H-Net* Alamat e-card raya

1999-12-19 Terurut Topik Hanafi Ab. Majid


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN  MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum

Raya dah dekat ni dan rasanya dengan cuti Krismas dan Sambutan alaf baru, 
tentu tak sempat sampai kalau kita pakai POS biasa.

Oleh itu kalau ada sesiapa yang ader alamat e-card raya tolong kasi tau. 
Boleh kiter kirim pada sumer sahabat handai.

Pada sumer pelanggan Hizbi, terlebih dulu kiter nak ucapkan selamat  
menghabiskan puasa dan selamat menyambut Aidilfitri.

Kalau dalam perjalanan balik kampung, pandu ikut undang-undang supaya gomen 
tak senang-senang dapat duit kiter (saman ekor, saman road-tax meninggal  
saman tah aper-aper lagi).

Wassalam.
__
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: "Hanafi Ab. Majid" [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Projek LPT - Apa Masaalahnya?

1999-12-19 Terurut Topik azizul mohd shariff


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN  MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
AFP memberitakan "Mahathir says to scrap highway
project if province rejects toll". Maknanya, Mahathir
akan batalkan project lebuhraya pantai timur (di
Terengganu sahaja!) jika kerajaan Terengganu tolak
tol! Jadi, apa masaalahnya? Bagi saya, cadangan
kerajaan terengganu itu adalah relevan. Kalau Mohyudin
Yassin akan lancarkan "bebas inflasi" dlm kempen
pengguna nya, maka, saya rasa, elok juga kerajaan
terengganu lancarkan kempen "bebas tol" nya!!

Ok, mari kita cuba congak berapa revenue kerajaan
pusat setahun. Katakan oil revenue kerajaan dapat RM3
Bilion (setelah pecahan 60/40 % kpd PSC contractor
i.e. Esso/Petronas). Kemudian congakkan  pula
pendapatan drpd cukai pendapatan, katakan paling cokia
adalah RM2 bilion. Cukai korporat pula, paling bangsat
katakan RM 1 Bilion. Lain lain cukai gedebak-gedebuk
katakan RM 1 bilion. Kalau campur semua, revenue govt
adalah lebihkurang RM7 Bilion. Ini adalah guesstimates
dari pandangan "layman's" term. Bukan ahli ekonomi,
atau KSU atau menteri. Ini adalah secara kasarnya.
Mungkin ada lagi cukai atau pendapatan lain yg tidak
diketahui tidak termasuk dlm guesstimates ini.

Now, cost utk membina LPT spt dinyatakan oleh berita
AFP adalah l/kurang RM 2.8 Billion. Sptmana disebutkan
diatas, revenue govt setahun adalah RM7 bilion!
Diulangi sekali lagi...RM 7 bilion Setahun...! Dan
belanja utk membina LPT adalah cuma RM2.8 bilion.
Please bear in mind,  sudah berapa lama govt
memerintah dan menikmati revenue yg sebanyak itu?
Sdra/sdri tentu pandai mencongaknya.

Jadi, kesimpulannya, perlu apanya tol ini? Pendapatan
setahun yg diperolehi govt sudah lebih dari cukup utk
membiayai pembinaan lebuhraya yg disibukkan itu. 

Mengikut norma-norma contractual terms, sesuatu
quotation/proposal oleh kontraktor akan
meng'include'kan  profit margin nya sekali. Jadi,
sekiranya kontraktor tersebut telah menyebut harga kan
kosnya sebanyak RM2.8 billion, maka, tentu sudah
dimasukan sekali profit nya. Maka dgn itu tidak perlu
lah tol-tol ini!

Maka, kesimpulannya, kerajaan pusat seharusnya bukan
sahaja meneruskan projek LPT ini tanpa Tol, malah,
tol-tol yg ada diseluruh malaysia sepatutnya
dimansuhkan juga!!!

Any comments?

