Help Palestine [hidayahnet] Kursus Kemahiran Sesi April 2010

2010-02-09 Terurut Topik Alif Al-Hafiz
KURSUS KEMAHIRAN
DI
KOLEJ UNIKOP MELAKA
No.2 Jalan TBC 10, Taman Bukit Cheng, 75250 Melaka
Tel: 06-312 2388 / 06-312 3792
�
SESI APRIL 2010
(Pendaftaran pada 3 & 4 April 2010)
�
Kepada kakak, abang, adik, pakcik, makcik dan sesiapa sahaja yang ingin 
meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang berkaitan, MENDAFTARLAH SEKARANG!!!
�
Kursus ini terbaik untuk:


Para ibu tunggal yang ingin meningkatkan pendapatan dengan mengikuti Kursus 
Menjahit

Para pekerja yang tidak memiliki SPM tetapi punyai pengalaman dalam bidang 
Mekanik

Pekerja�Juruteknik berpengalaman�yang mahu tingkatkan kemahiran dalam 
bidang Elektrik,Aircond dan�Komputer
�
�
Kursus yang ditawarkan dengan pinjaman PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan 
Kemahiran)


Mekanik Kenderaan Motor (SKM Tahap 1&2)

Mekanik Penyejukbekuan & Penyaman Udara (SKP Tahap 1&2)

Pembuat Pakaian Wanita (SKM Tahap 1&2)

Juruteknik Elektrik (SKM Tahap 1&2)

Juruteknik Sistem Komputer (Tahap 2&3) - (Tiada pembiayaan PTPK)
�
Kemudahan Pembiayaan Yang Disediakan:

Pinjaman PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran)
Yuran Pendaftaran sebanyak RM450 sahaja
Elaun sara diri RM300 sebulan
Jika membuat pembiayaan sendiri akan diberi diskaun 5% dari yuran pengajian 
jika membayar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh daftar
�
SYARAT-SYARAT TAWARAN:

Warganegara Malaysia
Berumur dari 16 hingga 35 tahun
Berkelulusa PMR/SPM keatas
Mempunyai 2 orang penjamin (Untuk pinjaman PTPK)
�


  

Re: Help Palestine [hidayahnet] teresa pembohong besau

2008-09-29 Terurut Topik Alif Al-Hafiz
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya juga bersetuju dengan pendapat tuan Abu Samah ini. Bila saya mendengar 
berita dari pelbagai akhbar, tv dan di internet terasa tercabarnya dan 
terpanggilnya saya sebagai seorang Islam. Sanggup Teressa menyatakan makanan di 
dalam tahanan seperti makanan anjing sedangkan dia dapat makan dengan nasi, 
ikan goreng, telur rebus dan juga hanya seketul daging ayam. Itupun dia sudah 
merungut sebab hanya makan dengan tangan tanpa chopstick, sudu atau garfu. 
Sudah menjadi adat kalau di dalam tahanan, makanan tentulah tidak begitu sedap, 
tidak seenak makanan kita seharian. Mungkin dia makan ayam golek, itik rebus 
seekor.

Saya bekas seorang pelajar asrama di salah sebuah institusi pengajian tinggi. 
Makanan kami di asrama juga tidaklah sehebat mana. Kadang - kadang dalam satu 
minggu makanan kami disaji dengan lauk sambal telur rebus (sambal tiada ikan 
bilis, bawang. Seperti masak cili merah semata), kobis rebus dan sebiji buah 
limau. Itu adalah makanan tengahhari. Sebelah petang pula kadang - kadang ikan 
masak kicap dengan goreng kacang panjang. Tapi makanan itu sudah mencukupi 
untuk kami terus berjuang dalam menuntut ilmu. Ada juga pelajar yang merungut 
tapi ada yang kata alhamdulillah sebab Allah memberikan rezeki pada setiap 
hari. Kita sebenarnya beruntung di Malaysia. Kadang - kadang makanpun terlebih. 
Sampai lebihan makanan, diberi kucing, anjing makan. Tak seperti negara yang 
melarat kadar kemiskinannya. Terpaksa menunggu bantuan berhari -hari. Mencari 
air jauh di pinggir hutan. Allah masih memberi nikmat yang mencukupi di 
Malaysia. Tak pernah dengar ada yang mati
 sebab kebuluran. Tetapi mati sebab terlebih makan. Bezanya antara kita dan 
'dia' sebab kita adalah orang Islam yang tahu bersyukur tapi 'dia' adalah orang 
kafir yang satu hari nanti menjadi kayu api di dalam Neraka Jahannam!

