Help Palestine [hidayahnet] Semakan Status sebelum ke Luar Negara

2010-08-19 Terurut Topik Perwira bin Osman
Berita semlm, 400,000 org disenaraihitam utk ke luar negara (termasuk
masalah income-tax, pinjaman pelajaran etc). Sila semak status anda terlebih
dahulu sebelum merancang ke luar negara.

http://sspi2.imi.gov.my/

-perwira osman-


Help Palestine [hidayahnet] Google Map Maker

2009-08-26 Terurut Topik Perwira bin Osman
Google keluarkan satu lagi produk yg diperbaharui, Google Map Maker dengan
imej satelite yg telah dikemaskini! Kita boleh bersama-sama dlm komuniti
menyumbang maklumat lengkap jaringan pemetaan dikawasan yg kita ketahui.
Selamat menyumbang!

http://maps.google.com/help/mapmaker/http://maps.google.com/help/mapmaker/


Help Palestine [hidayahnet] Arah kiblat boleh disemak Khamis ini (16 Jul 2009)

2009-07-13 Terurut Topik Perwira bin Osman
Arah kiblat boleh disemak Khamis ini

Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman
atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28
petang.

Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said
berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan
berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul
di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.

“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan
arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya
ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri,
di sini hari ini.

Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat
tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

- BERNAMA


Help Palestine [hidayahnet] Puasa dijangka 22 Ogos, Aidilfitri 20 Sept.

2009-06-11 Terurut Topik Perwira bin Osman
Puasa dijangka 22 Ogos, Aidilfitri 20 Sept.

PUTRAJAYA 4 Jun - Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 22
Ogos ini dan akan menyambut Aidilfitri pada Ahad 20 September.

Penolong Pegawai Tadbir Unit Falak Fakulti Pengajian
Kontemporarihttp://203.142.6.171/utusan/c.php?c=2t=http://www.kosmo.com.myIslam,
Universiti Darul Iman Malaysia, Ahmad Taufan Abd. Rashid berkata,
jika tarikh itu digunakan, ibadat puasa tahun ini hanya dikerjakan selama 29
hari.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tarikh sebenar puasa dan Aidilfitri
tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja kelak.

''Berdasarkan kepada kiraan falak, anak bulan Ramadan tidak akan wujud pada
hari rukyah (20 Ogos) kerana tempohnya tidak sampai pada tahap kematangan
berikutan jarak antara waktu berlakunya ijtimak (detik pemisahan) antara
bulan Syaaban dan Ramadan adalah satu jam sebelum Maghrib, katanya ketika
dihubungi *Utusan Malaysia *hari ini.

Berhubung penentuan tarikh Aidilfitri, Ahmad Taufan berkata, ijtimak Ramadan
dan Syawal berlaku pada pukul 2.44 pagi pada hari rukyah 29 Ramadan (19
September) dengan usia anak bulan Syawal mencapai lebih 16 jam.

''Oleh itu, menurut kaedah yang diamalkan di Malaysia, anak bulan Syawal
dijangka wujud dan boleh kelihatan pada petang hari rukyah 19 September.

''Jika kaedah itu diguna pakai, kita jangkakan umat Islam akan menyambut
Aidilfitri pada Ahad 20 September, katanya.


Help Palestine [hidayahnet] Bengkel 'Memperkasakan Solat Siri 2' - Dato' Ismail Kamus

2009-05-02 Terurut Topik Perwira bin Osman
*Bengkel 'Memperkasakan Solat Siri 2' *

Penceramah : Dato' Ismail Kamus
Tempat : Dewan Syarahan, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar
Tarikh   : 3/5/2009 (Ahad)
Masa: Bermula 9.00 pagi

Bengkel ini PERCUMA. Pendaftaran adalah pada hari bengkel diadakan. Siri 1
dihadiri lebih dari 200 peserta. Luangkan masa utk menuntut ilmu,
memantapkan kefahaman tentang solat.


Help Palestine [hidayahnet] Persaraan - RM1 juta tidak cukup?

2009-04-29 Terurut Topik Perwira bin Osman
RM1 juta tidak cukup selepas bersara

Rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya
RM1 juta ketika bersara sekiranya mahu mengekalkan gaya hidup semasa.

Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia, K. Sasitharan
berkata, bagaimanapun jumlah itu sebenarnya hanya sekadar 'cukup makan' jika
diambil kira kos perubatan dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati hanya 10
peratus rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi
zaman persaraan mereka nanti.

''Namun, simpanan tersebut bukan hasil daripada tabiat menabung tetapi
sebaliknya disebabkan mendapat gaji besar sehingga menyebabkan simpanan
dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencukupi, katanya selepas mengadakan
Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009
di sini.

Beliau berkata, sejumlah 10 peratus didapati menjadikan amalan menyimpan
untuk menghadapi persaraan manakala 80 peratus lagi tidak bersedia langsung
dan terpaksa bergantung kepada anak-anak.

Sasitharan berkata, walaupun amalan menabung masih lagi rendah di kalangan
rakyat Malaysia tetapi ia adalah perkara normal bagi negara yang memiliki
populasi muda.

Bagaimanapun, situasi itu perlu diperbaiki sebelum menimbulkan masalah
kepada negara kerana dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi Malaysia
berpotensi untuk mempunyai majoriti penduduk dewasa.

Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya menukar persepsi yang ada dan
menjadi lebih bersedia dalam mengharungi dunia persaraan tanpa perlu
mengurangkan gaya hidup sedia ada.

''Di Malaysia, pesara secara automatik akan mengubah gaya hidup kebelakang
berikutan kekangan wang untuk meneruskan gaya hidup selesa semasa bekerja.

''Sebab itu, pesara akan balik ke kampung selepas bersara dengan harapan
dapat mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mengurangkan beban kos
hidup,'' jelasnya.

Beliau menafikan bahawa amalan menabung hanya berupaya dilakukan oleh
golongan yang memiliki gaji yang lumayan.

''Dakwaan ini tidak benar kerana golongan pekerja yang memiliki gaji RM1,000
pun menabung, secara perlahan-lahan kerana gaji yang diperoleh akan
mengalami kenaikan seiring tempoh bekerja,'' jelasnya.

Sasitharan menegaskan, masalah di Malaysia adalah kebanyakan rakyatnya lebih
mengutamakan gaya hidup berbanding menabung.

Sambil memberi contoh, katanya, rakyat Malaysia sekarang dilihat lebih
cenderung berbelanja terlebih dahulu sebelum mendapat gaji.

''Sekarang ini, kad kredit telah mengawal perbelanjaan rakyat Malaysia, ini
memang budaya bahaya kerana setiap kali mendapat gaji, kita akan
mendahulukan hutang,'' katanya.

Ditanya apa yang perlu dilakukan jika tabungan pekerja masih tidak mencukupi
pada usia 55 tahun, Sasitharan berkata: ''Pekerja itu perlu terus bekerja
kerana usia persaraan 55 tahun adalah masih muda berbanding negara maju pada
usia 65 tahun. Ini bukan bermakna pesara yang tidak mempunyai cukup simpanan
masih mempunyai 10 tahun lagi untuk menabung,'' kata beliau.


Help Palestine [hidayahnet] Rentetan video Amah pijak anak majikan

2009-04-28 Terurut Topik Perwira bin Osman
Ramai yg dh tgk rakaman video ni. Ni aku tempek berita pasal si amah tu.
Kisah yg berlaku 2 tahun lepas. Bagi yg ada maid, jika anak anda yg periang
tetiba jadi murung, siasatlah dgn teliti puncanya.

*


*Amah pijak anak majikan kena 2 tahun
**Berita Harian 3 Nov 2007
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar*

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara selama
24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah
menolak, menendang dan memijak anak perempuan majikannya yang berusia tiga
tahun, Ogos lalu.

Majistret Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Reni Neken, 27,
dari Kupang, Indonesia, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, 30 Ogos
lalu.

Reni didakwa mencederakan Goh Ceng Yee, 3 tahun, di ruang tamu rumah mangsa
di No A2-27-08, Putramas 2 Condo, Jalan Kuching di sini, jam 3.25 hingga
3.40 petang, 28 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa
hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit
kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang dipijak di bahagian perutnya oleh tertuduh
sering mengadu kesakitan, namun apabila ditanya punca dia enggan menjawab.

Reni bagaimanapun, hanya memberi alasan mungkin kerana mangsa terlalu banyak
mengambil minum ‘yogurt’. Bapa mangsa yang mengesyaki sesuatu kemudian
mengambil keputusan untuk memasang video kamera tertutup di ruang tamu
rumahnya.
Hasil daripada rakaman itu, ibu bapa mangsa mendapati anak mereka didera
dengan teruk dan membuat laporan polis.