=
Azizul Mohd Shariff


__
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: azizul mohd shariff [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Khalifah terakhir,bah13

1999-12-19 Terurut Topik Ali Zulfakar


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN  MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Alaqsa musque burning after the Zionist Hands got hold of it.
The Jews did not give up on Abdul Hameed, later in the same year, 1901, the 
founder of the Zionist movement, Theodor Hertzil, visited Istanbul and tried 
to meet Abdul Hameed. Abdul Hameed refused to meet him and he told his Head 
Of The Ministers Council "Advise Dr. Herzil not to take any further steps in 
his project. I can not give away a handful of the soil of this land for it 
is not my own, it is for all the Islamic Nation. The Islamic Nation that 
fought Jihad for the sake of this land and they have watered it with their 
blood. The Jews may keep their money and millions. If the Islamic Kalifah 
State is one day destroyed then they will be able to take Palestine without 
a price! But while I am alive, I would rather push a sword into my body than 
see the land of Palestine cut and given away from the Islamic State. This is 
something that will not be, I will not start cutting owr bodies while we are 
alive."

__
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: "Ali Zulfakar" [EMAIL PROTECTED]



H-Net* BERI PELUANG LAKSANAKAN ISLAM DI TERENGGGANU, KELANTAN - HADI

1999-12-19 Terurut Topik Concorde





  
  

  BERI PELUANG 
  LAKSANAKAN ISLAM DI TERENGGGANU, KELANTAN - HADI 
  
 
  

  
  ALOR SETAR, 19 Dis (Bernama) -- Timbalan 
  Presiden PAS Abdul Hadi Awang meminta kepada semua pihak supaya memberi 
  peluang kepada parti itu melaksanakan pemerintahan Islam di Terengganu dan 
  Kelantan. "Beri peluang kita buat (pemerintahan Islam), 
  kemudian lihat apa yang akan terjadi dan hasilnya kemudian," katanya 
  semasa berucap selepas majlis berbuka puasa di Muasasah Darul Ulum, Pokok 
  Sena dekat sini, malam tadi. Hadi yang merupakan Menteri Besar 
  Terengganu berkata belum lagi berbuat apa-apa tetapi kini banyak pihak 
  yang menentang usaha PAS untuk melaksanakan Islam di kedua-dua negeri 
  terbabit, termasuk daripada kalangan pemimpin Umno sendiri. Kata 
  beliau, usaha untuk menegakkan Islam di mana-mana tempat merupakan 
  tanggungjawab semua umat Islam dan PAS hanya merupakan parti yang memberi 
  kesedaran terhadap tanggungjawab itu. Abdul Hadi yakin keadilan 
  akan dapat ditegakkan dan kezaliman akan terhapus dengan sendiri apabila 
  pemerintahan Islam dapat dijalankan. Pada pilihan raya umum yang 
  lalu, PAS berjaya membentuk kerajaan di Terengganu dan terus mengekalkan 
  pentadbirannya di Kelantan, apabila menang besar di kedua-dua negeri 
  terbabit. Beliau turut mengingatkan pengarang-pengarang media 
  cetak dan elektronik utama di negara ini supaya sedar dan insaf daripada 
  "kesilapan besar" yang mereka lakukan semasa pilihan raya umum yang lalu. 
  "Pengarang-pengarang media utama ini memainkan peranan 
  menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam dengan memutarbelitkan pelaksanaan 
  hukum hudud jika PAS berjaya memerintah negara," katanya. Akibat 
  daripada itu, beliau berkata, pakatan pembangkang yang dikenali sebagai 
  Barisan Alternatif tidak mendapat kepercayaan daripada kalangan pengundi 
  bukan Islam. Turut berucap pada majlis itu ialah Presiden PAS dan 
  Ketua Pembangkang Datuk Fadzil Noor. -- BERNAMA 
  


H-Net* DEWAN PEMUDA PAS MINTA USIR DUTA RUSIA - PEMUDA UMNO MASIH BACUL

1999-12-19 Terurut Topik Concorde





  
  

  DEWAN PEMUDA 
  PAS MINTA USIR DUTA RUSIA 
  
 
  