Apa yang ingin saya perkatakan disini, beruntunglah kita di Bumi Allah ini yang 
beragama Islam, tinggal di Malaysia sejak dari nenek monyang lagi. Semua ini 
saya fikirkan sebagai umat Islam dan orang Melayu dan tinggal di Malaysia 
khususnya patut bersyukur dengan segala kurniaan, rahmat yang telah Allah 
berikan. Kita tidak dilanda gempa bumi, letusan gunung berapi, taufan besar dan 
Allah hanya menguji kita dengan banjir besar, ribut kecil dan tempias dari 
tsunami. Seharusnya saudara saudari sekalian, bersyukurlah sebab Allah uji 
umatnya di Malaysia dengan kesusahan dan bukan kenikmatan yang melampau. Kalau 
kita diuji dengan kenikmatan melampau sudah tentu susah untuk kita kembali 
jalan pulang kepada Allah sebab kita terlalu gah dengan kekuasaan, kekayaan dan 
kesenangan yang diberi. Sebaliknya Allah uji dengan kesusahan, dengan masalah 
ekonomi, politik dan sebagainya supaya kita bersatu dan memperbetulkan keadaan. 
Dan sebenarnya adalah buta tuli bagi
 mereka yang hanya mengikut hawa nafsu dan hanya memikirkan keduniaan semata - 
mata, sanggup bersekongkol dengan orang yang akan memusnahkan Islam, Melayu dan 
Malaysia.

Saya melihat beberapa dokumentari perjuangan orang Islam di luar negara seperti 
di Russia, Kosova, Albania, Romania dan Itali. Rata - rata orang Islam di sana 
memperjuangkan Islam melalui peperangan dan pertumpahan darah. Adakah kita mahu 
perjuangkan nasib bangsa sendiri dengan peperangan dan pertumpahan darah? 
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya ini. Tapi adalah tidak 
mustahil akan berlaku di Malaysia jika orang Islam dan Melayu tidak perjuangkan 
nasib mereka sendiri. Kita masih beruntung kerana banyaknya masjid - masjid 
terbina di mana - mana tempat, tak kira di pendalaman. Tapi sayangnya orang 
Islam jarang untuk hadiri beberapa agenda di masjid. Sedangkan umat Islam di 
Russia sendiri saya mendengar kisah dari beberapa orang pelajar perubatan di 
Volgograd, Russia masjid mereka tidak seperti di Malaysia yang serba indah dan 
serba lengkap. Tiada tempat mengambil air sembahyang, pembesar suara. Masjid 
mereka hanya boleh buat 50 orang
 jemaah sahaja, kecil dan seperti sebuah rumah papan. Tapi mereka tetap teguh 
dengan Islam.

Akhir sekali fikirkanlah bahawa kita seharusnya sensitif dengan hal ini dan 
juga bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah kerana jika kita kufur, kita juga 
seperti orang kafir yang sepanjang hidupnya tidak pernah bersyukur dengan 
nikmat yang diberi. Fikir - fikirkanlah.

--- On Wed, 9/24/08, abu [EMAIL PROTECTED]  wrote:
From: abu [EMAIL PROTECTED] 
Subject: Help Palestine [hidayahnet] teresa pembohong besau
To: "Ikhwanul Muslimun" 
Date: Wednesday, September 24, 2008, 5:43 PM














Assallamualaikum. ...
 
Inilah dia salah satu wakil pujaan
pembangkang. sehingga orang Melayu
sendiri sanggup " membodohkan " kaum sendiri
kerana dia...masyaallah. ..
Akhir beliau terpaksa mengaku bahawa kenyataannya
" seperti makanan
anjing " dibuktikan melalui video rakaman
bukannya " baik sikit dari
makanan anjing ".
 
Kita tak tau apakah beliau terlibat juga tentang
bantahan azan.walaupun
be

Re: Help Palestine [hidayahnet] cerita ikan keli(tolong baca jika nak selamat)

