Re: H-Net* Kenyataan Ulamak: Ulamak Islam Mengecam Serangan Ke Atas Amerika Syarikat

2001-09-14 Terurut Topik hussin abdaziz


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
masalahnya nak serang military targets tak kesampaian. musuh pulak dok lanyak civilian 
targets. kalau ada jamaah bergerak atas nama Islam dicap dgn pelbagai tohmahan dan 
akhirnya dikait dgn militan? habis, camno? ulamak buta sheik omar masih dalam penjara 
amerika, camno? umat Islam ni memang hebat, orang buta pun depa takut... orang celik 
camno? dok komen bukan-bukan...God Knows..

--- ibnuhashim [EMAIL PROTECTED]
 wrote:



DIVFONT size=2
PKenyataan Ulamak: Ulamak Islam Mengecam Serangan Ke Atas Amerika 
SyarikatBR-- 
PPara ulamak Islam dari semua mazhab telah mengutuk serangan yang dilakukan di 
Amerika Syarikat (AS) pada Selasa 11/9/2001. Mereka mengatakan bahawa haram 
hukumnya melakukan serangan ke atas orang awam, bagaimana sekalipun permusuhan 
yang wujud antara mereka. 
PSyeikh Yusof al-Qardhawi berkata, mereka yang melakukan serangan ini menurut 
Islam wajib menerima hukuman secara syarak. Tidak kita apa bangsanya, apa 
agamanya dan apa warga negaranya. 
PKutukan serangan ini juga dinyatakan oleh al Azhar al-Syarif, Mesir: 
?Perbuatan ini tidak diakui oleh mana-mana agama samawi.? 
PSyeikh al-Qardhawi menyeru agar kaum muslimin menderma darah mereka untuk 
menyelamatkan mangsa-mangsa letupan di AS. Katanya, menderma darah, harta dan 
bentuk-bentuk bantuan lain adalah sedekah. Mereka akan diberi pahala untuk 
sedekah ini. 
PSelanjutnya Syeikh al-Qardhawi menyatakan, ?apa yang berlaku ini, tidak 
mungkin sedikitpun, dilakukan oleh seorang muslim yang waras fikirannya dan kuat 
agamanya. Syarak menafikan perbuatan berkenaan yang menjadikan orang awam 
sebagai sasarannya.? 
PKatanya lagi, mengenai pendirian AS terhadap kekejaman Israel terhadap rakyat 
Palestin, sekalipun ia adalah perbuatan yang sangat tidak adil, namun ia tidak 
boleh membawa kita kepada tindakan permusuhan terhadap orang awam yang terdiri 
dari kanak-kanak, wanita dan orang-orang yang lemah. 
PBeliau menegaskan, bahawa bumi Palestin adalah tempatnya untuk diarahkan 
permusuhan terhadap Zionist, sekalipun AS adalah sekutu rapat Zionist, namun 
Islam tidak membenarkan cara yang berlaku di AS dilakukan. Bahkan, Islam 
menolaknya. Kaum muslimin juga tidak boleh ada rasa permusuhan terhadap rakyat 
AS walau besar manapun perbezaan mereka dengan sistem pemerintahannya. 
PSelanjutnya, menurut Syeikh al-Qardhawi, Islam melarang membunuh mereka yang 
tidak melawan, walaupun ketika peperangan dan pertempuran. Sebagaimana halnya 
Islam melarang dari membunuh kaum wanita, kanak-kanak dan orang tua. Begitu juga 
dengan paderi dan pendeta yang sedang beribadat di tempat peribadatan mereka. 
PSeperkara lagi, katanya, asas dalam Islam ialah, seseorang itu tidak 
menanggung beban dosa orang lain. Di mana setiap manusia bertanggungjawab atas 
apa yang dikerjakan, tidak atas apa yang dikerjakan oleh orang lain. 
PBRManakala al-Azhar al-Syarif Mesir pula mengeluarkan 
kenyataannya pada hari Rabu 12/9/2001. Al-Azhar mengutuk tindakan berani mati 
menyerang Pusat Dagangan Dunia New York dan Kementerian Pertahanan AS. Al-Azhar 
menegaskan bahawa mereka tidak bersetuju samasekali dengan tindakan keganasan 
tidak kira siapa yang melakukan dan ia dilakukan di mana. Mereka menyifatkan 
bahawa tindakan keganasan adalah perbuatan yang tidak diterima dan tidak diakui 
baik oleh mana-mana agama samawi ataupun oleh akal manusia. 
PTurut sama mengutuk serangan berkenaan adalah Syeikhul Azhar, Imamul Akbar 
Dr. Muhamad Syed Thanthawi, Dr. Yahya Ismail setiausaha Jabhah Ulama? al-Azhar, 
Dr. Ahmad Umar Hasyim Ra?is Jami?ah al-Azhar dan Dr. Nasr Farid Washil Mufti 
Mesir. 
PDi Lebanon, Syeikh Muhamad Husain Fadhlullah salah seorang dari ulamak besar 
Syi?ah mengeluarkan kenyataannya pada hari Rabu 12/9/2001 yang tidak bersetuju 
dengan serangan berkenaan. Menurutnya, ?sekalipun kami bermusuhan dengan 
pemerintah AS mengenai pendirian politik mereka ke atas umat Arab dan Islam, 
khasnya rakyat Palestin namun kami tidak mengambil pendirian untuk memusuhi 
rakyat AS. Kami tidak menerima sebarang bentuk permusuhan terhadap mana-mana 
rakyat, sepertimana yang telah berlaku di mana rakyat AS telah dimusuhi. Ini 
adalah cara yang tidak diakui oleh agama dan risalahnya.? 
PKatanya lagi, mereka yang melakukan serangan telah melakukan dua jenayah, 
pertama, ketika mereka melakukan rampasan kapalterbang dan menyebabkan penumpang 
dari kalangan orang awam terbunuh. Kedua, ketika mereka merempuh penempatan 
orang awam dan membunuh orang awam yang tidak berdosa. 
PMenurutnya lagi, ?kami merasa amat terkejut sekali 

H-Net* Kenyataan Ulamak: Ulamak Islam Mengecam Serangan Ke Atas Amerika Syarikat

2001-09-13 Terurut Topik ibnuhashim




Kenyataan Ulamak: Ulamak Islam Mengecam Serangan Ke Atas Amerika 
Syarikat-- 
Para ulamak Islam dari semua mazhab telah mengutuk serangan yang dilakukan di 
Amerika Syarikat (AS) pada Selasa 11/9/2001. Mereka mengatakan bahawa haram 
hukumnya melakukan serangan ke atas orang awam, bagaimana sekalipun permusuhan 
yang wujud antara mereka. 
Syeikh Yusof al-Qardhawi berkata, mereka yang melakukan serangan ini menurut 
Islam wajib menerima hukuman secara syarak. Tidak kita apa bangsanya, apa 
agamanya dan apa warga negaranya. 
Kutukan serangan ini juga dinyatakan oleh al Azhar al-Syarif, Mesir: 
“Perbuatan ini tidak diakui oleh mana-mana agama samawi.” 
Syeikh al-Qardhawi menyeru agar kaum muslimin menderma darah mereka untuk 
menyelamatkan mangsa-mangsa letupan di AS. Katanya, menderma darah, harta dan 
bentuk-bentuk bantuan lain adalah sedekah. Mereka akan diberi pahala untuk 
sedekah ini. 
Selanjutnya Syeikh al-Qardhawi menyatakan, “apa yang berlaku ini, tidak 
mungkin sedikitpun, dilakukan oleh seorang muslim yang waras fikirannya dan kuat 
agamanya. Syarak menafikan perbuatan berkenaan yang menjadikan orang awam 
sebagai sasarannya.” 
Katanya lagi, mengenai pendirian AS terhadap kekejaman Israel terhadap rakyat 
Palestin, sekalipun ia adalah perbuatan yang sangat tidak adil, namun ia tidak 
boleh membawa kita kepada tindakan permusuhan terhadap orang awam yang terdiri 
dari kanak-kanak, wanita dan orang-orang yang lemah. 
Beliau menegaskan, bahawa bumi Palestin adalah tempatnya untuk diarahkan 
permusuhan terhadap Zionist, sekalipun AS adalah sekutu rapat Zionist, namun 
Islam tidak membenarkan cara yang berlaku di AS dilakukan. Bahkan, Islam 
menolaknya. Kaum muslimin juga tidak boleh ada rasa permusuhan terhadap rakyat 
AS walau besar manapun perbezaan mereka dengan sistem pemerintahannya. 
Selanjutnya, menurut Syeikh al-Qardhawi, Islam melarang membunuh mereka yang 
tidak melawan, walaupun ketika peperangan dan pertempuran. Sebagaimana halnya 
Islam melarang dari membunuh kaum wanita, kanak-kanak dan orang tua. Begitu juga 
dengan paderi dan pendeta yang sedang beribadat di tempat peribadatan mereka. 
Seperkara lagi, katanya, asas dalam Islam ialah, seseorang itu tidak 
menanggung beban dosa orang lain. Di mana setiap manusia bertanggungjawab atas 
apa yang dikerjakan, tidak atas apa yang dikerjakan oleh orang lain. 
Manakala al-Azhar al-Syarif Mesir pula mengeluarkan 
kenyataannya pada hari Rabu 12/9/2001. Al-Azhar mengutuk tindakan berani mati 
menyerang Pusat Dagangan Dunia New York dan Kementerian Pertahanan AS. Al-Azhar 
menegaskan bahawa mereka tidak bersetuju samasekali dengan tindakan keganasan 
tidak kira siapa yang melakukan dan ia dilakukan di mana. Mereka menyifatkan 
bahawa tindakan keganasan adalah perbuatan yang tidak diterima dan tidak diakui 
baik oleh mana-mana agama samawi ataupun oleh akal manusia. 
Turut sama mengutuk serangan berkenaan adalah Syeikhul Azhar, Imamul Akbar 
Dr. Muhamad Syed Thanthawi, Dr. Yahya Ismail setiausaha Jabhah Ulama’ al-Azhar, 
Dr. Ahmad Umar Hasyim Ra’is Jami’ah al-Azhar dan Dr. Nasr Farid Washil Mufti 
Mesir. 
Di Lebanon, Syeikh Muhamad Husain Fadhlullah salah seorang dari ulamak besar 
Syi’ah mengeluarkan kenyataannya pada hari Rabu 12/9/2001 yang tidak bersetuju 
dengan serangan berkenaan. Menurutnya, “sekalipun kami bermusuhan dengan 
pemerintah AS mengenai pendirian politik mereka ke atas umat Arab dan Islam, 
khasnya rakyat Palestin namun kami tidak mengambil pendirian untuk memusuhi 
rakyat AS. Kami tidak menerima sebarang bentuk permusuhan terhadap mana-mana 
rakyat, sepertimana yang telah berlaku di mana rakyat AS telah dimusuhi. Ini 
adalah cara yang tidak diakui oleh agama dan risalahnya.” 
Katanya lagi, mereka yang melakukan serangan telah melakukan dua jenayah, 
pertama, ketika mereka melakukan rampasan kapalterbang dan menyebabkan penumpang 
dari kalangan orang awam terbunuh. Kedua, ketika mereka merempuh penempatan 
orang awam dan membunuh orang awam yang tidak berdosa. 
Menurutnya lagi, “kami merasa amat terkejut sekali terhadap apa yang berlaku 
ini yang tidak mungkin akan dipersetujui oleh mana-mana agama ataupun mana-mana 
logik akal manusia ataupun mana-mana ideologi politik yang waras. 
Disaring dari http://islam-online.net 
oleh:zain y.s
---Outgoing mail is certified Virus Free.Checked by AVG 
anti-virus system (http://www.grisoft.com).Version: 6.0.277 / 
Virus Database: 146 - Release Date: 2001-09-05