Re: H-Net* Nabi Khidir: adakah dia sudah wafat atau masih hidup?

2000-05-09 Terurut Topik Khairi


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~


Abu Az-Zuhri wrote:

>  *~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
>  {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
>  {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
>  *~*
>   PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~
> Assalamualaikum warahmatullah,
>
> Pertama,
> Saya tidaklah menyokong mana-mana pihak dlm soal ini. Buku yg disebut oleh
> Saudara Sani bukanlah karangan asal Ibn Hajar Al-Asqalani. Kalau tak percaya
> saudara Sani boleh beli buku tersebut berharga RM5.00. Ini kerana saya
> sudahpun memiliki buku tersebut. Buku tersebut adalah buku yg ditahqiq
> (dinilai kebenarannya) oleh Majdi Sayed Ibrahim dan diterjemahkan oleh Drs.
> Syahrin Nasution. Ia juga adalah hasil campuran dinukilkan dari  Abu Jakfar
> b. Munadiy, Ibn Hajar Al-Asqalani dan Ibn Jauzi (rujuk mukaddimah buku
> tersebut).
>
> Kedua,
> Buku tersebut menyenaraikan 2 pendapat iaitu Nabi Khidir telah wafat dan
> Nabi Khidir belum wafat. Walaubagaimanapun, Pentahqiq buku itu cenderung kpd
> pendapat Nabi Khidir telah wafat (Rujuk muka surat 94).
>
> Ketiga,
> (i). As-syahid Sayyid Qutb dlm tafsirnya (Fi Zilalil Quran) menyatakan
> Khidir bukannya nabi tetapi seorang hamba Allah yg salih spt Luqman
> Al-Hakim.
>
> (ii). Yusuf Al-Qardhawi dlm fatwa al-mua'sirah (Jilid 1 & 2: Muka surat 310
> hingga 315) mengatakan bahawa Khidir telah wafat.
>
> (iii). Imam Bukhari rh. dan Imam Ahmad rh. juga berpendapat Khidir telah
> wafat.
>
> (iv). Imam Bukhari rh. diriwayatkan telah ditanya mengenai Khidir, adakah
> Khidir masih hidup? Beliau (Imam Bukhari) menjawab: "Bagaimana ini boleh
> berlaku sedangkan Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak akan kekal manusia(slps
> Umat Muhammad) di muka bumi sehingga seratus tahun."
>
> (v). Ibn Hajar Al-Asqalani, Ibnul Manawi, Ibrahim Al-Harabiy, Abu Tahir
> Al-Ubaddi, Abul Ya'la Al-Hanbali, Abu Fadhal Ibn Nasir, Al-Qadi Abu Bakar
> Al-Arabiy, Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn Qayyim dll adalah senarai ulamak
> yg berpendapat Khidir telah wafat.
>
> Dalil-dalil yg dijadikan sandaran:
> Firman Allah S.W.T:
> "Dan (ingatlah) ketika ALlah mengambil perjanjian dgn para Nabi: "Sungguh
> apa shj yg aku berikan kpd kamu berupa kitab dan hikmah, kmdn datang kpd
> kamu seorang rasul yg membenarkan apa yg ada pada kamu, nescaya kamu akan
> beriman kpdnya dan menolongnya. Allah berfirman: "Apakah kamu mengakui dan
> menerima perjanjian-Ku terhadap yg demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami
> mengakui." Allah berfirman: "Kalau begitu saksikanlah (wahai para Nabi) dan
> Aku menjadi saksi pula bersama kamu." (Surah Al-Imran: ayat 81)
>
> Tarjih: Maksudnya para Nabi berjanji kpd ALlah S.W.T bahawa sekiranya datang
> seorang rasul bernama Muhammad S.A.W, mereka akan beriman kpdnya dan
> menolongnya. Ibnu Abbas R.A berkata mengenai ayat ini: "Tidaklah ALlah
> mengutus seorang Nabi melainkan membuat perjanjian dgnnya iaitu jika
> diutuskan Muhammad sedangkan dia (para Nabi), maka akan beriman kpdnya dan
> berjanji akan menolongnya."
> -Sekiranya Khidir masih hidup di zaman Nabi Muhammad S.A.W sudah tentu, dia
> akan membantu dan menolong Nabi Muhammad. Nabi Muhammad S.A.W diriwayatkan
> pernah berdoa ketika perang badar Al-Kubra:
> "Ya Allah! Sekiranya Engkau tidak menghancurkan mereka, nescaya Engkau tidak
> disembah lagi."
> Pada ketika itu tentera Islam bilangan yg sedikit 313. Setiap ahli badar
> Al-Kubra diketahui nama, nama bapa mereka dan dari kabilah mana. Di mana
> Nabi Khidir? Jawapannya, Nabi Khidir telah wafat pada ketika itu.
>
> FirmanNya lagi:
> "Dan Kami (Allah) tidak menjadikan hidup kekal bagi seseorang manusia pun
> sebelum engkau (Muhammad)." (Surah Al-Anbiya': ayat 34)
>
> Diriwayatkan dari Imam Ahmad ibn Hanbal, dari Mujahid r.a , dari As-Syi'biy
> r.a, dari Jabir r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Demi diriku berada
> dlm kekuasaanNya, seandainya Musa A.S masih hidup, sudah pasti dia (Musa
> A.S) akan mengikut ajaranku."
>
> Di dlm Kitabul Fitan, Jami'us Sahih Bukhari dan Muslim, diriwayatkan bahawa
> Nabi Isa akan solat di belakang imam dari umat ini (Umat Muhammad S.A.W).
>
> Penutup,
> Website darul Nukman hanya menyiarkan separuh cerita sahaja. Oleh itu,
> rujukan drpd internet ada keburukan tersendiri dan pastinya kenalah kita
> berhati-hati. Oleh itu, wajar kita rujuk kpd buku asli agar fitnah dapat
> dijauhi. Jumhur Ulamak mengatakan Khidir telah w

