
 
Bercerita lanjut, menurut Kamariah, pada tahun 2008, namanya disenaraikan untuk 
menerima bantuan kewangan.
Ketika itu, majlis dirasmikan oleh isteri Menteri Besar Selangor. Semasa 
berucap, beliau ada berkata bahawa salah satu amalan yang membuka pintu rezeki 
ialah solat dhuha.
 
"Apabila pulang, pesanan itu terngiang-ngiang di gegendang telinga saya. Saya 
jadi yakin dan semenjak dari hari itu sehinggalah kini, saya tidak pernah 
meninggalkan solat dhuha. Seboleh mungkin, saya akan menunaikannya.
"Alhamdulillah, benarlah ustaz bahawa solat dhuha memang membuka pintu rezeki. 
Ia terbukti apabila saya dapati, rezeki kami anak-beranak semakin 
melimpah-ruah," katanya.
 
Kamariah berkata, pernah pada bulan Ramadan tahun lalu, tidak semena-mena wakil 
sebuah bank datang ke rumah dan menyampaikan sumbangan RM500 untuk anak-anak.
 
"Saya juga memberanikan diri mengembangkan perniagaan. Kira-kira enam bulan 
sudah, saya membuka gerai makanan. Pada permulaannya memang agak perlahan 
sambutannya.
 
"Namun sekarang alhamdulillah, boleh dikatakan setiap hari habis lauk-pauk yang 
saya masak. Orang sudah ramai tahu dan mereka suka datang ke gerai saya," 
katanya gembira.
 
Kamariah kini menyewa gerai Majlis Perbandaran Selayang dengan sewa RM200 
sebulan. Perniagaan makanannya semakin mendapat sambutan dan pendapatan 
bersihnya kian stabil apabila mampu melebihi RM2,000 sebulan.
Menceritakan pengalamannya berniaga, Kamariah juga pernah ditipu oleh kawan 
sendiri.
 
Hangus modal dan untungnya hampir RM10,000 apabila orang tengah yang menerima 
bayaran pembekalan makanan ke sebuah kilang menghilangkan diri.
 
"Namun saya yakin ustaz, Allah SWT melindun

Help Palestine [hidayahnet] Kelas Tarannum Al Quran di Seremban

2010-03-06 Thread Rozmal bin Malakan
Kelas Tarannum Al Quran (Asas) Menengah dan Rendah
Bermula 5 Mac 2010
Di Dewan As-Syatibi , Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah, Taman Rashidah Utama, Jalan 
Senawang-Paroi, Seremban

Selepas Maghrib untuk Muslimat
Selepas Isya untuk Muslimin

2 minggu sekali , hari Jumaat

Tenaga Pengajar : Ustaz Mohd ‘Alauddein Alias 012-9299914






Help Palestine [hidayahnet] Huge jellyfish Nomura sank the Japanese fishing ship

2010-03-06 Thread Sleeping Beauty
*Nomura’s jellyfish* is a very large Japanese jellyfish. It is in the same
size class as the lion’s mane jellyfish, the largest cnidarian in the world.
The diameter of these jellyfish is slightly greater than the height of an
average fully grown man.

It grows 2 meters (6 feet 7 inches) in diameter and weighing up to 220 kg
(about 450 pounds), Nomura’s jellyfish live principally in the
watersbetween China and Japan, mainly in the central Yellow Sea and
East China
Sea.

[image: 
nomura_jellyfish]

Nomura’s jellyfish has plagued the seas of Japan from 2005 up to the
present. The unintentional attacks brought by this kind of creatures have
severed the fishing industries of the affected regions in Japan as well as
the balanced food chains in the seas.

Japanese fishing trawler sunk by giant jellyfish, A 10-ton fishing boat has
been sunk by gigantic jellyfish off eastern Japan. Trawler, Diasan
Shinsho-Maru, was killed off Chiba “the three-person crew and tried to trip
a net containing dozens of huge Nomura’sjellyfish.

[image: 
nomuras_jellyfish_03]

Each jellyfish can weigh up to 200 kg, and the waters around Japan, has been
flooded with creatures of this year. Experts believe, the weather and water
conditions for the growth of the coast of China, it is ideal forjellyfish in
recent months.

The crew of the fishing vessel were thrown into the sea when the ship
crashed, three men were rescued but another trawler the Mainichi newspaper.
The local Coast Guard office announced that the weather was clear and the
sea was calm about the accident.

[image: 
get_slika_original.php]

The last time Japan took a very large, in the summer of 2005, jellyfish nets
damaged, rendered the fish inedible to poisonous bites, and even cause
injury to the fishermen.

