Re: Help Palestine [hidayahnet] Lanjutan isu doa hindar H1N1 sesat

2009-09-01 Terurut Topik mohdshaiful . roseman
Salam ramadhan,
Terima kasih atas tambahan informasi yang diberikan. Sekurang2nya ada juga 
ruang untuk tambah ilmu dari orang lain.
Perbezaan pendapat itu hikmah. Secara tak langsung kita menampung kekuatan 
dan kekurangan masing2.

Walaupun begitu, tidaklah timbul hal mempersoalkan sesuatu tanpa usul 
periksa. Kalau dibaca dari pandangan Ust. Farid tu pun beliau telahpun 
membuat kajian dan rujukan beliau tentang hal ini, malah turut memberikan 
sumber rujukan beliau. Kalau kita boleh baca balik pandangan tersebut, 
termasuk komen2 yang diberikan, antara rujukan yang diberi termasuk

Kitab Mausuah Al-Adyan wal Firaq wal Mazahib Al-Fikriyyah Al-Muasiroh 
(Ensiklopedia Agama, Firqah dan Mazhab Pemikiran/Ideologi Masakini). 
Kesemua (6 kitab) kitab Sunnah Sittah (Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, 
Tarmizi, Abu Daud, Nasaie)

Hujah-hujah telah diberikan dari apa yang telah dikutip dari sumber 
berikut. Bukanlah orang kita suka membicangkan hal-hal ranting. Ini 
melibatkan soal akidah. Masyarakat sekarang adalah masyarakat prihatin, 
bukan menerima bulat2 setiap pernyataan/berita, malah akan mencari 
sumber2, dalil dan nas yang qat'i.

Saudara Amri telahpun memberi satu rujukan baru iaitu sebuah kitab lama 
(Kitab Kuning). Mungkin tak ramai yang tahu tentang hal ni. Kiranya 
bolehlah dikongsi bersama kitab apakah itu. Siapa penulis dan penyusunnya. 
minta diberikan lagi maklumat lengkap pasal kitab tersebut supaya kita2 di 
sini boleh mencari, menelaah dan berkongsi ilmu dari kitab tersebut, sebab 
saudara cakap 'orang sekarang' tak rujuk kitab lama.

Terima kasih juga kerana memberikan profil salah seorang mengamalnya. 
Bertambah lagi ilmu. Akan ramai yang akan terus mengkaji dan mengkaji lagi 
tentang hal ini.

Harap bersama berlapang dada dalam berhalaqah ilmu secara maya seperti 
ini. Janganlah kerana sumber itu diambil di access dari blog sebuat parti 
politik, menyebabkan ada satu stigma mengaitkan politik. Insya'allah, 
sama2lah kita ikhlas atas nama ilmu.


Mohd Shaiful Roseman





amri el wahab 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
08/26/2009 01:28 AM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
cc

Subject
Re: Help Palestine [hidayahnet] Lanjutan isu doa hindar H1N1 sesat






 



Salaam,
Sahabat sahabat sekalian.
Jangan lah jadi macam kaum peleceh atau macam orang politik, asyik 
mempelecehkan,mempersoalkan atau memperdebatkan perkara perkara yang 
ranting.Nanti oleh kerana sudah terlalu sibuk berbalah akhirnya lupa untuk 
berdoa..ramai orang sudah berdoa dengan doa ini dan sudah merasai 
Allah telah perkenankan nya.Kalau sesiapa ragu dengan nya carilah doa lain 
dan berdoa lah sungguh sungguh minta pada Allah.


 Doa saperti ini sekiranya kita tidak jumpai di dalam mana mana kitab 
bukan bererti dia tidak ada dan tidak pernah di amalkan oleh ulama ulama 
silam.(Bukan tidak ada tetapi belum di jumpai oleh orang agama zaman 
sekarang).Amat mendukacitakan orang orang agama zaman sekarang menolak 
amalan amalan yang seumpama ini yang pernah di amalkan oleh ulama ulama 
silam.Ulama ulama dahulu tentu ada asasnya untuk mengamalkan doa ini di 
mana warid nya tidak terjumpa oleh orang agama zaman ini .Mengapa? Mungkin 
kerana mereka sudah tidak menerima dan tolak kitab lama iaitu Kitab 
Kuning.

Tidak semestinya oleh kerana dalam doa itu disebut nama nama keluarga 
Rasulullah maka ianya di tuduh amalan Syiah dan sesat?

Seorang ulama terkemuka dekad 40an hingga 60an adalah pengamal dan adalah 
salah seorang di antara ulama ulama yang mengembangkan doa ini.Dia ialah 
Syeikh Muhammad Fadlullah bin Sheikh Muhammad bin Abdullah.(1886-1964).Dan 
ramai anak anak murid nya, salah seorang nya Mantan Mufti Brunei Pehin 
Mufti Haji Ismail adalah juga pengamal dan pengembang doa ini.

Siapa dia Syeikh Muhammad Fadlullah bin Syeikh Muhammad bin Abdullah 
(1886-1964)?
Mudir Madrasah Al Saqqal Singapura 1916
Pengasas Kulliyyah Al Attas Johor Baru
Pengasas Kulliyyah Al Firdaus Singapura
Mudir Kulliyyah Al lughah wa ad-Din Pekan, Pahang (1955)
Imam Masjid Al Maarof Singapura
Ahli Mesyuarat Jabatan Agama Islam Johor (1936)
Pengasas Madrassah Al Maarif al Islamiah Singapura
Salah seorang murid nya yang juga pengamal doa ini mantan Mufti Brunei 
Pehin Haji Ismail pernah mengelarkan dia al-'Allamah al-Murabbi al-khabir 
wal khatibul Qadir wa daie al-Basyir ila Allah asy – syaikh Muhammad 
Fadhlullah ibn asy - Syaikh Muhammad as-Suhaimi 
Salah seorang pengasas PAS (tulen) mewakili Singapura.

