H-Net* Era MCA/MIC tingkatkan tuntutan- Syabas UMNO!
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Semalam pun Samy Vellu nak umumkan tuntutan beliau iaitu: i) Cuti umum seluruh negara sempena Thaipusam ii) Pembinaan landasan keretapi berkembar dari Sentul ke Batu Caves iii) Pembinaan sebuah stesen keretapi moden di Batu Caves bercirikan rekabentuk Hindu iv) Pembinaan sebuah jalan baru sekitar 30-40 juta terus ke Batu Caves bagi mengatasi kesesakan lalu lintas setiap tahun ketika perayaan Thaipusam. v) Dalam UTUSAN ada gambar yg penganut Hindu mandi membersihkan diri di Sg. Gombak. MUNGKINkah Sg. Gombak akan dinaik taraf seperti Sg. Ganges? Apa yg UMNO tuntut? i) Berebut jawatan 11 Mei ini ii) Membiarkan lebih banyak lebuhraya dibina melintasi masjid. Contohnya Masjid Ar-rahman. Nasib baik masjid tak ditutup. iii) Entahlahbertambah sakit hati saya bila melihat gelagat UMNO yg semakin meminggirkan kepentingan orang Melayu. Wassalam AKU PUN ORANG MELAYU JUGAK! --- Hang Nawa <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > Assalammualaikum... > > Ini lah bahananya apabila parti yang mewakili > kaum... masing-masing akan > cuba mendapatkan/menambah/menjaga kepentingan bangsa > masing-masing... > percayalah lambat laun perpaduan mereka ini akan > hancur akhirnya... keadaan > ini sudah lama disedari oleh Datuk Onn > > > >From: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]> > >To: [EMAIL PROTECTED] > >CC: [EMAIL PROTECTED] > >Subject: H-Net* Era MCA/MIC tingkatkan tuntutan > >Date: Fri, 21 Jan 2000 17:33:57 -0800 (PST) ~~~ > >Catatan Ibnu Muslim > > > >Era MCA/MIC tingkatkan tuntutan > > > > > >Parti-parti komponen BN, khususnya MCA dan MIC akan > >membuat pelbagai tuntutan kepada Perdana Menteri > dan > >Pengerusi Barisan Nasional Pusat, demi untuk > >kepentingan orang-orang Cina, India dan kaum-kaum > >menoriti lain. > > > >Sebelum ini, MCA telah menuntut jawatan Timbalan > Ketua > >Menteri II diwujudkan di Pulau Pinang dan bilangan > >Ahli Exco di negeri itu ditambahkan seorang lagi. > > > >Kedua-dua jawatan yang akan "diwujudkan" itu, > >hendaklah diisi oleh Adun-Adun MCA di Dewan > Undangan > >Negeri Pulau Pinang. > > > >Walaupun tuntutan MCA itu telah ditolak oleh > Barisan > >Nasional Pusat, tetapi itu bukan bererti tuntutan > >tersebut akan berakhir begitu sahaja dan mungkin > >tuntutan yang sama akan muncul nanti. > > > >Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa > banyak > >tuntutan yang dibuat oleh MCA secara "sulit" dan > >diluluskan tanpa membuat sebarang pengumuman dan > >kenyataan akhbar. > > > >Apa yang jelas, MCA akan mendapat banyak faedah dan > >advantage dari krisis politik yang dihadapi oleh > >Gerakan di Pulau Pinang itu. > > > >Dan tidak mustahil, dua orang bekas Adun Gerakan > (dua > >Lim) itu akan diterima menjadi ahli MCA yang sah > pada > >satu ketika yang sesuai dan munasabah. > > > >Pada hemat saya, dalam keadaan seperti sekarang, > >Pengerusi BN Pusat (Dr Mahathir) akan memenuhi > hajat > >dan hasrat pemimpin-pemimpin MCA untuk mendapat > >kedudukan yang lebih baik dalam kerajaan Negeri > Pulau > >Pinang. > > > >Para pemerhati dan penganalisa politik tanah air, > >meramalkan bahawa banyak lagi tuntutan yang akan > >dibuat oleh MCA Pusat kepada Dr. Mahathir dalam > jangka > >waktu singkat. > > > >Sebab-sebab utama yang mendorong para pemimpin MCA > >membuat berbagai tuntutan itu, ialah kerana parti > itu > >telah banyak membuat jasa kepada BN dan Umno dalam > >pilihan raya umum lalu. > > > >Pada hemat saya, dalam keadaan seperti sekarang > ini, > >jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan > diberi > >kepada Umno, walaupun Dr Koh terpaksa meletakkan > >jawatan kerana tekanan politik. > > > >Pendek kata, Dr Mahathir dan Pak Lah terpaksa > melayan > >banyak lagi tuntutan dan permohonan daripada > >masyarakat Cina dan India sebelum pilihan raya umum > >yang akan datang. > > > >Apa yang lebih menarik, akhbar New Straits Times, > >keluaran 27 Disember telah menyiarkan berita > mengenai > >tuntutan masyarakat India terhadap kerajaan Barisan > >Nasional. > > > >Di bawah tajuk "Reward Us For
Re: H-Net* Era MCA/MIC tingkatkan tuntutan
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Assalammualaikum... Ini lah bahananya apabila parti yang mewakili kaum... masing-masing akan cuba mendapatkan/menambah/menjaga kepentingan bangsa masing-masing... percayalah lambat laun perpaduan mereka ini akan hancur akhirnya... keadaan ini sudah lama disedari oleh Datuk Onn >From: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]> >To: [EMAIL PROTECTED] >CC: [EMAIL PROTECTED] >Subject: H-Net* Era MCA/MIC tingkatkan tuntutan >Date: Fri, 21 Jan 2000 17:33:57 -0800 (PST) > > > *~* > { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } > {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } > {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } > *~* > PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL > ~~~ >Catatan Ibnu Muslim > >Era MCA/MIC tingkatkan tuntutan > > >Parti-parti komponen BN, khususnya MCA dan MIC akan >membuat pelbagai tuntutan kepada Perdana Menteri dan >Pengerusi Barisan Nasional Pusat, demi untuk >kepentingan orang-orang Cina, India dan kaum-kaum >menoriti lain. > >Sebelum ini, MCA telah menuntut jawatan Timbalan Ketua >Menteri II diwujudkan di Pulau Pinang dan bilangan >Ahli Exco di negeri itu ditambahkan seorang lagi. > >Kedua-dua jawatan yang akan "diwujudkan" itu, >hendaklah diisi oleh Adun-Adun MCA di Dewan Undangan >Negeri Pulau Pinang. > >Walaupun tuntutan MCA itu telah ditolak oleh Barisan >Nasional Pusat, tetapi itu bukan bererti tuntutan >tersebut akan berakhir begitu sahaja dan mungkin >tuntutan yang sama akan muncul nanti. > >Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa banyak >tuntutan yang dibuat oleh MCA secara "sulit" dan >diluluskan tanpa membuat sebarang pengumuman dan >kenyataan akhbar. > >Apa yang jelas, MCA akan mendapat banyak faedah dan >advantage dari krisis politik yang dihadapi oleh >Gerakan di Pulau Pinang itu. > >Dan tidak mustahil, dua orang bekas Adun Gerakan (dua >Lim) itu akan diterima menjadi ahli MCA yang sah pada >satu ketika yang sesuai dan munasabah. > >Pada hemat saya, dalam keadaan seperti sekarang, >Pengerusi BN Pusat (Dr Mahathir) akan memenuhi hajat >dan hasrat pemimpin-pemimpin MCA untuk mendapat >kedudukan yang lebih baik dalam kerajaan Negeri Pulau >Pinang. > >Para pemerhati dan penganalisa politik tanah air, >meramalkan bahawa banyak lagi tuntutan yang akan >dibuat oleh MCA Pusat kepada Dr. Mahathir dalam jangka >waktu singkat. > >Sebab-sebab utama yang mendorong para pemimpin MCA >membuat berbagai tuntutan itu, ialah kerana parti itu >telah banyak membuat jasa kepada BN dan Umno dalam >pilihan raya umum lalu. > >Pada hemat saya, dalam keadaan seperti sekarang ini, >jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan diberi >kepada Umno, walaupun Dr Koh terpaksa meletakkan >jawatan kerana tekanan politik. > >Pendek kata, Dr Mahathir dan Pak Lah terpaksa melayan >banyak lagi tuntutan dan permohonan daripada >masyarakat Cina dan India sebelum pilihan raya umum >yang akan datang. > >Apa yang lebih menarik, akhbar New Straits Times, >keluaran 27 Disember telah menyiarkan berita mengenai >tuntutan masyarakat India terhadap kerajaan Barisan >Nasional. > >Di bawah tajuk "Reward Us For Our Support To BN, say >Indian Leaders" akhbar itu telah menyiarkan >kenyataan-kenyataan para pemimpin India yang menuntut >kerajaan Barisan Nasional mengambil perhatian yang >serius tentang kedudukan masyarakat India yang telah >memberi sokongan bulat kepada BN dan Umno dalam >pilihan raya umum lalu. > >Presiden Persatuan Tamil Malaysia, (Confederation Of >Malaysia Tamil) Dr. S. Joseph Rajah menegaskan bahawa >masyarakat India telah memberi sokongan yang padu >kepada BN dalam keadaan parti itu menghadapi saat-saat >yang genting. > >Katanya lagi, oleh kerana orang India telah dikenali >sebagai penyokong BN yang kuat, khususnya dalam >pilihan raya lalu, maka kerajaan Pusat harus memberi >bantuan yang sewajarnya kepada masyarakat India di >negara ini. > >"Ini ialah kerana masyarakat India selama ini, >ketinggalan dalam semua bidang termasuk pelajaran, >ekonomi dan sosial," ujar Dr S Joseph Rajah lagi. > >Ak
H-Net* Era MCA/MIC tingkatkan tuntutan
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Catatan Ibnu Muslim Era MCA/MIC tingkatkan tuntutan Parti-parti komponen BN, khususnya MCA dan MIC akan membuat pelbagai tuntutan kepada Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional Pusat, demi untuk kepentingan orang-orang Cina, India dan kaum-kaum menoriti lain. Sebelum ini, MCA telah menuntut jawatan Timbalan Ketua Menteri II diwujudkan di Pulau Pinang dan bilangan Ahli Exco di negeri itu ditambahkan seorang lagi. Kedua-dua jawatan yang akan "diwujudkan" itu, hendaklah diisi oleh Adun-Adun MCA di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Walaupun tuntutan MCA itu telah ditolak oleh Barisan Nasional Pusat, tetapi itu bukan bererti tuntutan tersebut akan berakhir begitu sahaja dan mungkin tuntutan yang sama akan muncul nanti. Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa banyak tuntutan yang dibuat oleh MCA secara "sulit" dan diluluskan tanpa membuat sebarang pengumuman dan kenyataan akhbar. Apa yang jelas, MCA akan mendapat banyak faedah dan advantage dari krisis politik yang dihadapi oleh Gerakan di Pulau Pinang itu. Dan tidak mustahil, dua orang bekas Adun Gerakan (dua Lim) itu akan diterima menjadi ahli MCA yang sah pada satu ketika yang sesuai dan munasabah. Pada hemat saya, dalam keadaan seperti sekarang, Pengerusi BN Pusat (Dr Mahathir) akan memenuhi hajat dan hasrat pemimpin-pemimpin MCA untuk mendapat kedudukan yang lebih baik dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang. Para pemerhati dan penganalisa politik tanah air, meramalkan bahawa banyak lagi tuntutan yang akan dibuat oleh MCA Pusat kepada Dr. Mahathir dalam jangka waktu singkat. Sebab-sebab utama yang mendorong para pemimpin MCA membuat berbagai tuntutan itu, ialah kerana parti itu telah banyak membuat jasa kepada BN dan Umno dalam pilihan raya umum lalu. Pada hemat saya, dalam keadaan seperti sekarang ini, jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan diberi kepada Umno, walaupun Dr Koh terpaksa meletakkan jawatan kerana tekanan politik. Pendek kata, Dr Mahathir dan Pak Lah terpaksa melayan banyak lagi tuntutan dan permohonan daripada masyarakat Cina dan India sebelum pilihan raya umum yang akan datang. Apa yang lebih menarik, akhbar New Straits Times, keluaran 27 Disember telah menyiarkan berita mengenai tuntutan masyarakat India terhadap kerajaan Barisan Nasional. Di bawah tajuk "Reward Us For Our Support To BN, say Indian Leaders" akhbar itu telah menyiarkan kenyataan-kenyataan para pemimpin India yang menuntut kerajaan Barisan Nasional mengambil perhatian yang serius tentang kedudukan masyarakat India yang telah memberi sokongan bulat kepada BN dan Umno dalam pilihan raya umum lalu. Presiden Persatuan Tamil Malaysia, (Confederation Of Malaysia Tamil) Dr. S. Joseph Rajah menegaskan bahawa masyarakat India telah memberi sokongan yang padu kepada BN dalam keadaan parti itu menghadapi saat-saat yang genting. Katanya lagi, oleh kerana orang India telah dikenali sebagai penyokong BN yang kuat, khususnya dalam pilihan raya lalu, maka kerajaan Pusat harus memberi bantuan yang sewajarnya kepada masyarakat India di negara ini. "Ini ialah kerana masyarakat India selama ini, ketinggalan dalam semua bidang termasuk pelajaran, ekonomi dan sosial," ujar Dr S Joseph Rajah lagi. Akhbar yang sama juga, menyiarkan kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Guru Tamil, Shahul Hamid Mydin yang menuntut Kerajaan Barisan Nasional memberi kemudahan yang lebih banyak kepada sekolah-sekolah Tamil di seluruh Negara. Menurut beliau, hanya sebanyak 300 daripada 530 buah Sekolah Tamil yang mendapat kemudahan dari Kementerian Pendidikan, dan yang baki lagi itu tidak mendapat kemudahan-kemudahan yang sewajarnya. Sementara itu, Presiden Persatuan Wanita India, T. Ramanayagam telah memberi jaminan bahawa pengundi-pengundi India akan terus menyokong Barisan Nasional selagi belum ada sebuah parti Alternatif yang boleh mengambil tempat BN. Seorang ahli sosiologi, Dr Danisan Jayasoorya dalam laporannya mengenai keputusan pilihan raya umum lalu, beliau mendakwa bahawa kemenangan calon-calon BN pada 29 November lepas, ialah kerana undi dan sokongan masyarakat India dan kaum-kaum menoriti lain. Beliau seterusnya menyatakan bahawa masyarakat India mempunyai lebih dari 10 persen undi di lima puluh kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tetapi katanya, MIC diperuntukkan, hanya sebanyak 7 kerusi di parlimen dan 15 kerusi di Dewan-Dewan Undangan Negeri di Semenanjung. Kesimpulan yang dapat diambil daripada kenyataan-kenyataan beberapa orang pemimpin masyarakat India yang disiarkan oleh akhbar News Straits Times itu,