Relatively little is known about Nomura’s jellyfish, such as why some years
see thousands of creatures floating in the sea over the Japanese Tsushima
Current, but last year there was virtually no sightings. In 2007 were 15,500
reports of damage to fishing equipment, from creatures.[image:
giant_jellyfish_02]



-- 
~~~Whatever mountains stands in your path,
Whatever obstacle blocks your way,
Whatever difficulty immobilized you,
The prayer full of faith can remove it~~~.

~~~Kebahagiaan Hidup Yang Tertinggi Adalah
Keyakinan Yang Diri Kita Dicintai. Cinta
Ibarat Seperti Petir, Anda Tidak Dapat
Meneka Di mana Akan Terjadi, Tahu-tahu
Sudah Terserang~~~

~~~fairlady.sha...@gmail.com~~~
~~~fairlady.sha...@yahoo.com~~~
*fairlady.sha...@gmail.com*


Re: Help Palestine [hidayahnet] PESTA JOM HEBOH AKAN SERANG SERAMBI MEKAH

2010-03-06 Thread ambofx
Karnival Jom Heboh, pada dasarnya menekankan aspek perniagaan, tetapi, 
malangnya mengandungi unsur-unsur negative seperti konsert yang tidak terkawal, 
percampuran antara lelaki dan perempuan dan sebagainya. Ini penyebab utama 
kenapa mufti berfatwa bahawasanya ianya Haram.

 Jom Heboh Edisi Kelantan bukanlah satu pesta maksiat. Pihak Media Prima (TV3) 
telah bersetuju dengan enakmen peraturan kawalan hiburan negeri Kelantan.

Petikan daripada comment di Fan page FaceBook YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik 
Mat oleh YB Dr. Mohamed Fadzli Dato' Hj Hassan (Exco Kerajaan Negeri Kelantan):

"Saya adalah salah seorang Exco yang bertanggungjawab terhadap program JomHeboh 
edisi Kelantan ini, selain YB Exco Dato' Takiyiddin dan YB Exco Hjh Ubaidah. 
TV3 telah bersetuju dan berjanji untuk mematuhi segala peraturan Enakmen 
Kawalan Hiburan Negeri Kelantan dan bersetuju tidak memasukkan unsur-unsur yang 
bertentangan dengan ajaran Islam.

Selain itu, TV3 juga akan menjadikan JomHeboh Edisi Kelantan sebagai satu 
contoh kepada program-program yang akan datang. Sehubungan dengan itu juga, TV3 
akan lebih mengenengahkan seni budaya masyarakat negeri Kelantan dalam program 
JomHeboh Edisi Kelantan ini.

Saya yakin dan percaya ini adalah satu kejayaan dalam dakwah kita untuk 
mengenengahkan konsep kesyumulan Islam bukan sahaja kepada rakyat Kelantan, 
bahkan kepada seluruh negara"

Saya rasa, dengan kenyataan tersebut jelaslah tentang JomHeboh Edisi Kelantan 
ini...

Pada pandangan saya, TV3 juga adalah mad'u kita... jangan kita hanya pandai 
kata ini tak boleh, itu tak boleh, tapi, kita tak ajar mcm mane nak buat dengan 
cara yang boleh... InsyaAllah, kalau semua pakat-pakat tegur, pakat2 buat 
kerja, insyaAllah, Islam akan terus berkembang ke seluruh alam...


Wallahua'lam.




From: "a...@yahoo.com" 
To: Ikhwanul Muslimun 
Sent: Tue, March 2, 2010 8:53:24 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] PESTA JOM HEBOH AKAN SERANG SERAMBI MEKAH


Khabarnya:
Pesta Jom Heboh  di jangka akan di adakan di Kota Baru Kelantan.Perkembang an 
ini memang tidak di duga kerana pesta yang pernah di kutuk oleh beberapa orang 
Mufti dan tokoh tokoh PAS kini akan di adakan di negeri di bawah pemerintahan  
kuat PAS?
Orang kuat TV3, dalam temuramah di siaran TV3 bangga kerana akhirnya Jom Heboh 
dapat menembusi dan bertapak di Serambi Mekah, Kelantan.
Apa pandangan pencinta dan pejuang Islam, terutama dari Kelantan? Mengapa 
pemimpin tiba tiba berubah arah dan mengizinkan pesta maksiat ini di adakan di 
sana?



Salaam & Regards
Amri el WahabJemput ke laman blog saya di http://hembusan- amal.blogspot. com

Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu.Tujuan 
kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita 
hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu 
atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang 
sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa 
berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan 
kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi 
bala.