Sila baca riwayat Syeikh Muhammad Fadlillah di sini.


Salaam  Regards
Amri el Wahab
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com
Sent from Kuala Lumpur, Malaysia


2009/8/13 mohdshaiful.roseman
  


Setelah mengkaji dengan lebih lanjut, saya tetap berpegang bahawa doa ini 
bukanlah doa yang warid daripada Rasulullah SAW. Bahkan setelah 
diselidiki, ia tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab Hadith. 

Di dalam Kitab Mausuah Al-Adyan wal Firaq wal Mazahib Al-Fikriyyah 

Help Palestine [hidayahnet] Lanjutan isu doa hindar H1N1 sesat

2009-08-18 Terurut Topik mohdshaiful . roseman
Setelah mengkaji dengan lebih lanjut, saya tetap berpegang bahawa doa ini 
bukanlah doa yang warid daripada Rasulullah SAW. Bahkan setelah 
diselidiki, ia tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab Hadith.

Di dalam Kitab Mausuah Al-Adyan wal Firaq wal Mazahib Al-Fikriyyah 
Al-Muasiroh (Ensiklopedia Agama, Firqah dan Mazhab Pemikiran/Ideologi 
Masakini) meyatakan :

Terdapat satu pecahan Golongan Syiah yang dikenali dengan Kumpulan 
Baryalwi( بريلوي )yang diasaskan oleh ketua mereka yg bernama Baryalwi. 

Sheikh Baryalwi banyak meriwayatkan hadith-hadith palsu bagi pihak syiah 
dan mendakwanya ia adalah Sunah  Hadis Nabi SAW.
Antara hadith-hadith palsu tersebut ialah seperti : 

1. Ali ialah pembahagi Neraka 

2.Sesungguhnya Fatimah dinamakan dengan namanya kerana Allah 
menyelamatkannya dan zuriatnya dari bakaran api neraka 


Baca selanjutnya di http://syababkapar.blogspot.com


Help Palestine [hidayahnet] Doa Hindari Wabak H1N1 - Doa sesat?

2009-08-11 Terurut Topik mohdshaiful . roseman
Salah satu doa pelindung wabak bermaksud begini:

'Ada bagiku lima dengannya aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit. 
Mereka itu ialah Nabi yang terpilih, Ali yang diredhai, Fatimah dan kedua 
anak mereka (Hasan dan Husain).'

Soalan:
Assalamualaikum Ustaz,
Dalam kerisauan penularan wabak pandemik H1N1 yang melanda Malaysia dan 
seluruh dunia mutakhir ini, banyak email yang saya dapat berkenaan doa-doa 
yang boleh diamalkan untuk menghindarinya. Salah satunya termasuklah 
seperti yang saya lampirkan.

Mohon pendapat ustaz berkenaan doa tersebut. Adakah boleh kita 
mengamalkannya? Ada yang menganggap ianya dari syiah. Mohon penjelasan.

Terima kasih,

Syukor,
Kuala Lumpur


Jawapan:
Waalaikumsalam...

Selepas meneliti kandungan risalah yg dilampirkan, saya dapati ada banyak 
keraguan dari sudut kenyataan, kandungan dan matan doa itu sendiri.

Antaranya adalah seperti berikut :

1. Status Syeikh Ibnu Ahmad At-Tamimi Al-Malizi yang dikatakan Murshid. 
Tidak pernah ana terbaca dalam mana-mana kitab himpunan ulama2 tanahair 
ada ulama yg dikenali dengan nama tersebut.


.baca selanjutnya di http://syababkapar.blogspot.com


Mohd Shaiful Roseman
Klang

Help Palestine [hidayahnet] KENYATAAN MEDIA : ?KONTROVERSI ISU ARAK DI NEGERI SELANGOR?

2009-08-09 Terurut Topik mohdshaiful . roseman
Meminum arak ataupun minuman beralkohol yang memabukkan merupakan salah 
satu dosa besar dalam agama Islam. Ia haram diminum samada dalam kuantiti 
yang banyak ataupun sedikit, samada si peminum tadi mabuk ataupun tidak 
akibatnya.

Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:

?Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan 
pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, 
adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah 
kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. ?
(al Maidah: 90)


Sila layari http://syababkapar.blogspot.com
untuk membaca kenyataan penuh dari Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor 
ini

Isunya bukan isu politik, tapi akidah dan tarbiyyah. Menjadi tanggungjawab 
seluruh umat Islam untuk pertahankan, perjuangkan, menerangkan dan 
menyampaikan.

Re: Help Palestine [hidayahnet] Zikir Rock gegarkan kenduri kahwin

2009-07-30 Terurut Topik mohdshaiful . roseman
Alhamdulillah, begitulah kita harapkan agar dakwah boleh disampaikan 
melalui hiburan di majlis2 seperti ini, lebih2 lagi di negeri2 yang masih 
meneruskan 'tradisi' karaoke, joget lambak, kugiran dan macam2 lagi 
hiburan yang lagha. Terkadang saya berfikir sendirian, kenapa mereka 
memilih cara sebegini? faktor terbesar adalah ikut-ikutan. nampak majlis 
orang lain macam best je bila ada karaoke, kita pun nak buat yg sama.

andai ada yg dah memulakan persembahan kenduri kahwin dengan alunan nasyid 
dan zikir, diharapkan tetamu yg hadir akan terpaut hatinya dan seterusnya 
menjadi ikutan. Alhamdulillah, dari pengalaman saya sendiri sebagai ahli 
kumpulan nasyid 'AMRAIN' penerimaan nasyid skrg ni masih lagi 
menggalakkan. Pada hari ahad lepas, satu majlis walimatul urus anak 
seorang Dato' Sri telah memanggil kumpulan kami bersama Muadz dan Rabbani. 
Turut serta majlis tersebut adalah Raja Muda Perak dan Isteri.