  
  ALOR SETAR, 19 Dis (Bernama) -- Dewan Pemuda PAS 
  Pusat meminta kerajaan Malaysia memanggil pulang dutanya ke Rusia dan 
  mengusir segera Duta Besar Rusia ke negara ini kerana bekas negara komunis 
  itu masih meneruskan serangan besar-besaran terhadap Chechnya. 
  Ketuanya, Mahfuz Omar berkata, walaupun banyak negara menggesa 
  Rusia supaya menamatkan serangan di Chechnya, tetapi kerajaan Malaysia 
  dilihat lebih banyak berdiam diri terhadap serangan itu. "Sebagai 
  sebuah negara Islam sepatutnya kita lebih bersimpati dan menentang keras 
  perlakuan Rusia menyerang Chechnya yang penduduknya beragama Islam," 
  katanya di majlis ceramah di Muasasah Darul Ulum, Pokok Sena dekat sini, 
  malam tadi. Mahfuz yang juga anggota Parlimen Pokok Sena berkata, 
  Pemuda PAS mengutuk serangan yang tidak berperikemanusiaan itu dan 
  melahirkan rasa kesal atas sikap kerajaan Malaysia yang masih berdiam 
  diri. -- 
BERNAMA


H-Net* MASA DEPAN UMNO DI KELANTAN GELAP GELITA

1999-12-19 Terurut Topik Concorde





  
  

  MASA DEPAN UMNO 
  DI KELANTAN GELAP GELITA 
  
 
  

  
  KOTA BAHARU, 18 Dis -- Pengerusi Badan 
  Perhubungam Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah berkata masa depan Umno 
  di Kelantan terus gelap gelita kerana parti itu terus menerus mengalami 
  "kekalahan yang teruk" dalam pilihan raya umum akhir bulan lepas. "Masa depan Umno (di Kelantan) 
  tidakmenentu...semangat orang kita hilang, kalah beberapa 
  kalimemberi makna kita sudah surrender (menyerah)," katanya kepada 
  pemberita di sini hari ini. Menurutnya Umno tidak akan mempunyai 
  berpeluang untuk memenangi hati rakyat Kelantan kerana berdasarkan jumlah 
  pengundi yang memilih PAS sangat memberansangkan berbading yang memilih 
  Umno tidaklah melibatkan jumlah yang ramai. Beliau berkata 
  berdasarkan keputusan pilihan raya umum baru-baru ini didapati hanya 4.8 
  peratus pengundi Kelantan yang memilih Umno manakala 95.2 peratus telah 
  "bertukar arah" dan menyokong PAS. Tengku Razaleigh berkata jumlah 
  itu bukanlah kecil dan sangatmemeranjatkan Umno dan jika diberi 
  lebih banyak wang golongan itu tidak akan kembali menyokong Umno dan 
  Barisan Nasional 
(BN).