2008-01-15 Terurut Topik Alif Al-Hafiz
Assalamualaikum...
  Berdasarkan kisah ini, pendapat saya ini mungkin anak anda ada alahan pada 
sesetengah makanan...saya merupakan penternak ikan keli secara kecil kecilan 
selama 3 tahun. Hanya menjual di pasar tani. Betul juga kata anda pemeliharaan 
ikan keli ini mungkin disebabkan makanan ikan yang mungkin tercemar dengan 
bahan enzim babi ataupun bahan kimia. Seperti saya biasa memberikan makanan 
yang terdapat dikedai iaitu palet ikan. Untuk makanan yang lebih bagus...bagi 
makan daun ubi atau daun kangkung tetapi perlulah bersihkan kolam setiap minggu 
kerana air cepat kotor. Namun saya tak pernah memberi makanan berdarah pada 
ikan ternakan sayani...Ada juga pengusaha cina yang memberikan kaki ayam yang 
dicincang dan perut ayam. Ikan akan cepat gemuk dan warnanya lebih cantik 
tetapi air lagi cepat busuk dan bila kita siang ikan keli mesti bau nya 
lain...lebih hanyir kalau ikan keli memakan ayam.Mungkin anak anda telah 
memakan ikan yang tidak dicuci dengan bersih oleh pihak restoran ataupun
 makanan isi ikan yang memberi kesan kepada anak anda.Sekarangni pelbagai 
teknologi yang tidak kita tahu sangat cara penyediaanya, sumbernya dan 
kandungannya.Tak mustahil sayur yang kita makan mungkin banyak vitamin dan oleh 
kerana tidak dibasuh dengan betul, kerana racun yang digunakan untuk membunuh 
serangga boleh memudaratkan kesihatan kita juga. Oleh itu kita sebagai orang 
islam perlu beringat dan bertawakal kepada Allah. Sentiasa amalkan doa makan 
dan ilakkan dari terkena racun. Wallahualam...
  

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
  

Note: forwarded message attached.
-
  Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it 
now.  

 From: "Siti" <[EMAIL PROTECTED]>
To: 
Subject: Fw: cerita ikan keli(tolong baca jika nak selamat)
Date: Wed, 12 Dec 2007 12:47:29 +0800

st1\:* {   BEHAVIOR: url(#default#ieooui)  }  

 
  Assalamualaikum wbh 
   
  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
   
  Saya memang berasal dari kampung Sungai Gatom di Labis Johor. Sungai di Labis 
dulu airnya bersih. Waktu kecil memang selalu mandi di sungai Labis ini di 
bawah jambatan sebelah Masid Jamek Labis. Teringat lagi waktu dahulu walaupun 
dah bersekolah rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya dan rakan-rakan 
semuanya mandi berbogel. Itulah kisah waktu kecil dahulu. 
   
  Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan rakan-rakan pergi pula 
memancing ikan. Antara ikan yang kerap saya dapat ialah keli, haruan, terbul, 
lampam, sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai ikan lagi. Bila tiba musim 
panas dimana air sungai menjadi sedikit dan banyak lopak air di paya terhasil, 
saya dan rakan-rakan mencari pula akar tuba untuk menuba ikan, berkilo-kilo 
ikan dibawa pulang ke rumah. 
   
  Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak seronok ialah menyiang ikan. 
Menyiang ikan keli seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma perlu buang 
sengat dan perut. Selain dari sengat ikan keli yang berbisa dan perut yang 
perlu dibuang, saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang dua bahagian 
berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di belakang kedua-dua sengat. Bahagian 
yang perlu dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis. Saya tidak tahu apa 
sebabnya saya perlu membuang bahagian ini tetapi saya diajar begitu. Bahagian 
ini membengkak sedikit dan terletak di bawah kulit. Mungkin inilah bahagian 
yang mengeluarkan bisa ikan keli dan oleh itu ia perlu dibuang. 
   
  Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang yang menyiang ikan keli ini 
membuang kedua-dua bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau tidak. Saya 
menjangkakan ramai orang yang tidak mengetahui perkara ini dan dengan itu tidak 
membuang kedua-dua bahagian ini. 
   
  Ikan  keli adalah kategori ikan berbisa sama dengan ikan baung, ikan pari, 
ikan duri, semilang dsbnya. Orang perempuan yang sedang berpantang akibat 
bersalin memang tidak boleh makan ikan berbisa ini. Kalau sebut cerita orang 
perempuan berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat pantang larangnya. 
Namun apa yang pelik sekali ialah mengapa doktor tidak menggalakkan pantang 
larang dan sebaliknya menggalakkan pula makan ayam lepas bersalin. 
   
  Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat eksperimen sains mudah sahaja, 
makanlah gulai nangka muda atau makan nangka atau makan cempedak, insyaAllah 
boleh gila meroyan. Bagi orang baru bersalin saya nasihatkan agar berpantanglah 
agar cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam. 
   
  Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia memang juga tidak 
boleh dimakan  oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta sakit 
pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi. Bagi mereka yang ada 
penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari berturut-turut dan 
lihatlah sendiri kesannya. 
   