Malahan kebanyakkan kenduri2 kahwin di sekitar daerah Klang telahpun subur 
dengan hiburan2 nasyid seperti ini. Untuk dapatkan kejelasan bolehlah 
masuk ke laman web youtube, taip 'AMRAIN' bolehlah lihat beberapa 
persembahan kami semasa majlis walimatul urus.

Kalau berminat atau inginkan pandangan, boleh hubungi saya 019-6699986 
(Mohd Shaiful Roseman)




Rozmal bin Malakan 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
07/26/2009 08:45 AM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
cc

Subject
Help Palestine [hidayahnet] Zikir Rock gegarkan kenduri kahwin






 



Hari ini Ahad 19 Julai 2009 saya sempat menghadiri satu majlis kenduri 
kahwin di rumah sahabat saya Sulaiman di Taman Cempaka , Senawang. Mulanya 
saya ingat dengar muzik ingatkan macam biasalah ada karaoke. Bila dah 
dekat , terperanjat bukan karaoke tapi kumpulan nasyid yang agar ramai 
tidak kurang 20 orang , dari kanak-kanak hinggalah dewasa semuanya lengkap 
berjubah dan berserban.

Hadiri yang hadir terpegun dan terpesona memerhatikan persembahan mereka. 
Kalau selama ini banyak kenduri kahwin di Negeri Sembilan ini penuh dengan 
karaoke sampai orang dah tak heran, bila ada satu kenduri kahwin yang bawa 
satu kumpulan nasyid zikir semuanya terpegun , dengan alunan zikir dan 
pakaian lengkap jubah dan berserban.

Lalu saya tanyalah kawan saya kumpulan nasyid ni dari mana , dia kata ni 
Ikhwan punya, anak murid Sheikh Murtadza ( Dato Hj Murtadza mantan Mufti 
N.Sembilan) dari Pondok Padang Tumbuh , Melaka.

Tiada apa yang lebih menenangkan jiwa dari alunan zikir yang memuji 
kebesaran Allah. Hiburan lain yang melalaikan hanyalah melupakan sementara 
masalah yang dihadapi , tidak seperti alunan zikir hiburan yang 
menenangkan jiwa.

Gambar kumpulan nasyid tersebut di 
http://waghih.blogspot.com/2009/07/zikir-rock-gegarkan-kenduri-kahwin.html 





Help Palestine [hidayahnet] Hari Ihtifal PASTI Kawasan Kapar Dapat Sambutan Hangat

2009-07-30 Terurut Topik mohdshaiful . roseman
Majlis Ihtifal PASTI Kawasan Kapar telah berjaya dilaksanakan pada Ahad 
lalu 26 Julai 2009, di Dewan Ahmad Razali, batu 4, Sementa.

Pada Majlis Ihtifal kali ini telah menyaksikan penyertaan dari semua Pusat 
Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang terdapat di kawasan ini iaitu 16 buah 
PASTI. Tuan rumah untuk majlis kali ini ialah PASTI di DUN Sementa yang 
terdiri dari PASTI al-Hikmah, PASTI Mahmudah, PASTI Wadi Sofea, PASTI 
As-Siddiq dan PASTI Aiman.

Pelbagai acara telah dipertandingkan bagi mencapai objektif mencungkil 
bakat dan potensi diri anak-anak PASTI serta meningkatkan tahap keyakinan 
diri mereka untuk berhadapan dengan orang ramai. Antara acara-acara 
tersebut ialah Nasyid, Bercerita, Azan, Khutbah, Pidato dan Hafazan.


Sila lawati http://syababkapar.blogspot.com untuk berita selanjutnya.

Mohd Shaiful Roseman

Re: Help Palestine [hidayahnet] Re: X SALAH KEE? Ngor Kee Ming dan Al Quran

2009-05-23 Terurut Topik mohdshaiful . roseman
Penjelasan yang diberikan oleh Ust Abdul Ghani Shamsudin berkenaan isu 
ini. Beliau adalah bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), 
adalah antara orang yang sangat layak memberikan pendapatnya dan terimalah 
dengan hati yang terbuka. Semoga dengan penjelasan ini akan lebih 
menambahkan ilmu kita, insya'allah...

Hukum orang kafir membaca al-Quran
oleh: Ust Abdul Ghani Shamsudin

Baru-baru ini  ada kalangan dan individu tertentu membuat laporan polis 
kerana ada pemimpin Tionghoa berceramah dengan membaca ayat al-Quran untuk 
menguatkan hujah dalam ceramahnya. Masalahnya bolehkah orang kafir membaca 
ayat al-Quran untuk menguatkan hujah? Adakah pembacaan mereka dengan niat 
seperti di atas merupakan penghinaan kepada al-Quran dan menjatuhkan 
martabat Islam?

Musafir Kelana,
Kuala Lumpur

Jawapan:

Allah SWT berfirman dalam Surah Al Nahli ayat 44  bermaksud:
Maka Kami turunkan kepadamu al-Zikr (al-Quran) ini, untuk engkau 
menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka; moga-moga 
mereka berfikir.

Ayat ini menerangkan bayawa al-Quran dan isinya mesti disampaikan kepada 
seluruh manusia; justeru motif penurunan al-Quran ialah untuk dakwah dan 
mengajak orang ramai ikut menganut ajaran, hukum hakam dan nilai-nilainya.

Sebab itu Rasulullah S.A.W menukilkan beberapa ayat daripada al-Quran 
dalam suratnya kepada para pemimpin orang kafir sama ada pemimpin orang 
Rom mahupun Habsyah.

