Help Palestine [hidayahnet] Contoh Ringkasan Eksekutif dalam Kertas Kerja Perniagaan

2010-08-16 Thread studioperintis
Penyediaan Kandungan Dokumentasi

 

Bahagian ini merupakan tajuk penting, iaitu anda harus memastikan bahawa
kertas kerja dan pelan perniagaan anda mengandungi kesemua tajuk berikut.
Segala isi kandungan yang ingin disampaikan terletak di bawah tajuk-tajuk
ini. Namun begitu, isi kandungan ini juga tertakluk kepada jenis perniagaan
yang ingin diusahakan, jika perniagaan yang ingin dijalankan merupakan
perniagaan yang banyak menjurus ke sektor perusahaan, maka tajuk seperti
Strategi Pemasaran, Implikasi Kewangan dan Janaan Pendapatan haruslah diberi
penekanan. Manakala jika anda bakal mengusahakan perniagaan berbentuk
perkhidmatan maka tajuk seperti Situasi Masa Ini, Konsep Pelaksanaan dan
Kajian Sasaran dan Persaingan haruslah dititik-beratkan.

 

 

1.Ringkasan Eksekutif/Pelan

 

Merupakan tajuk selaku pembuka tirai bagi kertas kerja anda. Di bawah tajuk
ini, ditulis sinopsis atau ringkasan penulisan anda agar pembaca mendapat
gambaran menyeluruh tentang perkara yang ingin disampaikan melalui kertas
kerja dan pelan perniagaan anda. Ringkasan itu dimulakan dengan memberikan
idea serba ringkas tentang objektif dan matlamat kertas kerja dan nyatakan
hasil (output) yang diharapkan pada akhir penyampaian pembentangan tersebut.
Ringkasan Eksekutif/Pelan   ini
kebiasaannya tidak terlalu panjang dan hanya perlu disediakan untuk 1 atau 2
muka surat sahaja.

 

Di sini jugalah anda perlu menyatakan perkara-perkara yang bakal
dibentangkan untuk menarik perhatian pembaca atau penilai. Secara psikologi,
kita juga kadang-kala akan melihat dahulu tajuk-tajuk menarik sesuatu bahan
bacaan sebelum membelinya, bukan? Begitu juga dengan kertas kerja dan pelan
perniagaan ini, perlu diperjelaskan agenda-agenda yang akan dibentangkan
sebagai faktor psikologi untuk pembaca atau penilai khususnya.

 

Sebagai contoh di sini diberikan cara Ringkasan Eksekutif/Pelan harus
ditulis;

 

Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan Pusat Cucian Kenderaan xx ini dibangunkan
adalah untuk memperlihatkan secara lebih dekat dan terperinci berkenaan
perkhidmatan/servis perniagaan yang dijalankan sebagai satu Panduan Tindakan
(guideline) dalam memenuhi matlamat kepuasan pelanggan dan masyarakat
setempat khususnya. Dalam Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan ini juga
disertakan pelbagai informasi dan keupayaan Pusat Cucian Kenderaan xx yang
merangkumi lapangan seperti yang berikut:

 

Perkhidmatan yang disediakan - jenis perkhidmatan cucian dan servis yang
diusahakan.

 

Spesifikasi perniagaan yang menjelaskan hala tuju perkhidmatan.

 

Pelan pemasaran terperinci merangkumi Perniagaan Luar Lanjutan bagi tujuan
meningkatkan kuantiti pelanggan dan kaedah promosi.

 

Prosedur Operasi Kerja (S.O.P) bagi perkhidmat-an yang terdapat di Pusat
Cucian Kenderaan xx.

 

Strategi pelaksanaan yang dapat menunjukkan gambaran keseluruhan strategi
perancangan ini.

 

Diagram Konsep Perkhidmatan (Concept Diagram) Pusat Cucian Kenderaan xx dan
Konsep Perkhidmatan Luar (Workflow) yang diusahakan.

 

Senarai aset dan kos-kos yang terlibat untuk permulaan, implikasi kewangan
harian dan jangkaan purata kemasukan bulanan.

 

Jangka masa pelaksanaan (timeline) yang dicadangkan.

 

Dengan adanya Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan ini dapatlah dikenal pasti
hala tuju dan kaedah yang sesuai agar dapat memberikan ruang perkhidmatan
kepada para pelanggan dengan hanya membabitkan nilai kos yang minimum bagi
memulakan perniagaan ini. Penyediaan kertas kerja ini juga merupakan salah
satu syarat utama yang perlu disediakan bagi memohon pinjaman perniagaan
seperti yang dikehendaki. 

 

Satu kelebihan jika anda berjaya menyiapkan Ringkasan Eksekutif kerana
melalui pendekatan ini, anda sebenarnya telah tahu perkara yang ingin
disampaikan melalui kertas kerja perniagaan tersebut. Saya yakin bahawa anda
akan berasa selesa untuk meneruskan penulisan kandungan yang seterusnya.

 

Maklumat lanjut berkenaan buku ANEKA CONTOH KERTAS KERJA PERNIAGAAN ini
boleh didapati di   http://www.perintis.com.my
atau sila hubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303.

 



Help Palestine [hidayahnet] Kahwin muda, Zina, malu kat orang Hindu

2010-08-16 Thread Rozmal bin Malakan
Saya pelik kenapa masih ramai pihak duk hentam Ketua Menteri Melaka isu kahwin 
muda dan sekolah khas untuk pelajar terlanjur mengandung. Ya , Hukum Hudud 
wajib dilaksanakan. Mereka yang ada kuasa, tak laksanakan tanggung sendiri di 
akhirat. Tapi sekarang apa nak buat ? Berilah pandangan yang praktikal. Tak 
malu ke dengan keluarga-keluarga Hindu yang hidup miskin di Negeri Sembilan ini 
kisahnya di 
http://waghih.blogspot.com/2010/07/orang-hindu-tak-buang-bayi-tapi-orang.html

Keluarga Hindu ini walaupun hidup miskin dan daif, mereka tidak buang anak, 
buang bayi, buang isteri.