  

Re: Help Palestine [hidayahnet] Mana janji pilihanraya Bagan Pinang N9

2010-03-06 Thread Mohd.Fadli Bin Osman
Salam,shamir, bersabarlah dengan orang-orang seprti saudara kholid ni,orang 
kalau dah taksub ni cakap orang lain diaorang tak nak dengar.Semoga Allah S.W.T 
tunjukkan kebenaran demi kebenaran disaat orang Islam berpecah-belah bahana 
politik tidak matang. Saya cuma harap saudara kholid ni bukan orientalis atau 
ahli freemason yang niat mereka memang nak memecahbelahkan umat Islam.Kalau 
ya,semoga Allah laknat kamu! Wallahua'lam.
 Ketaksuban membunuh Kewarasan


--- On Mon, 1/3/10, kho...@yahoo.com  wrote:


From: kho...@yahoo.com 
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Mana janji pilihanraya Bagan Pinang N9
To: "Ikhwanul Muslimun" 
Date: Monday, 1 March, 2010, 3:51 PM


 





Mengapa sibuk nak suruh yang kalah pula bantu ? Yang sedang perintah negeri tu 
dok buat apa ? Pilihanraya yang di adakan hanya PRK. Kuasa negeri masih mereka 
yang pegang walau sapa sekali pun menang. Di zaman Saidina Umar al Khattab  
seorang wanita yang tak mampu beri makan anak-anak nya letakkan tanggongjawab 
membantu dia adalah terletak di bahu Saidina Umar. Sebaik saja diketahui 
Saidina Umar beliau sendiri pikul gandum untuk disampaikan kepada wanita itu. 
Soal isu pihak luar bantu DSAI mengapa harus disibukkan ? Kalau bantuan tidak 
diminta dari mereka pun mereka pun tahu bahawa peroses keadilan di Malaysia 
meragukan !! Yang dah letupkan orang hingga berkecai pun yang diadili di 
mahkamah hanya "penjenayah ciptaan" sahaja sedangkan Director nya sedikit pun 
tidak disentuh. Pegawai penjara yang gantong pesalah hingga mati itu adalah 
membunuh. Dia sekadar menjalankan perintah kerana arahan dibuat secara bertulis 
dan telus maka dia tidak boleh disabitkan
 dengan pembunuhan tapi bagaimana jika pihak yang diarah membunuh secara tidak 
bertulis ?? Maka tiada bukti untuk mensabitkan pihak yang mengarah !! 
Sebaliknya bukti tersangat mudah diadakan terhadap musuh politik kerana 
takutnya "mereka" kepada ynag berkuasa bukan kepada yang Maha Kuasa. Bukti 
sukar diadakan jika bos sendiri yang lakukan jenayah !! Bukan sekadar pejam 
sebelah mata bahkan pejam dua belah mata !!??

Soal fitnah yang paling dahsyat ialah fitnah murtad. Kalau agama (syariat) 
dipermainkan bahkan dihina maka inilah fitnah yang paling berat !! Mengapa 
pihak tuan tidak ambil peduli sedangkan Nabi tidak mengaku umat orang yang 
tidak memperdulikan urusan saudara seagama nya terutama dalam soal aqidah ? 
Mengapa tuan hanya suka menempelak mereka yang tuan anggap suka mencaci 
menfitnah ? pihak yang menjadi dokongan tuan. Tuan macam takut makan ubat yang 
pahit untuk menyembuhkan penyakit !! Wallahua'lam.





From: "[S][H][M][A] [M][I][R] @yahoo.com" <[S][H][M][A] [M][I][R] @yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun 
Sent: Mon, February 22, 2010 11:09:53 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Mana janji pilihanraya Bagan Pinang N9

 

Sungguh hebat kalam tuan, tetapi tuan kena kaji semula kerana satu jari tuan 
menuduh tetapi 4 jari lagi menuding kepada pihak yang tuan agongkan. Tuan 
menuduh pihak yang membuat aduan kerana dipaksa untuk diliwat sebagai bersalah 
sedangkan pihak yang kena tuduh sebagai tidak bersalah. Sedangkan pihak yg kena 
tuduh gelut berusaha untuk menangguhkan perbicaraan dengan menggunakan pelbagai 
perkara teknikal . Sungguh pelik kerana DSAI berusaha dengan pelbagai bantuan 
termasuk menggunakan pihak asing untuk melengah2kan perbicaraan yang sepatutnya 
digunakan untuk membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia & dunia bahawa 
beliau DSAI tidak bersalah.