Dalam utusan baginda kepada Najasyi, antara lain baginda menjelaskan:
Saya mengajak anda agar menerima seruan Allah justeru saya adalah 
Rasulullah. Oleh itu masuklah saudara dalam Islam nescaya anda akan 
sejahtera. (Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 64:) Wahai Ahli 
Kitab, marilah kita menuju kepada satu Kalimah yang sama antara kami dan 
kamu, bahawa kita tidak menyembah selain Allah, dan kita tidak 
mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun; dan bahawa kita tidak menjadikan 
satu sama lain tuhan-tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka 
katakanlah kepada mereka: Saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah 
orang-orang Islam.

Jika saudara enggan maka saudara akan memikul dosan Nasraninya kaum 
saudara. Ayat yang sama disisipkan dalam utusan baginda kepada Hercules 
Raja Rom, dan Muqauqis Raja kaum Qibthi.

Utuan baginda kepada Raja Parsi pula antara lain berbunyi: Saya mengajak 
anda dengan ajakan Allah; bahawa saya adalah Rasulullah kepada manusia 
sejagat untuk memberi peringatan kepada: Siapa yang hidup jiwanya dan 
agar ketetapan azab terhadap orang-orang yang kafir menjadi satu 
kepastian. (Maksud sebahagian Surah Yasin ayat 70.Oleh itu masuklah dalam 
agama Islam, anda pasti sejahtera. Tapi kalau saudara enggan maka saudara 
akan memikul dosa majusinya (kaum) saudara.

Bingkisan Rasulullah kepada Hercules dan lain-lain adalah sesuatu yang 
tersurat dalam lipatan sejarah Islam. Sirah Rasul dan riwayat hadith 
seperti ini dijadikan dalil oleh segolongan ulama untuk mrmbolehkan orang 
yang junub membaca al-Quran. Ini kerana sudah barang tentu orang-orang 
kafir tidak selamat daripada janabah, meskipun demikian Nabi Shallallahu 
'alaihi wa sallam tetap juga menulis surat kepada mereka; dengan 
menampilkan ayat-ayat tersebut untuk mereka dapat membacanya.

Menurut Dr Ahmad Salim dalam buku beliau 'Faidhu al Rahman Fi al-Ahkam 
al-Fiqhiyah al-Khassah Bi al-Quran', terdapat dua pendapat dalam perkara 
ini:

Pendapat pertama: Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk 
membaca al-Quran. Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah daripada 
orang yang berjunub. Ini adalah mazhab Hambali

Pendapat kedua: Harus bagi orang kafir membaca al-Quran kerana dia belum 
percaya kepada kehormatannya. Ini adalah mazhab Syafie.

Pengarang kitab 'Hasyiah al-Bujairimi' mensyaratkan supaya orang kafir 
tersebut diharap untuk masuk Islam.

Apabila dirujuk pula kitab-kitab utama dalam mazhab Syafie kita menemui 
hakikat berikut:
Imam Ramli dalam kitabnya 'ihaayatu al Muhtaj' berkata:Orang kafir tidak 
ditegah untuk membaca la-Quran kerana mereka tidak percaya kepada 
kehormatannya.

Pengarang kitab 'Mughni al-Muhtaj', Imam Muhammad as-Syarbini menegaskan 
bahawa: Perkara kedua dilarang bagi orang berjunub adalah membaca 
al-Quran bagi orang Muslim. Adapun orang kafir tidak ditegah membaca 
kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya seperti yang disebut oleh 
al-Mawardi.

Al-Bujairimi berkata dalam kitabnya: Tidak ditegah orang kafir berjunub 
untuk duduk di masjid dan membaca al-Quran. Adapun orang kafir yang 
berhaid dan bernifas dilarang membaca Quran dan duduk di masjid.

Kalau kita mama-amati, sebab kenapa tidak ditegah orang kafir yang 
berjunub membaca al-Quran dan duduk di masjid adalah kerana mereka belum 
beriman atau percaya kepada kehormatan masjid dan al-Quran. Pengharusan 
orang kafir berbuat demikian adalah berdasarkan hadith; yang mana Nabi 
S.A.W pernah menahan orang-orang musyrikin di dalam 

Help Palestine [hidayahnet] Sekolah Pondok Untuk Budak Bermasalah

2009-05-06 Terurut Topik mohdshaiful . roseman
Assalamualaikum,
Mohon laluan untuk minta panduan,

Kepada sesiapa yang boleh berikan pada saya maklumat sekolah pondok / 
pesantren / madrasah untuk membentuk budak2 bermasalah.

Ini kerana saya ada kenalan, orang Melayu Islam, punya seorang anak hasil 
perkahwinan dengan seorang mu'allaf cina di Sabah. Seorang anak lelakinya 
sekarang berumur 16 tahun mempunya masalah pergaulan dan pegangan. bergaul 
dengan kawan2 cinanya, taknak belajar, keluar pagi balik malam, makan di 
luar yg tidak diketahui halal-haram makananya, kaki pukul dan macam2 lagi.

Bapanya pernah menghantar dia ke semenanjung, belajar di sebuah kolej 
swasta, atas niat bila duduk di semenanjung dengan ramai melayu Muslim dia 
akan terdidik tapi tak menjadi. Sekarang ibunya berhasrat untuk menghantar 
anaknya ini ke mana-mana sekolah pondok di semenanjung ini, tak kira di 
negeri mana, asalkan dapat membentuk anaknya untuk menjadi insan beriman, 
dengan bimbingan para ustaz / kiyai yang komited.

Terima kasih diucapkan kiranya sahabat-sahabat sekalian dapat membantu,

Mohd Shaiful Roseman
Klang, Selangor
mohd.shai...@hotmail.com

Re: Help Palestine [hidayahnet] Syabas Kerajaan Pakatan Perak !!