Saya ingin mencadangkan bantuan kahwin pasangan muda ini bukan hanya diberikan 
kepada pasangan Islam, ianya patut diberikan kepada semua agama.


***
Mingguan Malaysia 8 Ogos 2010

Kahwin muda atau berzina?

MINGGUAN: Bagaimana timbulnya cadangan mewujudkan sekolah hamil dan membenarkan 
perkahwinan bawah umur?

MOHD. ALI: Di Melaka kita telah menganjurkan dua seminar sosial iaitu bagi 
peringkat negeri dan kebangsaan. Di dalam kedua-dua seminar itu para peserta 
menyatakan kebimbangan yang amat sangat tentang gejala sosial termasuk kes 
buang bayi, hamil luar nikah, rogol dan sebagainya. Lebih menyedihkan 
kebanyakan kes melibatkan orang Islam.

Lalu diakhir seminar itu disarankan supaya diadakan pelbagai program untuk 
mengatasi gejala sosial termasuk mengadakan ceramah motivasi dan seminar 
pendidikan. Paling mustahak sekali jalan penyelesaian yang dicadangkan adalah 
balik kepada ajaran agama. Kita dah cuba banyak bidang tetapi sehingga hari ini 
statistik kes-kes tersebut bukannya menurun sebaliknya makin meningkat.

Di Melaka kita perkenalkan program Rumahku Syurgaku, kita beri pegawai 
tambahan, kita adakan ceramah tambahan di semua peringkat, tapi jumlah kes 
sosial semakin meningkat malah perceraian pun makin meningkat. Ini bermakna 
pendekatan yang lepas kurang berkesan. Apa yang kita lihat anak-anak muda 
banyak terlibat dalam kes buang bayi, hampir setiap bulan ada kes tersebut 
tidak kira di Melaka atau pun negeri-negeri lain. Semuanya berlaku.

Kita lihat kes buang bayi di negeri Melaka. Pada 2001 ada satu kes, tahun ini 
pula tiga kes buang bayi. Bagi kes bayi lahir luar nikah pula pada 2009 ada 391 
kes dan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini sebanyak 174 kes dicatatkan. 
Ini amat merunsingkan. Bagi tahun lepas kes lahir bawah umur 16 tahun adalah 
sebanyak 33 orang, manakala 114 kes pula (17-20 tahun), 123 kes (21-24 tahun), 
57 kes (25-30 tahun), 3 kes (31-40 tahun) dan satu kes (41 tahun ke atas).

Maknanya hampir 78 peratus yang terlibat dalam kes hamil luar nikah adalah 
remaja bawah umur 24 tahun.

Jadi apa punca yang sebenar?

MOHD. ALI: Saya melihat isu yang sebenar adalah budak-budak muda ini hendak 
berkahwin tapi tidak dibenarkan, jadi mereka berzina. Bila berzina mereka takut 
ibu bapa marah, takut kena halau maka untuk elak itu semua jadilah kes buang 
bayi.

Mengapa kita biarkan mereka berzina? Bukankah elok kita bagi mereka kahwin 
pasal itu yang mereka hendak. Kita tak bagi kahwin sebab mereka muda, kerja pun 
tak ada, ada yang masih bersekolah. Jadi saya berpendapat cadangan seminar 
adalah berbalik kepada agama, jadi apakah yang terbaik selain mengahwinkan 
mereka? Kalau kita tak mengahwinkan mereka, mereka akan bersekedudukan, ada 
hubungan seks sehingga mendapat anak luar nikah.

Sedangkan walaupun mereka bawah umur 16 tahun, tetapi sudah akil baligh dan 
tidak dapat menahan nafsu. Sama ada ibu bapa tahan, ustaz tahan, Ketua Menteri 
tahan mereka tidak peduli, mereka nak kahwin juga. Jadi daripada buat maksiat 
bukankah lebih baik mereka dikahwinkan.

Persoalannya sekarang, mengahwinkan pasangan muda selesai timbul pula masalah 
lain, mereka tidak bekerja dan masih bersekolah, apa masa depan mereka?

MOHD. ALI: Lepas dikahwinkan kerajaan negeri akan bimbing mereka. Ada yang 
bertanya bagaimanapun pula kalau mereka dah kahwin sedangkan mereka budak 
sekolah, siapa nak tanggung. Bagi saya benda itu semua tidak sepatutnya timbul. 
Daripada ibu bapa tanggung malu, nak kena jaga anak luar nikah lagi baik jaga 
cucu yang halal kerana anak mereka sudah berkahwin. Cumanya ada ibu bapa yang 
miskin, ada juga remaja daripada keluarga bermasalah maka kerajaan negeri dan 
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk membiayai perkahwinan mereka dengan 
perbelanjaan RM500 majlis yang cukup untuk upah nikah, saksi dan sebagainya. 
Mas kahwin boleh hutang.

Selepas menjadi suami isteri kalau ibu bapa tidak mahu jaga, kerajaan negeri 
akan ambil tanggungjawab untuk jaga pasangan yang halal bernikah ini. Saya 
percaya daripada jaga pasangan yang berzina elok kita jaga pasangan halal 
bernikah. Kalau mereka masih bersekolah, biarkan mereka terus pergi sekolah, 
tetapi rupa-rupanya budak sekolah salah, mengandung kena berhenti.