Help Palestine [hidayahnet] Intel Malaysia tutup kedai..

2009-01-26 Terurut Topik Perwira bin Osman
Intel to shut sites, 6000 jobs hitJanuary 22, 2009 - 9:45AM

Intel said on Wednesday it would close factories in Malaysia and the
Philippines and scale back US operations as part of a restructuring that
affects as many as 6000 employees.

The announcement comes a day after the world's largest maker of
microprocessors used in personal computers slashed prices on several of its
processors, and a week after it reported a decline in fourth-quarter revenue
amid slower global demand.

Intel said it would close two assembly test centres in Penang, Malaysia, and
one in Cavite, Philippines. It will halt production at a wafer factory in
Hillsboro, Oregon, and stop some operations at a factory in Santa Clara,
California.

The actions will affect 5000 to 6000 jobs, but not all positions would be
cut, Intel said in a statement. The chipmaker said it would offer some
workers positions at other facilities, adding that the restructuring would
take place between now and the end of 2009.

It's not a surprise given that their first quarter is probably going to be
challenging, and they're trying to do what they can to cut costs in places
that make sense, said Taunya Sell, an analyst at Ragen Mackenzie, a
division of Wells Fargo.

Intel's shares rose about 1% to $US13.40 in after-hours trading, after
rising 3.1% to close at $US13.26 on the Nasdaq stock market.

Last week, Intel said its fourth-quarter revenue fell 23% from a year
earlier and profit tumbled 90%. It also held back on giving detailed
quarterly forecasts, citing economic uncertainty.

Analysts have been wary about Intel's outlook for the year as chip sales
slide. PC makers and other technology companies have been trimming inventory
and cutting back on purchases.

Intel also faces competition from new, cheaper chips made by Advanced Micro
Devices.

On Tuesday, Intel said it was lowering prices on some of its processors,
including price cuts of up to 40% on some of its higher-powered, faster
quad-core chips.

AMD said earlier this month that it expected to post additional
restructuring charges for fiscal 2008 and 2009.

Reuters


Help Palestine [hidayahnet] Penipuan WANG EHSAN!!

2008-10-11 Terurut Topik Perwira bin Osman
Wang ihsan Bill GatesOleh Amir Abd Hamid
[EMAIL PROTECTED]

KUALA LUMPUR: Taktik licik terbaru sindiket penipuan Internet dikesan
menggunakan nama jutawan yang juga pengasas perisian Microsoft, Bill Gates,
bagi memerangkap mangsa sindiket itu melalui e-mel.

Antara kandungan e-mel yang kini tersebar luas di seluruh negara ialah
'tidak perlu mengeluarkan sebarang modal atau pelaburan, namun dijanjikan
pulangan wang ribuan ringgit setiap minggu dengan hanya menghantar e-mel'.

Dakyah e-mel berangkai itu menyatakan Gates mahu berkongsi kekayaan melimpah
ruah dimilikinya dengan pelanggannya, menerusi dua syarikat tersohor,
Microsoft dan AOL.

Turut dinyatakan pesanan, pembaca yang mengendahkan e-mel berangkai yang
dikirim itu bakal menyesal tidak terhingga di kemudian hari.

Malah, pengakuan yang dilampirkan bersama kiriman e-mel itu turut tertera
dakwaan beberapa nama yang menerima wang dalam dolar Amerika Syarikat,
dimasukkan melalui akaun bank.

Namun, setiap pembaca yang mengirim semula e-mel itu perlu memberikan butir
diri seperti alamat dan nombor akaun bank sebelum menerima wang berkenaan.

Untuk meyakinkan pembaca e-mel, nama penjawat kanan badan berkanun iaitu
setiausaha kepada Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kedah, Norhafizah
Abdul Halim, turut dinyatakan sebagai antara pelanggan bertuah yang menerima
kononnya 'wang ihsan' Gates itu.

Pengakuan menerusi e-mel berkenaan mengatakan kononnya Norhafizah menerima
wang RM5,449 dimasukkan ke akaunnya selepas melanjutkan e-mel itu kepada
pihak lain.