H-Net* Nabi Khidir: adakah dia sudah wafat atau masih hidup?

2000-05-09 Terurut Topik ibn muhajir


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
SAlam~

Sekiranya N. Khidir maseh hidup, sudah barang pasti yg dia akan aktif berperang di 
bawah Pimpinan AMirul Mujahidin Ustadz Hashim Selamat, atau dibawah komandan Robot di 
talipao atau dibawah komandan Abu Ahmad di Jolo atau di bawah pimpinan 2 beradik 
Lepasan Madinah di Ambon/Maluku atau di bawah Jaafar Omar Tolib Lepasan Jami'ar Rahman 
Kunar, atau dibawah Amirul Mukminin Mullah Umar atau bersama Syekh Usamah atau dibawah 
Ibnu Khatab di Chechnya.

N. Khidir tak akan berdiam diri duduk2 menjulur kaki sambil berfatwa yg ini halal, yg 
ini haram, yg ini extremist, yg ini ganas, yg ini melampau sambil dia terperuk di 
fakulti2 universiti

Beliau akan aktif ke sana kemari mengobarkan semagat Jihad agar umat Islam kembali kpd 
deennya, mengumpulkan angkatan mujahid, mengumpulkan dana utk keperluan Mujahid, 
membina kem2 utk perang.

Di masa yg sama beliau akan mempertekankan Aqidah Shohih, manhaj Rabbani, manhaj 
Salfussoleh dlm menegakkan Islam dan akan memerangi bidaah sesat kaum tasauf dan 
kekufuran kaum sekuler.


Allahua'lam, wslm

From: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Assalamualaikum wbt,

Terima kasih kpd Sdr Abu Az Zuhri, agak jelas
penjelasan yg sdr berikan.

Pertama, telah saya katakan bahawa soal Nabi Khidir
ini tidak menjadi pokok dlm i'tiqad ASWJ. Ini kita
kena paham. Ini bermakna bahawa tiada kesalahan bagi
sesiapa yg percaya bahawa Nabi Khidir ini telah wafat,
atau sebaliknya ia masih hidup.

Namun apabila ada pihak yg menuduh secara celupar,
secara semberono dgn niat hati yg busuk lagi jahat,
lantas mengaitkan antara gol. sufi dgn jin dan
syaitan, maka inilah yg saya bangun menentang.