Maka saya cadangkan tubuh sekolah untuk remaja hamil bernikah. Timbul pula 
persoalan siapa nak tubuhkan sekolah itu. Kita bersetuju JAIM akan tubuhkan 
sekolah seu

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Matlamat puasa

2010-08-16 Thread Lenggang Kangkung
"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu
menjadi orang yang TAQWA." - Surah Al Baqarah: 183

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 8/06/2010 05:11:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] Syarat sertai ATM: SPM serta kepujian Matematik, Sains, Bahasa Inggeris

2010-08-16 Thread Naim Qlate
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
 
KOTA BHARU 6 Ogos - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperketat syarat
pengambilan anggota baru dengan kelayakan akademik sekurang-kurangnya Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik,
Sains dan Bahasa Inggeris bermula tahun depan.
Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral
Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata, kelayakan bagi kemasukan peringkat Penilaian
Menengah Rendah (PMR) selama ini tidak akan digunakan lagi selaras dengan
perubahan tersebut.
Katanya, perubahan ini turut mewajibkan semua calon baru yang membuat permohonan
bagi mengisi jawatan pegawai mempunyai ijazah manakala pegawai yang sudah
berkhidmat diwajibkan memiliki sarjana sebagai syarat untuk ditawarkan pangkat
kolonel.
"Suatu ketika dulu memang kelayakan akademik bukan perkara paling utama kerana
mereka akan melalui latihan sebelum menjadi askar tetapi sekarang ia perlu
diubah," katanya.
Beliau ditemui selepas menyampaikan cek penghargaan kepada 204 anak anggota 8
Briged yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) tahun lalu di Markas 8 Briged Kem Pengkalan Chepa di sini,
hari ini.
Hadir sama Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Abdul Rahim Mutalib.
Abdul Aziz berkata, skim pengsiswazahan pegawai turut diwujudkan kepada
anggotanya yang layak bagi membantu mereka dalam kenaikan pangkat.
Jelas beliau, 68 peratus pegawai yang berkhidmat sekarang adalah daripada
lulusan ijazah dan jumlah itu akan ditambah dalam tempoh beberapa tahun akan
datang dengan merekrut siswazah ke jawatan pegawai.
Tambahnya, semua pihak perlu memandang positif perkara ini kerana ia dilakukan
mengikut keperluan semasa malah ATM adalah simbol kekuatan negara yang membawa
imej Malaysia.
"Dengan cara ini kita akan dapat membentuk sebuah pasukan tentera yang lebih
hebat bukan sahaja dari segi praktikal tetapi pemikiran mereka.
"Sebagai contoh peralatan yang digunakan sekarang amat canggih dan memerlukan
kepakaran maka orang yang mengendalikannya mestilah mempunyai latar belakang
akademik yang baik," ujar beliau.
Sementara itu, tambahnya, ATM telah pun menghantar dan membiayai 50 pelajar
cemerlang mengikuti kursus perubatan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(UPNM).
Pelajar-pelajar terbabit katanya, akan segera diserapkan untuk berkhidmat
sebagai doktor bersama ATM selepas tamat pengajian mereka.


()"" ' )
( ,'o' )") Nakhai’e
(,,)(")(") "
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia
hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka
beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana
sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok
adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg
sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg
kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah
rahmat Allah selalu, Amin.




Re: Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Sedekah

2010-08-16 Thread Kholid Ali
    Sememangnya sedekah itu satu dari amalan yang sangat dituntut dalam Islam 
tetapi saya tidak pasti apakah kutipan sedekah itu tidak bolehkah disimpan 
dalam bentuk satu tabong yang khusus bagi digunakan untuk membantu anak-anak 
orang Islam memasuki IPTA/IPTS dalam dan luar negeri ? Jika tabong ini wujud 
pinjaman bagi menyambong pengajian dapat diberi kepada mereka-mereka yang masih 
ramai memerlukannya. Pelajar-pelajar yang dapat tawaran untuk mengikuti kursus 
di negara-neagara Timur Tengah misalnya sama ada dalam bidang kedoktoran mau 
pun dalam bidang-bidang keilmuan Islam masih ramai yang terpaksa menanggong 
sendiri perbelanjaan. Jika pun pinjaman atau biasiswa diberi saya difahamkan 
ianya hanya apabila mereka memasuki ke tahun dua atau tahun tiga !! Anak 
saudara saya sendiri yang ditawar menyambong pelajaran ke Mesir terpaksa 
usahakan sendiri dapatkan wang tambang dan yuran dari orang perseorangan. 
Ayahnya (adik saya) pernah satu masa "berhijrah"
 ke Raub, Pahang dan kebetulan anak nya itu dilahirkan di Raub maka apabila 
memohon sumber kewangan di negeri Kedah ia tidak mendapat layanan kerana 
katanya anaknya tidak dikira sebagai anak negeri itu. Bagaimana pun dia tetap 
mendapat pertolongan dari Allah swt dan akhirnya dapat juga kesana.