Bagaimanapun, Norhafizah, 27, ketika dihubungi Harian Metro semalam
menafikan mendapat wang 'terpijak' itu dan mendakwa ada pihak tertentu
menggunakan butir dirinya serta tidak tahu tujuan pihak terbabit.

Katanya, dia langsung tidak percaya walau apa juga jenis skim, pelaburan
atau segala bentuk kenyataan menawarkan wang tanpa berusaha.

Dia yang terkejut apabila dihubungi Harian Metro menyatakan jika boleh
mendapat ribuan ringgit dengan hanya duduk saja, lebih baik berhenti kerja.

Saya tertekan sehingga mengganggu kerja apabila menerima ratusan panggilan
dan e-mel sejak maklumat diri dipergunakan di Internet mengenai wang ihsan
itu.

Nama, jawatan dan nombor telefon yang tertera itu sebenarnya bagi tujuan
urusan kerja yang dipaparkan di laman web Mara.

Tapi saya sudah hubungi pegawai sistem maklumat Mara di ibu pejabat Mara
Kuala Lumpur untuk membantu mengatasi masalah itu dan ketua (pengarah) di
Kedah turut diberitahu, katanya yang membuat laporan polis.

Sementara itu, Naib Presiden Dapat Vista Sdn Bhd yang juga pengasas
dapat.com, Azli Paat, menjelaskan e-mel berantai seperti itu digunakan
sindiket untuk menjual nama, alamat, e-mel dan nombor telefon mangsa kepada
syarikat tertentu.

Mengulas lanjut, katanya, kebiasaannya syarikat yang membeli butiran
peribadi itu menjalankan perniagaan tidak sah seperti gores dan menang.

Ada juga butiran peribadi mangsa digunakan bagi penipuan akaun bank.
Kegiatan seperti ini lebih bahaya daripada ancaman virus.

Virus boleh digugurkan melalui antivirus, tapi sindiket menjalankan urusan
jual beli maklumat peribadi ini mengaut untung dengan menganiaya pemilik
maklumat itu, katanya.

Azli berkata, harga setiap e-mel atau butiran peribadi lain bergantung
kepada perniagaan yang dijalankan iaitu boleh bermula daripada 20 sen hingga
sekitar RM5.

Bayangkan jika maklumat yang dijual dalam skala besar padahal modalnya
hanya cipta satu skim boleh menarik pelayar laman web, katanya.

Menurutnya, dia turut menerima banyak e-mel menawarkan wang, tapi mengambil
tindakan membuang atau meletakkannya dalam fail spam.


Help Palestine [hidayahnet] Tips Pengurusan email melalui Gmail

2008-08-06 Terurut Topik Perwira bin Osman
Kebanyakan kita mempunyai email samada hotmail, gmail atau yahoo. kalau kita
subscribe mcm2 yahoogroups, mcm mana nak uruskan semua email yg masuk? mcm
mana nak bezakan email personal atau tidak? Ni tips dari aku utk pengguna
Gmail sahaja.
1. Create 3 label. namakan Personal, LargeMail dan YahooGroups.
2. Create filter pada setiap label berkenaan.
3. Untuk label Personal,  pada filter dibahagian* To* masukkan email penuh
gmail eg: [EMAIL PROTECTED]
4. Untuk label LargeMail, pada filter, click *Has attachment*
5. Untuk YahooGroups, pada bahagian *subject* tagline groups berkenaan.
Katakan lebih dari 1 yahoogroups kita subcribe so dia akan jadi *[Kelakar]
or [Respeks]*
6. Kita boleh select kriteria lain sebagai tambahan eg. click *Skip the
Inbox, Star it*, etc..
7. Bagaimana kalau kita tak nak terima email individu tertentu dlm
Yahoogroups? pada bahagian kriteria *Doesn't have* tambahkan nama individu
berkenaan.
8. Jika kita nak simpan email2 tertentu, *Star* kan dia, so lepas biasakan
delete yg email tak berstatus *Star*

-perwira-


Help Palestine [hidayahnet] Kenaikan Minyak sepanjang 18 tahun

2008-06-06 Terurut Topik Perwira bin Osman
Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 18 tahun - sejak 1990)

*zaman Mahathir*
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)
*zaman Pak Lah*
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)

*Nota : *
*(Skrip dulu-dulu)*
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi
pada TAHUN INI.