2009-03-29 Terurut Topik mohdshaiful . roseman
suka jawapan saudara IbnuAli. hujah logik akal pun sepatutnya dah boleh 
memahamkan. Tapi biasa la, bila sesuatu berita diterima bulat2 tanpa 
berfikir.
suka saya tambah konsep USAHA, DOA dan TAWAKKAL. Bilamana suatu musibah 
melanda, kenalah usaha utk diperbaiki. Jangan lupa berdoa dan seterusnya 
berserah sekali lagi. 
Bila lapar, tawakkal je la lapar. nak buat camna. makanan depan mata pun 
kita kena biarkan. tak perlu usaha utk ceduk makanan dgn sudu, tak perlu 
usaha masukkan dalam mulut dan tak perlu kunyah dan telan. segala2nya kita 
berserah atas QADA dan QADAR mengikut pemahaman Shmamir. Ataupun Shmamir 
boleh tolong bagi pemahaman yg lebih jelas sebab dia ada cakap Tunjuk lah 
kepada mereka ini segala hadis  ayat Quran yang berkenaan Qada  Qadar, 
pasti mereka  sekutunya takan bersetuju sehingga sanggup sembah derhaka 
segala.
mohon saudara boleh tunjukkan segala hadith dan ayat Quran tersebut.
Wallahu a'alam...




Kholid Ali 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
03/24/2009 09:30 AM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
cc

Subject
Re: Help Palestine [hidayahnet] Syabas Kerajaan Pakatan Perak !!











 Sekiranya saudara sedang memandu dan berhenti pada lampu isyarat 
merah tiba-tiba sebuah kenderaan lain yang dipandu dengan laju dan 
melanggar belakang kereta saudara tentu pemandu yang melanggar saudara 
sangat bertuah kerana saudara pasti akan berkata kepadanya no problem dah 
qada dan qadar nak buat macam mana !! Kalau pun kereta saudara rosak 
dengan teruk atas dasar ? pegangan kuat saudara kepada qada dan qadar 
saudara tentu tak akan tuntut apa-apa dari pemandu yang langgar kereta 
saudara !! Mungkin arahan JPJ mengenakan syarat kenderaan mesti memiliki 
insuran dan cukai jalan juga bercanggah dengan konsep qada dan qadar !!?? 
Elok saudara abaikan saja syarat-syarat tersebut !! Jika saudara pula yang 
langgar orang lain dan kalau kakinya patah sekali pun saudara katakan saja 
kepada orang yang saudara langgar itu tak perlu buat laporan polis kerana 
dah qada dan qadar nak buat macam mana !! Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Tue, 3/10/09, [s][h][m][a][m][i]...@yahoo.com 
[s][h][m][a][m][i]...@yahoo.com wrote:
From: [s][h][m][a][m][i]...@yahoo.com [s][h][m][a][m][i]...@yahoo.com
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Syabas Kerajaan Pakatan Perak !!
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Date: Tuesday, March 10, 2009, 11:34 PM

Apa pun sebenarnya berbalik kepada ajaran  anutan Islam itu sendiri iaitu 
PERCAYA KEPADA QADA  QADAR, kalau tak boleh terima Qada  
Qadar...fikirlah sendiri apa balasannya. Nampaknya sekarang satu persatu 
dipertunjukkan olehNya, belang  tembelang pakatan pembangkang merujuk 
kepada pas, dap  keadilan sosialis. Tunjuk lah kepada mereka ini segala 
hadis  ayat Quran yang berkenaan Qada  Qadar, pasti mereka  sekutunya 
takan bersetuju sehingga sanggup sembah derhaka segala. 

Sungguh menghairankan rukun Islam itu sendiri dipermainkan oleh mereka 
yang berkata memperjuangkan Islam tetapi hanya permainan politik duniawi 
mereka sahaja. Dunia akhir zaman. 

2009/3/9 

Dalam Islam solat itu wajib dan ada juga yang sunat. Apa pun kalau nak 
solat kena ada wudhu. Kalau wudhu tak sah maka solat pun tak sah. Kalau 
tiada air boleh juga tayamum ganti wudhu tapi kalau air ada dok tayamum 
juga tak sah juga tayamum tu. Kerajaan yang dirampas (rompak kerusi) 
kerana nak bagi cukup majoriti macam tulah juga. Kalau majoriti dapat cara 
tak sah maka tak sahlah kerajaan tu !! Cerita sebenar Sultan pun tak tahu. 
Dia bukan macam pegawai polis nak siasat dulu !! SPR saja yang berlagak 
dia pun polis, dia juga cawangan khas UMNO !! Rupanya masih ada juga 
manusia yang nak balik ke zaman purba yang letak seseorang pada tahap 
maha berkuasa !! Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Wed, 3/4/09, abu sa...@yahoo. com abu sa...@yahoo. com wrote:
From: abu sa...@yahoo. com abu sa...@yahoo. com 

Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Syabas Kerajaan Pakatan Perak !!
To: Ikhwanul Muslimun hidayah...@yahoogro ups.com
Date: Wednesday, March 4, 2009, 5:27 AM 


Assallamualaikum. ..
 
Sudah2 lah tuudah Sultan tak suka...terimalah hakikat, jangan nak 
membodohkan
diri sendiri . Kononnya perjuangan untuk rakyat.dah terbukti wakil 
dari pembangkang
atau BN yang telah menang tempohari bekerja untuk rakyat . Bukannya tak 
habis2 nak
rebut kuasa . PRU 13 bakal muncul lagi...tak lama lagi dah. Kalau benar 
rakyat suka kat 
PR jangan takut, insyaalah akan menang..
 
Dikhuatiri perbuatan begini akan mengundang kemarahan rakyat dan undi yang 
sepatutnya
untuk PR akan jatuh pula ke tangan BN.
Tambahan sidang DUN tempohari mesti mendapat perkenan Sultan...bukan ikut 
suka aje...
Ini melambangkan perbuatan orang yang dah terdesak...mungkin simpati yang 
ditagih
dari rakyat...tapi percayale, orang Melayu kalau bab raja2 niii, mereka 
memang pantang.
 