   Baru-baru ini pula saya terjumpa seorang kawan (orang Kelantan) yang anaknya 
juga dihantar belajar ke Mesir dan saya difahamkan yang dia juga terpaksa 
menanggong sendiri perbelanjaan mebiayai anaknya. Saya tanyakan berapa 
dibelanjakan ? Katanya setiap bulan RM400 perlu dihantar. Saya tahu gajinya 
mungkin sekitar seribu sebulan dan gaji isterinya pun mungkin lebih rendah. 
Dengan pendapatan tidak sampai dua ribu ringgit sebulan dan menanggong 
perbelanjaan anak ke luar negeri dan beberapa orang lagi yang masih belajar 
dalam negeri saya rasa pendapatnnya tentu tak berapa mencukupi untuk sara hidup 
dia sekeluarga. Saya rasa tabong untuk biasiswa atau pinjaman pelajar harus 
diperbanyak. Walau pun PTPTN bertanggongjawab dalam memberikan pinjaman (dalam 
negeri) dan MARA pula lebih kepada pelajar luar negeri dan swasta namun kita 
orang Islam sendiri wajar menjadikan tanggongjawab ini sebagai tanggongjawab 
yang harus dipikul bersama !! Saya rasa ganjaran yang
 bakal diberi oleh Allah bukan sekadar kepada para guru tetapi juga kepada kita 
yang menanggong pembiayaan sama ada secara biasiswa (jika perolehi keputusan 
cemerlang) mau pun pinjaman. Saya perhatikan di negeri Kelantan walau pun 
rakyatnya ramai adalah golongan miskin tapi tak kurang pula yang sederhana dan 
ramai juga yang kaya. Apabila melihat rumah-rumah mereka oooh hebat-hebat !! 
Tapi yang rumah hebat-hebat ni pun ramai yang pelajaran anak-anak mereka pun 
saya rasa bukan mereka sendiri tanggong tetapi masih memohon dari sumber lain !!

 Jika setiap orang Islam yang berpendapatan sekitar seribu sebulan 
menyedekahkan/mendermakan tak perlu banyak katakan RM5 sahaja setiap bulan dan 
jika pendapatan 10 ribu sedekahkan sekadar RM50 sebulan saya rasa berbilion 
ringgit dapat dipungut setiap tahun bagi merealisasikan tabong pengajian 
tinggi. Walau pun sumber kutipan zakat boleh digunakan bagi tujuan ini tetapi 
rasanya ia sangat terhad memandangkan bantuan kepada fakir miskin pun masih 
memerlukan jumlah yang besar !! Wallahua'lam.


--- On Sun, 7/18/10, lengg...@yahoo.com  wrote:

From: lengg...@yahoo.com 
Subject: Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Sedekah
To: "Ikhwanul Muslimun" 
Date: Sunday, July 18, 2010, 4:29 AM







 











"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, 
ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; 
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan 
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas 
(rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya. " (Al- Baqarah ayat 261)

Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada 
hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari 
bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu 
kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak 
sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali 
dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, 
lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)

“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa 
yang dikehendaki- Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, 
dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia 
sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ ayat 39).

“Sedekah itu menghapuskan dosa seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At 
Tirmidzi)

والله أعلم

Moga ada manfaat.


--

Posted By  Lenggang Kangkung  to  TAZKIRAH  at  7/18/2010 04:28:00 PM



















  

Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Lihatlah dengan mata hati

2010-08-16 Thread BawangGoreng�
PETIKAN :  http://laman-seri.blogspot.com

Lihatlah dengan mata
hati
 

~
gambar hiasan ~

Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai
hakikat

MATA suka memandang dan mempengaruhi hati supaya menjatuhkan hukuman
terhadap orang yang dipandang. Walaupun baru sekali berjumpa, ada yang sudah
bijak menilai orang lain semata-mata dengan asas prasangka
buruk
.

Orang itu jahil, si polan fasik, jiran kamu sombong, kawan kamu penipu,
suami kamu pembohong, beliau yang dihormati itu sebenarnya zalim, saudara
kamu munafik, khianat, penjenayah, perampas hak orang dan segala kejahatan
hanya milik mereka yang hadir dalam kehidupannya. Itulah mata jahat yang
bersatu dengan hati busuk.

Tetapi kadang-kadang mata dan hati boleh tertipu oleh rupa paras dan tingkah
laku orang yang dilihatnya. Baru sekali duduk minum dan mendengar tutur
bicara halus dan idea bernas, terus percaya kepada orang di hadapannya itu
umpama malaikat.

Semua baik, tidak ada cacat dan celanya. Akhirnya tertipu oleh imej palsu
yang dilihat dengan cermin mata suram. Bertolak daripada kebaikan dan
keburukan yang dilihat melalui mata zahir maka manusia terus mencari jalan
tengah supaya dia dapat membuat penyesuaian dengan persekitaran secara
selamat.

Sikap terbaik ketika menjalinkan hubungan dengan orang lain ialah ambil
manfaat daripada kebaikannya saja, usah peduli dengan aib orang itu dan
berhati-hati supaya diri tidak dimanipulasi. Namun begitu kita berasa diri
diperhati tanpa mahu mengaku bahawa kita juga suka memerhati orang lain.

Sebenarnya sikap suka memerhati ini boleh memberi kesan positif dalam diri
iaitu dengan syarat, perhatian itu hanya kepada mutiara kebaikan saja.
Adapun keburukan orang lain, cukuplah dijadikan sempadan tanpa disertai
celaan kepada orang itu kerana tiada siapa yang sempurna di dunia ini.