H-Net* Wawancara dgn Tuan Guru Haji Fadzil Noor

1999-12-19 Terurut Topik Concorde




Fadzil: Tugas Ketua Pembangkang mencabar
PADA 8 Disember lalu, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), 
  Datuk Fadzil Noor dilantik Ketua Pembangkang Parlimen, menggantikan Pengerusi 
  DAP, Lim Kit Siang. Mampukah Fadzil memikul tanggungjawab itu? Ikuti temu bual 
  wartawan Berita Minggu, RAIHANAH ABDULLAH dengan Fadzil, di Kuala Lumpur, 
  baru-baru ini. Apakah perasaan Datuk setelah dipilih menyandang 
jawatan Ketua Pembangkang? Fadzil: Syukur Alhamdulillah. Saya 
gembira dengan pelantikan itu dan ia memberi satu pengalaman baru di bidang 
politik. Ia satu tugas baru. Tugas yang penuh cabaran dan saya akan hadapinya. 
Pada penggal ini saya akan mengikuti persidangan Dewan Rakyat dan ini satu 
pengalaman baru yang begitu mencabar tetapi perlu dihadapi. Dengan tugas baru 
itu juga, saya bertanggungjawab menjaga kepentingan rakyat dan 
negara.S: Apakah pada pendapat Datuk fungsi Ketua 
Pembangkang?J: Apabila disebut pembangkang selalunya umum menganggap 
kita akan bangkang setiap yang dilaksanakan oleh kerajaan. Saya tidak faham 
mengapa keadaan ini boleh berlaku. Peranan sebenar pembangkang ialah memastikan 
setiap program yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan ataupun setiap 
undang-undang yang mahu diperkenalkan itu mesti menjamin kebaikan rakyat dan 
negara. Justeru, peranan pembangkang ialah memberi teguran membina dalam perkara 
berbangkit untuk mencapai matlamat dan mengisi fungsi Parlimen dalam sesebuah 
negara demokrasi. Kita akan menolak atau membangkang perkara yang dianggap tidak 
memberi kebaikan dan berlawanan dengan kepentingan rakyat. Bagaimanapun, kita 
akan sokong langkah yang difikirkan boleh membawa kebaikan kepada negara dan 
umum.S: Positifkah sumbangan pembangkang di dalam 
Dewan?J: Walaupun kerajaan mempunyai dua pertiga majoriti, yang 
penting ialah perbahasan dalam Parlimen sampai kepada pengetahuan rakyat. Jika 
rakyat dengar dan melihat pandangan yang dikemukakan oleh pembangkang, ini baik 
untuk kepentingan mereka kerana rakyat boleh buat penilaian.Sekarang pun 
pembangkang memainkan peranan yang mendatangkan banyak manfaat kepada negara dan 
rakyat, terutama dalam kritikan dasar, perjalanan dan pemimpin kerajaan. Usaha 
yang ditunjukkan itu tidak secara langsung menimbulkan kesedaran di kalangan 
rakyat walaupun kerajaan sukar menerima pandangan itu tetapi bagi rakyat mereka 
boleh menerima pandangan membina itu. Rakyat lebih terbuka.Bagi saya semua 
perjalanan Parlimen perlu dilaporkan secara terperinci. Suatu ketika dulu 
persidangan dilaporkan dalam televisyen dan radio. Sekarang cuma dimuatkan dalam 
akhbar tetapi tidak cukup. Laporan persidangan sepatutnya disiarkan secara 
menyeluruh kepada rakyat kerana ia mendatangkan kebaikan kepada umum.Dalam 
akhbar, keadilan tidak ada lagi, pada tahun 60-an ucapan pembangkang disiarkan 
hampir sama dengan wakil kerajaan. Media perlu bersikap adil supaya rakyat dapat 
ikuti perkembangan dalam Parlimen dan mereka dapat ketahui peranan dimainkan 
oleh wakil yang dipilih.Persidangan Parlimen pertama ialah pada 1959. 
Televisyen tiada ketika itu, tetapi akhbar masih bebas menulis berbanding 
sekarang ini. Media sepatutnya membantu meningkatkan lagi pendidikan politik 
kepada rakyat.S: Apakah matlamat dan wawasan Datuk?J: 
Kita akan menilai apakah perkara yang dibawa atau dikemukakan oleh kerajaan 
menepati kepentingan rakyat. Jika sesuatu perkara itu benar-benar menepati 
kepentingan rakyat, kita akan terima sebab Islam mengajar kita supaya menerima 
ilmu dan kebaikan. Jadi, kita juga berharap kerajaan akan terima baik pandangan 
yang diberi oleh pembangkang dan tidak menaruh prasangka atau prejudis terhadap 
pandangan serta buah fikiran pembangkang.Justeru, (antara) pembangkang dan 
kerajaan perlu ada sikap memberi dan menerima. Kerajaan perlu lihat pandangan 
dan pendapat pembangkang dengan lebih positif dan mempunyai matlamat.Jika 
dilihat, sekali pandang, kerajaan angkuh dan tidak mahu menerima pembangkang 
tetapi akhirnya mereka (kerajaan) terima juga pandangan itu. Kerajaan sepatutnya 
bersikap lebih terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan 
pembangkang.Kita akan awasi perjalanan pemerintah sebagai satu amanah 
rakyat. Melalui Parlimen kita akan awasi supaya setiap Rang Undang-Undang dan 
usul dikemukakan tidak bercanggah dengan kepentingan rakyat. Kita akan pastikan 
tidak ada rakyat yang teraniaya dan terasa hak mereka diketepikan. S: 
Apakah masalah yang mungkin Datuk hadapi?J: Sudah beberapa penggal 
saya dalam Dewan Undangan Negeri tetapi saya fikir suasana dalam Parlimen amat 
berlainan, sudah tentu lebih luas lagi. Justeru, mesti ada halangan tetapi tidak 
dapat saya bincang dan huraikan dalam pertemuan ini kerana belum pernah 
melaluinya lagi. Sebagai satu pasukan pembangkang yang kuat dan berwibawa, kita 
yakin dapat atasi pelbagai kemungkinan dan masalah yang datang. S: 
Kekalahan Lim Kit Siang dan Karpal Singh dianggap sebagai hilangnya taring 
pembangkang dalam Dewan. Apakah komen Datuk mengenainya?J: 