Saya sungguh hairan kerana tuan menuduh tiada bantuan diberikan oleh pihak 
pemerintah tetapi tidak pulak tuan menyentuh tentang berjuta2 bantuan yang 
telah diberikan dari sekecil2 kepada yang sebesar2 bantuan.
Saya juga hairan kalau bantuan terlepas pandang oleh pihak yang sepatutnya 
kenapa lah pulak pihak tuan dari parti politik PAS yang tewas tu tidak 
menghulurkan bantuan seperti yang sepatutnya.
Sebagai pemimpin di kawasan tersebut walaupun tewas tetapi dia mestilah juga 
berkhidmat kepada rakyat dalam apa jua bentuk.
Apa yang saya perhatikan adalah cacian, kecaman & fitnah oleh pihak yang 
langsung tidak mencerminkan ketokohan sebagai penganut Islam yang berpemikiran 
dinamik bukan jumud.
Wallahualam


2010/2/13 <>


 




Inilah akibatnya apabila calun yang dipilih adalah pemimpin yang dikitar 
semula. Tarikh luput sebagai pemimpin sudah pun jelas tamat tapi bagi parti 
UMNO yang dah tak ada pemimpin yang layak terpaksa kitar semula asalkan jangan 
kerusi itu jatuh ketangan PAS. Dulu disingkir kerana terlibat rasuah dalam 
parti tapi parti berkenaan jilat balik ludah mereka maka dimanakah kejujuran 
parti yang menerajui negara benar-benar nak hapuskan rasuah sedang pemimpin 
rasuah dalam parti mereka sendiri pun mereka tetap junjung untuk dimertabatkan 
semula oleh rakyat Bagan Pinang !!? Difahamkan rasuah terus berlaku ketika 
pilihanraya kecil tersebut. Dari maklumat yang didengari seorang calun UMNO 
yang dah kalah dalam PRU1

Help Palestine [hidayahnet] Mufti Acheh datang Rembau 13 Mac 2010

2010-03-06 Thread Rozmal bin Malakan
MAJLIS MAULIDUR RASUL
Dan
Ulangtahun ke-13 Kewafatan Tuan Guru Haji Ibrahim bin Dahan

Bersama Mufti Negeri Acheh :
PROF. DR. K.H. MUHIBBUDDIN WALY

Dan Pelancaran Buku Biografi Al-Marhum Tuan Guru Haji Ibrahim bin Dahan

Tempat : Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Kampung Bongek Acheh, 
Rembau, Negeri Sembilan

Tarikh : 13 Mac 2010 (Sabtu) / 27 Rabiul Awwal 1431 H

Masa : Solat Asar hingga 10 malam

Semua Dijemput Hadir 

Pertanyaan Hubungi 06-6851220 / 012-3752240

Maklumat lanjut 
http://pondoktampin.blogspot.com/2010/03/maulid-pondok-bongek-rembau.html 



  


Re: Help Palestine [hidayahnet] Bekas peguam Petronas kecewa royalti Kelantan dinafi

2010-03-06 Thread myza
Ditakdirkanlah Kelantan jatuh ke tgn UMNO (walaupun 99.99% mustahil), automatik 
benda alah wang ehsan tu akan tukar nama jadi royalti...lepas tu akan keluar 
statement "kesilapan telah berlaku semasa pemberian wang ehsan dibwh kerajaan 
PAS"... sudah lah.. ni semua namanya DENGKI...

Myza Sidek

--- On Sun, 28/2/10, Hassan, has...@yahoo.com  wrote:


From: Hassan, has...@yahoo.com 
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Bekas peguam Petronas kecewa royalti 
Kelantan dinafi
To: "Ikhwanul Muslimun" 
Received: Sunday, 28 February, 2010, 9:43 PM


 