Jika setiap orang mengenal dirinya sendiri dengan sedalam-dalamnya nescaya
tiada seorangpun tergamak menghina keaiban orang lain kerana dia masih
melihat kelemahan yang banyak dalam dirinya sendiri. Alangkah eloknya jika
kita menumpukan perhatian kepada kelebihan dianugerahkan Allah kepada orang
lain untuk mengambil faedah daripadanya. Antara manfaatnya ialah:

1. Menghilangkan rasa ujub pada diri sendiri.

Hati manusia berubah-ubah, ada kala hari ini baik, esok pula belum tentu,
hari ini angin yang bertiup itu sepoi-sepoi bahasa, namun tidak mustahil
boleh bertukar menjadi puting beliung yang mengganas.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan
kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau
jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” (Surah ali Imran ayat 8)

Oleh itu, semua penilaian mengenai seseorang itu sifatnya relatif, boleh
berubah-ubah seperti kenyataan Rasulullah SAW yang mengakui bahawa manusia
dicipta dengan hati yang berbolak-balik sehingga Baginda mengajarkan umatnya
supaya berdoa dengan sabdanya yang bermaksud: “Wahai Tuhan yang
membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu.” (Hadis riwayat
Imam al-Tirmizi dan Imam Ahmad)

Manusia adalah makhluk yang relatif berubah, sehingga tidaklah boleh dinilai
secara mutlak. Jika kita mahu mengambil manfaat daripada orang lain maka
ambillah teladan daripadanya ketika dia berada di atas kemuncak kebaikannya.

Jangan sesekali melihat ketika dia jatuh, lemah, berdosa, penuh aib dan cela
kerana jika kita suka melihat saat dia di bawah maka rasa ujub akan
menguasai diri. Boleh jadi kita akan berkata: “Alangkah baiknya agamaku,
amal dan ilmuku, keluarga dan kehidupanku jika dibanding dengan dirinya!
Betapa buruk perangai orang itu, zalim sungguh tangannya, tamak dan kedekut
sifatnya, kasar dan kurang ajar perangainya, tidak ada kebaikan langsung
berbanding diriku!”

2. Menyuntik semangat berlumba-lumba ke arah kebaikan.

Orang yang suka memerhati potensi saudaranya tidak seharusnya melahirkan
rasa dengki, cemburu dan iri hati. Hanya orang yang berjaya saja yang boleh
menjadikan kehebatan potensi orang lain sebagai inspirasi dan penyuntik
semangat untuk lebih berjaya.

Al-Quran menyindir perangai orang yang suka mendengki terhadap kehebatan
orang lain seperti Rasulullah SAW pernah menjadi mangsa kedengkian mereka.
Firman Allah yang bermaksud: “Orang kafir dari Ahli Kitab dan orang musyrik
tidak suka kiranya diturunkan kepadamu sesuatu kebaikan daripada Tuhanmu.
Padahal Allah berhak menentukan rahmat-Nya kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya dan Allah jugalah yang mempunyai kurnia yang amat
besar.”(Surah Al-Baqarah, ayat 105)

Ayat itu memberi amaran kepada diri kita yang mungkin sedikit sebanyak
menyimpan

Re: Help Palestine [hidayahnet] Lebih Hebat dari Berzina ?????

2010-08-16 Thread naim fathi
Cerita ini agak menarik. Saya kira cerita ini diambil dari kisah-kisah di
dalam injil atau taurat.
Pun demikian, adalah agak keterlaluan menceritakan perangai seorang nabi Allah
sedemikian rupa.
Inilah yang dikatakan cerita orientalis, cerita orang yahudi yang suka
memburuk-burukkan nabi termasuk nabi Muhammad (s.a.w).
Kisah sedemikian mungkin benar berlaku TETAPI reaksi Nabi Musa a.s agak
keterlaluan sebagai seorang nabi Allah. Kita tidak harus menerima penghinaan
secara halus oleh orang kafir yang sengaja hendak menghina atau memburukkan
nabi-nabi. Contoh, nabi Musa bogel berlari mengejar pakaiannya yang dilarikan
oleh batu (Sahih Bukhari). Malah orang Yahudi membunuh semua nabi-nabi yang
datang kepada mereka. Terlalu banyak cerita-cerita yang kontroversi termasuk di
dalam Quran dan Hadith.

Begitu juga diingatkan bahawa jika terdapat cerita sedemikian dengan kisah Nabi
Muhammad, perlu diteliti dan berhati-hati jangan sampai kita memanjangkan cerita
dan memfitnah Nabi kita sendiri. Ini termasuk terjemahan di dalam Al Quran
yang nisbahkan kepada nabi Muhammad. Contoh, orang yang memalingkan muka (surah
Abasah). Betulkah orang itu Nabi Muhammad atau orang lain? Wajarkah seorang nabi
yang agung berkelakuan sedemikian. Tapi itulah yang tercatat dan diterima oleh
manusia sejagat. Sudah tidak ada orang yang boleh varify cerita yang berlaku 
lebih 1,000 tahun yang lalu.

Salam.




From: "zaidi.mohd-shar...@yahoo.com" 
To: Ikhwanul Muslimun 
Sent: Friday, July 23, 2010 9:56:07
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Lebih Hebat dari Berzina ?

 

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan
terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam
duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya.
Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan
yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan
yang tengah meruyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman
rumah Nabi Musa a.s.


Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan
dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil
kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi
Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji
saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa as terkejut. "Saya
takut mengatakannya." jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak
Nabi Musa. Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya ..telah berzina."
Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.


Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun..lantas hamil.
Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai.. tewas",
ucap wanita itu seraya menagis sejadi-jadinya. Nabi musaberapi-api matanya.
Dengan muka berang ia menghardik," Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar
siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"...teriak
Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.



-









Help Palestine [hidayahnet] TAZKIRAH : Gelap dalam limpahan cahaya

2010-08-16 Thread BawangGoreng�
PETIKAN : Pahrol Mohd Juoi di http://genta-rasa.com

GELAP DALAM LIMPAHAN
CAHAYA

9 Ogos 2010 pada 7:30 am (Kemudi
Hati)

Tags: dedah aurat. seks
bebas,
zina 




“Bagaimana pandangan awak tentang remaja kita yang terlanjur?”
“Apa maksud terlanjur?” saya menyoalnya kembali.
“Terlanjur melakukan hubungan seks haram,” balasnya terus-terang.
“Bagi saya istilah terlanjur itu tidak tepat.”
“Apa istilah yang lebih tepat?”
“Berzina!” jawab saya pendek.