H-Net* FORMULA BODOH PEMUDA PPP YANG TIDAK DIBERI KURSI OLEH BN

1999-12-19 Terurut Topik Concorde





  
  

  PEMUDA PPP 
  HARAP BEBERAPA PEMIMPINNYA DILANTIK SENATOR 
  
 
  

  
  KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Pergerakan 
  Pemuda Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) berharap Perdana Menteri 
  Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad akan melantik beberapa pemimpinnya sebagai 
  senator manakala presidennya Datuk M. Kayveas diberi jawatan "penting" 
  dalam kabinet. Ketuanya, T. Murugiah berkata, pelantikan itu 
  akan membolehkan PPP sebagai sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) 
  memberikan khidmat kepada masyarakat. "Kami masih menaruh harapan 
  kepada Dr Mahathir, mungkin beberapa jawatan senator boleh diperuntukkan 
  kepada PPP bagi membolehkan kami menjalankan tugas yang perlu untuk ahli 
  dan orang ramai," katanya pada persidangan berita di sini hari ini. 
  Katanya, PPP akan terus memberi sokongan kepada BN walaupun parti 
  itu tidak diberikan sebarang kerusi untuk bertanding pada pilihan raya 
  umum lalu. "Inilah masa yang sesuai untuk kita membantu BN menawan 
  kembali dua negeri (Kelantan dan Terengganu) yang dikuasai oleh 
  pembangkang," katanya. Beliau juga berkata, Pemuda PPP akan 
  mengemukakan memorandum kepada Dr Mahathir bagi menyarankan formula untuk 
  menawan kembali kedua-dua negeri itu. Katanya, antara formula yang 
  dicadangkan ialah menggalakkan penghijrahan lebih ramai kaum Cina dan 
  India ke Kelantan dan Terengganu untuk mengimbangi pengaruh parti Pas. 
  "Ketika ini kedua-dua negeri itu majoriti penduduknya ialah orang 
  Melayu dan kita rasakan dengan lebih banyak kaum lain tinggal di sana, BN 
  berpeluang merampas kembali menerusi sokongan kaum India dan Cina," 
  katanya. Beliau juga berkata, Dr Mahathir akan menghadiri majlis 
  rumah terbuka parti itu di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra di 
  sini pada 1 Januari depan. -- 
BERNAMA


H-Net* SINYANYOK INI MASIH PENING KEPALA

1999-12-19 Terurut Topik Concorde




Pilihanraya Malaysia: Di mana silap BN?

Dr Mahathir dedah antara punca pembangkang dapat sokongan 
bertambahWALAUPUN gembira meraih sasaran dua pertiga kerusi seperti yang 
diharapkan, undi keseluruhan yang diperolehi merosot. Empat orang menteri pula 
tersingkir, dan pengaruh pembangkang mula menular dengan menawan Terengganu, 
memasuki Kedah dan bertapak di Selangor, iaitu tampuk kekuatan parti-parti yang 
memerintah dalam Barisan Nasional. 
KOMEN: SYABAS PAS DAN BARISAN ALTERNATIF 
Demikian antara lain analisis Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr 
Mahathir Mohammad dalam satu rencana yang disiarkan di harian Jepun, Mainichi 
News, baru-baru ini. Berikut sedutan tanggapannya. 
ISU SEBENAR 