Bekas peguam Petronas kecewa royalti Kelantan dinafi


KOTA BARU, 1 Mac — Bekas ketua Jabatan Undang-Undang Petronas, Nik Syaghir Nik 
Mohd Nor melahirkan rasa dukacita apabila ada pemimpin menafikan hak Kelantan 
ke atas royalti minyak.
Beliau berkata, pemimpin terbabit dianggap menafsir undang-undang tanpa melihat 
kepada maksud dan tafsiran sebenar Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA).
Katanya, akta tersebut menyebut dengan jelas perkataan on-shore (daratan 
sehingga tiga batu nautika) dan off-shore (perairan negeri).
“Saya hairan mengapa mereka termasuk juga yang bergelar profesor di universiti 
tidak merujuk kepada perkataan tersebut,” katanya.
“Saya cukup sedih dengan tindak tanduk mereka yang cuba mengelirukan rakyat.
“Sedangkan pada 1975 Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir memberi hak 
kepada Petronas mencari gali minyak yang di kawasan on-shore dan off-shore,” 
kata beliau pada taklimat mengenai tuntutan royalti petroleum kepada 
wakil-wakil rakyat di Bilik Gerakan Negeri di sini, petang semalam.
Hadir sama bekas peguam kanan di Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Aziz 
Abdul Rahman dan peguam kes tuntutan royalti minyak Terengganu, Tommy Thomas.
Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Tuntuan Royalti Minyak Kelantan, Datuk Husam 
Musa, dua ADUN BN iaitu Datuk Norzula Mat Diah (Paloh) dan Mohd Yusoff Abdul 
Ghani (Nenggiri) serta wakil-wakil rakyat lain.
Turut hadir pegawai-pegawai kerajaan negeri, pusat serta wartawan tempatan.
Dipetik Harakah Daily, Nik Syaghir berkata, kesanggupannya menjelaskan perkara 
sebenar di sebalik tuntutan royalti minyak Kelantan semata-mata bagi menegak 
kebenaran setelah ada pihak yang mengelirukan rakyat dalam isu berkenaan.
Beliau yang juga pernah berkhidmat sebagai pegawai undang-undang Perbendaharaan 
Negara dan Jabatan Peguam Negara memberitahu sebelum ada PDA kerajaan Sabah dan 
Sarawak sudah menandatangani perjanjian dengan Shell.
Katanya, ketika itu Shell dikehendaki membayar royalti kepada Sabah dan Sarawak 
sebanyak lapan hingga 12 peratus mengikut jarak lokasi cari gali dengan pantai.
“Mengambil kira perkara tersebut saya ketika itu dipertanggungjawab merangka 
draf mengenai PDA telah mengambil jalan tengah dengan memutuskan Petronas perlu 
membayar royalti 10 peratus iaitu lima peratus kepada pusat dan lima peratus 
lagi kepada negeri.
“Lagi pun Tun Razak tidak mahu ada keistimewaan tertentu dalam PDA. Kesemua 
negeri mempunyai hak yang sama di bawah PDA dan jelas tidak ada keistimewaan 
seperti digambarkan pihak tertentu,” ujarnya.
Abdul Aziz juga menegaskan pembayaran royalti kepada negeri tidak menggunakan 
kaedah tiga batu nautika seperti yang diuar-uarkan pemimpin kerajaan pusat 
sekarang.
Katanya, pembayaran yang dibuat berdasar kepada istilah on-shore dan off-shore 
serta tidak berbangkit sama sekali kaedah tiga batu nautika.
“Kalau ada pendapat menyebut royalti hanya dibayar apabila carigali dijalankan 
kurang tiga batu nautika, itu pendapat yang salah.
“Kerajaan pusat, negeri, Sabah dan Sarawak semua mendapat lima peratus. Tidak 
benar sama sekali ada perbezaan royalti di antara Sabah dan Sarawak dengan 
negeri di Semenanjung dalam soal ini,” ujarnya.
Thomas pula menjelaskan biar pun isu royalti diketengahkan ke mahkamah bagi 
mendapat keadilan, kerajaan negeri atau mana-mana pihak masih boleh untuk 
memperkatakan isu berkenaan.
Katanya, tidak ada subjudis kepada mahkamah dalam isu berkenaan biar pun hakim 
belum membuat apa-apa keputusan.
“Ini sama seperti berlaku di Perak baru-baru ini. Isu berkenaan diperkatakan 
secara meluas dalam ceramah, forum dan seminar,” ujarnya.
http://www.themalay sianinsider. com/index. php/bahasa/ 54815-bekas- 
peguam-petronas- kecewa-royalti- kelantan- dinafi-
 
CONFIDENTIALITY NOTICE: This communication (which term shall include any 
attachments) contains information which is confidential and proprietary in 
nature and the copyright in which belongs to Zuellig Pharma Asia Pacific or a 
subsidiary of Zuellig Pharma Asia Pacific (hereafter referred to jointly and 
singularly as Zuellig Pharma) or a third party.

This communication is intended solely for the individual to whom it is 
addressed. If you are not the intended recipient of this communication, you may 
not disseminate, distribute, copy or otherwise disclose or use the contents of 
this communication without the written authority of Zuellig Pharma. If you have 
received this communication in error, please d

Help Palestine [hidayahnet] Iman Dan Kepekaan Sosial

2010-03-06 Thread Hasan Abdurrahim
http://www.dakwatuna.com

Iman Dan Kepekaan Sosial

Oleh: Tim dakwatuna.com


Shibghah Imaniyah

dakwatuna.com – Iman itu bukan hiasan bibir dan pemanis kata apalagi
sekadar keyakinan hampa, tapi sebuah keyakinan yang menghujam ke dalam
hati, diungkapkan dengan lisan dan dibuktikan dengan tindak nyata.

Pengakuan seorang mukmin akan keimanannya yang tidak disertai dengan
bukti amal shalih, bisa dikategorikan sebagai pengakuan tanpa makna
dan tidak berdasar. Di sini Allah Taala menjelaskan kepada kita
tentang senyawa keimanan dan amal shalih dalam surat Al-‘Ashr; “Demi
masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan
nasihat-menasihati agar mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati agar
tetap sabar.” (QS 103:1-3)

Ayat-ayat qur’aniyah tentang hal ini banyak sekali, bahkan setiap
“khithab ilahi” (panggilan Allah) yang ditujukan kepada mukminin
selalu disertai dengan perintah untuk mengerjakan amal saleh yang
berkaitan dengan ibadah dan larangan untuk meninggalkan hal-hal yang
diharamkan Allah Taala.