Lelaki itu kehairanan lalu mencebik seraya berkata, “kasar sangat bunyinya
tu. Nanti remaja yang terlanjur takut.”
“Mereka tidak akan takut. Mereka berani. Sebab mereka beranilah mereka
berzina.”
“Lagi-lagi awak gunakan istilah zina. Kasar sangat bunyinya tu.”
“Itu istilah yang tepat. Itu istilah Al Quran. Jika digunakan ada impak pada
pendengarnya. Kita teringat Allah, Al Quran, iman dan Islam.”

Dia diam. Tetapi riak mukanya jelas seakan tidak bersetuju.
“Saya rasa istilah terlanjur itu yang tidak tepat,” saya pula yang
menerjahnya.
“Eh, kenapa? Memang mereka terlanjur. Mereka tidak tahu akibat perbuatan
mereka.”
Saya tersenyum. Lucu. Kenyataan yang separa logik.
“Zina tidak berlaku tiba-tiba. Ia didahului oleh mukadimah-mukadimahnya,”
balas saya.

“Ai, zina pun ada mukadimahnya?”
“Itulah perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yang boleh membawa zina.
Zina itu adalah hasil daripada satu proses yang berlaku satu demi satu.
Tingkat demi tingkat.”
“Saya tak faham. Cakap awak berbelit-belit!”
“Saya hanya menerangkan apa yang telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.”
jawab saya pendek.

“Kita jangan libatkan agama. Ini masalah sosial,” katanya terus-terang.
“Saya dan awak orang Islam. Islam tu cara hidup. Dan Nabi Muhammad adalah
teladan ikutan kita bersama.”
“Baik-baik. Teruskan…”
“Zina itu ada mukadimahnya. Antaranya, pandangan mata, lidah yang
berkata-kata, sentuhan tangan, deria bau melalui hidung dan akhir sekali
barulah melibatkan kemaluan.”
“Ok. Apa maksud awak?”

Saya renung matanya. Dia bukan orang awam biasa. Dia seorang intelektual
yang sering membentangkan kertas kerja tentang masalah sosial remaja di
seminar-seminar di IPT.
“Zina dimulakan dengan pandangan. Pandangan mata sangat mempengaruhi hati.
Bila pendedahan aurat berleluasa, remaja sukar menjaga mata. Bila ada yang
mendedahkan, ramai pula yang melihatnya dan dari situ timbullah rangsangan…”
“Habis awak nak semua wanita tutup aurat? Mustahil!” balasnya.

“Ya, saya akui agak sukar. Tetapi itu tidak mustahil. Bukankah ini ajaran
Islam? Islam itu ajaran yang praktikal dan sesuai untuk semua zaman dan
keadaan. Remaja perempuan tutup aurat. Remaja lelaki tundukkan pandangan.
Jadi, satu proses ke arah zina telah diatasi. Ini yang dilakukan oleh
generasi sahabat, tabiin dan salafussoleh dahulu.”
“Itu dulu. Langit masih tertutup, sekarang langit sudah terbuka!”
“Bukan masalah langit, terbuka atau tidak. Tetapi yang lebih penting hati
kita mesti terbuka untuk menerima panduan Islam kerana kita orang yang
mengaku beriman kepada Allah dan Hari akhirat.”
“Lagi-lagi akhirat. Sekarang kita bercakap soal dunia. Masalah dunia. Kita
di sinilah, bukan di sana.”

Tanpa sedar terasa seakan-akan hendak saya gelengkan kepala. Mujur saya
cepat sedar dan hanya mengerling mata.
“Tuan, keyakinan kepada hari akhirat sangat penting ketika kita hidup di
dunia.”
“Fasal apa pula?”
“Sebab orang yang yakin kepada hari Akhirat akan mengatur hidupnya dengan
keyakinan bahawa setiap perbuatannya akan diberi pembalasan oleh Allah di
akhirat. Ada pahala, ada dosa. Ada syurga, ada neraka. Itulah kawalan dari
dalam dirinya untuk tidak melakukan kejahatan sama ada di hadapan atau di
belakang orang!”

“Kembali kepada topik asallah. Saya tidak suka meleret-leret,” pintasnya
agak kasar.
“Zina sentuhan pula ialah pergaulan bebas. Bila dipandang, tergerak untuk
disentuh. Islam menyekat pergaulan bebas lelaki wanita. Tidak boleh bergaul
sesuka hati apatah lagi sampai ke peringkat berdua-duaan tanpa mahram.”
Belum sempat dia menyampuk saya menambah lagi, “tetapi pergaulan bebas
inilah yang terus digalakkan, dipromosikan dan dijadikan budaya dalam
masyarakat kita.”
“Awak nak sekat interaksi dan komunikasi antara wanita dan lelaki?
Mustahil!”

“Interaksi yang bagaimana? Komunikasi yang bagaimana? Dalam Islam cukup
jelas bagaimana wanita dan lelaki boleh berinteraksi. Dalam pendidikan,
dalam perniagaan, dalam perundangan dan lain-lain. Pergaulan tidak disekat,
tetapi dikawal. Islam bukan anti pergaulan atau interaksi sosial tetapi
menyekat pergaulan bebas tanpa batas yang menjurus kepada perlakuan seks
bebas kerana adanya pandangan yang liar dan sentuh

Help Palestine [hidayahnet] Peniaga Melayu ditindas di Suria KLCC, mana Pejuang Melayu

2010-08-16 Thread Suara Rakyat
Ni apa cerita ni, peniaga Melayu ditindas lagi di Suria KLCC ni ? Dulu tahun 
2007 Restoran Melayu yang termaju di Suria KLCC Kelantan Delight pun 
tersingkir. Kalau peniaga Melayu di tengah ibu kota, sebelah Menara Berkembar 
Petronas pun tak terbela, apatah lagi Melayu di Pulau Pinang, Selangor, 
N.Sembilan, Melaka dan lain-lain tempat.