Lazimnya, kerajaan yang mempertahankan serangan hebat ke atas ekonomi dan 
memulihkan ekonomi dengan tegas tentu akan meraih sokongan rakyat. 
KOMEN: BOHONG. EKONOMI MUSNAH PASAL BN MEMBAZIR 
Begitulah sokongan daripada rakyat Cina yang banyak terlibat dalam bidang 
niaga. 
KOMEN: KALAU CINA TAK TAKUT MATI, SUDAH LAMA SOKONG BARISAN ALTERNATIF 
Tetapi, orang Melayu tidak terjejas oleh kemelut mata wang dan ekonomi. Tiada 
pengangguran dan kurang bekalan. 
KOMEN: BODOHNYA MAHATHIR, ORG MELAYU TAK GUNA DUIT KA? BERAPA PULUH RIBU 
ORANG MELAYU MENGANGGUR? 
Malahan, kejatuhan mata wang membolehkan mereka menikmati lebih banyak 
keuntungan hasil daripada penjualan kelapa sawit untuk dieksport. 
KOMEN: APA? HARI2 HARGA KELAPA SAWIT JATUH. 
Bagi orang Melayu, isunya bukan ekonomi. 
KOMEN:ISUNYA ORANG MELAYU DAH MENOLAK UMNO DAN UMNO AKAN BERKUBUR TAK 
LAMA LAGI SEPERTI SEMANGAT46 
Mereka berdasarkan tanggapan elit berpendidikan baru yang terdedah kepada 
liberalisme Barat ketika belajar di luar negara dan jalur Islam melampau yang 
diajarkan oleh Parti Islam atau PAS. 
KOMEN:TUDUHAN INI SANGAT MELAMPAU 
Tumpuan kepada liberalisme Barat dicetuskan oleh mantan timbalan saya, Datuk 
Seri Anwar Ibrahim... 
KOMEN: DULU MAHATHIR KATA ISU ANWAR TAK MENJEJASKAN BN! LA NI BARU TAU! JILAT 
BALIK LUDAH SENDIRI 
Pengikutnya di dalam dan luar parti dan pembangkang yang merebut peluang 
menerima dakwaannya bahawa pemecatannya kerana konspirasi untuk menghindarnya 
daripada menjadi perdana menteri... 
KOMEN:MEMANG PUN ADA KONSPIRASI. TENGOK AZIZ SAMSUDIN DPT JADI SINATOR 
DAN TIMBALAN MENTERI 
Elit berpendidikan, terutama profesional bergaji tetap, beranggapan bahawa 
mereka yang berkuasa dan berjawatan tinggi itu rasuah. 
KOMEN: MEMANG YANG MENJAWAT JAWATAN MENTRI BN ITU RASUAH MILION2. CTH 
RAFIDAH, DAIM, LIONG SHIT, KHENG TAIK DAN SAMI BULU 
Ramai golongan elit ini didiayahkan oleh PAS ketika mereka masih pelajar. 
Mereka menjadi tertanam dengan semangat antikerajaan. 
KOMEN: BAB SOKONGAN NI, TAK PAYAH DAKYAH, RAKYAT SEDAR SENDIRI, RAKYAT SUDAH 
CELIK AKAL 
Keadilan, parti yang dibentuk oleh Anwar, berjaya kerana PAS kuat dan 
menyokongnya kerana sebab-sebab taktik. 
KOMEN: KERANA KUASA ALLAH, ALLAH AKAN MEMBUKA PINTU HATI MANUSIA UNTUK 
MENILAI YANG MANA BAIK YANG MANA BURUK 
Elit bandar yang cuba mengeksploit isu Anwar tidak berjaya walau mereka 
berhasil mengurangkan majoriti calon Barisan Nasional (BN). 
KOMEN: INI SANGAT BETUL, MASYARAKAT ELIT PUN SUDAH TAK MAU SOKONG UMNO/BN 
LAGI. 
Kecuali Anwar dalam menghidupkan isu pemenjaraannya, Keadilan tidak mungkin 
bertahan untuk lima tahun lagi. 
KOMEN: YANG TAK DAPAT BERTAHAN LIMA TAHUN LAGI IALAH UMNO DAN BARISAN. KONON 
MENANG BESAR, TAPI HARI2 BERTELAGAH 
TIDAK HARGAI BANTUAN 
Apabila BN melancarkan Dasar Ekonomi Baru, Umno secara lurus percaya bahawa 
orang Melayu yang memanfaatkannya akan tahu berterima kasih. 
KOMEN: SIAPA YANG MENERIMA MANAFAAT? KEBANYAKKANNYA MENTRI2 UMNO DAN BARISAN. 
SEPATUTNYA PEMIMPIN YANG MESTI BERTERIMA KASIH KEPADA RAKYAT KERANA MEMBERI 
MEREKA KUASA SELAMA 42 TAHUN. ADAKAH PULAK RAKYAT KENA TERIMA KASIH KAT 
PEMIMPIN?? 
Mereka jangka di kalangan elit itu, akan ada pemimpin dan penyokong yang akan 
meneruskan dasar sehingga matlamat DEB (membantu Bumiputera dan orang asli 
setanding dengan kaum Cina dalam bidang ekonomi). 
KOMEN: TAK ADA SIAPA PUN AKAN SOKONG UMNO LAGI. LIHAT SAJA MAJORITI DISEMUA 
KAWASAN, MEROSOT TERUS MENERUS 
Malangnya, segala rasa kesyukuran dan penghargaan diperkecil oleh PAS yang 
terlebih dulu mendiayahkan pelajar bahawa mana-mana kerajaan akan berbuat hal 
serupa. 
KOMEN: RAKYAT AKAN BERSYUKUR KEPADA ALLAH SAHAJA. PEMIMPIN MESTI BERTERIMA 
KASIH KEPADA RAKYAT 
Jadi, pelajar tidak perlu berterima kasih kepada BN. Mereka hanya perlu 
bersyukur kepada Allah, dan bukan orang lain. 
KOMEN: ITU AJARAN ISLAM. ENTAH2 MAHATHIR NI BUKAN ISLAM KOT! 
PAS tidak endah bahawa caranya itu bertentangan dengan ajaran Islam. Bila 
rasa tanggungjawab terhadap kerajaan bersifat kebapaan yang dipimpin oleh Umno 
dihancurkan, PAS berjaya meraih sokongan dengan mendakwa PAS ialah Islam dan 
semua orang Islam mesti sokong PAS. 
KOMEN: SAPA AGAKNYA ULAMAK UMNO YANG MENGAJAR MAHATHIR PASAL ISLAM? DUA2 TAK 
TAHU 
Sejak itu PAS terus berdusta dan 

H-Net* Barulah tau!!! RM 25K bekal air mineral utk UMNO kelantan!

1999-12-19 Terurut Topik Concorde





Cek itu dipercayai dikeluarkan atas nama Datin Asmah beberapa hari sebelum 
nahas bagi bayaran membekalkan air mineral di Kelantan semasa pilihan raya umum 
baru-baru ini. 
Empat cuba keluarkan cek si matiKUALA LUMPUR -- Polis menahan empat 
orang, termasuk anggota polis tambahan syarikat PLUS, kerana cuba menukar cek 
bernilai RM25,000 ($10,100) yang dicuri dari kereta Timbalan Menteri Pendidikan, 
Datuk Aziz Samsuddin, yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. 
Cek yang dikeluarkan atas nama Datin Asmah Ali Hussein, isteri Datuk Aziz 
yang terbunuh dalam nahas itu Sabtu lalu, dikemukakan di sebuah bank di sini 
oleh seorang belia berumur 19 tahun Selasa lalu. 
Menurut akhbar The Star semalam, seorang pegawai bank tersebut yang 
mengesyaki sesuatu, memaklumkan perkara itu kepada polis yang kemudian menahan 
belia itu. 
Siasatan Jabatan Jenayah Komersil kemudian membawa kepada penahanan dua 
mekanik di Rawang dan kakitangan PLUS di Kuala Pilah. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bandar Raya, Penolong Pesuruhjaya Kanan 
Mat Zin Ibrahim, mengesahkan penangkapan mereka tetapi enggan memberi maklumat 
lanjut. 
Siasatan polis menunjukkan cek tersebut ditemui oleh kakitangan PLUS selepas 
kemalangan pada Sabtu lalu itu. 
Dua mekanik yang turut ditangkap itu terlibat dalam kerja menarik kereta, 
yang terbabit dalam nahas tersebut dan belia belasan tahun itu disuruh menukar 
cek di bank. 
Cek itu dipercayai dikeluarkan atas nama Datin Asmah beberapa hari sebelum 
nahas bagi bayaran membekalkan air mineral di Kelantan semasa pilihan raya umum 
baru-baru ini. 
Pengeluar cek itu membuat laporan polis setelah mengetahui mengenai nahas 
tersebut dan memaklumkan kepada bank agar tidak membuat pembayaran.