RE: Help Palestine [hidayahnet] Umat Melayu contohilah akhlak Cina Seremban

2010-03-21 Terurut Topik abi teha
Tauladan yang baik kita patut contohi tidak kira bangsa atau agama kerana ia 
merentas itu semua. Jika ada orang bukan Islam yang buat perkara baik, 
sepatutnya kita berazam untuk buat lebih baik daripada mereka. Ramai di 
kalangan bukan Islam buat kerja sukarelawan untuk membantu orang yang 
memerlukan. Sepatutnya kita sebagai umat Islam yang sepatutnya menjuarai 
isu-isu ini. Ini kerana kita asyik membuat pelbagai alasan, sedangkan kalau nak 
membantu cukup payah.

Wallahu Alam.

--- On Mon, 3/15/10, Abu sa...@yahoo.com  wrote:

From: Abu sa...@yahoo.com 
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Umat Melayu contohilah akhlak Cina 
Seremban
To: "Ikhwanul Muslimun" 
Date: Monday, March 15, 2010, 9:28 AM







 


















Saja
nak beri komen dgn kisah
ni……

  

Buat
saudara yang berkenaan……bukan semua Melayu
tak baik sehingga terpaksa “ mencontohi akhlak Cina

Seremban “.

Kita manusia
nii……yang membezakannya
adalah Ugama dan Kepercayaan.
Lain semua adalah sama……tabiat,

budi
bicara dll. Kena dgn orang
yang amanah maka barangan yang hilang dijumpai semula, bagaimana pulak

jika
sebaliknya ?. Apakah beliau nak umumkan
jgn tiru ahklak Cina Seremban ?.

Tak
kiralah apa
jenis warna kulit mereka, ADA YANG AMANAH,
JUJUR, PEMBELIT DAN sebagainya.

  

Tak
dapat dinafikan banyak kaum Cina
bersenam/jogging pada pagi hari tapi
Melayu kurang……perlu diingatkan

Melayu
telah melakukan senaman yang terbaik apabila bangkit dari tidur dgn
sujud pada Allah SWT ( sunat

Tahiyattul
Masjid, sunat Subuh dan Subuh ).

Tentang buang anak……tak dapat dinafikan memang kaum Melayu/pendatang
no 1. Mengapa
Melayu ?.

Sebabnya , kaum lain duduk serumah sebelum kahwin dan dah
ada 4/5 anak pun tak kisah . Dah
macam Mat

Salih……tuu sebabnya kalu
lahir pun zuriat tak masuk tong sampah……

Kita Islam tak bole…haram, jadi bagaimana
bila dah terjadinya zina dan termengandung ?.

Kaum
lain mungkin kurang sikit pada dadah
nii……tapi minum arak . Mungkin kalau
ada kajian, mungkin

bangsa
lain akan mengatasi Melayu . Apakah akibat dari minum
arak nii tak memudaratkan ?.

  

Kaum
lain pun ada yang warak pada ugama mereka
seperti mana kita……hanya pegangan yang kuat pada

ugama
saja yang dapat menjauhi perkara2 mungkar tersebut .

Jadi
tak yalah salahkan Melayu terlalu sangat dan bukan jugak
tak bole
nak tegor……tapi kita kena
berbalik

pada
hakikatnya……Mesti
ada sebabnya terjadi begitu……tugas kitalah sebagai
KETUA KELUARGA YANG

MENCORAKKANNYA.
Jgn tutup mata anda serapat2nya apabila sesuatu perkara terjadi kepada bangsa 
lain dan

membuka
mata anda seluasnya apabila ianya berkaitan dgn Melayu.

  

Wassallam

  

  

  

  

  

  

  

  

  

-Original Message-

From: hidayah...@yahoogro ups.com
[mailto:hidayahnet@ yahoogroups. com] On Behalf
Of Rozmal bin Malakan

Sent: Monday, March 08, 2010 8:16
PM

To: Ikhwanul Muslimun

Subject: Help Palestine
[hidayahnet] Umat Melayu contohilah akhlak Cina Seremban

  

 









Dari laman Blog Ustaz Abdul Halim bin Abdullah, Seremban.



 * * **

Fard Muslim asas binaan Tamaddun Islam



Suatu hari sedang saya minum di kedai, seorang Cina menelefon katanya,
“Saya mahu pulangkan handphone awak. Mana saya boleh jumpa
awak?!!”. Pada awalnya saya belum dapat menangkap maksud beliau kerana
handphone saya ada ditangan saya ketika itu. “Saya kurang faham apa awak
cakap. Itu handphone apa? Siapa punya?”. Dia menjawab, “Ini mungkin
anak awak punya”. Rupa-rupanya dia menjumpai handphone anak saya, Kak
Ngah di tempat letak kereta Jusco, Seremban. Dia pergi berbincang dengan
kawannya, seorang penjual handphone untuk mengetahui bagaimana cara hendak
mencari tuan punya handphone tersebut. Akhirnya mereka sepakat untuk menelefon
nombor yang paling banyak digunakan oleh anak saya, iaitu yang tertulis
“Baba”.



KETIKA BERBUAL DALAM TELEFON, DAN KETIKA BERTEMUNYA UNTUK MENGAMBIL KEMBALI
HANDPHONE TERSEBUT, HATI SAYA TERHARU ATAS KEJUJURANNYA, DAN TERASA BERAT
TANGGUNGAN UNTUK MENDIDIK UMAT MELAYU ISLAM AGAR MEMILIKI AKHLAK YANG SAMA.



Beliau :



1. Berusaha memulangkan kembali handphone mahal milik orang lain yang
dijumpainya.



2. Tidak menunggu sehingga tuannya sendiri memanggilnya melalui handphone yang
hilang itu.



3. Berusaha terus secara berbincang dengan rakannya yang lebih mahir untuk
mengetahui siapakah yang paling patut dihubungi, lalu mereka memutuskan untuk
menelefon “Baba”.



Hampir setiap subuh beberapa orang wanita Cina berjogging di sekeliling taman
perumahan kami. Suatu pagi dua orang dari mereka singgah ke rumah kami. Saya
dan isteri bertemu mereka di pintu rumah. Rupanya mereka terjumpa wallet isteri
saya yang dibuat barang mainan oleh anak-anak kecil kami dan mereka tinggalkan
di tepi jalan. DIDALAMNYA ADA WANG TUNAI BERIBU RINGGIT, KUTIPAN YURAN TADIKA
ISTERI SAYA. ”Ini wallet puan kami jumpa tepi jalan. Wah, manyak uwang
itu dalam. Uyo kalau olang jumpa nanti hilang o”, kata mereka yang
khuatir wang yang banyak itu akan diambi

Help Palestine [hidayahnet] Ke mana Arah Tuju Pelarian Rohingya di Malaysia?

2010-02-22 Terurut Topik abi teha
Ke mana Arah Tuju Pelarian Rohingya di Malaysia?www.drazwan.blogspot.com





 
Salam,



Pelarian Rohingya ke Malaysia perlu mendapat perhatian ramai
terutama pihak berwajib. Secara amnya pelarian Rohingya adalah pelarian
politik di bawah naungan UNHCR. Mereka adalah kumpulan etnik minoriti
Myanmar yang beragama Islam dan ditindas di sana. Jumlah populasi
mereka adalah sebanyak 2 juta orang dan tinggal berhampiran dengan
sempadan Myanmar-Bangladeh.



Pada tahun 1982, Kerajaan Myanmar telah melucutkan kewarganegaraan
etnik Rohingya menjadikan mereka pelarian di negara sendiri. Hak mereka
sebagai rakyat Myanmar telah dirampas, mereka tidak dibenarkan keluar
daripada penempatan mereka, tanah dirampas, tidak dibenarkan
mengamalkan agama mereka secara bebas dan ada yang ditangkap. Akibat
daripada tekanan yang semakin meningkat, kebanyakan daripada mereka
melarikan diri ke Malaysia, sempadan Thailand, Bangladesh, negara Arab
dan Eropah. Sekiranya mereka pulang semula ke Myanmar, mereka boleh
ditembak dan ditangkap.



Di Malaysia, status pelarian tidak melayakkan mereka menerima
kewarganegaraan dan mendapat layanan kesihatan di Hospital dan klinik.
Sedangkan
ada di antara mereka mempunyai masalah kesihatan yang serius. Di dalam
beberapa klinik amal yang Biro Kesihatan ABIM adakan, masalah
kebersihan, jangkitan kulat, kudis buta dan kutu juga tinggi. Ini
disebabkan oleh tempat tinggal mereka yang jauh daripada keperluan
asas. Malah terdapat juga di antara mereka yang menderita penyakit
kronik seperti darah tinggi dan kencing manis, jangkitan seperti TB,
HIV dan AIDS tidak menerima rawatan kerana mempunyai masalah kewangan.



Dari segi kelahiran, saya dapati mereka mempunyai kadar kelahiran
yang sangat tinggi. Mereka tidak mengamalkan perancangan keluarga
kerana rata-rata mereka mempunyai pendidikan yang rendah. Bayangkan
setiap keluarga yang daif ini mempunyai 6 orang anak pada usia yang
sangat muda. Malah kadar kelahiran ini akan terus meningkat. Jika ia
tidak dikawal, populasi mereka akan menjadi tersangat besar sedangkan
taraf hidup mereka masih lagi berada di takuk yang lama.



Kehidupan kanak-kanak Islam Rohingya amatlah daif. Mereka ini boleh 
dikategorikan sebagai taraf fakir. Kehidupan seperti kais pagi makan pagi dan 
kais petang makan petang. Ada yang terdiri daripada anak-anak yatim piatu 
mengharapkan belas sedekah bagi menampung keperluan harian.  



Menurut perangkaan dari pihak UNHCR,dianggarkan
terdapat lebih dari 16,000 orang pelarian Rohingya kini telah mendaftar
dengan pihak UNHCR sementara dianggarkan kira-kira 3,000 orang lagi
masih belum mendaftar. Sebahagian besar pelarian ini berada di Lembah
Kelang dengan tumpuan utama dikawasan sekitar Ampang.



Ada di antara mereka hidup di bawah jambatan, bekerja di pasar
borong, mengemis dan tinggal di tapak-tapak binaan. Tidak ramai yang
boleh menampung kehidupan mereka sehari-harian. Mereka ini akhirnya
akan menjadi duri di dalam masyarakat dan akan menyumbang kepada
statistik peminta sedekah, kejadian kecurian dan rompakan dan pelacuran
di Malaysia. Dan yang sedihnya mereka ini adalah saudara se-Islam kita.