Iman yang menshibghah akal, hati dan jasad seorang mukmin, hingga
ketika dihadapkan pada pilihan-pilihan maka pilihannya itu sudah pasti
jatuh pada nilai-nilai kebenaran dan kebaikan. Ia senantiasa
memutuskan sesuatu dengan haq dan menghindari hal-hal yang menjurus
kepada kebatilan. Jadi seorang yang telah tershibghah imannya, ia akan
menjadi cahaya bagi dirinya, keluarganya, dan masyarakatnya. Allah
berfirman, “Dan apakah orang yang sudah mati, kemudian ia Kami
hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan
cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia,
serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang
sekali-kali tidak dapat ke luar dari padanya?…” (Al-An’am: 122)

Demikianlah Allah menghidupkan manusia dengan cahaya Islam dan
keilmuan. Sehingga hal itu memberikan manfaat dan kontribusi riel
tidak saja bagi lingkungannya bahkan sampai pada skala ‘alamiah
(internasional). Rasulullah saw menganalogikan seorang mukmin yang
benar-benar memahami keislaman dan keimanannya seperti lebah. Lebah
itu mempunyai sifat tidak pernah melakukan kerusakan, lihatlah ketika
hinggap di dahan-dahan pepohonan atau tangkai-tangkai bunga. Lebah
selalu mengkonsumsi makanan yang terbaik yaitu sari bunga. Dan
menghasilkan sesuatu yang paling bermanfaat yaitu madu. Maka makhluk
hidup yang berada di sekitarnya merasa aman dan nyaman. Begitulah
seharusnya muslim dan mukmin, dia harus mampu menebar pesona Islam.
Melukiskan tinta emas kebaikan dalam kanvas kehidupan secara individu
dalam semangat kebersamaan. Semangat kebersamaan inilah yang
seharusnya dimiliki setiap mukmin. Kepekaan terhadap apa saja yang
sedang menimpa masyarakat harus menjadi bagian kehidupannya. Jangan
puas dengan urusannya sendiri tanpa memperhatikan dan mempedulikan
masyarakat sekitarnya.

Interaksi Sosial

Lezatnya iman apabila sudah mampu dirasakan oleh seorang mukmin dalam
ruang kepribadiannya, maka akan menjelma menjadi pesona sosial yang
sangat menawan. Khusyuk diri yang dimiliki seorang mukmin akan
berdampak pada ‘atha ijtima’i (kontribusi sosial) dan keharmonisan
sosial. Di sini, Nabi kita Muhammad saw mengajarkan kepada kita dengan
tiga kalimat yang sarat dengan nilai-nilai perbaikan diri. Di saat
beliau bersabda;

“Bertaqwalah kamu di manapun kamu berada, ikuti keburukan itu dengan
kebaikan, niscaya ia akan menghapuskannya dan berinteraksilah pada
manusia dengan akhlaq yang baik.”

Dan salah satu bentuk interaksi kita pada lingkungan sekitar kita
adalah adanya hasasiyah (kepekaan) yang kuat terhadap permasalahan
yang terjadi di dalamnya. Perhatian dan fokus kita terhadap bi-ah
(lingkungan), baik yang berkaitan dengan bi-ah da’wiyah, bi-ah
ijtima’iyah, bi-ah ta’limiyah yang terjadi dalam tataran keluarga
maupun masyarakat adalah cerminan kuat dari keimanan kita yang telah
tershibghah dengan nilai-nilai kebenaran Islam. Bagaimana Rasulullah
saw melakukan hal ini dalam keluarga dan masyarakatnya. Beliau dengan
gigih telah mempengaruhi pamannya, Abu Thalib untuk memeluk Islam
sehingga detik-detik akhir hidup sang paman. Ia telah menyeru
bani-bani Quraisy pada waktu itu seraya berkata di atas bukit Shafa:

“Wahai Bani Quraisy, selamatkanlah dirimu dari api neraka, wahai Bani
Ka’ab, selamatkanlah dirimu dari api neraka….., wahai Fathimah,
selamatkanlah dirimu dari api neraka..” (H.R. Muslim)

Begitu juga, beliau telah terlibat langsung dalam peristiwa-peristiwa
besar yang terjadi pada masyarakatnya sebelum nubuwah seperti berperan
aktif dalam perang fijar; peperangan yang terjadi antara Quraisy
bersama Kinanah dengan Ais Qailan, Hilful Fudlul; kesepakatan untuk
melindungi orang-orang yang terzhalimi dan pembangunan Ka’bah.