Tak ya nak membodohkan diri sendiri. .Beri 

Re: Help Palestine [hidayahnet] Sudah-sudah la tu orang melayu!!!

2009-03-03 Terurut Topik mohdshaiful . roseman
Yup, penentangan tu perlu, tapi kena pastikan yg Islam dijulang, ilmu 
disampaikan, berhikmah dalam bertindak, dan yg paling penting 'kena dengar 
sendiri dari mulut kuda', dengar penjelasan dulu sebelum menghukum, bukan 
hanya cakap2 orang. orang kafir ni kadang2 bertindak kerana diorang kurang 
ilmunya, so peranan kita untuk berdakwah membetulkan. tapi tak nafi ada 
jugak yg menentang berterusan. fikir2kan...

So macamana pulak yg beragam Islam dan satu akidah, tapi menolak Islam? 
Pemimpin hina Nabi, minum arak, kaki perempuan, tak benarkan hukum Allah 
terlaksana, terang2 menghina Islam...perlukah disebutkan namanya? Teresa 
Kok ada buat penjelasan, sekurang2nya ambillah pertimbangan.

So, jadi orang tu biar ada pertimbangan sikit bro. jangan nak timbulkan 
kekacauan kaum dan agama. kalau rasa hebat utk bertindak kat kaum kafir, 
gi Palestin sana. Kat Malaysia ni ada ruang utk kembangkan dakwah lagi. 
fokuskan dakwah, bukan asyik nak hukum jek. apa la~




saiful bahari 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
03/01/2009 09:16 AM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
cc

Subject
Re: Help Palestine [hidayahnet] Sudah-sudah la tu orang melayu!!!









Assalamualaikum,

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagu maha penyayang.

Umno Islam + Pas + Semua Umat Islam Dimalaysia + Semua Umat Islam =
Satu Akidah  Tiada Tuhan Melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh
Allah.

Kita semua umat Islam kene menetang mereka yang menentang mereka yang
secara jelas  terang menghina Agama islam macam teressa kok  karpal
singh./



Re: Help Palestine [hidayahnet] Sudah-sudah la tu orang melayu!!!

2009-03-03 Terurut Topik mohdshaiful . roseman
Kata kunci utama sejak pilihanraya Mac 2008 yg UMNO suka guna:
PERPECAHAN MELAYU

Jom kita renung2 kembali kenapa sebelum Mac 2008 tak langsung disuarakan 
tentang perpecahan Melayu:
- Walau Melayu terpinggir,terpinggir, jadi lebih miskin di Pulau Pinang 
tanpa pembelaan wajar dari pemerintah UMNO, dek kerana polisi kerajaan 
GERAKAN, kenapa tak timbul perpecahan Melayu???

- Walau DEB yg dilancarkan punyalah lama di bawah kerajaan pemerintah UMNO 
tak pernah capai sasaran untuk memartabatkan bangsa Melayu, dari RM-1 
sampai RMK-9 dalam tempoh lebih 50 tahun, agenda Melayu ntah ke mana, 
sebab sibuk dumpuk kekayaan. kenapa masa tu tak timbul perpecahan 
Melayu???

- Walau kuasa Sultan keseluruhannya cuba dikawal, sultan dimalukan, 
tercatat dalam sejarah dari zaman Tun Hussein Onn, sehingga zaman PakLah, 
terang2 UMNO hina sultan dari utara hingga selatan yg takkan habis kalau 
ditulis kat sini. tapi bila terjadi isu di Perak dan dimanipulasi hebat 
oleh media, kenapa dari dulu tak timbul perpecahan Melayu???

- Bila PAS dijemput untuk menyertai kerajaan Perikatan dek kerana survival 
orang Melayu ketika itu dan PAS akur dan ikhlas untuk bersama. Bila ada 
perbezaan pendapat dalam kerajaan Perikatan ketika itu, PAS dikeluarkan 
dengan cara yg hina hingga menyebabkan kepercayaan dan sokongan orang 
Melayu terbahagi 2. Dulu pecah dan UMNO dapat imbalan. Now dikatakan pecah 
dan UMNO terkulai. Masa ni la sekali lagi sibuk nak ajak PAS masuk 
perangkap kali ke-2 atas sebab Melayu lagi. Kenapa dulu tak timbul 
perpecahan Melayu???

- Hasil pentadbiran kerajaan BN/UMNO, tanah diberi pada tokey2 cina 
beribu2 ekar, projek dan tanah di 'ali-baba' kan pada bangsa lain, tanah 
di Genting Highland kita serah, tanah di Wilayah Pembangunan Iskandar kita 
serah, Pulau Batu Putih kita serah, ada pulau-pulau lain pun kita serah 
dek kerana bijaknya pimpinan UMNO mentadbir. Bila kerajaan silih berganti 
kepada PR, tanah diberi pada rakyat keseluruhan secara berhemah, 
difokuskan secara jahat bilamana tanah diberikan pada rakyat cina miskin. 
Fokus kat Perak, lupa kat Pulau Pinang. Kenapa baru sekarang timbul 
perpecahan Melayu???

- Bila sokongan pada UMNO kurang pada pilihanraya 1999 dia cakap Melayu 
berpecah kerana Anwar Ibrahim. Bila UMNO menang bergaya tahun 2004 dia 
cakap Melayu bersatu di bawah UMNO. bila dia hilang majoriti 2/3 plak pada 
PRU 2008 lagi sekali cakap Melayu berpecah kerana lupa agenda pihak luar. 
Kenapa bila UMNO hilang sokongan baru timbul perpecahan Melayu???