  Anak saya yang ketiga adalah seorang perempuan. Dari kecil sampai tin

Help Palestine [hidayahnet] Mencari driver sound Compaq Presario V2000

2007-12-27 Terurut Topik Alif Al-Hafiz
Assalamualaikum
  Saya sedang menari laman web yang membolehkan sy untuk download driver sound 
untuk laptop compaq presario v2000. Puas cari tapi tak jumpa2...harap ada sapa2 
yg bley tolong saya...laptop saya bermasaalah skitsound ada tapi pada 
button nak kuatkan sound tak berfungsi...tgk pada device manager rupanya ada 
tak complete installhuhu..harap sapa2 bley kasitau websitenya...nak download

   
-
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Re: Help Palestine [hidayahnet] 140 Pelatih PLKN Alor Gajah Sakit Mata

2007-05-13 Terurut Topik Alif Al-Hafiz
Assalamualaikum
   
  Masalah sakit mata di Kem PLKN Kem Putra Putri, Taboh Naning Alog Gajah bukan 
sahaja berlaku di Kem tersebut tetapi berlaku juga di sebuah institusi awam di 
taboh naning. Mata kawan saya bengkak dan merah tetapi setelah mendapat MC dari 
klinik kerajaan Tampin, alhamdulillah beransur pulih.
   
  Di kem tersebut adanya ladang ternakan ayam yang baunya sehingga ke institut 
awam tadi. Bukannya sehari dua tetapi berlarutan sampai beberapa minggu dan 
dewan makan kami di urungi lalat sehingga mengganngu pelajar untuk makan. Saya 
dan kawan saya juga pernah mendapatkan rawatan di hospital besar alog gajah. 
Ketika itu kami mengalami penyakit demam, batuk dan selsema. Malangnya ubat 
yang diberi dari hospital berkenaan menyebabkan kami diserang semput iaitu pada 
sebelah malam kami tidak dapat tidur keranan sesak nafas sedangkan sepanjang 
umur hidup saya tak pernah ada penyakit lelah. Kawan saya tidak tahan sehingga 
nafasnya berbunyi kuat. Kemudian kami ke klinik pesakit luar tampin negeri 
sembilan menceritakan perkara sebenar dan mengesahkan ubat yang kami makan 
sudah lama dan kami keracunan ubat. Doktor di klinik tampin membuat panggilan 
ke hospital alor gajah namun sampai ke hari ini tiada khabar berita.
   
  Keadaan di hospital alor gajah sungguh menyedihkan. Ramai warga tua yang 
ingin mendapatkan rawatan tetapi tidak cukup tempat sehingga berdiri di luar 
hospital dan duduk di tepi - tepi longkang. Dengan keaadaan yang tertalu sesak, 
panas dan bilik rawatannya hanyalah seperti hospital dulu-dulu iaitu dinding 
papan. Sedangkan klinik kesihatan pesakit luar tampin jauh lebih baik dari di 
alor gajah sedangkan alor gajah di iktifar masjlis perbandaran alor gajah 
tetapi di tampin negeri sembilan hanyalah diiktiraf majlis daerah tampin. 
Klinik kesihatan pesakit luar tampin lebih selesa iaitu dengan adanya penghawa 
dingin, tempat duduk yang lebih selesa, luas dan lebih teratur. Sedangkan di 
klinik hospital alor gajah, yang merawat pesakit ialah hanyalah pembantu 
perubatan dan hanya 3 buah bilik sahaja dibuka berbanding di klinik tampin 
kesemua yang merawat adalah doktor bertauliah dan membuuka bilik sebanyak 4 
buah. Cukup menyedihkan
   
  Apa yang ingin saya katakan, rawatan yang dibuat dari Kem Putra Putri ini 
adalah dibuat di hospital Alor Gajah. Sudah tentu penyakit yang dialami adalah 
kurniaan Allah dan hanya Dialah yang boleh menyembuhkan. Tetapi kenapa manusia 
tidak boleh mengawal sesuatu yang mampu dilakukan seperti memberi ubat kepada 
pesakit adalah ubat yang telah luput tarikh? Bukan doktor yang merawat 
sedangkan di hospital besar? Sedangkan Melaka adalah negeri yang maju dan pesat 
masih ada lagi keadaan begini sedangkan Malaysia hampir merdeka 50 tahun? 
Wallahualam...bagi saya pandai2lah mereka yang bertanggungjawab menjawab soalan 
di depan Allah, di Padang Mahsyar dan di dalam kubur nanti. Itu pesan 
saya..Wassalam...
   
  Remaja Kesal

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
  Berita Harian 27 Apr 2007. MELAKA: Seramai 140 pelatih
Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Putra Putri,
Taboh Naning, Alor Gajah, dekat sini, dikuarantin di
kem berkenaan selepas mengalami penyakit mata,
'Konjunktivitis' sejak 17 April lalu.