Hasasiyah ‘Ailiyah

Oleh karenanya seorang mukmin apalagi kader-kader dakwah harus
terlibat aktif dalam amal-amal kebaikan yang terjadi di lingkungan
keluarga maupun masyarakatnya. Baik yang bersentuhan denga

Help Palestine [hidayahnet] Forum Baik Buruk GST 11 Mac 2010 Seremban

2010-03-06 Thread Suara N9
FORUM ISU GST
Tarikh : 11 Mac 2010 / Khamis
Masa : 8 malam
Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat PSM, 1273, Jalan Rasah, Seremban

Ahli Panel :
YB Mohamad Taufek Abdul Ghani
YB Loke Siew Fook
CheguBard
Sdr. Arulchelvan

Maklumat lanjut hubungi 012-2702624

SEMUA DIJEMPUT HADIR 

** 
APA ITU GST?
GST ialah singkatan bagi Goods & Service Tax atau Cukai Barangan & Perkhidmatan.

PERSOALAN
Bagaimanakah dengan harga barangan dan perkhidmatan nanti selepas GST ?
Adakah harganya akan meningkat naik ?
Siapa yang akan untung selepas GST ?
Siapa yang akan rugi selepas GST ?
Adakah semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan GST ?
Adakah cukai pendapatan, cukai tanah, cukai pintu dan lain-lain cukai akan naik 
atau turun selepas GST ?

*** 
MAKLUMAT AHLI PANEL

YB Mohamad Taufek Abdul Ghani
AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Pusat, 
Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, Yang Dipertua PAS Rembau
http://mohdtaufek.blogspot.com 

YB Loke Siew Fook
Ahli Parlimen Rasah, ADUN Lobak, Pengerusi DAP N.Sembilan, Pengerusi Pemuda DAP 
Socialist Youth (DAPSY)
http://lokesiewfook.blogspot.com 

CheguBard
Ahli Majlis Tertinggi PKR , Ketua PKR Rembau
http://chegubard.blogspot.com 

Sdr. Arulchelvan
Setiausaha Agung PSM (Parti Sosialis Malaysia)
http://psmsemenyih.blogspot.com 




  


Help Palestine [hidayahnet] Apa kata orang Jepun Tentang Khilafah dan Islam

2010-03-06 Thread Ahmad
Nantikan bedah buku seorang Ilmuan Jepun, tentang Islam dan Khilafah






Para
Muslimin dan Muslimat adalah dijemput ke Seminar Terbuka yang bertajuk 
"Menyingkap Sejarah Khilafah - Antara Pejuang dan
Petualang”
anjuran Hizbut Tahrir Malaysia
dengan kerjasama Khilafah
 Center . Maklumat seminar
adalah seperti berikut:

  

Tarikh : 7hb Mac 2010 (Ahad) bersamaan 21 Rabi’ul
Awwal 1431
H

Waktu :  0830 pagi -
1:00
petang

Tempat :  Masjid Jamek
Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya

( Berhampiran
 Hospital Assunta, PJ).

  

  

Masuk
Adalah Percuma

  

Layari
: www.mykhilafah.com


  

Sebarkan….

Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.

Ahmus


  

Help Palestine [hidayahnet] Hutang kahwin faktor rumah tangga retak

2010-03-06 Thread Rozmal bin Malakan
Islam itu mudah, yang susah adat Melayu. Yang wajib akad nikah dan hidup 
berumah tangga menurut syariat Islam. Kenduri kendara hanya sunat, tak mampu , 
tak payah buat. Buat apa susahkan diri kalau tak mampu dengan pelamin, 
bersanding, hantaran berdulang-dulang, karaoke, bunga telur, kad jemputan wangi 
dan pelbagai lagi ?

Komen saya sebelum ini mengenai kenduri kahwin di 
http://waghih.blogspot.com/2010/02/buat-kenduri-kahwin-ikut-kemampuan.html

***
Hutang kahwin faktor rumah tangga retak
Harian Metro 2 Mac 2010

KUALA LUMPUR: Kegagalan pasangan melangsaikan hutang pernah dibuat untuk 
menghadapi kenduri besar sewaktu mula memasuki alam rumah tangga dikesan 
menjadi antara faktor penyumbang keretakan institusi perkahwinan.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan Jabatan Agama Islam 
Selangor (Jais), Mohd Hidayat Abd Rani, berkata pihaknya mendapati memang ada 
kes cerai yang terbawa-bawa dengan masalah untuk membayar hutang terbabit.

Menurutnya, disebabkan hutang itu, ada pasangan mengungkit di kemudian hari dan 
secara tidak langsung memberi kesan kepada keharmonian rumah tangga.