*(Skrip sekarang dan akan datang)*
1. Rakyat mestilah mengamalkan hidup jimat cermat.
2. Kita akan memastikan harga bahan api antara yg terendah dirantau ini
berbanding Singapura dan Thailand.
3. Bila kita susah, kenalah sama-sama susah, bila masa senang, 'kita saling
membantu'.
4. Penjimatan subsidi RM13.7 billion 'dipulangkan balik pada rakyat'.
5. Langkah ini adalah 'situasi menang-menang'.


Help Palestine [hidayahnet] FREE Wireless Broadband

2008-05-18 Terurut Topik Perwira bin Osman
tgk kawasan liputan

http://www.wirelesskl.com/?q=coverage


Help Palestine [hidayahnet] Jangan abai solat berjemaah!!

2008-04-26 Terurut Topik Perwira bin Osman
Jangan abai solat berjemaah

*Apakah kedudukan masjid dalam Islam dan kelebihan Masjidil Haram dan Masjid
Nabawi?*

*Shaikh Ismail:* Masjid adalah tempat yang mempunyai kedudukan yang tinggi
dalam Islam. Ia juga adalah salah satu daripada syiar agama kita yang Maha
Agung ini.

Malah ada hadis yang menyebut, bandar yang di dalamnya terdapat lebih
banyak masjid daripada gedung perniagaan adalah lebih diberkati.

Tentang Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ini, Rasulullah SAW bersabda: *Pahala
solat di masjidku ini adalah 1,000 kali lebih baik daripada solat di
lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram*. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam satu riwayat Jabir bin Abdullah r.a. Rasulullah SAW bersabda, *Solat
di masjidku ini lebih afdal dari 1,000 solat di masjid lainnya kecuali
masjid Haram, dan solat di masjid Haram lebih afdal dari 100,000 solat di
masjid lainnya. *(riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).

*Dalam ayat 35 surah al-Hajj dijelaskan bahawa apabila disebut nama Allah
maka gementarlah hati mereka. Bagaimana nak mencapai tahap ini?*

*SHAIKH ISMAIL:* Ini adalah antara ciri tujuh golongan yang mendapat
perlindungan Allah di akhirat kelak. Iaitulah orang yang sentiasa
menunggu-nunggu waktu solat yang akan datang setiap kali selepas selesai
solat.

Untuk mencapai tahap begini, ia perlukan kepada didikan dan asuhan sejak
kecil. Dalam hal ini, peranan ibu bapa sangat penting. Anak-anak hendaklah
sentiasa dididik melalui pendekatan dakwah bil hal iaitu melalui contoh oleh
ibu bapa.

Jika ke masjid jangan lupa bawa bersama anak-anak. Kerah mereka jangan pula
hanya ibu bapa ke masjid anak-anak dibiarkan di rumah.

Kalau di sekolah, guru-guru boleh memainkan peranan. Wajibkan mereka solat
berjemaah di surau atau masjid di institusi pengajian tinggi pun serupa.
Lagipun, mereka yang berjaya selalunya adalah golongan yang istiqamah dalam
ibadat terutama solat berjemaah.

Didikan yang berterusan pada usia kanak-kanak selalunya berjaya memupuk
budaya cintakan masjid. Sebab itu, ada kejayaan sekolah-sekolah berasrama
dalam membentuk remaja yang kekal solat berjemaah di masjid atau surau.

*Salah satu perkara yang terus menjadi perbahasan ialah mengasingkan
kanak-kanak daripada bapa semasa solat. Ini adakalanya menjadi penghalang
proses mentarbiah anak-anak ke masjid. Apakah pendekatan terbaik dalam hal
ini?*

*SHAIKH ISMAIL:* Kaedah fikah telah menetapkan kedudukan saf dalam berjemaah
iaitu lelaki, kanak-kanak dan kemudian wanita. Ini bermakna kita
mengalu-alukan kanak-kanak datang berjemaah.

Ibu bapa pula perlu memberi nasihat kepada anak masing-masing supaya menjaga
adab dan disiplin di masjid agar tidak mengganggu jemaah lain beribadat.
Barangkali umur paling sesuai membawa anak ke masjid ialah 7 tahun sebagai
mana hadis Rasulullah yang menyuruh ajarkan anak kamu solat ketika umurnya 7
tahun.

Kalau masih terlalu kecil, elok mereka dilatih di rumah dahulu tentang adab
solat berjemaah dan tidak bising semasa kita solat.