Semua pelatih terbabit dikatakan mengalami kemerahan,
gatal dan berair pada kelopak mata selain sakit
kepala. Jabatan Kesihatan negeri menghantar pegawai
perubatan dan jururawat ke kem itu untuk memberi
rawatan.

Pegawai Kesihatan Daerah Alor Gajah, Dr Siti Halimah
Syed Shaikh, berkata pegawainya sudah memulakan
pemeriksaan dan rawatan di kem itu selepas menerima
notis daripada Hospital Alor Gajah, Jumaat lalu.

Katanya, pada mulanya, dua pelatih dikesan mengalami
penyakit itu dan dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi
menjalani pemeriksaan. Bagaimanapun, sehingga 23 April
lalu, 21 pelatih lagi mendapat penyakit sama.

Beliau berkata demikian selepas menerima lawatan
pemeriksaan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Duyong, Gan Tian Loo di sini, semalam. 

Dr Siti Halimah berkata, punca dan sumber penyakit itu
masih belum dikenal pasti tetapi kejadian itu sudah
dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan.

Katanya, pelatih yang mengalami jangkitan itu akan
dikuarantin di bilik berasingan termasuk diberi cuti
sehingga mereka pulih.

"Kita mengehadkan interaksi antara pelatih yang
berjangkit dengan pelatih normal selain tidak
dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bagi
mengelakkan jangkitan kepada ahli keluarga yang lain,"
katanya.

Gan yang juga Ahli Naziran PLKN Melaka berkata, beliau
mengetahui kejadian itu selepas menerima banyak
panggilan telefon daripada ibu bapa pelatih empat hari
lalu.

Katanya, tujuan lawatan ke kem itu bagi menyiasat dan
melihat sendiri keadaan pelatih.

"Keadaan di sini terkawal dan ibu bapa tidak perlu
bimbang kerana pihak kem sudah mengambil langkah
pencegahan awal termasuk merawat pelatih yang
dijangkiti," katanya.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Nasional/20070427000918/Article/

__

Bismillah [hidayahnet] Fadilat Solat Dlm Tiga Masjid Pilihan Rasulullah

2005-11-26 Terurut Topik Alif Al-Hafiz



  Fadilat solat dalam tiga masjid pilihan NabiDALAM Islam ada tiga masjid yang mempunyai kelebihan berbanding masjid lain. Hal ini seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:"Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Makkah), dan masjid Rasulullah (di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Baitulmaqdis)." (Hadis riwayat Bukhari)Umat Islam yang ingin berziarah ke luar negara untuk beribadat kepada Allah tidak perlu bersusah payah ke tempat lain, selain berziarah ke Tanah Suci, terutama untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah.Antara fadilatnya adalah:  Kelebihan Masjidil Haram adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 100,000
 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain.Dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam.  Kelebihan Masjid Nabawi pula adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 1,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain. Dalamnya ada makam Nabi dan sebagai sebuah taman daripada taman syurga.  Kelebihan Masjid al-Aqsa pula adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 500 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain.Keistimewaannya adalah ia masjid Nabi yang terdahulu dan tempat Israk dan Mikrajnya.Nabi menggalakkan umat Islam untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa.Di samping itu, Baginda menggalakkan umat Islam sama ada yang menetap di Makkah dan Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji atau umrah, mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak yang dapat di kedua-dua masjid mulia itu bagi
 mendapat pahala berganda.Dalam sebuah hadis lagi ada menerangkan secara khusus kelebihan orang yang mengerjakan sembahyang di masjid Nabi sebanyak 40 waktu berturut-turut.Daripada Anas bin Malik, Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa sembahyang di masjidku sebanyak 40 sembahyang (dengan syarat) tidak ketinggalan dalam satu sembahyang (waktu) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan daripada api neraka, dan kelepasan daripada azab seksa dan (ia juga akan bersih) daripada sifat munafik."Selain itu, Nabi Muhammad mengakui bahawa Masjid Quba' adalah sebuah masjid yang dikasihinya. Baginda kerap menziarahi serta sembahyang dalamnya.Abdullah bin Omar meriwayatkan adalah Nabi selalu berziarah ke Masjid Quba'. Satu riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba' setiap Sabtu, kadang-kadang menunggang unta dan berjalan kaki serta menunaikan sembahyang sunat dua rakaat dalamnya.Usaid bin Zahir pula meriwayatkan sebuah hadis bermaksud:
 "Satu sembahyang dalam Masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."
		 Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

 

 





--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". 





  




  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "hidayahnet" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.