- Bila keadaan macamni timbul, tak dinafikan di pihak BN dan PR masing2 
ada penyokong sendiri. Tapi masalahnya bila saja BN/UMNO kalah kali ni, 
penyokong2 UMNO ni plak tiba2 jadi baik, cakap tak berpihak pada mana2 
parti konon, cakap tak suka berpolitik konon, then ajak utk satukan Melayu 
coz Melayu dah berpecah. Diorang ni lupa ke kerosakan yg UMNO dah buat? 
UMNO kuat = Melayu bersatu, UMNO kalah = perpecahan Melayu. ni apa punya 
teori nih?? Kenapa sekarang baru timbul perpecahan Melayu???

makin aku baca pandangan orang2 ni makin aku nampak, kalau ada pun Melayu 
berpecah, disebabkan satu pihak bijak coz baca internet,blog, gi ceramah, 
cari buku rujukan, gi usrah, gi pengajian, cari sumber2 alternatif selain 
sumber2 utama, satu pihak lagi tengok TV3(suku), tengok RTM, utusan 
meloya, berita hairan, gi BTN, so jadilah dia macam tu. 




Kholid Ali 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
03/01/2009 09:16 AM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
cc

Subject
Re: Help Palestine [hidayahnet] Sudah-sudah la tu orang melayu!!!











Waalaikumusalam wbt,
 
Orang Islam memang dilarang berpecah belah tapi sandaran nya hanya 
berdasarkan keimanan yang mutlak tidak yang lain. Rujuklah kepada al Quran 
dan Hadith makna iman itu. Dalam Melayu saya rasa tidak ada sebarang 
konsep persaudaraan dan larangan agar tidak berpecah belah. Jika kita 
sanggup berpecah belah kerana kita sesama Melayu tiada sebarang ganjaran 
pahla yang dijanjikan oleh Allah swt. Pahla dijanjikan jika kita tidak 
berpecah sesama kita kerana kita hanya beriman dengan Allah swt. Beriman 
berbeza daripada sekadar telah Islam. Rujuklah hadith-hadith mengenainya. 
Saudara tidk boleh menganggap penyokong PAS taksub kerana keinginan mereka 
kembali kepada Islam yang selayaknya. Saya rasa mereka masih mengajak 
orang lain dengan cara yang baik tapi mungkin adalah segelintir yang 
terlalu bersemangat.
 
 Apa yang berlaku hari ini UMNO terus menerus ingin membawa rakyat 
dengan dasar Islam secara terpilih. Mereka sekadar ambil yang sesuai pada 
nafsu mereka tapi meninggalkan sebahagian besar tuntutan Islam. Bukan saja 
yang berkaitan Islam bahkan dasar-dasar kebangsaan yang lain yang 
termaktub dalam perlembagaan pun mereka langgar seperti isu Bahasa Melayu 
yang pada nama saja sebagai bahasa kebangsaan. PAS ingin kembali kepada 
sistem Islam secara menyeluruh berdasarkan al Quran, Hadith, Ijmak dan 
Qiyas. Sistem 

Re: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP dari PAKATAN

2009-02-11 Terurut Topik mohdshaiful . roseman
Nampak macam sama tapi tak serupa..
Misinya utk mengubah kerajaan, tumpuannya ahli2 DUN atau PARLIMEN utk 
melompat parti, sama ada yg menggerakkan oleh Anwar di bawah bendera 
Pakatan Rakyat, mahupun Najib di bawah bendera Barisan Nasional..

Yang tak serupanya, semasa Anwar Ibrahim dengan misi 16 Septembernya, dia 
cuba lakukan dengar cara yg berhemah..(terpulang pada pandangan masing2 
dari kenyataan ini)...iaitu misi ingin dicapai, undang-undang dipatuhi, 
tanpa rasuah yg nyata dan tersembunyi, tanpa culik menculik, dan juga 
tanpa kekalutan dan kegawatan rakyatnya..mungkin ramai antara kita terlupa 
kronologi pembabitan Anwar Ibrahim dalam menjayakan misi 916 tersebut..:

1) Menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri, menyatakan Pakatan 
Rakyat sudah cukup korum untuk memerintah. Justeru itu, beliau memanggil 
Pak Lah untuk berunding tentang pertukaran kerajaan. Tapi tak 
berjaya...langkah seterusnya;

2) Menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri, mendesak agar diadakan 
sidang khas parlimen dimana undian tidak percaya akan dijalankan. 
Malangnya surat tidak dijawab. Malah semua ahli MP BN telah 'diculik' ke 
Taiwan.

Melihatkan perbezaan di atas, adalah amat jelas apa yg cuba dilakukan oleh 
Anwar Ibrahim, ingin memastikan pertukaran kerajaan mengikut lunas undang2 
dan peraturan yang sedia ada. Selagi mana ada ruang perubahan yang 
diperlukan demi kesejahteraan rakyat, saya yakin dan percaya Pakatan 
Rakyat amat menitik beratkan soal kepatuhan kepada undang2 dan juga 
mengelakkan kekacauan di kalangan rakyat. Walaupun kita maklum dengan 
'tidak berjayanya' (bukan GAGAL) plan 916 tersebut, semuanya tetap akur 
dengan perkembangan tersebut. Tidak pula timbul utk menggunakan cara, 
seperti mana yang Najib amalkan sekarang ini.

Mula-mula melobi, lepas tu merasuah, selebihnya menculik, lepas tu 
mengugut, menggunakan kuasa dan apa saja ruang utk dieksploitasi termasuk 
SPR yg tidak menerima diadakan pilihanraya kecil walaupun sahih telah 
mendapat pengesahan dari speaker dewan undangan negeri. Apa lagi? 
berlindung di sebalik kuasa sultan, dan sekarang beragenda di sebalik 
peranan media songsang buangan rakyat menayangkan eksploitasi murahan yg 
dimainkan setiap hari di media perdana kununnya YAB Nizar penderhaka. 