“Kegagalan membayar hutang terbabit bukanlah faktor besar, cuma sampingan saja. 
Berdasarkan kes, kami dapati faktor utama perceraian di pihak suami ialah tidak 
bertanggungjawab, suami curang, berfoya-foya, mendera isteri dan panas baran.

“Di pihak isteri pula faktor ialah isteri ingkar perintah suami, kemudian 
isteri lari keluar rumah, tak bertanggungjawab iaitu tidak menjalankan tugas 
sebagai isteri dengan sempurna, termasuklah tidak patuh,” katanya.

Statistik nikah, cerai dan rujuk direkodkan Jais bagi tempoh sehingga Julai 
tahun lalu, menunjukkan 2,247 kes perceraian di Selangor, tidak termasuk 
kawasan Hulu Langat, manakala rujuk dengan 356 kes dan perkahwinan sebanyak 
7,280 pasangan.

Bagi 2008, sebanyak 16,021 pasangan direkodkan melangsungkan perkahwinan 
manakala perceraian 4,069 kes, dengan rujuk 628 kes, meningkat berbanding tahun 
sebelumnya dengan 14,747 perkahwinan, 3,685 kes cerai dan 521 kes rujuk.

Mohd Hidayat berkata, pihaknya menyedari dengan angka kes perceraian yang masih 
kurang memuaskan dan untuk itu pelbagai usaha dilakukan, termasuk 
memperkenalkan program keluarga sakinah.

Katanya, program keluarga sakinah membabitkan lima modul dilancarkan Februari 
lalu dijangka dapat mengurangkan kadar perceraian sekali gus memperkasakan 
institusi perkahwinan pasangan Islam. “Modul program terbabit digarap dengan 
sempurna, menyentuh pelbagai aspek seperti akidah, kehidupan berkeluarga dan 
bermasyarakat, kesan gejala sosial seperti akibat daripada perzinaan dan 
maqasid (kepentingan) syariah,” katanya.

“Pelaksanaannya bukan saja tertumpu di ibu pejabat Jais, tetapi turut 
diperluaskan ke semua pejabat agama daerah dan tidak hanya terbatas di masjid, 
malah boleh disampaikan di pelbagai institusi,” katanya.

Beliau berkata, Jais juga sentiasa mengalu-alukan kunjungan pasangan Islam yang 
menghadapi kemusykilan dan masalah di alam rumah tangga.

“Kami di seluruh negeri mempunyai unit khidmat nasihat bersedia menerima 
kehadiran mana-mana pasangan untuk mendapatkan kaunseling dan nasihat, supaya 
dapat mengekalkan keharmonian rumah tangga,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hutangkahwinfaktorrumahtanggaretak/Article






Help Palestine [hidayahnet] MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA KISAS 2010

2010-03-06 Thread persatuan
MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA KISAS 2010

Kepada bekas pelajar KISAS/KIK/KIM satu majlis makan malam bagi mengisi tabung 
aktiviti PIBG-KISAS akan diadakan seperti berikut:

Tarikh  : 20 Mac 2010 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam  – 11. 30 malam
Tempat  : Grand Ballroom @ De Palma Hotel, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor
Tiket   : RM100 seorang (1 kerusi)
Pakaian : Batik/Formal

Sehubungan itu bekas-bekas pelajar KISAS/KIK/KIM dialu-alukan menyumbangan dan 
membeli tiket yang dianjurkan ini. Sokongan dari bekas-bekas pelajar amat 
diharapkan memandangkan  majlis ini juga bertujuan bagi mengikat hubungan 
sekolah dan bekas-bekas pelajar. Dialu-alukan agar majlis ini menjadi majlis 
reunion antara bekas-bekas pelajar yang lain.

Agenda majlis diserikan dengan lelongan koleksi foto kenang-kenangan, cabutan 
bertuah, persembahan, tayangan dll.

Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian tiket makan malam sila hubungi:

Prof. Madya Dr. Md. Khalil Ruslan   012-631 5499
Cikgu W. Ab. Rahim  W. Hussin   012-392 3171
En. Baharom Kassim  019-379 9101
Sdra. Mohd Azmi Walang  013-384 0710

Tiket juga boleh dibeli di pejabat sekolah

Bayaran atas nama :
TABUNG KEBAJIKAN IBUBAPA DAN GURU-GURU KOLEJ ISLAM.
(No. Akaun : 12-010-01-001168-2 – BIMB Cawangan Klang)

Sila lawati http://makanmalamperdanakisas.blogspot.com

Segera sebelum kehabisan.
Pembelian meja amat digalakan (1 meja = RM1000– 10 orang).

KISAS – Kolej Islam Sultan Alam Shah
KIK – Kolej Islam Klang
KIM – Kolej Islam Malaya