Kalau nak bela Melayu, nak tunjuk Melayu ditindas, jadi tajuk utama TV3 dan 
Utusan buatlah untuk semua negeri, jangan tumpu di Pulau Pinang dan Selangor 
saja, KESIAN Melayu tempat lain.

JANGAN SAMPAI MELAYU MELUAT DENGAN TV3 dan UTUSAN

***

Peniaga Alamanda dakwa ditekan, akhirnya 'ditendang'

Utusan Malaysia 10 Ogos 2010

NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung 
kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T 
buatan tempatan bernama Malaya Distro.

Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan 
lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun.

Ingin memberitahu bahawa ada yang saya lakukan ialah persaingan yang sihat.

Alasan kedua ialah kerana memiliki tiga push cart (kereta tolak). Tapi 
bagaimana pula dengan Pizzahut, KFC dan RASAMAS yang bernaung di bawah syarikat 
yang sama?

Sangat tidak munasabah jika ia dijadikan sebab untuk 'menendang' saya keluar. 
Apakah wujud diskriminasi di sini?

Saya boleh buktikan bagaimana terdapat diskriminasi dalam pengurusannya. 
Disebabkan rasa tidak puas hati, saya menceritakan perihal mereka ini 
difacebook saya. Gempar seketika apabila tulisan saya sampai ke KLCC. Dan 
seingat saya, ada sokongan dari individu yang mahukan perkara itu ditujukan 
kepada Tun Mahathir. Mungkin 'goyang' dengan sokongan itu, mereka telah membuat 
temujanji dengan saya di sebuah kafe di Alamanda untuk menyelesaikan perkara 
ini.

Untuk pengetahuan semua, deposit saya RM3,800 masih belum dipulangkan sedangkan 
saya telah satu bulan keluar dari Alamanda.

Sedangkan surat kontrak tidak disambung saya terima tiga bulan yang lepas. 
Pihak pegurusan memberi alasan sedang proses. Logikkah tiga bulan proses? 
Kenapa sewa mahu advance tetapi deposit sampai lambat sebegini rupa?

Bagaimana jika dulu kami bayar sewa lewat satu bulan? Dah pasti saya diperintah 
keluar. Anda fikirkan bertapa teruknya kelemahan sistem yang mereka jalankan.

Kenapa kita ditindas di tempat sendiri? Di sini suka sangat ingin saya 
beritahu, anda pergilah ke kompleks beli-belah ternama, anda kiralah berapa 
peratus peniaga 'Melayu' menyewa di situ?

Tidak sampai 10 peratus. Bukan kerana peniaga Melayu tidak mampu, tetapi kita 
tidak diberi tempat di situ.

Saya pernah pergi ke kompleks 'baru' di Wangsa Maju. Ruang niaga masih kosong, 
dan saya memohon ruang niaga. Anda tahu saya dilayan begitu teruk.

Sebulan selepas itu, ruang niaga penuh dengan kaum bukan Melayu. Di sini anda 
faham bukan, bukan kita tidak mampu, tapi kita ditolak mentah-mentah oleh kuasa 
mereka. Tetapi kenapa ia juga terjadi di Putrajaya?

Semenjak setahun lalu, Suria KLCC banyak membuat perubahan drastik. Mungkin ini 
juga strategi halus orang atas untuk menjatuhkan kita? Mari saya rungkaikan 
satu persatu.

Enam bulan lepas, kami diberi notis untuk membayar sewa pendahuluan (advance 
rental). Sedangkan kami telah membayar 'deposit' 1+1. Ia adalah notis mengejut 
ketika itu, kami terpaksa mencari wang sewa untuk dua bulan dalam masa sebulan.

Anda bayangkan betapa kami terpaksa bertungkus lumus mencari RM3,800 minggu 
ini, dan RM3,800 untuk lagi dua minggu. Dengan gaji pekerja, jumlah sebanyak 
RM9,000 sebulan, sedangkan perniagaan tidak begitu bagus ketika itu.

Taktik halus yang kedua: Mereka melagakan peniaga tanpa sedar. Ia berlaku 
sekarang. Caranya begini, dahulu peniaga mainan A di Utara, dan peniaga mainan 
B di Selatan. Perniagaan mereka sangat bagus. Cara untuk menjatuhkan salah 
seorang adalah meletakkan lokasi peniaga mainan A hampir dengan peniaga mainan 
B.

Secara psikologinya, mereka akan bersaing dan salah seorang akan jatuh. Yang 
jatuh itulah yang akan terkeluar. Sekarang anda nampak? Ketika itu, salah 
seorang dari mereka membuat rayuan untuk pindah tapak. Taktik berjaya bukan.

Taktik ketiga: Mereka mengeluarkan peniaga atas alasan produk tidak boleh 
dijual lagi. Ini terjadi ke atas saya sendiri.

FAHMI FABILAH

Dengkil

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

MERDEKA ! Lagi kes peniaga Melayu disisih diKLCC

Selamatkan peniaga Melayu. Utusan Malaysia 9 Julai 2007 - Pada 19 April 2007 
lalu, Utusan Malaysia menyiarkan berita mengenai peniaga bumiputera premis 
Levi’s/Dockers yang berniaga sejak sembilan tahun lalu diberi notis keluar oleh 
pengurusan Suria KLCC tanpa sebab.