Kita sentiasa mengalu-alukan ibu bapa yang membawa anak-anak yang sudah
diasuh tentang adab dan tingkah laku berada di majlis. Apa yang menjadi
masalah kepada para pegawai masjid ialah sikap sebilangan ibu bapa yang
lepas tangan dan biarkan sahaja anak mereka berlari-lari membuat bising di
masjid.

Banyak masjid kini menyediakan pelbagai program ilmu sama ada fardu ain atau
fardu kifayah. Malah kita juga suka kalau anak-anak datang bermain di
kawasan masjid seperti main bola, sepak takraw. Cuma mereka mestilah menutup
aurat dan apabila masuk waktu solat hendaklah sama-sama tunaikan solat
secara berjemaah.

Pendekatan sebegini lama-kelamaan akan menarik mereka sentiasa mahu
berdamping dengan rumah Allah dan bukannya menjauhkan diri daripada masjid.

Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda, *Dan dari Aisyah r.a ia berkata,
Saya melihat Rasulullah menutupi saya waktu saya melihat orang Habsyah
bermain (pedang) di masjid*. (riwayat Bukhari dan Muslim)

*Kalau kita lihat di Masjidil Haram atau Nabawi, jemaah boleh beriktikaf
malah tidur di dalamnya. Adakah jika masjid-masjid kita turut membenarkan
perbuatan ini boleh menarik lebih ramai mengunjunginya?** *

*SHAIKH ISMAIL:* Masjid di negara kita pun memang benarkan tidur untuk
beriktikaf. Cuma jangan sampai ada yang mengambil kesempatan disebabkan
contohnya ada pendingin hawa maka dia datang ke masjid lalu tidur.

Kita suka kalau ramai yang beriktikaf di masjid, baca al-Quran dan tunaikan
solat-solat sunat setidak-tidaknya tahiyatul masjid. Itu memang bagus.

Lagipun di Masjid Negara ini kita sentiasa menerima lawatan pelancong, jadi
kalau umat Islam sentiasa ramai yang beriktikaf dan solat tahiyatul masjid,
barulah ada adab berada di rumah Allah.

Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW, *Apabila seseorang di antara
kamu masuk ke masjid, maka janganlah ia duduk sebelum ia solat dua rakaat*.
(riwayat Bukhari dan Muslim)

*Bolehkah datuk jelaskan ayat 18 surah at-Taubah Allah jelaskan kriteria
orang yang memakmurkan masjid?*

*SHAIKH ISMAIL:* Ayat itu 

Help Palestine [hidayahnet] Tragedi hidup Sufiah

2008-03-31 Terurut Topik Perwira bin Osman
Tragedi hidup Sufiah

LONDON 30 Mac – Sufiah Yusof, seorang kanak-kanak pintar matematik yang
pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada
usia 13 tahun, tidak putus-putus ditimpa nasib malang.

Selepas bapanya, Yusof Farooq dipenjara atas kesalahan melakukan serangan
seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik
di rumahnya, Sufiah pula kini dilaporkan menjadi pekerja seks.

Tragedi yang melanda kanak-kanak genius itu dibongkar oleh wartawan News of
the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di
belakang lorong di Salford, Manchester.

Sufiah dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara
hidupnya sejak beberapa tahun lalu.

Entah di mana silapnya, gadis dengan senyuman menawan itu yang kehebatannya
sepatutnya menjadikan dia wanita kaya, terpaksa memilih jalan itu untuk
terus hidup.

Menurut akhbar itu, Sufiah dilaporkan mengiklankan 'khidmatnya' melalui
Internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.

Dengan memakai nama samaran Shilpa Lee, dia antara lain menggambarkan
dirinya sebagai 'pelajar bijak dan seksi' yang menyediakan perkhidmatan
setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 8 malam.

Dalam iklannya, menurut tabloid tersebut, Sufiah juga menyatakan dia lebih
gemarkan 'lelaki tua yang budiman'. Seorang bekas rakannya menyifatkan
tindak-tanduk gadis itu sebagai: ''Sesuatu yang sungguh menyedihkan.''

Dengan otak luar biasa yang dimilikinya, dia tidak mempunyai masalah untuk
mendapat wang, sebaliknya hidup dia musnah dan menjadi tidak terkawal, kata
bekas rakannya lagi.

Selepas tiga tahun belajar di Universiti Oxford, pada usia semuda 15 tahun,
Sufiah mencetuskan kegemparan apabila menghilangkan diri.

Dalam e-mel kepada keluarganya, dia menyifatkan hidup dengan bapanya 'umpama
dalam neraka'.

Ibu Sufiah, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Yusof
berasal dari Pakistan.

Sufiah hanya ditemui dua minggu kemudian di sebuah kafe Internet di
Bournemouth dan bekerja sebagai pelayan hotel.

Dia enggan kembali ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah jagaan
sebuah badan sosial sebelum kembali ke Oxford untuk menyelesaikan pengajian
matematik peringkat sarjana.

Dia berkahwin pada 2004 ketika berusia 19 tahun dengan peguam pelatih,
Jonathan Marshall, 24, tetapi rumah tangganya hanya mampu bertahan selama
setahun.


Help Palestine [hidayahnet] HUTANG TERTUNGGAK KERAJAAN NEGERI 2006

2008-03-12 Terurut Topik Perwira bin Osman
TUNGGAKAN BAYARAN BALIK PINJAMAN KERAJAAN NEGERI
  KEDUDUKAN PADA AKHIR TAHUN 2006

*KERAJAAN NEGERI (RM Juta)   TEMPOH*
*Johor 655.88  1 - 9
Tahun
Selangor589.12  2 - 9 Tahun
Kedah511.67   1 - 9
Tahun
Pahang  359.02 1 - 23 Tahun
Terengganu314.22  1 - 7 Tahun
Negeri Sembilan 246.07 1 - 10 Tahun
Pulau Pinang   74.23   1 - 2 Tahun
Kelantan  52.961
Tahun
Melaka41.49   1 - 3
Tahun
Perlis  36.99   1 - 6
Tahun
Sabah 35.13   1 - 5
Tahun
Sarawak  29.751 - 6
Bulan
Perak  11.79   4 - 9
Tahun


Nota : (*) Tempoh Tunggakan Bagi Pinjaman Dalam Negeri Sahaja
*Sumber : Laporan Ketua Audit Negara 2006*


Help Palestine [hidayahnet] Pilihanraya : SPR Malaysia, BertanggungJawab Di Dunia Akhirat

2008-02-26 Terurut Topik Perwira bin Osman
Pilihanraya : SPR Malaysia,

BertanggungJawab  Di Dunia  Akhirat

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://zaharuddin.net/index.php



Terkilan..tanpa dapat saya sembunyikan, rasa sakit hati. Mengapa dan sakit
hati kepada siapa?

Sebagai rakyat Malaysia, rasa terkilan dengan Suruhanjaya Pilihanraya
Malaysia amat tinggi berbanding biasa. Mengapa?

Banyak sebabnya dan saudara boleh membaca sendiri di web-web yang berkaitan.
Namun kali ini saya merasa lebih lagi sakitnya dari biasa kerana salah satu
bentuk 'kepelikan' itu telah berlaku kepada ahli keluarga saya.

Ia berlaku kepada isteri saya. Isteri saya sejak awal mendaftar, tempat
mengundinya adalah Hulu Bernam, Ulu Selangor, iaitu dikampung kelahirannya.
Bukan sekadar itu malah isteri saya juga telah pernah mengundi di Hulu
Selangor pada tahun 1999, semasa pilihanraya yang ke 10.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2004 kami sekeluarga gagal membuang undi
kerana berada di luar negara. Namun sejak sebulan lepas, apabila membuat
semakan daftar pemilih, entah bagaimana tempat mengundi isteri saya bertukar
ke Demit, Kubang Kerian, Kelantan.



*Keperitan Menghubungi SPR*



Puas kami menghubungi nombor telefon SPR untuk mengadu hal dan mendapatkan
penjelasan bagaimana pertukaran tempat mengundi boleh berlaku, tetapi talian
SPR asyik sibuk dan tidak pernah diangkat (iaitu nombor 03-8885 6500) yang
kami petik dalam web SPR berikut :
http://www.spr.gov.my/index/hubungi.htmhampir setiap hari dihubungi
tetapi setiap hari jugalah tiada jawapan.

Disebabkan kesibukan saya dan isteri, kami mengambil keputusan untuk membuat
surat rasmi dan menghantar faks ke (603)- 9117, juga nombor faks yang
sama dari web di atas tadi. Dalam masa yang sama percubaan menelefon dibuat
setiap hari, semuanya gagal.

Sehinggalah hari ini (24 Feb 08), muncul nombor baru di televisyen, iaitu
03-9274 62692, nombor ini muncul 3 saat sahaja, namun bila dihubungi,
rupanya tersilap nombor.

Akhirnya, dapat juga kami hubungi nombor SPR yang ada manusia mengangkatnya
iaitu 0326810280. Namun hasil aduan itu, kami menghadapi kepelikan,
keajaiban jahat dan kekecewaan sahaja.

**

*Kemuncak kepelikan*



Pegawai wanita tersebut berkata; menurut rekod mereka, kononnya isteri saya
ketika mula-mula mendaftar pada 10 Mac 1998 dahulu, alamat asal adalah di
Kampung Demit, Kubang Kerian. Justeru itulah sahaja yang mereka tegaskan,
Sedangkan ia *tidak benar sama sekali* dan isteri saya tiada sebarang urusan
dengan negeri Kelantan, juga bukan orang Kelantan.

Namun yang lebih PELIK DAN AJAIB, pada tahun 1999 isteri saya telah pun
membuang undinya di Hulu Selangor tanpa sebarang masalah. Bagaimana boleh
diundur waktu dan didaftar di Kelantan pula.. kami tiada mesin ajaib masa
Doraemon. So apa sebenarnya ini?!!!. Adakah ini penipuan dan penyelewengan
yang sering digembar gemburkan oleh pembangkang ?? ! . Jika benar, hampir
pastilah ia dilakukan oleh pihak yang tidak ada iman tentang alam barzakh
dan neraka!!

Hasilnya, kemungkinan isteri saya tidak sempat mengundi tahun ini, kerana
pelbagai kesukaran pengangkutan untuk ke Kelantan dan bayi kami pula yang
masih berumur 2 bulan. Saya pula terpaksa membuang undi di Kedah pada hari
tersebut. Banyak lagi sebab lain yang tidak memungkinkan saya untuk
bertandang ke Kelantan dan Kedah dalam hari yang sama.

Saya masih berusaha mencari muslimah-muslimah Kelantan yang dipercayai untuk
menumpangkannya ke Kelantan dan pulang ke KL pada hari yang sama, namun ia
amat sukar...

Benar, kami juga ada salahnya kerana tidak membuat semakan lebih awal dan
menukar dengan pantas (sebelum 60 hari dari pilihanraya) apabila terdapat
kesilapan, tetapi apa yang berlaku mendedahkan *something wrong is
happening*. Yang penting pihak SPR wajib bertanggung jawab di akhirat
kelak, kami akan tuntut semua hak-hak ini tanpa BELAS KASIHAN.

**

*Kesimpulan (Oleh Zaharuddin)*



Semua kita perlu beringat-ingat selalu, sebarang kemenangan pilihanraya
menggunakan penipuan, rasuah dan penyelewengan adalah haram serta dilaknat
oleh Allah swt dan RasulNya, tiada keberkatan dalam pemerintahan dan rakyat
serta negara, kemenangan sebegitu hanya akan memudahkan sesebuah masyarakat
dan negara dipandu ke Neraka sebagaimana huraian 'hilang keberkatan' yang
disebut oleh Imam Ibn Hajar Al-Haithami dalam kitabnya *Az-Zawajir An
Iqtiraf Al-Kabair*. Justeru amat perlu dijaga unsur keberkatan dalam
pilihanraya, pembelajaran, pekerjaan, pendapatan, perbelanjaan dan kehidupan
seluruhnya.

Jangan kerana inginkan kuasa dan kerusi DUN dan Parlimen yang bersifat
sementara manfaatnya iaitu sekitar beberapa puluh tahun di dunia, hingga
sanggup menggadaikan masa depan di dalam kubur yang sempit itu dan di padang
mahsyar yang berkumpulnya trillion trillion manusia dan disemak satu persatu
perbuatannya.

Keadaan yang sama juga terpakai kepada pelajar yang meniru dalam
peperiksaan, pelajar yang membeli sijil MA dan PhD, guru yang meniru dalam
peperiksaan PTK, usahawan yang menipu, ahli politik yang menipu, pekerja
yang menipu dalam