Terdapat sebuah sekolah komuniti yang menempatkan khusus untuk
kanak-kanak Rohingya terletak di Kg Cheras Baru. Sekolah ini mendapat
bantuan daripada Yayasan al-Khalifah yang juga menyelia beberapa rumah
anak yatim di seluruh Malaysia, dengan kerjasama Malaysian Relief
Agency (MRA) dan ABIM.



Sekolah ini merupakan kedai 3 tingkat yang disewa untuk menempatkan
mereka, dan guru-guru dibayar untuk mengajar anak-anak ini supaya
mereka boleh mendapatkan pelajaran dengan harapan mereka boleh menjadi
Umat Islam yang berguna suatu hari nanti. Yayasan Khalifah, MRA dan
ABIM membayar lebih kurang RM 5000-7000 sebulan bagi membayar guru,
peralatan mengajar dan menyewa kedai tersebut untuk kegunaan anak-anak
pelarian ini.



Walaupun menjadi satu kesukaran untuk menjalankan tugas ini kerana
kewangan yang sempit, ia perlu dilakukan bagi maslahah ummat. Sekiranya
tidak dilakukan, mereka ini akan hidup melarat dan mengundang masalah
sosial kepada kehidupan kita. Diharapkan sekiranya mereka dididik
dengan sempurna, mereka akan menyumbang kepada masyarakat Malaysia ke
arah yang lebih positif.



Justeru, pihak ABIM dan MRA memerlukan bantuan daripada pelbagai
pihak tidak kira dari bidang swasta mahupun kerajaan untuk sama-sama
berusaha membantu dari sudut tenaga, material, kewangan mahupun khidmat
nasihat bagi menggemblengkan usaha meningkatkan kualiti kehidupan
masyarakat pelarian Rohingya Islam ini bagi manfaat bersama.
InsyaAllah.



Wallahu Alam.



Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin,

www.drazwan.blogspot.com
Setiausa, Biro Kesihatan ABIM,

Exco Latihan dan Sukarelawan, MRA.




 



  






  

Re: Help Palestine [hidayahnet] A H1N1 kejap suruh gi hospital, kejap tidak

2009-08-18 Terurut Topik abi teha
Salam,

Pemeriksaan pengesahan H1N1 adalah mahal  kosnya RM 200 setiap ujian. hanya 
pesakit yang dimasukkan wad sahaja akan melalui ujian pengesahan ini. Ini 
bermakna terdapat kriteria pesakit yang bagaimana yang boleh masuk ke wad. 
Kalau semua pesakit yang dikhuatiri menghidap H1N1 masuk ke wad, mungkin tidak 
dapat menampung katil yang ada di hospital.

Oleh kerana 90% pesakit H1N1 akan pulih InsyaAllah, dan hanya 10% sahaja yang 
kemungkinan akan menjadi teruk, maka kita harus memantau simptom2 H1N1 yang 
lain seperti demam tinggi, muntah, sesak nafas dan cirit birit. Sekiranya ada 
segera bawa ke hospital. Sekiranya tiada, self quarantine sahaja sudah 
mencukupi.

Sekarang kita di tahap mitigasi di mana wabak sudah merebah dan tidak 
terkawal.Oleh itu, pada tahap mitigasi. arahan Pengarah Kesihatan supaya tidak 
ada lagi sekolah ditutup kecuali merupakan jalan terakhir. Mana mana pelajar 
yang dijangkiti tidak dibenarkan ke sekolah. Sekiranya sekolah ditutup 
sentiasa, mustahil anak-anak akan meneruskan pelajaran kerana kemungkinan 
setiap hari akan ada kes baru akan timbul.

Wallahu Alam

Dr Azwan
Sila lawat blog saya untuk penerangan H1N1
www.drazwan.blogspot.com
 

--- On Thu, 8/6/09, roz...@yahoo.com  wrote:

From: roz...@yahoo.com 
Subject: Help Palestine [hidayahnet] A H1N1 kejap suruh gi hospital, kejap tidak
To: "Ikhwanul Muslimun" 
Date: Thursday, August 6, 2009, 3:35 PM






 





  Sila baca betul-betul kenyataan Ketua Pengarak Kesihatan Tan 
Sri Ismail Merican terkini 6 Ogos 2009 :



Hanya pesakit yang diwadkan saja akan diuji samada ada virus. Mereka yang ada 
tanda-tanda selesema patut rehat di rumah dan dapatkan nasihat perubatan.



Dr Ismail memberi amaran kepada rakyat supaya tidak mengambil ubat anti viral 
kerana ianya ada kesan sampingan.



Komen : Apa nak buat sekarang ? Kejap suruh pergi hospital kalau ada tanda 
penyakit. Sekarang hanya mereka yang masuk wad saja akan diuji ? Kenapa , dah 
ramai serbu hospital ? Kenapa masih tiada kesedaran rakyat Malaysia ? Sekolah 
anak saya di Seremban minggu lepas tutup seminggu , minggu ni buka semula , 
anak beritahu di sekolah tidak dibekalkan sabun basuh tangan. Yang pakai topeng 
muka di tempat awam boleh bilang dengan jari sebelah tangan. Lepas tu tiada 
gesaan untuk solat hajat, tiada usaha sekolah-sekolah diwajibkan baca doa 
hindar penyakit. Macam tak ada apa-apa je. Surau dan masjid tengok jemaah 
banyak tu juga. Tak ada nampak makin ramai datang surau masjid mohon dijauhkan 
bala bencana , bertaubat. Konsert , hiburan awam berjalan macam biasa saja di 
Seremban, mungkin seluruh Malaysia.



A(H1N1): Death toll increases to 14

PUTRAJAYA: A 57-year-old man has died of the Influenza A (H1N1) increasing the 
death toll to 14, says Health director-general Tan Sri Ismail Merican.



He said 16 new locally transmitted cases were reported over the last 24 hours.



He added that only warded patients will be tested for the virus while those 
with symptoms of influenza should rest at home and heed medical advice.



Dr Ismail also warned the public against taking anti-viral medication as it can 
lead to resistance to the drugs as reported in some countries.



http://www.thestar. com.my/news/ story.asp? file=/2009/ 8/6/nation/ 
20090806132821& sec=nation





























  

Re: Help Palestine [hidayahnet] TAK HARAM SALAM PEREMPUAN

2009-06-09 Terurut Topik abi teha
Salam,
 
Saya dah baca artikel ustaz jailani dan saya bersetuju dengan kupasan ustaz. 
Lagipun ustaz hanya menulis artikel berdasarkan pendapat ulama'-ulamak terkenal 
termasuk Syeikh Yusof Qardhawi, yang merupakan ulamak agung yang masih hidup 
dan banyak mengeluarkan fatwa kontemporari. Malah rujukan Syeikh Yusuf al 
Qardhawi ini pun bukan calang-calang.
 
Jika ingin mengkritik saya fikir, kritik secara ilmiah dan berdasarkan dalil 
dan pendapat ulama' muktabar juga. Barulah kita dapat menghayati perbezaan 
pendapat. Bukan secara emosional.
 
Dan kedua, tidak perlu merendah-rendahkan keupayaan Ulamak muktabar seperti 
Syeikh Yusuf Qardhawi dan memberi contoh seolah olah Syeikh Yusuf al Qardhawi 
itu tidak mempunyai akal sehingga keluar kenyataan "Mungkin orang macam ustaz 
tak Ghairah bila salam dengan perempuan muhrim.. tapi saya pasti ghairah... 
jadi saya tak salam... tak sentuh pun.. saya bawak gi karaoke je.. apa kata 
Qardowi..??". Bagi saya itu tidak manis dan kurang nilai islamnya kerana kurang 
penghormatan terhadap seorang ulamak Muktabar.
 
Salam
Dr Azwan
www.drazwan.blogspot.com
 
 


--- On Sun, 5/31/09, j...@yahoo.com  wrote:


From: j...@yahoo.com 
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] TAK HARAM SALAM PEREMPUAN
To: "Ikhwanul Muslimun" 
Date: Sunday, May 31, 2009, 2:59 PM












Alhamdulilah, terima kasih Rozaimy kerana faham dgn betul apa yg saya tulis. 
Tidak sbg mana setengah rakan2 yg agak tergesa2 & emosional.

Rgds,
Jailani

--- On Tue, 26/5/09, roza...@yahoo. com  wrote:


From: roza...@yahoo. com 
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] TAK HARAM SALAM PEREMPUAN
To: "Ikhwanul Muslimun" 
Date: Tuesday, 26 May, 2009, 9:19 AM




Pandangan ustaz tu tak sesat, 


itu sebab dia kata 'salam' itu tidak menimbulkan ghairah.
setahu aku le, kalau dlm majlis-majlis bila bersalam tak rasa ghairah pun.
tetapi kalau kita jenis salam terus ghairah... kita kena check diri kita.


Ustaz tu cuma kata bersalam, bukan meraba atau bercium. kena baca betul-betul.


malah dlm mahzab hambali, bersentuhan tak batal wuduk.
kalau ikut mahzab shafie batal wuduk. So kita kena kaji dulu sebelum main 
hentam ustaz.
walaupun kebanyakkan kita mengikut mahzab shafie, tetapi pandang mahzab lain 
masih boleh 
diguna pakai seperti kaedah bayaran zakat bulanan. 


Nabi muhammad tidak pernah bersalam dgn perempuan bukan muhrim.





2009/5/17 










Assalamualaikum. ..
 
Ye ker gitu ustaz..tak sesat ker pandangan ustaz ini... dan tak menyesatkankah 
ia.. Sebagai seorang islam saya ingin mengingatkan ustaz bahawa siksaan neraka 
itu sangat pedih dan dia digambarkan dengan jelas dalam Quran saya dan Quran 
Ustaz.. Apa sebenrnya tujuan Ustaz keluarkan penyataan ini.. dengan hujah yang 
begitu ilmiah dan sandaran kepada Ulamak-ulamak yang ustaz suka..
 
Tidakkah ustaz fikir bahawa pembaca-pembaca orang biasa macam saya akan 
terpengaruh dengan pandangan seorang ustaz macam ustaz (yang kelihatan berimej 
dan berhujah sebaagai ustaz)
 
Bagi saya orang biasa yang bukan ustaz ini.. Ugama Islam itu mudah ia untuk 
diamalkan seadanya dan keseluruhannya. .. bukan untuk dipilih-pilih yang 
berkenan dihati..
 
Ustaz... bukan taraf saya berhujah dengan ustaz tapi kedudukan saya orang biasa 
sebagai yang bertanya dan Ustaz yang menjawab..
 
1. Mungkin orang macam ustaz tak Ghairah bila salam dengan perempuan muhrim.. 
tapi saya pasti ghairah... jadi saya tak salam... tak sentuh pun.. saya bawak 
gi karaoke je.. apa kata Qardowi..??
2. Kalau kata ustaz dalam Quran dan hadis ustaz dan sepakat ulamak ustaz tidak 
ada hadis sahih yang mengharamkan bersalam dengan perempuan mahram... tolong 
chek kat saya adatak nas/dalil dalam Quran/hadis/ hujah umak ustaz yang 
mengharamkan cium ker, raba pungkoq ker... gesel-gesel ker..dengan perempuan 
muhrim dengan keadaan TAK STIM
3. Ulamak ustaz AlQardowi tu selalu ker salam dengan perempuan mahram...
4. Nabi Muhammad ngan sahabat sahabat dia yang RatdiAllahu anhu tu selalu ke 
salam dengan perempuan muhrim..?
5. Kalau saya letak parang kar leher ustaz suruh ustaz makan babi... ustaz 
makan tak... kalau ustaz makan waktu tu haram tak??... kalau tak haram bolehla 
lepas ni Ustaz tulis tajuk.. " MAKAN BABI TAK HARAM"
 
 
Maafkan saya Ustaz kalau terkasar...
 
Wassalam..
Murid Ustaz..




Daripada: "j...@yahoo.com" 
Kepada: Ikhwanul Muslimun 
Dihantar: Rabu, 6 Mei, 2009 3:11:07
Subjek: Help Palestine [hidayahnet] TAK HARAM SALAM PEREMPUAN








Sebenarnya, berkaitan dengan perbuatan bersalaman antara lelaki dan perempuan 
(bukan mahram), tiada sebarang ayat Al-Quran mahupun hadith-hadith sahih yang 
disepakati para ulama’ hadith yang mengharamkannya
 
BACA SELANJUTNYA
http://ustjai. wordpress. com/2009/ 05/06/tak- haram-salam- perempuan/






New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!




Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @

Re: Help Palestine [hidayahnet] Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan?

2008-12-15 Terurut Topik abi teha
Salam,
minta sumber kajian tersebut diberitahu sekiranya ada artikelnya. Ini penting 
untuk saya  sertakan di dalam artikel blog saya.
 
Dr Azwan
www.drazwan.blogspot.com

--- On Thu, 12/11/08, resp...@yahoo.com  wrote:

From: resp...@yahoo.com 
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum 
Dimakan?
To: "Ikhwanul Muslimun" 
Date: Thursday, December 11, 2008, 9:47 PM






Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan?

Dilulus terbit pada Thursday, December 11 @ 18:54:35 MYT oleh TokPenghulu

Oleh edika_isk

"Barat
termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih
haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak
berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama
ketika amalan korban pada Aidiladha.

Malah, ketika kempen
keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan
amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan
betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.

Di Barat,
undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan
elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu
pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.Selain itu, kononnya tindakan
mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia
mati.Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?

Pendirian
Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah
jelas terutama membabitkan daging.Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah
menyatakan:

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan
darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana
yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan
mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas,
kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama
berhala." (Tafsir al-Rahman, Jakim).

Babi satu-satunya binatang
yang tidak mempunyai leher. Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan
daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap
dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya
sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher
untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji
pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr
Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman,
mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging
yang bersih dan segar.

Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk
mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan
agama ketika menyembelih lembu atau kambing', menyimpulkan kaedah Islam
terbaik kerana lebih berperikemanusiaan. Mereka menyimpulkan bahawa
amalan mengenakan kejutanelektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh
seperti yang diamalkan oleh
Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.

Dalam
kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada
otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan
terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.Beberapa ekor
haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan
pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan
lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).

Ketika
ujian dijalankan, rekod electroencephalogra ph (EEG) dan
electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan
jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah
CBP. Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama
ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf
sama seperti sebelum penyembelihan.

Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan
ketika
atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat
kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini
disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.

Selepas enam
saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai
sebarang kesakitan. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar,
jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat
tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar
dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan,
menurut penyelidikan itu.

Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah
CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan
EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.Jantung haiwan itu
berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan
yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul
dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan."

Di cilok dari :  Sumber















  

Help Palestine [hidayahnet] Cacing Tanah (Red worm) Untuk Dijual. Murah!

2008-06-24 Terurut Topik abi teha
Assalamualaikum,
   
  Sila lawat link ini 
http://drazwan.blogspot.com/2008/06/cacing-tanah-untuk-dijual-murah.html

Untuk makluman semua pembaca, kepada sesiapa yang ingin membeli cacing tanah 
(Red Worm / Lumbricus Rubellus) untuk tujuan induk atau penghasilan baja kompos 
(vermikompos) boleh hubungi saya dengan segera 012-9597074 atau email kepada 
[EMAIL PROTECTED] 
   
  Saya jamin harga yang saya beri adalah antara yang terbaik dan di bawah 
pasaran.

Untuk pembelian 100 kg ke atas, kos penghantaran adalah ditanggung oleh saya. 
   
  Untuk pembelian kecil (untuk kegunaan sendiri) juga adalah dialu-alukan.

Baja organik cacing (vermikompos)

Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun 
serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman 
sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. malahan merupakan 
baja organik yang mesra alam.

fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Artinya 1 kg 
vermikompos bersamaan 3 kg baja kimia.

Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat 
meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga 
tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.

Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap 
(phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & 
phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, 
penggalak pertumbuhan/buah dll.

Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos:
* kurang pembajakan antara musim
* kurang masalah perosak
* pertambahan pengeluaran hasil
* mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)
* penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila 
mutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memulihkan tanah agar 
pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.
  Ini adalah peluang anda untuk membeli baka induk cacing merah lebih murah 
dari pasaran. Sila hubungi saya dengan segera Dr Azwan @ 012-9597074 atau 
hantar email [EMAIL PROTECTED]   atau lawat blog www.drazwan.blogspot.com 

   

Re: Help Palestine [hidayahnet] bukan tukar baju tapi wajibkan pakai tudung labuh..

2008-06-16 Terurut Topik abi teha
Sdr Imrans,
   
  Saya setuju. Memang akan menimbulkan fitnah yang sangat besar kepada Islam 
kalau orang bukan Islam pun kena pakai apa yang orang Islam pakai di sekolah 
(Menarik di UIA di mana graduan bukan Islam pun kena bertudung di dalam 
kuliiyyah sebagai satu dress code). Dan di peringkat sekolah dan kementerian ia 
pasti tidak akan disokong. 
   
  Tetapi kita berbincang tentang uniform sekolah. Pada sebahagain sekolah, 
tudung bukan wajib dipakai. Uniform pada maksudnya yang tersendiri adalah 
"sama". Bagaimana kita nak samakan pemakaian orang Islam dan bukan Islam dari 
sudut pakaian itu sendiri, tetapi pada masa yang sama menjaga batas pandang dan 
tidak terlalu jarang. 
   
  Contohnya dengan mewajibkan pemakaian baju singlet berlengan di bahagian 
dalam di sekolah-sekolah dan menetapkan denda di peringkat Kementerian sendiri 
sekiranya ia tidak dilaksanakan. Ia juga tidak banyak melibatkan kos. 
   
  Penetapan penukaran warna boleh dilaksanakan secara berperingkat-peringkat 
bermula dari tingkatan satu. Pemakaian tudung kepada orang Islam sangat-sangat 
digalakkan. Kecuali pihak kementerian bersetuju untuk melaksanakan dasar pakai 
tudung sebagai dress code yang wajib sebagaimana di sekolah menengah agama.. 
   
  Isu wajib pakai tudung cuma boleh berjaya kalau guru sendiri pakai tudung. 
MAcamana nak wajibkan pelajar Islam kita pakai tudung labuh kalau guru kita pun 
tak pakai tudung, 
   
  Yang penting sebagai ibu bapa, kita ajar anak-anak perempuan kita menutup 
aurat seperti yang diajar oleh Rasulullah. InsyaAllah, kesannya mungkin akan 
kita lihat dalam 10-20 tahun lagi. Ramai wanita sekarang bertudung akibat usaha 
yang dilakukan oleh para ulamak kita 30-40 tahun yang lalu. Padahal 30-40 tahun 
yang lalu, bertudung biasa pun sudah dianggap sesuatu yang ekstrim. 
   
  Wallahu A'lam. 
   
  [EMAIL PROTECTED]

[EMAIL PROTECTED] wrote:
  
Assalamualaikum akhi abi teha, didalam surah al-baqarah Allah telah berfirman 
antara lain maksudnya..."tiada paksaan dalam beragama".jadi untuk 
menyamaratakan islam dan bukan islam dalam berpakaian akan memberi implikasi 
yang tidak baik pada agama kita. Ianya akan menimbulkan fitnah kepada islam itu 
sendiri...waulahu'aklam. 



abi teha 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com   06/05/08 02:28 PM   Please 
respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
  "Ikhwanul Muslimun"cc
Subject
  Re: Help Palestine [hidayahnet] bukan tukar baju tapi wajibkan pakai tudung 
labuh..
  



Cadangan itu memang sesuai untuk difikirkan walaupun perlakasanaannya di 
peringkat Kementerian saya kira tidak mungkin berjaya. Sekarang ini pun semua 
pelajar perempuan sekolah agama memang wajib pakai tudung labuh, untuk 
melaksanakan di semua sekolah tentu akan mendapat pandangan yang berbeza2.
Tapi yang pakai baju kurung bukan orang Islam sahaja. Bagaimana dengan bukan 
Islam yang pakai baju kurung. Jikalau anak melayu sahaja yang pakai tudung 
labuh tapi yang pelajar perempuan bukan Islam masih lagi pakai pakaian yang 
sama, tujuan asalnya tidak tercapai dan tidak dapat dimanfaatkan. Biarlah 
cadangan itu secara menyeluruh perlaksanaannya. Maka manfaatnya juga dapat 
dirasakan bersama-sama - Islam dan bukan Islam. Salam. 
  
Dr Azwan 
www.drazwan.blogspot.com

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote: 
Salam... 
  
  Kedengaran juga banyak cadangan supaya baju seragam sekolah pelajar perempuan 
ditukar... rasanya langsung tidak praktikal... Bagi pelajar perempuan Islam 
kerajaan perlu mewajibkan mereka bertudung labuh menutup bahagian dada bukan 
tudung kecik tiga segi. Bukanlah ianya lebih baik disamping memenuhi 
tuntutan agama... Pelik juga masih ada orang melayu Islam yang masih nak 
meminggirkan hukum Allah ni. Guna logik akal untuk menyelesaikan masalah yang 
kadang-kadang di luar batas pengetahuan manusia.. Allahuakbar. Dialah yang 
mencipta nafsu manusia dan Dialah yang mencipta anak adam ini.. Dia dah buat 
hukum agar wanita menutup aurat untuk mengelakkan segala gangguan2 ini.. Kenapa 
kita masih nak lawan Allah dan berdolak dalih lagi???

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote: 
rasanya lah kan menukar baju seragam sekolah pelajar perempuan sahaja adalah 
tidak adil.sepatutnya pelajar lelaki pun kena tikar sekali baju sekolah 
mereka.apa yang saya katakan tidak adil adalah kerana sudahlah pelajar 
perempuan tak buat pape tapi stil menjadi mangsa seks,tetapi lelaki pun lagi 
teruk.,diorang lah yang melakukan jenayah seks iti.tak adillah hanya menyuuh 
pelaja perempuan sahaja yang tukar baju seragam.kesian pelajar perempuan. 
  
kalau mereka kena pakai baju yang berwarna gelap,lagi kesian.sebagaimana yang 
kita tahu,pakaian warna gelap menyerap haba matahari lebih daripada pakaian 
warna putih.sudahlah mereka kena memakai tudung,ditambah pula pakaian 
gelap,mestilah mereka tidak selesa.lelaki hanya menyuruh sahaja.cubalah pakai 
tudung dan pakai baju w

Re: Help Palestine [hidayahnet] bukan tukar baju tapi wajibkan pakai tudung labuh..

2008-06-07 Terurut Topik abi teha
Cadangan itu memang sesuai untuk difikirkan walaupun perlakasanaannya di 
peringkat Kementerian saya kira tidak mungkin berjaya. Sekarang ini pun semua 
pelajar perempuan sekolah agama memang wajib pakai tudung labuh, untuk 
melaksanakan di semua sekolah tentu akan mendapat pandangan yang berbeza2. 
   
  Tapi yang pakai baju kurung bukan orang Islam sahaja. Bagaimana dengan bukan 
Islam yang pakai baju kurung. Jikalau anak melayu sahaja yang pakai tudung 
labuh tapi yang pelajar perempuan bukan Islam masih lagi pakai pakaian yang 
sama, tujuan asalnya tidak tercapai dan tidak dapat dimanfaatkan. Biarlah 
cadangan itu secara menyeluruh perlaksanaannya. Maka manfaatnya juga dapat 
dirasakan bersama-sama - Islam dan bukan Islam. Salam. 
   
  Dr Azwan
  www.drazwan.blogspot.com

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Salam...
   
Kedengaran juga banyak cadangan supaya baju seragam sekolah pelajar 
perempuan ditukar... rasanya langsung tidak praktikal... Bagi pelajar perempuan 
Islam kerajaan perlu mewajibkan mereka bertudung labuh menutup bahagian dada 
bukan tudung kecik tiga segi. Bukanlah ianya lebih baik disamping memenuhi 
tuntutan agama... Pelik juga masih ada orang melayu Islam yang masih nak 
meminggirkan hukum Allah ni. Guna logik akal untuk menyelesaikan masalah yang 
kadang-kadang di luar batas pengetahuan manusia.. Allahuakbar. Dialah yang 
mencipta nafsu manusia dan Dialah yang mencipta anak adam ini.. Dia dah buat 
hukum agar wanita menutup aurat untuk mengelakkan segala gangguan2 ini.. Kenapa 
kita masih nak lawan Allah dan berdolak dalih lagi???

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
rasanya lah kan menukar baju seragam sekolah pelajar perempuan sahaja 
adalah tidak adil.sepatutnya pelajar lelaki pun kena tikar sekali baju sekolah 
mereka.apa yang saya katakan tidak adil adalah kerana sudahlah pelajar 
perempuan tak buat pape tapi stil menjadi mangsa seks,tetapi lelaki pun lagi 
teruk.,diorang lah yang melakukan jenayah seks iti.tak adillah hanya menyuuh 
pelaja perempuan sahaja yang tukar baju seragam.kesian pelajar perempuan.
   
  kalau mereka kena pakai baju yang berwarna gelap,lagi kesian.sebagaimana yang 
kita tahu,pakaian warna gelap menyerap haba matahari lebih daripada pakaian 
warna putih.sudahlah mereka kena memakai tudung,ditambah pula pakaian 
gelap,mestilah mereka tidak selesa.lelaki hanya menyuruh sahaja.cubalah pakai 
tudung dan pakai baju warna gela di bawah matahari.pasti mereka akan tahu pe 
yang pelajar perempuan alami.dengan pakai stokin lagi,arm sock lagi.
   
   
  

"Topeng Perak"@yahoo.com wrote:
  
'Tukar baju elak gangguan seks'
Dilulus terbit pada Friday, May 23 @ 09:26:11 MYT oleh SongkokPutih 
 Oleh sripetaling

"Ketika penulis melayari malaysiakini mata penulis terterjah kepada satu berita 
yang disiarkan oleh Malaysiakini yang bertajuk 'Tukar baju elak gangguan seks'. 
Menurut berita itu , cadangan ini alah dibangkitkan oleh Persatuan Kebangsaan 
Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), syabas diucapkan kepada pertubuhan ini kerana 
peka terhadap masalah sosial di Malaysia ini (Namun sebab apa Malaysiakini 
bangkitkan isu ini belumlah penulis dapat agak, penulis berharap jangan pula 
Malaysiakini mensensasikan berita ini untuk memulakan kempen untuk mencetuskan 
bantahan terhadap cadangan ini di atas dasar kebebasan peribadi secara mutlak!).




Dewan Muslimat PAS serta NGO-NGO yang lain diharap segera memberi sokongan 
tidak berbelah bahagi terhadap cadangan ini di samping meminta satu etika kod 
pemakaian Islam di kuatkuasakan ke atas kakitangan kerajaan yang beragama ISLAM 
dan berpakaian sopan kepada non-Muslim(termasuk ke atas keluarga pemimpin 
kerajaan yang beragama Islam-BN dan PR !).Artis-artis dan atlet-atlet juga 
hendaklah tidak terlepas daripada kod ini ( Pereka fesyen pula hendaklah 
terlibat sama untuk memberikan alternatif kepada golongan ini berdasarkan kod 
etika yang telah digariskan oleh Islam). Mufti-mufti pula hendaklah 
mengeluarkan satu sokongan terhadap cadangan yang dikemukakan ini. Peringkat 
permulaan mungkin boleh dimulakan ke atas agensi kerajaan dan kemudiannya 
dilaksanakan ke atas peringkat-peringkat yangseterusnya.

Kita ikuti laporan penuh berita tersebut yang dipetik dari laman web 
Malaysiakini.com :


Tukar baju elak gangguan seksMay 21, 08 5:39pm  Kementerian 
Pelajaran dicadangkan menukar pakaian seragam pelajar perempuan bagi menangani 
jenayah seksual melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum perkahwinan dalam 
kalangan mereka.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, kementerian boleh 
menukar baju putih kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak 
jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan. 

"Baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan 
menyebabkan ada daya tarikan di situ," kata pemimpin wanita PKPIM, Munirah 
Bahari hari ini.

"Lebih-lebih lagi ia (baju jarang) akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka 

Re: Balasan: Help Palestine [hidayahnet] Tukar Baju untuk Elak Gangguan Seks

2008-06-04 Terurut Topik abi teha
Saya tak pasti lelaki dulu lain dari sekarang,
   
  Tapi budak sekolah menengah sekarang dahulu pada pendapat saya agak berbeza 
dari budak sekolah menengah sekarang. Kalau 30-40 tahun dahulu, budak 15 tahun 
masih belum mengerti persoalan seks dan seksualiti. Budak sekolah menengah 
sekarang di dalam handphone melambak2 video klip lucah, itu tak termasuk yang 
buat hubungan seks sembunyi2. 
   
  Tak hairanlah lagi ramai anak luar nikah dilahirkan. Ramai budah sekolah 
mengandung pada usia persekolahan. 
   
  Kita bukan cakap pasal rogol saja, kita bercakap pasal masalah akhlak muda 
mudi sekarang. Kita becakap pasal kelakuan anak-anak lelaki kita dan anak-anak 
perempuan kita. Dan mereka ini umpama cermin buat masyarakat. Jika mereka 
rosak, cerminnya adalah masyarakat yang rosak. Ini adalah tanggungjawab kita 
bersama sebagai ibu bapa. 
   
  Usah buat seolah2 ini masalah sexist atau feminisme.   
   
  Dr Azwan
  www.drazwan.blogspot.com
  

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
adakah baju itu pengundang musibah atau adakah apa dalam fikiran si 
pemikir itu yang menyebabkan musibah?  
   
  uniform sekolah menengah pada tahun 70an memaksa semua pelajar perempuan 
memakai pinafore (skirt pendek sehingga ke lutut) dan kemeja puith berlengan 
pendek untuk di pakai di dalam.
   
  dan juga menghadiri kelas jasmani dengan berseluar pendek - juga di wajibkan. 
tetapi tidak pulak kedengaran keluhan guru atau pelajar lelaki mengenai naik 
syahwat sehingga tak boleh concentrate belajar atau mengajar? atau sehingga 
mahu di rogol pelajar perempuan itu? ramai juga murid lelaki pada masa itu yang 
mempunyai pencapaian cemelang dengan di kelilingi oleh pelajar perempuan 
memakai skirt pendek.
   
  kenapa menyalahkan pakaian uniform untuk bersikap kebinatangan? 
   
  mengapa sekarang ni baru jadi satu issue? adakah lelaki dahulu lain dari 
lelaki sekarang? 
   
  mungkin juga saudara tidak terfikir bahawa pelajar perempuan juga mempunyai 
nafsu yang sama kepada pelajar lelaki yang memakai seluar pendek untuk 
bersukan? kepada yang mempunyai susuk tubuh yang menghairahkan? apa harus 
saudara lakukan untuk mengelakan dari fikiran yang sebegitu?  adakah saudara 
akan menyarankan bahawa semua pelajar lelaki dan guru lelaki untuk tidak 
berpakaian indah dan cantik untuk kesekolah. atau tidak perlu menyembur minyak 
wangi supaya pelajar perempuan tidah naik syawat apabila terbau?
   
  berlaku adil lah saudarajika rohani anda kotor maka kotor lah segala2.
   
  Saudara ada mempunyai tanggung jawab yang amat besar. Lakukan lah yang 
terbaik untuk setiap ummah.
   
  mungkin juga harus mengubah cara berpakaian dan pada waktu yang sama juga 
mengubah cara kita berfikir.
   
  Iman

"Topeng Perak"@yahoo.com wrote:
  
Tukar Baju untuk Elak Gangguan Seks
Dilulus terbit pada Saturday, May 24 @ 14:33:39 MYT oleh SongkokPutih 
 Oleh Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan

Cadangan dan gesaan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM ) 
terhadap Kementerian Pelajaran agar menukar baju putih yang menjadi uniform 
pelajar sekolah sebelum ini kepada pakaian berwarna agar tidak menarik 
perhatian mata lelaki yang mengundang jenayah seksual adalah suatu yang sangat 
baik dan wajar .  Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan sokongan yang tinggi 
terhadap cadangan tersebut dan turut mendesak agar pihak Kementerian Pelajaran 
segera mengambil tindakan sesuai dengan tuntutan agama yang mendidik agar kita 
senantiasa menutup apa jua ruang dan peluang yang menghela ke arah jenayah dan 
mungkar . ( Sadduz Zarai' )

Peningkatan jenayah dan gangguan seksual dikalangan pelajar sekolah semakin 
parah dan membarah. Pihak Kementerian tidak sewajarnya memandang sebelah mata 
dan hanya mengeluh setiap kali kes baru membabitkan jenayah seksual pelajar 
sekolah dilaporkan.  Islam telah menggariskan etika berpakaian dan imej 
penampilan bagi mengurang dan mengelakkan jenayah seksual ini berlaku secara 
berleluasa.  Menutup aurat dan berpakaian sopan serta sesuai agar tidak 
menampakkan bentuk tubuh dan bayang pakaian dalam , adalah suatu yang asas 
dalam Islam bagi menjamin ketenangan dan keselamatan kaum wanita itu sendiri .  
Dewan Pemuda PAS Pusat sangat yakin bahawa apa yang telah dicadangkan oleh 
PKPIM itu bukan sahaja telah didahului oleh kajian dan penelitian terhadap kes 
yang berlaku tetapi juga mewakili keresahan dan kegelisahan ibubapa berkait 
dengan peningkatan kes cabul , zina ,salah laku dan rogol yang melibatkan 
pelajar sekolah .  Uniform Baju putih sememangnya perlu dinilai semula kerana
 kini menjadi trend oleh sebahagian pelajar perempuan mengenakan pakaian dalam 
berwarna dan menyerlahkan bayang pakaian dalam mereka dan ia menarik perhatian 
lelaki yang rosak akhlak, bahkan terdedah kepada risiko berlakunya jenayah 
seksual ke atas diri mereka. Perkara seperti tidak boleh dianggap remeh dan 
dipandang kecil kerana ia boleh mengundang musibah .  Pihak Kementerian 
Pelajaran digesa membuat kajian semula terhada

Help Palestine [hidayahnet] Baju Kurung Putih dan Jenayah Seksual

2008-05-31 Terurut Topik abi teha
Artikel ini ditulis Oleh Dr Azwan untuk www.drazwan.blogspot.com

Assalamualaikum,

Pemakaian baju kurung putih jarang telah menimbulkan satu polemik baru di 
kalangan umum. Isu yang ditimbulkan oleh PKPIM ini sebagai wadah persatuan 
pelajar Islam di Malaysia saya kira memang agak relevan terutama ketika negara 
menghadapi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja, dengan kisah 
video-video klip di kalangan pelajar melayu perempuan dan lelaki dan kes-kes 
rogol yang berleluasa tidak kira umur mangsa.

Saudara abahfateh di dalam blognya berkenaan isu ini menyatakan bahawa 
perkembangan fizikal tubuh remaja perempuan berlaku pada umur persekolahan ini. 
Mereka yang melihat suasana ini dan tidak dapat mengawal pandangan dan iman, 
boleh mengundang kepada jenayah seksual.


Menurut abahfateh, ada pelajar perempuan yang memakai tudung di sekolah akan 
menanggalkan tudung mereka apabila keluar dari sekolah. Ini akhirnya 
menampakkan pakaian dalam (coli) melalui baju kurung jarang yang dipakainya. 
Apatah lagi kalau warna pakaian dalam itu adalah bewarna garang seperti merah, 
hitam atau biru.


Saya tahu bahawa terdapat pihak sekolah yang mewajibkan memakai singlet kepada 
semua pelajar perempuan untuk mengatasi masalah ini. Denda akan dikenakan 
kepada sesiapa yang tidak memakainya. Syabas kepada mereka. Tetapi adakah semua 
sekolah melaksanakannya? Saya kira tidak.


PKPIM boleh mencadangkan kepada Kementerian untuk mewajibkan pemakaian singlet 
berlengan sebagai pakaian wajib bersama baju kurung putih sekiranya cadangannya 
untuk menukar warna uniform tidak berjaya. Malah PKPIM boleh membawa isu ini ke 
NUTP untuk diketengahkan sekiranya perlu. Saya kira memakai singlet berlengan 
tidak membebankan ibu bapa yang mempunyai ramai anak bersekolah berbanding 
menukar warna uniform seperti yang dicadangkan yang boleh melibatkan kos.


Berbalik kepada persoalan mangsa dan pemangsa. Kebanyakan pendapat yang tidak 
bersetuju dengan cadangan ini terdiri dari bukan melayu dan non-muslim. Kalau 
dipetik kenyataan di Utusan Malaysia yang menentang isu ini, selain daripada 
Menteri Pelajaran, Dato' Hishamuddin sendiri, rata-rata yang lainnya adalah 
bukan melayu dan bukan Islam yang terdiri daripada NGO. Kebanyakan NGO melayu 
dan Islam saya rasa bersetuju dengan pendapat ini cuma dari segi perlaksanaan 
sahaja mungkin ada yang berbeza pendapat. Saya masih belum mendengar pendapat 
NUTP lagi.

Ada pendapat yang menyatakan bahawa, mangsa rogol boleh terdiri daripada budak 
berumur 10 tahun dan ada juga nenek yang menjadi mangsa rogol. Bermakna semua 
orang boleh menjadi mangsa rogol, bukan budak belasan tahun sahaja. Jadi mereka 
tidak boleh disalahkan di atas tindak tanduk orang lain. Saya ingin memberi 
respon.


Mengikut hukum statistik, kebanyakan data yang dicatatkan ia akan menurut 
bentuk loceng (bell-shape). Sama ada ia "skewed" ke kanan atau ke kiri itu 
persoalan lain. Tetapi maksimumnya akan berkumpul di tengah.

Contohnya, kebanyakan bayi lelaki berumur 1 tahun mempunyai berat purata di 
dalam lingkungan 10 kg. Maknanya 100 orang bayi lelaki yang ditimbang pada umur 
1 tahun, kemungkinan 80% mempunyai berat dari 9kg -11kg. Sekiranya baki 5 orang 
bayi mempunyai berat 13 kg dan 7 kg, bermakna mereka terkeluar daripada catatan 
normal berat bayi. Jadi adakah ini wajar diambil kira?. Mereka mungkin 
mempunyai masalah kesihatan atau kurang nutrien. Oleh itu lihatlah yang ketara 
(Please see the obvious!!).


Apa yang ingin saya sampaikan ialah, lihat umur mereka yang ramai menjadi 
mangsa rogol. Mereka adalah di kalangan umur remaja sekolah sehingga ke 
universiti. Menjadikan budak umur 10 tahun atau nenek 60 tahun yang dirogol 
patut dikurangkan sebagai asas polemik ini kerana ia mungkin kes-kes terpencil 
tetapi diperbesarkan di dalam akhbar. (Ini juga mencerminkan nilai masyarakat 
yang semakin bobrok).

Jadi adakah dengan mengawal pakaian anak-anak perempuan kita ini jenayah rogol 
boleh berkurang? Pendapat yang ingin dibawa ialah bukan pakaian yang patut 
dijaga, semua orang berhak memakai pakaian apa yang mereka ingin pakai. Itu 
adalah kebebasan individu. Yang terpaling penting ialah moral individu "bakal" 
perogol itu yang patut dipersoalkan. "Bakal" perogol ini yang patut diajar dan 
dididik untuk menghormati mangsa yang "akan" dirogolnya itu. Sekiranya mereka 
boleh diajar dan didik dengan sebaik-baiknya maka kejadian rogol ini akan 
dielakkan. Benarkah?


Satu persoalan di sini, bagaimana kita ingin mengenal pasti status "bakal" 
perogol ini dan sekaligus mengawal dan mendidik mereka?. Mereka ini boleh jadi 
abang, adik, bapa, bapa saudara, kawan baik, kawan2 yang tak pernah jumpa, 
Ustaz, Doktor, Peguam, Ahli Perniagaan... siapa yang akan mengenalpasti bakal 
perogol ini? Mereka boleh jadi sesiapa sahaja. Ini kerana mereka manusia biasa 
yang adakalanya tinggi imannya pada satu ketika dan adakalanya lemah imannya.

Persoalan seterusnya adakah adil sekiranya hanya di satu pihak sahaja yang 
mengawal 

Re: Help Palestine [hidayahnet] 'Tukar baju elak gangguan seks'

2008-05-31 Terurut Topik abi teha
Salam,

Saya rasa isu ini releven. Ini bukan sahaja isu menutup aurat, tetapi memakai 
baju jarang yang  boleh menampakkan pakaian dalam terutama kepada anak-anak 
perempuan yang sedang di dalam pertumbuhan fizikal adalah sangat releven. Saya 
tidak rasa isu gangguan seksual adalah masalah ranting seperti yang pihak tuan 
sebutkan. 

Lagipun isu yang PKPIM bawa adalah isu pelajar Islam kerana PKPIM ialah 
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Maka sesuai lah isu ini 
diketengahkan. Saya tak nampak kematangan yang PKPIM cuba bawa sekiranya mereka 
membawa isu isteri PM seperti yang tuan sebutkan.

Dr Azwan
www.drazwan.blogspot.com
[EMAIL PROTECTED]

[EMAIL PROTECTED] wrote: Bukannya tidak baik 
teguran PKPIM itu. Cumanya kepimpinan PKPIM harus lebih matang
dalam memilih isu. Kalau nak sebut masalah, banyak, berjuta. Bukan setakat baju 
sekolah tu, tapi 
juga baju singkat nampak pusat, isteri PM dan menteri sendiri tak tutup aurat, 
orang dewasa hisap rokok sedangkan dia inginkan anaknya bebas rokok dan dadah, 
dll. Kalau nak sebut semua seumur hidup pun 
 tak habis.  Tumpukanlah kpd punca sesuatu masalah itu atau kpd masalah 
pokoknya dan perjuangkan yg itu. Insya Allah masalah2 ranting yg berjuta itu 
akan selesai.


2008/5/23 Perak" <"Topeng>:
  
'Tukar baju elak gangguan seks'
 Dilulus terbit pada Friday, May 23 @ 09:26:11 MYT oleh SongkokPutih 
  Oleh sripetaling

"Ketika penulis melayari malaysiakini mata penulis terterjah kepada satu berita 
yang disiarkan oleh Malaysiakini yang bertajuk 'Tukar baju elak gangguan seks'. 
Menurut berita itu , cadangan ini alah dibangkitkan oleh Persatuan Kebangsaan 
Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), syabas diucapkan kepada pertubuhan ini kerana 
peka terhadap masalah sosial di Malaysia ini (Namun sebab apa Malaysiakini 
bangkitkan isu ini belumlah penulis dapat agak, penulis berharap jangan pula 
Malaysiakini mensensasikan berita ini untuk memulakan kempen untuk mencetuskan 
bantahan terhadap cadangan ini di atas dasar kebebasan peribadi secara mutlak!).




Dewan Muslimat PAS serta NGO-NGO yang lain diharap segera memberi sokongan 
tidak berbelah bahagi terhadap cadangan ini di samping meminta satu etika kod 
pemakaian Islam di kuatkuasakan ke atas kakitangan kerajaan yang beragama ISLAM 
dan berpakaian sopan kepada non-Muslim(termasuk ke atas keluarga pemimpin 
kerajaan yang beragama Islam-BN dan PR !).Artis-artis dan atlet-atlet juga 
hendaklah tidak terlepas daripada kod ini ( Pereka fesyen pula hendaklah 
terlibat sama untuk memberikan alternatif kepada golongan ini berdasarkan kod 
etika yang telah digariskan oleh Islam). Mufti-mufti pula hendaklah 
mengeluarkan satu sokongan terhadap cadangan yang dikemukakan ini. Peringkat 
permulaan mungkin boleh dimulakan ke atas agensi kerajaan dan kemudiannya 
dilaksanakan ke atas peringkat-peringkat yangseterusnya.

Kita ikuti laporan penuh berita tersebut yang dipetik dari laman web 
Malaysiakini.com :


  Tukar baju elak gangguan seksMay 21, 08 5:39pmKementerian Pelajaran 
dicadangkan menukar pakaian seragam pelajar perempuan bagi menangani jenayah 
seksual melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum perkahwinan dalam kalangan 
mereka.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, kementerian boleh 
menukar baju putih kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak 
jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan. 

"Baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan 
menyebabkan ada daya tarikan di situ," kata pemimpin wanita PKPIM, Munirah 
Bahari hari ini.

"Lebih-lebih lagi ia (baju jarang) akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka 
melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai oleh 
pelajar perempuan di sekolah kerajaan. 

"Di sinilah punca yang boleh kita saksikan bahawa pelajar perempuan itu sendiri 
mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya. 

"Oleh itu terjadilah perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan 
sebagainya." 

Beliau mencadangkan kementerian menilai semula secepat mungkin baju seragam 
sekolah untuk pelajar perempuan.
  
Jika kementerian ingin mengekalkan seragam warna putih, katanya, PKPIM 
mencadangkan pelajar perempuan diwajibkan memakai singlet dalam atau tudung 
yang labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat. 

"Kami mengharapkan agar Kementerian Pelajaran bertindak tegas dalam menangani 
isu ini dan rombakan perlu dilakukan ke atas pemakaian pelajar perempuan demi 
memenuhi syariat dan tuntutan agama Islam," kata Munirah, naib presiden hal 
ehwal wanita PKPIM, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, sikap pelajar perempuan yang tidak tegas menjadikan mereka 
mangsa cabul. 

"Apa yang terjadi sekarang ialah mereka tidak tegas dan membiarkan diri mereka 
diperlakukan apa-apa sahaja oleh sesiapa," katanya.

Isu yang melibatkan keselamatan diri remaja, tegas Munirah, perlu diberikan 
perhatian oleh semua pihak. 

"Namun begitu, is

Re: Help Palestine [hidayahnet] MENCARI RUMAH SEWA BERDEKATAN PUTRA LRT

2008-05-29 Terurut Topik abi teha
Saya ada sebuah rumah untuk disewa di Vistana Condominium berhadapan HKL di 
sebelah grand season hotel. Fully Furnished. Terletak berhampiran LRT Chow Kit 
di hadapan dan LRT titiwangsa di belakang. Sewa RM 1700 sebulan. Available 1 hb 
June 2008
   
  Salam
   
  Dr Azwan
  www.drazwan.blogspot.com

"Mohd Azham Mohd Mokhtar"@yahoo.com wrote:
  Assalamualaikum semua

Di sini sya ingin meminta jasa baik tuan-puan,

Ingin pertolongan.

Sya sedang mencari rumah sewa yg berdekatan dgn putra lrt.

Harga tak kisah sgt aslakan dekat dgn lrt putra krn sya tiada transport.

Jika terjumpa iklan atau ternamapk sila email kepada sya. Terima kasih.
sekian

[EMAIL PROTECTED]


   

   

Re: Help Palestine [hidayahnet] Pengakuan Chef hotel 5 bintang

2008-04-29 Terurut Topik abi teha
Assalamualaikum semua pembaca. 

Saya adalah penulis sebenar kepada artikel ini. Lihat pautan dan artikel yang 
telah saya tulis
http://drazwan.blogspot.com/2008/04/restoran-hotel-5-bintang-halal-atau.html

Diharapkan kepada sesiapa yang ingin mengedarkan artikel ini jangan lupa beri 
kredit kepada penulis yang sebenarnya dan blog. Semoga semua orang mendapat 
manfaatnya.

Salam. 

Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin
012-9597074
www.drazwan.blogspot.com 
[EMAIL PROTECTED]





[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote: 
http://www.photoblog.com/pinkturtle/2008/04/26/
   
   
 
  
  1
   

  
  
 
   [input]   [input]   [input]   [input] 
  
  2
   
  

  
 
  Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama 
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara 
yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar 
celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali 
ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 
bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 
bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah 
syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di 
Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar 
berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi 
dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum  
tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang 
Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama 
menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran 
hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan 
(Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina tak ingat lagi dua). Setiap 
satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam 
buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. 
Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak 
mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen 
tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam 
masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah 
katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu  tentulah eksekutif Chefnya adalah 
seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar 
negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.
Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... 
sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin 
tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita...

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak 
mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam 
makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di 
dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau 
melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di 
Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak 
sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah 
lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap  saya, bukan sup sahaja makanan yang 
mengandungi arak.

Selain daripada Arak , ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. 
Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat 
beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi 
bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak 
nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork 
dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau 
terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali 
habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan
untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini 
adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi 
menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan 
Bangladesh .  Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. 
Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai 
arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal 
dihidangkan.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau 

Help Palestine [hidayahnet] Hidangan Restoran Hotel 5 Bintang - Halal Atau Haram?

2008-04-26 Terurut Topik abi teha
  Friday, April 18, 2008Hidangan Restoran Hotel 5 Bintang - Halal Atau 
Haram?   
  
Assalamualaikum,

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama 
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara 
yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar 
celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali 
ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 
bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 
bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah 
syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di 
Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar 
berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi 
dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum 
tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang 
Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama 
menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran 
hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan 
(Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina tak ingat lagi dua). Setiap 
satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam 
buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. 
Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak 
mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen 
tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam 
masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah 
katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah 
seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar 
negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak 
mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam 
makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di 
dapur sini.
  
BACA ARTIKEL SETERUSNYA... 
   
  www.drazwan.blogspot.com




   
-
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Re: Help Palestine [hidayahnet] UBAT : Original atau Generik?

2008-04-20 Terurut Topik abi teha
Salam.. 
   
  Adakah anda kenal ubat Augmentin yang dihasilkan oleh syarikat GSK? Saya 
percaya ramai yang mengenalinya. Ada ibu bapa yang tak boleh hidup tanpa 
Augmentin. Kalau anak batuk sikit, itulah ubat yang paling utama bermain di 
kepala. Ia adalah sejenis antibiotik berkuasa nuklear. Tetapi adakah anda kenal 
Co-Amoxiclav? Ia dihasilkan oleh syarikat pharmaniaga. Untuk pengetahuan anda, 
ia adalah antibiotik yang sama tetapi berlainan nama. Augmentin ialah ubat 
original dan Co-Amoxiclav adalah ubat generik... 
   
  Baca seterusnya... 
   
  www.drazwan.blogspot.com
   
  Salam.. 


   
-
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Re: Help Palestine [hidayahnet] JIHAD EKONOMI - BOIKOT PRODUK BELANDA !!

2008-04-03 Terurut Topik abi teha
DIPETIK DARI BLOG DR AZWAN..
  www.drazwan.blogspot.com
   
   
  JIHAD EKONOMI - BOIKOT PRODUK BELANDA !!
   
  Assalamualaikum.

Saya ingin memohon kerjasama semua agar mengedarkan senarai produk ini kepada 
semua rakyat Malaysia agar semua produk dari Belanda ini diboikot.

Ini adalah berikutan filem pendek FITNA yang dijaja dan diedar ke seluruh dunia 
oleh Geert Wilders, Ahli Parlimen Belanda yang bersifat perkauman dan suka 
menghina Islam.

Saya juga ingin memohon bantuan semua bloggers agar menjadikan Boikot ini satu 
usaha bersama agar lebih ramai umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia 
khususnya diberi peringatan dan pendedahan.

Pada pendapat saya ini adalah salah satu Jihad Ekonomi yang boleh kita jalankan 
kepada musuh Islam yang menghina dan mencaci kesucian agama Islam.

Menghina Nabi Muhammad seolah-olah menghina Allah. "Taatlah kepada Allah dan 
Taatlah kepada Rasul."