Syarikat tersebut mencatat jualan RM5 juta setahun dan membayar sewa kira-kira 
RM500,000 setahun.

Beberapa pihak seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor dan Gagasan 
Badan Ekonomi 

Help Palestine [hidayahnet] INFO : Bunga bangkai - Titan Arum atau Amorphophallus titanum

2010-08-16 Thread BawangGoreng�
 Bunga bangkai - Titan Arum atau Amorphophallus
titanum


Titan
Arum atau Amorphophallus titanum mampu capai ketinggian 3.17 meter.

Titan Arum atau Amorphophallus titanum yang berasal dari Indonesia ini,
bukan hanya ganjil dan pelik namanya, tetapi rupa dan bau bunga ini turut
menjadi perhatian kerana terlalu busuk dan menyamai bau bangkai. Bunga
bersaiz gergasi ini turut disamakan bunga Rafflesia yang banyak ditemui di
hutan Asia Tenggara.

SEJAK minggu lalu, Muzium Sains Semula Jadi Houston, Amerika Syarikat, tidak
putus-putus menerima kehadiran pengunjung dan dibuka 24 jam sehari kerana
bahan pamerannya yang unik, bunga gergasi yang dikenali sebagai Titan Arum
atau Amorphophallus titanum.

Bunga yang berasal daripada Sumatera, Indonesia itu, buat pertama kalinya
akan berbunga selepas tujuh ditanam di muzium berkenaan dan dicatatkan
sebagai yang ke-29 berbunga di negara berkenaan.

Tarikan utama bunga itu dihebahkan melalui laman sosial Twitter dan Facebook
menyebabkan pengunjung berbaris seawal jam 8 pagi bagi melihat sendiri
keganjilan dan keanehan bunga yang hanya mekar selama tiga hari itu. Satu
perkara pelik mengenai bunga berkenaan dan menjadi tarikan pengunjung ke
muzium itu adalah kerana baunya yang dikatakan seperti bau bangkai.

Beberapa pengunjung yang ditemui memberitahu mereka sanggup beratur panjang
untuk melihat dan menghidu sendiri bau bunga berkenaan kerana ia peluang
yang tidak boleh dilepaskan walaupun maklum bahawa bau yang dikeluarkan
sungguh busuk. Malah ada pengunjung datang berulang kali ke muzium berkenaan
kerana mahu melihat bunga mekar dan menghidu bau busuk yang dihasilkan.
Setakat Jumaat minggu lalu bunga berkenaan masih belum mekar sepenuhnya.

Pihak muzium menjangkakan jumlah pengunjung akan bertambah kepada 10,000
orang sehingga semalam. Jumlah itu, berlipat kali ganda berbanding jumlah
500 pengunjung setiap minggu.



Titan Arum dikenali sebagai penduduk tempatan sebagai bunga bangkai ditemui
di Sumatera, Indonesia. Dilaporkan ia mula ditemui pada 1878 oleh ahli
botani Itali Odoardo Beccari. Bunga ini menjadi bunga rasmi untuk wilayah
Bengkulu.

Tumbuhan yang jarang ditemui ini dikategorikan sebagai tanaman liar daripada
keluarga Araceae mempunyai bunga yang cantik seakan calalily berwarna perang
mengeluarkan bau busuk untuk menarik kumbang dan lalat yang menjadi
makanannya. Bagi penduduk di negara ini, mereka menggelarkan bunga ini
sebagai keladi gajah, namun rupanya sedikit kecil berbanding bunga bangkai
yang ditemui di Indonesia.

Tumbuhan ini memiliki dua fasa dalam kehidupannya iaitu vegetatif dan
generatif. Pada fasa vegetatif, biasanya akan muncul pucuk muda daripada
batang pokok. Kemudian organ vegetatif ini layu dan muncul bunga. Selepas
bunganya layu akan terbentuk buah berwarna merah dengan biji di bahagian
pangkal bunga. Buah ini biasanya menjadi benih untuk pembiakan semula
tumbuhan ini.



Mengikut laporan, bunga bangkai yang paling tinggi dicatatkan mencecah 2.91
meter pada 2005 di Taman Botani Bonn, Hewan Wilhelma, Stuttgart, Jerman.
Namun, Indonesia mendakwa bunga bangkai paling tinggi pernah dicatatkan di
Kebun Raya Cibodas dengan ketinggian 3.17 meter pada 11 Mac 2004.

Selain bersaiz gergasi dengan ketinggian boleh mencapai sehingga 6 meter (10
kaki), berat bunga bangkai juga boleh mencapai sehingga 50 kilogram, berat
seorang perempuan dewasa. Namun, pernah dicatatkan berat bunga ini mencecah
91 kilogram di Rumah Hijau Princess of Wales, Kew Garden.

Tiada khasiat mengenai bunga ini dicatatkan dalam mana-mana artikel botani,
namun ia sering kali mendapat perhatian dalam mana-mana pameran hortikultur
di seluruh dunia, kerana keanehan dan keganjilan itu.

Pada Pameran Bunga Persatuan Hortikultur Diraja Tatton Park, London Julai
tahun lalu, bunga ini diundi sebagai bunga paling hodoh dipamerkan di
pameran berkenaan walaupun hakikatnya tumbuhan ini tidaklah nampak hodoh
kecuali baunya saja yang busuk seperti bangkai.

Sumber : Rohaniza Idris [r...@bharian.com.my] di BH
24/07/2010

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk m