H-Net* LIPUTAN MUKTAMAR PAS PUSAT - 1-4 JUN 2000 http://members.xoom.com/cmealy/ - Pembetulan

2000-05-31 Terurut Topik Aimi Diyana

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
http://members.xoom.com/cmealy/ 
http://members.xoom.com/cmealy/ 
http://members.xoom.com/cmealy/
http://members.xoom.com/cmealy/ 
http://members.xoom.com/cmealy/ 
http://members.xoom.com/cmealy/ 
  
Assalamualaikum  Salam Sejahtera cybernetters sekelian,
  
Pihak Unit-IT PAS Pusat akan membuat liputan samada 
melalui WEB TV, RADIO dan BERITA Muktamar
pada  Khamis - 1hb Jun hingga 4hb. Jun 2000.
  
Pihak kami terpaksa menggunakan address sementara
iaitu :
  
http://members.xoom.com/cmealy/ 
http://members.xoom.com/cmealy/ 
http://members.xoom.com/cmealy/ 
  
Ini kerana Laman Web Rasmi kami iaitu
http://www.parti.pas.org menghadapi
masalah laluan yang tidak dapat diselesaikan
menjelang muktamar ini.
  
Menjadi harapan pihak kami agar cybernetters semua 
 menghebahkan berita ini kepada semua yang  berminat
untuk mengikuti liputan muktamar ini.
 
Sekian, terimakasih.
 
 Webmaster Laman Web PAS Pusat
 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Aimi Diyana" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* LIPUTAN MUKTAMAR PAS PUSAT - 1-4 JUN 2000 http://members.xoom.com/cmealy/

2000-05-31 Terurut Topik Aimi Diyana

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum  Salam Sejahtera cybernetters sekelian,
 
 Pihak Unit-IT PAS Pusat akan membuat liputan samada 
 melalui WEB TV, RADIO dan BERITA Muktamar
pada  Khamis - 1hb Jun hingga 4hb. Jun 2000.
 
 Pihak kami terpaksa menggunakan address sementara
iaitu :
 
   http://members.tripod.com/cmealy/ 
   http://members.tripod.com/cmealy/ 
   http://members.tripod.com/cmealy/ 
 
 Ini kerana Laman Web Rasmi kami iaitu
http://www.parti.pas.org menghadapi
masalah laluan yang tidak dapat diselesaikan
menjelang muktamar ini.
 
Menjadi harapan pihak kami agar cybernetters semua 
menghebahkan berita ini kepada semua yang  berminat
untuk mengikuti liputan muktamar ini.

Sekian, terimakasih.

Webmaster Laman Web PAS Pusat

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Aimi Diyana" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Perlantikan Hakim : Soalan YB Mohd Yusuff Noor, Fong Poo Kuan dan Jawapan Sambil Lewa Noh Omar

2000-03-13 Terurut Topik Aimi Diyana
 diubah supaya Perdana Menteri dapat
menamakan sesiapa dia hakim-hakim. Ini yang jadi masalah sekarang. Jadi, saya rasa
itulah yang …kalau boleh…[Disampuk] kalau boleh, Perlembagaan asal itu dipraktiskan
balik dan supaya orang ramai tidak merasa bahawa kehakiman ini telah boleh dicampur
tangan oleh orang-orang politik. Itu sahaja. Saya minta penjelasan daripada
Setiausaha Parlimen.

 Tuan Haji Noh bin Haji Omar:
Tuan Yang di-Pertua, dia kata teori dan praktikal. Yang Berhormat ini mempraktikkan
undang-undangkah? Yang kata yang tahu praktikal ini hakim. Yang Berhormat bukan
hakim, mana Yang Berhormat tahu dia pengaruhkah tidak.  Inilah yang bahaya. Bahaya
pembangkang ini dia mendengar hearsay evidence. Dengar cerita-cerita tu kemudian
hebahkan  kepada rakyat. Yang Berhormat hakimkah? Saya dah kata dah tadi. Jadi,
masalahnya hari ini Yang Berhormat, Yang Berhormat kata teori dan praktikal. Kita
teori tetapi yang praktisnya hakim-hakim. Jadi, saya ingat tidak adil kalau Yang
Berhormat cuba mengambil tugas hakim seolah-olah Yang Berhormat tahu bahawa hakim
ini sebelum membuat satu-satu keputusan, dia ini dipengaruhi oleh pihak-pihak
tertentu.  Sebenarnya saya telah nyatakan tadi, ada banyak peringkat yang kita
boleh buat seperti kes-kes yang sedang kita dengar.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Aimi Diyana" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* ISU-ISU MENARIK DALAM WEB PAS WEB MP PAS

2000-03-10 Terurut Topik Aimi Diyana

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Sila ke:

http://www.parti-pas.org

atau

http://www.parti-pas.org/mppas

CERAMAH PERDANA OLEH PRESIDEN PAS 14/3/2000 DI AMPANGJAYA

Transkrip Dato' Shahrizat Tuduh PAS Bawa Wanita ke Zaman Jahiliyah di Parlimen pada
8/3/2000

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2000 oleh YB. Hj. Husam Hj. Musa (Kubang Kerian) di
Parlimen pada 7/3/2000

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2000 oleh YB Mohd Yusoff Mohd Noor (Machang) di
Parlimen pada 7/3/2000

Ucapan Perbahasan Belajawan 2000 oleh YB. Ustaz Nasharudin Mat Isa di Parlimen pada
7/3/2000

Ucapan Perbahasan Belajawan 2000 oleh YB. Drs. Abu Bakar Othman di Parlimen pada
7/3/2000

Kerugian Petronas Akibat Susut Nilai Matawang ? - Soalan Tambahan daripada YB. Abd
Rahman Yusof (Kemaman,
Terengganu 7/3/2000)

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2000 oleh YB. Che Ghani Che Ambak di Parlimen pada
6/3/2000

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2000 oleh YB. Ustaz Taib Azamudden Mohd Taib di
Parlimen pada 6/3/2000

Soalan Tambahan Mengenai EAEC oleh YB. Dr. Syed Azman kepada Meneri Luar Negeri
ISA, Akta Hasutan, OSA, Akta Mesin Cetak - YB. Mohd Sabu Tanya Perdana Menteri

Apa Kata YB. Dr. Abd. Hamid Othman bila ditanya isu
Penggunaan Masjid di Parlimen pada 6/3/2000

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Aimi Diyana" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Ucapan Perbahasan Belanjawan 2000 oleh YB Dato' Dr. Hassan Hj. Mohamed Ali di Parlimen pada 2/3/2000

2000-03-06 Terurut Topik Aimi Diyana
 tindakan segera untuk melaksanakan
cadangan ini dalam pelan perlaksanaan BDPN3.  Data-data baseline mengenai ciri-ciri
kemanusiaan seutuhnya hendaklah diperolehi di semua fasa iaitu fasa pra projek
dengan izin, pre -project, semasa projek dengan izin, during project dan selepas
projek dengan izin, post project khususnya bagi projek-projek di bawah DPN3.

Akhirnya yang kelima – Tuan Yang di-Pertua, hendaklah diadakan kursus-kursus di
peringkat iIjazah pPertama, iIjazah lLanjutan dan pPh.D dalam bidang ini yang
ditawarkan oleh universiti-universiti tempatan.  Saya suka mencadangkan supaya
bahagian ekologi kemanusiaan seperti ini juga ditubuhkan di semua kementerian dan
jabatan di pelbagai peringkat selain daripada Kementerian Pertanian supaya tindakan
yang sama dapat diambil berhubung dengan projek pembangunan yang akan, sedang dan
telah dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah menyemak banyak penulisan tentang perkara ini.  Apa
yang ada ialah pendekatan kemanusiaan ala Barat yang sudah tentu kurang cocok
dengan realiti sosio budaya kita.  Sampailah masanya satu pendekatan anak watan,
indigenous approach, dengan izin, diketengahkan.  Dunia sedang mencari-cari
pendekatan seperti ini iaitu kebolehan kita melihat manusia sebagai ciptaan
seutuhnya.  Manusia adalah gabungan antara jasad intelek emosi dan spiritualiti.
Dalam hubungan ini, Tuan Yang di-Pertua tidak syak lagi kita harus balik kepada
pendekatan fitrah, pendekatan semula jadi dalam menangani masalah pembangunan
khususnya pembangunan sektor pertanian.

Manusia petani mesti dilihat sebagai satu kesatuan insan jasadiah, insan akliah dan
insan rohiah.  Gabungan ketiga-tiga unsur ini secara supplementarity, dengan izin,
dan complimentarity, dengan izin, akan menjadikan petani Malaysia petani fpar
excellence.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Sila gulung, Yang
Berhormat.
Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali:  Saya menggulung sekarang ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Terima kasih.

Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali:  Kalau selama ini kita cuba lari daripada
permasalahan pokok yang menghantui kehidupan para petani di Malaysia, masanya telah
tiba untuk kita mengorak langkah memberi makna kepada pembangunan mengguna acuan
sendiri sepertimana yang digembar-gemburkan.  Tidak ada lagi acuan yang lebih ampuh
daripada acuan kerangka kemanusiaan seutuhnya ini.  Masanya telah lama tiba untuk
kita meletakkan petani di gelanggang utama, center stage sementara faktor-faktor
lain adalah faktor penggenap belaka.  Dalam keadaan dunia sedang tercari-cari untuk
mendapati satu pendekatan setelah pendekatan cara mereka menemui kegagalan apalah
salahnya, Tuan Yang di-Pertua, kalau Malaysia menjadi negara peneraju dalam aspek
pembangunan bersepadu ini.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, sebagai tanda penghargaan kepada rakyat desa, kaum
petani yang tidak dapat dinilai jasa mereka khususnya di Parit Buntar, sudi apalah
kiranya Kementerian Kerja Raya memasukkan dalam program pembangunannya, jambatan
yang menghubungkan Kuala Kurau dengan Bagan Seberang di Kuala Kurau untuk memberi
kemudahan kepada penduduk setempat.  Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua …..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Sudah lebih, Yang
Berhormat.

Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: …..Yang Berhormat Menteri Kewangan telah…..
Sikit sahaja lagi, empat line sahaja.  Yang Berhormat Menteri Kewangan telah
membuat pengumuman terbukaa beberapa hari sebelum pilihan raya umum yang lalu
bahawa sekiranya Barisan Nasional terus berkuasa, beliau akan memperuntukkan
sejumlah wang untuk tujuan itu.  Rakyat Kuala Kurau, Bagan Serai dan kawasan
berhampiran khasnya telah dijanjikan dengan projek jambatan merentasi sungai 250
meter ini sejak 25 tahun yang lalu.  Sungai ini telah banyak mengorbankan jiwa yang
akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, seorang pemuda mati lemas terjatuh daripada feri
kira-kira dua bulan yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, sekian, saya mohon menyokong.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Aimi Diyana" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Ucapan Perbahasan Belanjawan 2000 oleh YB Hj. Abdul Fatah Haron di Parlimen pada 2/3/2000

2000-03-06 Terurut Topik Aimi Diyana
 lain tadi bertembung antara dua pihak…..

  Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ha ini pandai-pandai
Yang Berhormatlah, kalau Yang Berhormat hendak benarkan semua tanya, jadi….

  Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Saya minta satu minit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Satu
minit?

  Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Ya, untuk penutup,
boleh?……

  Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Okay.

  Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh: Ni, Datuk Speaker, kalau diizinkandi
injury time, saya hendak tanya, saya sudah lima kali bangun tadi….

  Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: ….di bawah kerajaan Barisan
Nasional faedah-faedah penswastaan banyak diboloti oleh kroni-kroni….

  Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Dia tidak bagi jalan
tjadi Temerloh.

  Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: ……pemimpin-pemimpin tertentu
sedangkan hanya sedikit faedah yang tumpah kepada rakyat ataupun sektor awam.
Di sini sukalah saya mencadangkan, satu, menggantikan dasar penswastaan ini yang
kini mengandungi unsur-unsur udang di sebalik batu dengan dasar penswastaan telus
yang dapat memelihara kepentingan pengguna dan pekerja serta menjamin hak
rakyat.  Oleh itu butir-butir kontrak penswastaan mestilah diumumkan kepada orang
awam.

  Dua, perlu dipastikan bahawa dasar penswastaan itu memanfaatkan
masyarakat dan bukan lagi sekadar menggantikan monopoli awam dengan monopoli
swasta.

  Tiga, hendaklah memastikan segala kemudahan dan perkhidmatan awam
yang asasi seperti air, pendidikan, kesihatan dan perumahan rakyat hanya
diperbadankan atau dikorporatkan demi membaiki pengurusan tetapi tidak
diswastakan.

  Empat, mempastikan bahawa perusahaan awam yang telah pun diswastakan
perlu diawasi dengan rapi untuk memelihara kepentingan rakyat.

  Kelima, pihak kerajaan hendaklah membentuk sebuah suruhanjaya bebas
untuk mengkaji dan mengaudit semua projek besar yang telah diswastakan untuk
memastikan manfaatnya kepada rakyat.

  Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang
Berhormat.

  Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Tuan Yang di-Pertua, sekian
sahaja, terima kasih.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Aimi Diyana" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* USD40,000,376 - Harga Jet Eksekutif Global Express - (refwd dengan tambahan)

2000-03-02 Terurut Topik Aimi Diyana
.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Aimi Diyana" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* USD40,000,376 - Harga Jet Eksekutif Global Express

2000-03-02 Terurut Topik Aimi Diyana

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
1/3/2000 : Parlimen

Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bahru]:

Meminta Menteri Kewangan menyatakan sudahkah  jet rasmi-M 4801 yang ditempah dari
Syarikat Global Express dari Kanada diterima oleh kerajaan dan berapakah harga
sebenar jet itu termasuk harga pengubahsuaiannya sekali.

 Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Dr. Haji Shafie bin Mohd. Salleh]:
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan Malaysia telah menerima dengan rasminya jet eksekutif
jenis Global Express atauppun GE daripada Syarikat Bombadier Incorporated, Kanada
pada 9 Disember 1999.  Harga pesawat tersebut termasuk kos pengubahsuaian ialah
USD40,000,376.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Aimi Diyana" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Press Statement by YB. Dato Fadzil Mohd. Noor (PAS President and Malaysian Parliament Opposition Leader) - Restraining Order on Harakah Publication: PAS Strongly Protest.

2000-03-01 Terurut Topik Aimi Diyana

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Press Statement
 YB. Dato’ Ustaz Fadzil Mohd. Noor
   PAS President and Malaysian Parliament Opposition
Leader

 1 Mac 2000 (24 Zulkaedah 1420H)

 Restraining Order on Harakah Publication:
  PAS Strongly Protest.

   PAS and Barisan Alternatif (BA) condemned the government
   judgment to limit Harakah publication to twice a month as to twice
   a week previously.  This appalling action is clearly against the
   concept of democracy being championed by the ruling coalition
   Barisan Nasional (BN).

   The Home Affairs Ministry (KDN) decision is clearly ignorance of the
   public views, be it within or outside the parliament, which has been
   claiming for freedom of speech for all the people including the
   opposition parties thru their publication to the party members.

   The government has to be reminded that the concerning issues all
   this while was the issue of circulation, not the frequency of the
   publications.  The management of Harakah has followed all the
   instructions from the KDN to limit Harakah circulation to PAS offices
   and centers, and to members only.  Even though the decision has
   reduced the circulation, it is still abided.  After all the cooperation
   given by Harakah are only responded with this drastic and
   unacceptable action from KDN.

   We view this government action as a step backward bringing us to
   the era of colonialism, where the freedom of speech and right of
   the people are abused.  This is the result of absolute power
   demonstrated by BN after the people has given them the power of
   two third majority in the parliament. We urged the KDN to return
   the status quo of Harakah publication to twice a week and KDN
   should make a wise judgment on this matter.

   Dato' Haji Fadzil Mohd Noor
   PAS President and Malaysian Parliament Opposition
   Leader

Kenyataan Akhbar
  YB. Dato’ Ustaz Fadzil Mohd. Noor
Presiden PAS dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
  1 Mac 2000 (24 Zulkaedah 1420H)
   Sekat Penerbitan Harakah: PAS Bantah Keras

Pihak PAS dan Barisan Alternatif (BA) mengutuk keputusan kerajaan
   menghadkan penerbitan akhbar Harakah kepada dua kali sebulan
   berbanding dua kali seminggu pada masa ini. Langkah zalim ini sangat
   bertentangan dengan amalan demokrasi yang dilaung-laungkan oleh
   kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

  Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini jelas sekali tidak
   menghiraukan pandangan umum samada dalam parlimen mahupun luar
   parlimen, yang menuntut kebebasan bersuara bagi seluruh rakyat
   termasuk parti pembangkang melalui penerbitan kepada ahli-ahlinya.

  Pihak kerajaan seharusnya diingatkan bahawa isu yang
   dibangkitkannya selama ini ialah soal pengedaran akhbar tersebut, dan
   bukannya kekerapan penerbitannya. Pihak pengurusan Harakah telah
   mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh KDN bagi menentukan
   yang Harakah hanya diedarkan di pejabat dan markaz PAS kepada ahli
   PAS. Walaupun kaedah ini menjejaskan edaran Harakah, ianya tetap
   dipatuhi. Namun kerjasama yang diberikan oleh Harakah disambut
   dengan keputusan yang amat tidak munasabah oleh KDN.

  Kita memandang langkah kerajaan ini membawa kita semula sama
   seperti era penjajah di mana suara rakyat dan kebebasan rakyat
   dicabuli. Inilah kesan daripada kekuasaan mutlak yang digunakan oleh
   pihak BN setelah rakyat memberi mereka kuasa dua pertiga di parlimen.

  Kami mendesak supaya KDN mengembalikan status quo penerbitan
   Harakah kepada dua kali seminggu dan KDN perlu bertindak wajar dalam
   hal ini.

  Dato' Haji Fadzil Mohd Noor
   Presiden PAS dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Aimi Diyana" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Ucapan Perbahasan Belanjawan 2000 oleh YAB Tuanguru Hj. Abdul Hadi Awang di Parlimen pada 29/2/2000

2000-03-01 Terurut Topik Aimi Diyana
 melalui pertubuhan-pertubuhan
 antarabangsa supaya memberi perhatian kepada kaum yang
 tertindas yang dianiaya di Chechnya sekarang yang menjadi
 mangsa pembunuhan.  Satu tindakan oleh masyarakat
 antarabangsa dengan cara yang seadil-adilnya hendaklah
 dilakukan.

 Begitu juga keadaan yang berlaku di Kashmir.  Walaupun
 sudah ada keputusan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa
 Bersatu tahun 1948, tetapi keputusan ini tidak dihormati.
 Rakyat Kashmir tidak diberi hak untuk menentukan nasib
 mereka sendiri sebagaimana yang diberi kepada Timor-Timur
 yang berlaku lebih mutakhir daripada itu.   Kita hendaklah
 mempunyai sikap yang betul di dalam pergolakan politik
 antarabangsa supaya kewangan yang kita peruntukkan
 kepada semua kementerian digunakan dengan cara yang
 sebetul-betulnya.  Saya rasa itulah beberapa pandangan
 yang dapat saya kemukakan mudah-mudahan menjadi
 perhatian Dewan yang mulia ini.

 Sekian, terima kasih.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Aimi Diyana" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Ucapan Perbahasan Belanjawan 2000 oleh YB Hj. Mohammad Sabu di Parlimen pada 29/2/2000

2000-03-01 Terurut Topik Aimi Diyana
 Berhormat  pernah berjanji dalam
 Dewan,  Yang Berhormat hendak pastikan pengerusi PAC di
 Terengganu dan juga  di Kelantan dipilih pada  wakil
 pembangkang iaitu wakil daripada Barisan Nasional, jadi sebelum
 hendak terus  ucapan berapi ini, telahkah ditunaikan janji Yang
 Berhormat itu.

 Tuan Mohamad bin Sabu:  Janji saya kalau Pusat buat dulu.
 Pusat tak buat, kami nak ikut macam mana.  Ini Yang Berhormat
 bagi Tanjong Karang lena nampaknya.

 Beberapa Ahli:   Selamat [Ketawa]

 Tuan Mohamad bin  Sabu:
 Itu hal ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang seterusnya
 yang saya  ingin  sentuh ialah masalah  rule of law   kedaulatan
 undang-undang  di  negara kita ini. ISA sudah  tidak popular.
 Penggunaan terhadap ISA  ditentang oleh rakyat. Orang yang
 ditahan   di bawah ISA tidak dilihat buruk  oleh  rakyat, bahkan
 pemerintahlah yang dilihat buruk. Di sini ramai  yang di bawah
 ISA Yang Berhormat  Kepong, Yang Berhormat  Pokok Sena,
 ini….

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
 Abdullah]: Kuala Kedah…[Ketawa]

 Tuan Mohamad bin Sabu:
 Kuala Kedah lagi lama.  [Ketawa]. Rakyat  melihat kerajaan yang
 salah dan orang yang dikenakan ISA  itu tidak  bersalah. Oleh
 itu  sekarang  ini Kerajaan Barisan Nasional tidak lagi
 menggunakan ISA tetapi mereka bergerak ke arah   ‘Lee Kuan
 Yew’nism’, iaitu menggunakan   undang-undang  untuk menekan
 pembangkang.  ‘Lee Kuan Yew’nism’ sedang  melanda negara
 kita sekarang.

 Ini kita lihat  setelah  orang yang dulunya  Timbalan Presiden 46
 telah  membuat tesis Ph.D   dan  dengan tesisnya itu  dia
 mendapat Ph.D iaitu  penguasaan eksekutif  sepenuhnya
 terhadap perundangan di Malaysia.  Beberapa para dalam buku
 mengkritik  sistem perundangan di Malaysia dan  sekarang bila
 beliau jadi Menteri   rupa-rupanya ‘Lee Kuan Yew’nism’  sedang
 melanda negara kita ini.
 Kita  lihat  OSA,  Printing Act, Police Act, Akta Hasutan  mula
 digunakan sekarang ini.

 Dato' Haji Azmi bin Khalid:   Boleh, sekejap sahaja.

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin
 Abdullah]:  Ya,  Yang Berhormat  bagi Padang Besar.

 Dato' Haji Azmi bin Khalid:
 Tuan Yang di-Pertua,  saya tertarik  dengan apa yang
 disebutkan oleh  Yang Berhormat  bagi Kuala Kedah tadi tetapi
 adakah  Yang Berhormat  bagi Kuala Kedah sedar  bahawa
 dengan perlantikan seseorang yang membuat  tesis  mengenai
 dan mengkritikkan  undang-undang  itu   setelah diletak dia  di
 tempat yang berkenaan yang mampu dia  memberi nasihat yang
 sebaiknya kepada  kerajaan, adakah  itu satu  pertanda bahawa
 kerajaan ini  amat demokratik memilih  orang  yang tahu dan
 memilih orang  yang mengkritik,  letak di situ untuk  dia
 memperbaiki segalanya. Bukankah ini satu gambaran  baik bagi
 kerajaan dan  kepada rakyat, insya-Allah - dia baru sangat  di
 situ, insya-Allah- semuanya akan diperlakukan  supaya segala
 apa yang buruk itu diperbaiki.

 Tuan Mohamad bin Sabu:
 Baiklah kita hendak lihat dahulu prestasinya.  Tapi yang kita
 lihat  selepas pilihan raya, yang didakwa semuanya
 pembangkang.

 Beberapa Ahli:   Ya…[Ketawa]  [Tepuk]

 Tuan Mohamad bin Sabu:
 Ini  yang pelik, tak kanlah dalam Akta Hasutan  tak dak Menteri,
 Timbalan Menteri  di Parlimen yang bercakap  menyentuh Akta
 Hasutan, tiba-tiba  yang didakwa Karpal Singh,  yang  didakwa
 Ezam Mohamad Noor, yang didakwa Marina Yusof, yang didakwa
 Zulkifli Sulong, semua pembangkang kecuali isu rasuah iaitu
 Saidin Tamby  dan juga Joseph Chong.

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin
 Abdullah]:  Yang Berhormat  boleh sambung besok.

 Tuan Mohamad bin Sabu:  Oh.. boleh   20  minit  lagi
 [Ketawa]

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin
 Abdullah]:  Ahli-ahli Yang Berhormat   Dewan ditangguhkan
 sehingga jam 10.00 pagi  besok hari Rabu.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Aimi Diyana" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Ucapan Perbahasan Belanjawan 2000 oleh YB Hj. Mustapha Ali -29/2/2000

2000-03-01 Terurut Topik Aimi Diyana
 cerita di Terengganu. "Hak fakir miskin penyokong UMNO tidak diberi
 zakat menjelang hari raya."  Saya dapat nota daripada Terengganu.
 Yang Berhormat dari sanapun, zakat pun memilih juga?  Ini saya
 dapat laporan daripada UMNO Terengganu.  [Ketawa]  Ini bila kita
 kata salah, bila Yang Berhormat kata betul,….

 Tuan Yang di-Pertua:  Cukuplah.

 Dato’ Dr. Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis:
 Yang sebenarnya ini politik.  Perjuangan prinsip saya setuju Yang
 Berhormat Dungun tetapi pelaksanaan itu kadang-kadang yang PAS
 buat tidak sama dengan apa yang dicakap oleh PAS. Itu yang saya
 minta Yang Berhormat fikir sikit sebab apa Yang Berhormat baru
 masuk,  jangan dengar apa yang belakang-belakang tu.  Yang
 Berhormat buat apa yang Yang Berhormat patut buat pada parti
 prinsip Yang Berhormat tetapi pelaksanaan mesti apa yang Yang
 Berhormat cakap tadi.  Itu saya setuju benar.

 Tuan Mustafa bin Ali:
 Tuan Yang di-Pertua, laporan yang diterima daripada UMNO,  itu
 yang ada ‘question mark’ sikitlah, ada ‘question mark’.  Jadi kalau
 laporan itu datang daripada Menteri yang bercakap tadi, saya boleh
 percaya sikit, tetapi dia kena pergi check lah tengok.  Laporan yang
 seperti itu laporan yang mana-mana biasa saja kita terima, apa saja
 yang kita buat, saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua,
 penerima zakat di negeri Terengganu lebih ramai 80% terdiri
 daripada orang-orang yang dulunya diberikan oleh kerajaan UMNO,
 80% boleh pergi ke Terengganu, check.  [Tepuk]

 Tuan Yang di-Pertua:  Yang Berhormat, minta gulung, Yang
 Berhormat.

 Tuan Mustafa bin Ali:
 Saya tidak tahu hendak gulung apa sebab gulung ni benda banyak
 tapi satu pun belum selesai, saya tak tahu pun nak gulung apa.
 Cuma saya gulungnya beginilah bahawa masalah rasuah, masalah ini
 mesti dibetulkan daripada atas.  Tidak mungkin boleh dibetulkan
 daripada bawah.  Pemimpin harus dan mesti bertanggungjawab
 kerana merekalah yang menjadi contoh teladan kepada orang yang
 di belakangnya dan contoh ini perlu diwujudkan dalam
 pemimpin-pemimpin yang mentadbir negara kita sekarang.

 Kalau di peringkat pusatnya oleh Barisan Nasional, kalau peringkat
 Kelantannya kami, kalau peringkat Terengganunya kami, kita harus
 bersama-sama menunjukkan contoh teladan yang baik itu kepada
 masyarakat dan kalau ini boleh kita wujudkan barangkali jalan untuk
 kita tuju kepada matlamat kebaikan kepada masyarakat itu mungkin
 akan lebih mudah tercapai kerana ini menepati dengan apa yang
 selalu diucapkan, selalu disebut di dalam para ulamak, para
 cendekiawan yang memetik salah satu daripada ucapan yang pernah
 diucapkan oleh Fijratul Islam, Imam Ghazali yang pernah
 menghuraikan soal negara dan menyebut bahawa paling kurang ada
 empat komponen yang kalau baik orang ini, negara akan menjadi
 baik.

 Yang pertama, pemimpin yang adil, yang kedua, ulamak yang benar
 ertinya yang tidak bercakap bohong, tepat kalau hukumnya begitu,
 dia berkata demikian.  Yang ketiga, usahawan yang jujur, yang tidak
 menipu rakyat. Yang keempat, rakyat biasa, rakyat bawahan yang
 mendoakan bagi kebaikan negara tetapi rakyat sukar untuk
 mendoakan apabila mereka sendiri dianiayai oleh kerajaan yang tidak
 memberikan perhatian yang sebenarnya.

 Saya tidak mengatakan tidak ada apa langsung yang diberikan
 kepada rakyat tetapi rakyat, gambaran daripada rakyat yang tidak
 berdoa itu adalah hukuman yang diberikan kepada Barisan Nasional
 dalam setengah-setengah tempat walaupun belum menyeluruh.

 Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana masa tidak mengizinkan
 dan saya harap bahawa kita sama-sama akan menuju ke arah untuk
 membaiki negara kita ini.  Terima kasih.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Aimi Diyana" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* KENYATAAN MEDIA YB. DATO FADZIL - HENTIKAN DISKRIMINASI DALAM KEGIATAN MAHASISWA

2000-02-29 Terurut Topik Aimi Diyana
 bergabung tenaga dengan parti-parti
  alternatif serta NGO.

  Sekian.

  DATO' HAJI FADZIL MOHD.  NOOR
  Presiden PAS dan Ketua Pembangkang

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Aimi Diyana" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Ucapan YB Dato Ust Fadzil Membahaskan Pembentangan Belanjawan 2000 (28/2/2000)

2000-02-29 Terurut Topik Aimi Diyana
  belakang yang hebat sehebat apa yang dibekalkan sebanyak 10 gegabit
  kelajuan dan kepantasan yang dipasang di MSC utk kegiatan K-ekonomi
  atau e-commerce. Itu semua tidak jadi masalah. Tapi yang menjadi
  pertikaian Tuan Yang di Pertua ialah :

 a.Dalam haru biru riuh dan rendah tentang seluruh kampung dan
   dunia menjaja MSC ini anehnya kenapa kah asas dan
   perancangan yang paling fundamental dalam menjalankan
   e-commerce ini baru difikirkan dan mungkin siap dalam 6 bulan
   lagi. Selama ini kita anggap buat MSC ini untuk apa?.

b.Dengan ini seolah-olah kerajaan BN MENGESAHKAN tuduhan
   pihak BA bahawa MSC telah beralih dari sepatutnya menjadi
   industri yang membekalkan sektor perkhidmatan yang
   tercanggih kepada hanya agenda memperkayakan golongan
   tertentu dengan kontraks berbilion ringgit sekaligus menjadi ia
   industri hartanah dan construction yang paling mega secara
   penswastaan. Saya juga difahamkan bahawa sewaan nya juga
   adalah maha tinggi. Kalau dulu syarikat menyewa RM 1 sekaki
   persegi tapi di MSC menjadi RM 3-4 kai persegi. Kalau di KLCC
   menjad RM 6-8 kaki persegi.

 c.Saya ingin menarik program GEMESIS di United Kingdom
   seumpama MSC, tetapi menekan aspek aspek pembangunan
   komuniti, pendidikan, kesihatan dan yag penting keamslahan
   masyarakat teramai atau public good atau maslahah ‘ammah.
   Perbelanjaannya pun tidak terlalu mewah dan bermulanya
   GEMESIS seperti di Silikon Valley dari pusat universiti. Tapi
   MSC jauh berbeza. Ia satu industri hartanah atau
   construction. Dan hingga kini kita belum nampak bagaimana
   rakyat umumnya akan dapat mengambl menafaatkan dari
   kecanggihan teknologi tinggi ini

d.K-ekonomi bukan perkara baru bahkan telah disebutkan oleh
   Fritz Machlup pada tahun 1962 lagi dan Drucker menulis
   tentang dalam bikunya the Age of Discontinuity pada tahun
   1969 dan Managing the future 1992. Hairannya kerajaan BN
   apabila telah betahun bercakap mengenai konwledge-based
   economy, knowledge workers an knowledge-based business
   baru nak tubuh Jawatankuasa dan akan siap pelan 6 bulan lagi

 e.Terbesar dari semua ini adalah falsafah disebalik k-ekonomi.
   Tersirat dalam segala ini, adalah andaian bahawa mereka atau
   negara yang hendak bersama dalam liga dunia ini perlu faham
   bahawa mereka mestinya mendukung Ketelusan dan
   pertanggungjawaban. Mereka juga sekaligus golongan yang
   memartabatkan Ilmu dan Maklumat sebagai satu yang menjadi
   milik ramai dan bersedia untuk berkongsi. Mereka juag perlu
   mengangkat kekangan dalam bentuk legislation seperti yang
   kita lihat pergolakan dalam perniagaan antarabangsa dalam erti
   akta GATT dan WTO dan segala yang lain. Di rumah kita sendiri
   yang perlu kita budayakan dahulu mengangkat kekangan dan
   sekatan yang tidak demokratik dan menafikan hak asasi rakyat
   seperti akta akta drakonian seperti OSA, ISA, AUKU, Akta
   Hasutan dan seumpamanya.  Kesemua ini adalah mustahak
   untuk kita fahami dahulu seperti mana juga kita perlu tahu
   tuntutan melahirkan software infrastruktur di  segi pemikiran,
   budaya dan nilai, iaitu Human Resource Developemntya itu
   sendiri. Bukan hanya Hardwarenya sahaja yang jelas telah
   memperkaya rayakan golongan tertentu.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Aimi Diyana" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Hutang Malaysia di Luar Negara dan Dalam Negeri - Soalan YB Dato' Fadzil Noor

2000-02-29 Terurut Topik Aimi Diyana

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
http://www.parti-pas.org/mppas/soalan.html

Minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah hutang negara terkini
mengikut
pecahan hutang dalam dan luar negara serta hutang kerajaan dan
swasta dan
langkah-langkah yang diambil bagi melangsaikan hutang ini.

Jawapan:
 Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh:

 Tuan Yang di-Pertua, pada akhir
 bulan September 1999, jumlah hutang luar negara Malaysia
berjumlah sebanyak
 RM165.6 bilion atau AS$43.6 bilion atau 59% daripada KNK.
Manakala hutang
 dalam negeri adalah sebanyak RM207 bilion. Untuk hutang luar
negara, hutang
 sektor swasta mencakupi kira-kira 54% iaitu RM90.1 bilion
daripada jumlah
 hutang luar negara, manakala hutang sektor awam merupakan
kira-kira 46%
 ataupun RM75.5 bilion daripada jumlah hutang luar negara.
Objektif utama
 pengurusan hutang luar negara Malaysia adalah untuk mengawal
saiz hutang
 luar negara pada tahap yang berpatutan demi mengurangkan beban
khidmat
 hutang.  Mengikut definisi  Bank Dunia, nisbah jumlah hutang
luar negara
 dengan KNK sesebuah negara yang kurang daripada 48% dianggap
sebagai
 negara berhutang rendah, nisbah dalam lingkungan 48% hingga
80% adalah
 negara berhutang sederhana, manakala lebih daripada 80%
merupakan negara
 berhutang tinggi.  Pada akhir September 1999, Malaysia berada
dalam kategori
 negara yang berhutang sederhana.
 Langkah-langkah cermat kerajaan yang diambil untuk
menyelesaikan hutang
 luar negara adalah seperti berikut, Kerajaan Persekutuan
sentiasa cuba
 membuat pembayaran hutang luar negara secara terpilih untuk
mengurangkan
 jumlah hutang kerajaan dan beban khidmat bayaran balik hutang.
Sebagai
 contoh, dalam tempoh 1977 hingga 1998, kerajaan telah membuat
pembayaran
 balik awal hutang ataupun prepayment sebanyak RM16.5 bilion.
 Kerajaan sentiasa mengawasi dengan teliti perkembangan dalam
pasaran
 kewangan antarabangsa untuk mengambil setiap peluang untuk
memperolehi
 hutang luar negara yang baru dengan syarat yang lebih baik
untuk membiayai
 semula hutang yang sedia ada ataupun refinancing. Dalam tempoh
tahun 1977
 hingga 1998, kerajaan telah membiayai semula hutang kira-kira
RM10.2 bilion.
 Dari segi pinjaman sektor swasta, kelulusan Bank Negara
diperlukan bagi
 pinjaman luar negara yang melebihi RM5 juta.  Kelulusan hanya
akan diberi
 kepada pinjaman untuk membiayai kegiatan produktif serta
projek yang
 strategik dan juga untuk melabur yang akan menaja pendapatan
pertukaran
 wang asing yang secukupnya untuk menjelaskan hutang-hutang
berkenaan.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Aimi Diyana" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* KENYATAAN AKHBAR YB DATO' FADZIL - EPISOD IWK JANGAN BERULANG: HENTIKAN SEGERA

2000-02-28 Terurut Topik Aimi Diyana
  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Aimi Diyana" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Direktori Ahli Parlimen PAS

2000-02-28 Terurut Topik Aimi Diyana

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Dapatkan direktori ahli-ahli parlimen PAS di :