Kita hanya melihat cerita dan mengulas pengakhiran cerita tapi lupa 
tentang senario keseluruhan cerita. macam ada penyakit 'Daya Ingatan 
Singkat'. Habis je cerita, terus puji Hero a.k.a Malaun, lupa tentang 
watak2 penting yg lain. Aduhai...~

BUKAN SOAL BOLEH BUAT ATAU TAK BOLEH BUAT..MASALAHNYA ORANG BUAT FILEM 
UNTUK ORANG BERFIKIR, BUKAN BUAT FILEM BODOH DAN INGAT BOLEH BODOHKAN 
RAKYAT.




abu samah 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
02/10/2009 06:19 AM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
cc

Subject
Re: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP 
dari PAKATAN









Assallamualaikum...
 
Apa yang terbaca dari kenyataan Lim Guan Eng, dia mengakui terdapatnya
 kekalutan  di dalam DAP. Cuma dia berharap supaya wakil DAP itu tidak
menyokong BN untuk menubuhkan kerajaan di Perak. Tapi mana mungkin
ye tak ?.
 
Saya pernah menyatakan di dalam ruangan ini, tak kira siapa pun maupun 
dari parti mana,  jika dapat berkuasa WAJAH  mereka tetap sama ( sama
sangkaliau ) . Jika asas perjuangan mereka untuk kesenangan dunia ( 
semestinya
duit ) BN, PKR, DAP dan segelintir saja PAS, mereka semua saja.
Jangan lupa syaitan pernah MENYEMBAH DUIT KERANA DIA TAU INILAH
PUNCA MANUSIA LUPA DIRI DAN TUHAN.
 
Saya tertarik dengan surat terbuka buat Adun dan MP dari PR. Saya ingin
bertanya sejujurnya kepada penulis tersebut.Jika perancangan Anwar 
untuk
mengambil ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak menyertai PR berjaya, 
apakah
ini dibolehkan dalam Islam dan bagaimana pulak reaksi saudara penulis ?.
Adekah ini tidak jijik ? Adekah mereka semua jadi wira pada PR ?.
Adekah Anwar akan jadi sanjungan rakyat walhal dia telah melakukan sesuatu
yang tak sepatutnya ( membeli wakil rakyat )?. Sebagaimana yang terjadi di 
Perak 
sekarang. Perlu kita ingat, membeli wakil rakyat ini memang dimulakan oleh 
Anwar
semasa di dalam BN lagi. Ianya cuba diteruskan kini tapi gagal nampaknya ( 
mungkin
duit PR tak cukup gamaknya ). Demi mencapai wawasannya jadi PM dan 
segelintir
nampaknya terus buta-buta menyokong dia. Dia mungkin tak berubah...apakah
beliau tidak menikam PAS semasa jadi TPM dulu.
Nampaknya perancangan PR diikuti pulak oleh BN...Jadi kita nak marahkan 
siapa sekarang ?
Kita MESTI berpijak dibumi nyata bahawa  JIKA PR BOLEH BUAT BERMAKNA BN
PUN BOLEH BUAT  BUKANNYA  JIKA PR TAK APE TAPI BN BUAT TAK BOLEH 
 
Begitu juga halnya dengan Nizar, semasa kes perlantikkan MB Terengganu 
dulu, PR
MELOBI menyatakan ahli dan pemimpin BN menderhaka pada sultan, tapi apa 
dah
jadi pada sekarang ?. Nizar nak saman sultan Perak, kat Terengganu dulu 
tak sampai
pulak saman menyamanKes Terengganu PR cakap Sultan punyai kuasa 

Re: Help Palestine [hidayahnet] Kira-kira mudah (Simple Mathematic)

2008-08-29 Terurut Topik mohdshaiful . roseman
Assalamualaikum...

Sila rujuk attachment sebagai rujukanmaklumat adalah sahih. anda boleh 
nampak dan nilai sendiri. angka tidak menipu. yg menipu adalah orang yang 
suka mengeksploitasi angka dan sebarkan kepada rakyat yang mereka ingat 
masih bodoh tak tau mengira n terima bulat2 apa yang dia tulis








nayan man 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
08/28/2008 09:59 AM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
cc

Subject
Help Palestine [hidayahnet] Kira-kira  mudah (Simple Mathematic)









Oleh senyum

Sekali pandang mungkin kita tidak perasaan ! Sebenarnya kemenangan DSAI 
adalah lebih besar dari yang di war-warkan. BN tahu mereka kalah teruk dan 
demi mengelakkan dari malu yang besar, maka mereka tidak mengulas banyak 
tentang kemenangan DSAI ... takut kalau-kalau ade yang bertanya mengenai 
percanggahan statistik undian  
Mengikut perkiraan saya, undi yang sebenar adalah seperti berikut:
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman mengumumkan  seramai 38,144 atau 65.25 
peratus keluar mengundi.
1. Peratus mengundi  65.25%
2. Jumlah Undi38,144
3. Undi DSAI   31,195 (Kemungkinan sahih adalah tinggi)
4. Undi Hanafi   92 (tiada sebab nak salah)
5. Undi sebenar Arif   6,857

6. Majoriti sebenar   24,338

7. Undi Rasmi Arif15,524
8. Undi tambahan  8,667

9.   Jumlah pengundi berdaftar ialah 58,490
10. Jumlah keluar mengundi mengikut kiraan ialah 46,811 (80%)

Kalau mengikut kiraan saya dari kenyataan rasmi keputusan pilihanraya, 
peratusan keluar mengundi sepatutnya 80 peratus tetapi dalam paparan AWANI 
dan BERNAMA ianya 65.25%.
 
Saya percaya 65.25% adalah peratusan yang betul 
 
Persoalannya dari mana undi 8,667 ini datang ye ? ... lu pikir la sendiri 
!!! 

 
 


Keputusan Pilianraya Kecil P44 Permatang Pauh.xls
Description: MS-Excel spreadsheet