  PRODUK DARI BELANDA
(Sumber daripada PPIM)

  Lego -Kismis
Dutch Lady - Susu
Ferrero Roche - Coklat
Wall’s - Ais Krim 
  
Planta -Magerin
Lady’s Choice -Magerin
Knorr -Perisa Makanan
Lipton -Teh 
  Unilever -Syarikat 
Dumex -Susu Tepung 
Nutricia -Susu Bayi 
  Kinder Bueno -Coklat 
  Sunlight -Pencuci Pinggan
Dove -Mandian
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Slimfast -Produk Pelangsing
  Sunsilk -Shampoo
Fair & Lovely -Produk Kecantikan
Lux -Mandian
Vaseline -Lip Balm

Cif -Pencuci Lantai
Clear -Shampoo
Breeze -Pencuci Kain
Philips -Barangan Elektrik
Ing -Insurans 
  Shell - Minyak 
   
  senarai penuh ada di website ppim. 


   
-
No Cost - Get a month of Blockbuster Total Access now. Sweet deal for Yahoo! 
users and friends.

Re: Help Palestine [hidayahnet] ANTIBIOTIK - HARIMAU YANG KEHILANGAN TARING

2008-01-13 Terurut Topik abi teha
Assalamualaikum semua pembaca hidayah net.

Penggunaan Antibiotik secara meluas dengan sewenang-wenangnya menyebabkan 
banyak bakteria menjadi kebal. Ini bermakna antibiotik yang lebih kuat terpaksa 
digunakan. Menggunakan antibiotik yang lebih kuat bermakna lebih tinggi kos 
perubatan terpaksa ditanggung. Kenapa perkara ini berlaku? Tanggung jawab kita 
bersama untuk mengetahuinya dan mengelakkannya daripada menjadi semakin buruk. 

Saya ada menulis satu artikel perubatan berkenaan antibiotik. 
Ambil 5 min daripada masa anda untuk menambahkan sedikit ilmu. 

Dr Azwan (MBBS - UIAM)
www.drazwan.blogspot.com


   
-
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Help Palestine [hidayahnet] Negeri Selangor Juara Denggi

2007-12-11 Terurut Topik abi teha
Assalamualaikum... 
  Tolong sebarkan perkara penting ini :- 
   
  Negeri Selangor merupakan negeri yang mempunyai kejadian denggi TERTINGGI di 
Malaysia. Sebanyak 14,814 kes denggi telah dilaporkan pada 1 Januari 2007 
sehingga 1 Disember 2007 (48 minggu) berbanding sebanyak 12,284 kes sepanjang 
tahun 2006 dan 11,965 kes sepanjang tahun 2005. Ini adalah peningkatan 32% 
daripada tahun 2006.


Mengikut perangkaan statistik selama 10-18 tahun yang lepas, kadar insiden 
denggi di Negeri Selangor ialah sebanyak 100 kes setiap 100,000 populasi . 
Selepas tahun 2005 kadar ini telah meningkat kepada 300 kes setiap 100,000 
populasi. Ini adalah peningkatan 3 kali ganda! Sebanyak 33 kematian telah 
dicatatkan pada tahun ini.

  Jemput ke blog saya untuk mengetahui kenapa Selangor merupakan negeri yang 
paling tinggi kes Dengginya.. Apa itu denggi dan bagaimana untuk mengelakkan 
wabak denggi daripada menular... 
   
  Minta sampaikan perkara penting tentang denggi ini kepada orang lain...
   
  Salam,
  Dr Azwan
  www.drazwan.blogspot.com

   
-
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Re: Help Palestine [hidayahnet] Bakal Iklan Raya Yasmin Ahmad untuk Petronas Tahun Hadapan

2007-12-08 Terurut Topik abi teha
Cerita Pak ALi ini memang sesuai dijadikan iklan raya Petronas untuk tahun 
depan. Kalau ada sapa2 boleh cadangkan kepada Yasmin Ahmad untuk projek iklan 
raya dia tahun depan. 
   
  Yasmin Ahmad kan suka ambik CERITA RAKYAT untuk jadi bahan iklan dia macam 
iklan Burung Murai dan Iklan Orang Tua Makan Pinggan Plastik tuh.
   
  Tapi kena tambah la dengan elemen sedih sikit la last-last tuh.. biasalah 
Yasmin Ahmad specialty, tambah sket ngan lagu-lagu sedih.. dan mimik muka Pak 
Ali yang sedang bersedih.. InsyaALlah boleh hit! Rujuk blog saya untuk 
transkrip iklan tersebut
   
  Dr Azwan
  www.drazwan.blogspot.com

   
-
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Re: Help Palestine [hidayahnet] Membaca al-Qur'an di Kubur - Menjawab Ust Zamihan

2007-12-01 Terurut Topik abi teha
Syukran. Hujah yang baik dan sungguh meyakinkan. Lagi baik lagi kalau Hujah 
Ustaz Zamihan disertakan sekali supaya boleh dibuat perbandingan. :)
   
  Dr Azwan
  www.drazwan.blogspot.com

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
  Membaca Al-Quran di atas kubur 
Oleh Abu Syu'aib

Merujuk kepada tulisan yang ditulis oleh Zamihan Mat
Zain al-Ghari (penolong pengarah Institut Latihan
Islam Malaysia ILIM) di dalam berita harian bertarikh
Sabtu 17 November 2007, ruangan agama yang masih lagi
menyentuh berkenaan persoalan Membaca al-Quran di
kubur, saya ingin mengulas sedikit apa yang ditulis
oleh beliau. Zamihan berkata di dalam akhbar tersebut
“Ada banyak ayat al-Quran yang bersifat umum, tetapi
boleh dijadikan panduan bagi menjawab persoalan
apabila mafhum ayat itu dibincangkan serta diberi
tafsiran yang lebih mendalam”. Kemudian beliau
membawakan firman Allah surah al-Thur ayat 21, lalu
merumuskan amalan mereka yang masih hidup boleh
memberikan manfaat kepada si mati. (gambar perkuburan
Baqi' di madinah)

Dalam persoalan ini perlu diberi penjelasan bahawa isu
membaca al-Quran di atas kubur dan isu menyedekahkan
pahala kepada si mati merupakan dua isu yang berbeza.
Perkara yang hendak dibincangkan di sini ialah adakah
disyariatkan membaca al-Quran di kubur atau ianya
amalan yang tidak dicontohkan oleh rasulullah s.a.w.
dan para sahabat. Perbincangan adakah pahala yang
dikirimkan kepada si mati sampai atau pun tidak, maka
saya rasa perbincangannya bukan disini. Oleh yang
demikian kedua-dua perkara ini hendaklah dibezakan. 

Kesimpulan dari tulisan zamihan tersebut tiada satu
dalil pun yang dibawa dapat menyokong hujah beliau
bahawa amalan membaca al-Quran dikubur disyariatkan.
Kecuali hanya satu hadis yang dibawa, iaitu dari
Mubassyir dari Abdir Rahman bin al-Ala’ bin al-Lajlaj
dari bapanya bahawasanya dia berwasiat apabila dia
meninggal dan setelah dia ditanam dibacakan di sisi
kepalanya permulaan surah al-baqarah dan akhirnya.

Di dalam hadis ini terdapat rawi yang bernama Abdul
Rahman bin al-Ala’ bin al-Lajlaj dimana rawi ini
merupakan seorang yang tergolong di kalangan rawi-rawi
yang majhul (yang tidak dikenali) seperti yang
disebutkan oleh al-Imam al-Zahabi sewaktu menceritakan
biodata rawi ini di dalam kitabnya Mizanul I’tidal
(2/574, no 4925) dengan katanya: “tiada seorang pun
yang meriwayatkan daripadanya kecuali Mubasyar bin
Ismail al-Halabi”. Maka hadis yang terdapat di
dalamnya rawi yang tidak dikenali menyebabkan taraf
hadis dihukumkan oleh ulamak hadis seperti al-Albani
sebagai dhoif (lemah) tidak boleh dijadikan hujah di
dalam hukum hakam syarak. (Ahkamul Janaiz: 244)

Zamihan berkata: “Membaca al-Quran di atas kubur
ternyata bukan bid’ah yang sesat kerana ada nas yang
membuktikan bahawa Ibn Umar dan Abu Khalid al-Lajlaj
mendengar galakkan daripada Nabi s.a.w supaya di baca
ayat suci al-Quran di tanah perkuburan” Dakwaan
Zamihan ini batil kerana sesungguhnya sanad hadis yang
di bawa tidak sahih daripada Ibn Umar. Mendakwa
sahabat melakukan sesuatu yang tidak diajarkan oleh
nabi s.a.w. dengan riwayat-riwayat yang dhoif adalah
suatu tuduhan jenayah. Dan Tidak terdapat riwayat yang
menyatakan sahabat-sahabat yang lain melakukannya.
Adapun hadis-hadis yang menyatakan bacaan yasin,
bacaan Qulhu wallahu ahad dan sebagainya di atas kubur
kesemuanya maudu’ (palsu) dan La Asla lahu (tidak ada
asalnya).

Tujuan daripada menziarahi kubur bukan untuk membaca
al-Quran tetapi untuk mengambil I’tibar dan pengajaran
mengingati kematian. Abu Said al-Khudri berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya aku dahulu
melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah,
kerana padanya terdapat pengajaran. Hadis sahih
diriwayatkan oleh Ahmad (3/38/63/66) dan al-Hakim
(1/374-375). Dari Anas bin Malik bahawa nabi s.a.w.
bersabda: Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur,
sekarang ziarahilah, kerana padanya dapat melembutkan
hati, mengalirkan air mata dan memperingatkan akan
akhirat, dan jangan kamu berkata perkara yang tidak
baik. Diriwayatkan oleh al-Hakim (1/376) dengan sanad
yang hasan.

Mengapa tujuan ini tidak diutamakan apabila menziarahi
kubur untuk diterangkan kepada masyarakat selain hanya
menyuruh membaca al-Quran di atas kubur? Nabi bersabda
kepada Aisyah r.ha: sesungguhnya Tuhanmu memerintahkan
kepadamu pergi ke perkuburan baqi’ lalu pohonlah
keampunan dari Allah untuk mereka. Maka Aisyah
bertanya kepada Nabi s.a.w. apakah yang aku perlu
katakan? Nabi s.a.w. menjawab: ucapkanlah: Salam
sejahtera ke atas penghuni rumah ini (kubur) dari
kalangan Mukminin dan muslimin, semoga Allah merahmati
mereka yang telah mendahului kami dan yang terkemudian
dan sesungguhnya kami insya Allah akan menyusul
sesudah kamu semua. Hadis riwayat Imam Muslim (3/14). 

Sekiranya disyariatkan membaca al-Quran di kubur
mengapa nabi s.a.w. tidak menyuruh Aisyah supaya
melakukan yang demikian itu. Ini bercanggah dengan
kaedah yang masyhur berbunyi “Tidak boleh menangguhkan
penerangan di saat ianya diperlukan”. Kaedah ini

Help Palestine [hidayahnet] Mengapa Hydroquinone diharamkan?

2007-12-01 Terurut Topik abi teha
Assalamualaikum,
   
  Baru-baru ini Kementerian Kesihatan telah menarik balik lesen pendaftaran 
bahan kosmetik daripada sebuah jenama kosmetik terkenal di malaysia kerana 
mempunyai sejenis bahan racun berjadual dipanggil hydroquinone.
   
  Sekiranya ada kelapangan jemputlah datang ke blog saya untuk mengetahui 
bahaya yang terkandung di dalam hydroquinone iaitu bahan yang terdapat pada 
kosmetik pemutih. 
  
Wallahu A'lam
   
  Dr Azwan
  http://www.drazwan.blogspot.com
   

   
-
Get easy, one-click access to your favorites.  Make Yahoo! your homepage.

Help Palestine [hidayahnet] Bagaimana nak kurangkan 50% petrol

2007-11-27 Terurut Topik abi teha
Saya share satu artikel yang dipetik dari buku terbitan CAP tentang bagaimana 
nak kurangkan 50% penggunaan petrol dari kereta anda.
   
  Boleh diaplikasikan di dalam penggunaan kereta sehari-harian terutama krisis 
minyak naik harga sekarang
   
  Warm regards,
  Dr. Azwan
  www.drazwan.blogspot.com

   
-
Be a better pen pal. Text or chat with friends inside Yahoo! Mail. See how.

Help Palestine [hidayahnet] Neonatal Jaundice dan Perawatannya

2007-11-17 Terurut Topik abi teha
Saudara saudari yang dihormati sekalian.
  DIjemput menambahkan ilmu pengetahuan tentang Neonatal Jaundice di dalam blog 
saya.
   
  Terima kasih
  Dr Azwan
  www.drazwan.blogspot.com

   
-
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Re: Help Palestine [hidayahnet] Halal Pork

2007-11-09 Terurut Topik abi teha
Assalamualaikum... 
  A friend suggested to me that this might be a scam picture... which I can 
agree with. This picture is truly a pork, however a "halal" sticker was sticked 
on it. Then the picture was taken and posted. If you look carefully, the 
sticker covers a quarter of the manufacturer address. Usually "halal" logo is 
located in a space of its own on a product cover, but this picture doesnt 
suggest that.   I think this might be a provocation to us muslim. Those who 
think logically would not even think that any muslim body would approve such a 
ridiculous product as halal even it is a tofu. 
   
  Dr Azwan
  www.drazwan.blogspot.com 

"Asma Hanim"@yahoo.com wrote:
There is also a possibility that perhaps the pork meat refered here 
is not the actual thing but a vegetarian food. If anyone is familiar with 
vegetarian food, they actually have mock meat that looks and taste like real 
meat but is made of tofu. 
   
  Wallahu'alam. 
   
  But of course, they should investigate this thing. 
  

 
  On 11/4/07, appleblossom  wrote: di harap mana-mana 
pihak dapat mengambil tindakan
segera jika perkara ini betul2 berlaku.

> Date: Sat, 3 Nov 2007 15:09:52 + (GMT)
> From: [EMAIL PROTECTED]>
> Subject: Halal Pork
>> 
> > Inline Attachment Follows-
> 
> 
> Hi all,
> 

> be cautious
> 
> > Assalamualaikum, 
> > 
> I would like to raise a concern on an incident. I
> was given the attached pic from a fellow Chinese
collegue asking if its possible for pork to go halal.
This pic was taken from an NTUC branch with the date 
at the bottom but however, the person refuse to reveal
which exact branch this is from.
> 
> I hope you are able to step up some investigation on
> this. It really scares me thinking teenagers who 
would try out of curiousity or maybe a maid who don't
know much reading and depend on the Halal logo. Kindly
revert. Thanks.
> 
> Regards,
> 
> Dian Suhaimi
> 
> email: [EMAIL PROTECTED]
> 
> > 
> (See attached file: halalpork.jpg)
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
>
 
> You're not bound to your email address, it's a
> snitch to switch. Give Yahoo! Mail a try.
> http://uk.docs.yahoo.com/mail/isp_targeting2.html

__
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 







  

 

 __
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Help Palestine [hidayahnet] Satu pandangan - gambar siswi muslim memegang anjing & babi

2007-09-04 Terurut Topik abi teha
Assalamualaikum.. 
  Saya mengikuti perkembangan dan polemik internet berkenaan dengan cerita 
siswi memegang babi. 
   
  Oleh kerana saya juga seorang doktor (perubatan).. saya juga ingin berkongsi 
pendapat. 
  Pertama sekali babi telah jelas haram di dalam al-Qur'an, segala perbincangan 
bahawa dagingnya haram di kalangan ulama' juga jelas. Walaupun ada pendapat 
baru mengatakan pegang babi dibolehkan, saya pegang dengan tok guru agama saya 
dulu - pegang babi tetap haram. 
   
  Adakalanya di dalam bidang perubatan, kita terpaksa memegang sesuatu yang 
haram tetapi atas tugas dan tanggungjawab maka kita dibolehkan. Saya selaku 
doktor lelaki sedar bhw melihat dan memegang aurat wanita tidak boleh pada 
keadaan biasa, tetapi ketika memeriksa pesakit, ia dibenarkan. Cuma di dalam 
gambar itu, aksi memegang babi dan anjing, untuk sekadar bergambar merupakan 
perkara yang kurang sensitif terhadap agama Islam. Persoalan yang sama timbul 
jikalau seorang doktor suka-suka memegang aurat wanita bukan ketika merawat, 
tapi sekadar untuk suka2 atau bergambar.. ia tetap haram. Jadi ia berbalik 
kepada niat.  
   
  Soal "desensitisation" mengikut pendapat Dr. veterinar kita is debatable. 
Saya pernah diberitahu oleh seorang Professor saya masa belajar dulu, ketika 
beliau di Philliphines 20 tahun lalu, apa cara doktor mereka buat untuk 
desensitize para doktor nih ialah memasukkan mereka lelaki dan perempuan ke 
dalam sebuah bilik gelap dan ditutupkan mata. Dan di dalam masa setengah jam, 
mereka akan memegang dan meraba alat sulit di antara satu sama lain. Itu cara 
mereka "desensitize". Itu di filipina... Cuba dibuat di Malaysia.. Kita mungkin 
ada acuan yang berbeza.. Mungkin ada yang kena tampar...  
   
  Tentang hal ini, saya setuju kalau mereka desensitize dengan memegang babi 
atau anjing, tanpa glove beberapa kali dan kemudian samak atas tujuan 
pelajaran. Tetapi pegang untuk "pleasure" dan berbangga di depan kamera agak 
terkeluar daripada batas feqah dan hilang rasa sensitiviti terhadap hukum 
Islam. 
   
  Tentang menyayangi semua haiwan di dunia ini. Itu tidak dapat dinafikan. Kita 
semua patut menyayangi binatang. Orang Islam patut menjadi champion untuk 
menyayangi binatang. Tetapi mengambil pendekatan ekstrem barat untuk menyayangi 
binatang patut ada check and balance. Ada yang meninggalkan berbillion harta 
untuk seekor kucing. Nak sayang babi pun perlu ada ruangnya. Tak perlu sayang 
babi sampai berpeluk cium. Cukuplah sekadar menjaga kesihatan, memberi makan 
minumnya dan menjaga tempat tinggalnya. Kalau anda nak berpeluk cium dengan 
binatang, saya boleh cadangkan lembu atau kambing.. kenapa? kerana ia juga 
binatang domestik macam babi... dan yang lebih penting.. ia halal untuk 
dipegang... Wallahu A'lam. 
   
  Dr. Azwan
  www.drazwan.blogspot.com
   
  

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Terima kasih atas Tuan Doktor
   
  Saya gembira apabila ramai para doktor mempunyai kesedaran seperti ini
   
  Sebagai tambahan suka saya menulis begini
  Makhluk manusia adalah khalifah Allah dimukabumi ini
  Manakala manual panduan yang telah Allah berikan ialah Syariat
  Sumber syariat ialah al quraan dan hadis
  Tukang tafsirnya ialah para ulamak
  Oleh itu ikutlah tunjuk ajar ulamak
   
  Terima kasih

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Sebagai seorang doktor, banyak perkara perkara yang dipandang umum 
sebagai jijik, hina dan menggelikan terpaksa dihadapi. Bukan sekadar najis, air 
kencing, tetapi juga nanah, aurat manusia dan pelbagai lagi. Yang penting 
adalah nyawa. Menyelamatkan nyawa anugerah ALLAH. Kalau dah mati, halal atau 
haram sudah tidak ujud lagi dalam diari simati, hanya menanti rohnya 
dihimpunkan bersama penciptanya atau tidak. Dalam membicarakan soal soal ugama, 
seseorang perlu melihat ugama dalam keadaan yang menyelubungi alam semesta, 
yang bukan sahaja merangkumi negara Malaysia, tetapi juga satu dunia, dan kalau 
ada penghidupan juga dicakerawala cakerawala, Didalam dunia ini sendiri Islam 
ada pelbagai mazhab dan ikutan, sampai habis keliru semua manusia. Sebaik 
baiknya berpandulah kepada Al Quran dan Hadith dan kepada mereka yang arif 
mentafsirkannya. Kalau dah betul orang tu salah, betulkanlah dia. Tidak kiralah 
apa kedudukannya, Merepek dalam internet tidak pergi kemana. Orang
 yang dikutuk dan ditegur pun tidak tau. Mungkin mereka tersilaf, atas sebab 
cetek pendidikannya, dan pengaruh semasa. Hari ini saja banyak perkara dalam 
Islam yang tidak terungkaikan hingga bank pun nak bank Islam, permanian 
beradas, makanan Islam bukan Islam, macam macam lagi. Sedangkan ugama ini 
dijadikan untuk semua makhluk, bukan manusia sahaja, tumbuh tumbuhan, binatang 
binatang, batu batuan semua bertasbih kepada ALLAH AZAWAJALA. Tapi benarkah 
mereka ini muslim, hanya berdasarkan kepada gambar mereka bertudung lingkup. 
Hari ini banyak yang muslim tapi bukan Islam. Yang pandai mengaji pun bukan 
Islam, kerana tidak faham apa yang dibacanya d