Kedua, sama ada Nabi Khidir masih hidup atau telah
wafat, baginda masih mempunyai peranan tersendiri. Ini
akan berkait rapat dgn konsep yaqazah yg amat
ditentang oleh Wahabi, walaupun ia diharuskan dlm
mazhab ASWJ esp. gol tareqat dan sufi.

Ketiga, sama ada Nabi Khidir itu nabi atau org soleh,
itu juga bukan pokok i'tiqad ASWJ. Kerana yg
diwajibkan untuk diketahui ialah 25 nama rasul shj.

Keempat, soal Nabi Khidir tidak membantu Nabi Muhammad
saw bukanlah dalil qat'i yg mengatakan Nabi Khidir
telah wafat. Dlm Quran pun, Nabi Khidir sendiri tidak
dinyatakan hal baginda membantu Nabi Musa as dlm
menghadapi rintangan dakwah ke atas firaun, dan juga
nabi-nabi selepas itu.

Kelima, sekiranya Nabi Khidir masih hidup, ini juga
tidak bermakna bahawa baginda mengamalkan syariat yg
lain dari syariat Nabi Muhammad saw. Begitu jugalah
apa yg akan berlaku ketika turunnya Nabi Isa as,
dimana baginda tetap akan melaksanakan syariat Nabi
Muhammad saw.

Keenam, hadis Nabi yg mengatakan "Tidak akan kekal
manusia(slps Umat Muhammad) di muka bumi sehingga
seratus tahun."

1st time saya mendengarnya. Terima kasih kerana
memberikan ilmu baru kpd saya.

Namun secara realitinya, masih kedapatan manusia
sekarang yg telah mencapai umur 100 tahun ke atas.

Ketujuh, apabila membaca buku "Dialog Dgn Jin Islam"
dan "Dajjal Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda"
karangan Muhammad Isa Dawuud [sampai sekarang buku
tersebut belum diharamkan oleh mana-mana pihak] maka
kita akan mendapati banyak lagi konsep-konsep pelik
dan aneh. Sbgi contoh, penulis mengupas bahawa Dajjal
Besar telah wujud sebelum zaman Nabi Musa lagi, muncul
di zaman Nabi Musa as sbgi Samiri [yg menjadi kata
pangkal kpd Uncle Sam = USA], seterusnya akan tetap
hidup hingga ke akhir zaman.

Antara yg menarik utk dianalisa/direnung:
Sekiranya Dajjal telah hidup beribu tahun, kaya dgn
ilmu dan pengalaman, dibantu teguh oleh Iblis dan
syaitan, maka siapakah yg mampu utk menentangnya?

Justeru itulah penentang dajjal sudah semestinya
seseorg yg mempunyai iman dan kerohanian yg cukup
tinggi dan mampan, serta mendapat bantuan yg jitu dari
wali-wali Allah yg hidup nyata dan yg ghaib. Dlm hal
ini, jgn pulak kita menuduh sesat bagi sesiapa yg
mengatakan bahawa tentera Imam Mahdi akan turut
dikuatkan oleh pemuda Ashabul Kahfi yg 'telah mati',
sehinggalah kpd turunnya Nabi Isa as.

Penutup:
Apa yg saya utarakan di sini bukanlah sbgi hujah bagi
menyokong bahawa Nabi Khidir masih hidup. Sekadar
ingin membuka minda bahawa ilmu Allah itu Maha Luas.
Sesuatu objek itu boleh dilihat dari berbagai aspek
dan sudut. Jgnlah sesekali kita memusuhi apa-apa yg
tidak kita ketahui.

Sekali lagi saya ulangi yg sejak awal-awal lagi telah
saya katakan, soal ini bukan perkara pokok i'tiqad
ASWJ. Harap maklum. Walaupun sdr mengatakan bhw
majoriti ulama' berpendapat bahawa Nabi Khidir as
telah wafat, namun kita tidak pula boleh menghukum
pendapat ulama' minoriti sbgi sesat dsb.

Wassalam.

H-Net* Nabi Khidir: adakah dia sudah wafat atau masih hidup?

2000-05-08 Terurut Topik Abu Az-Zuhri


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum warahmatullah,


Pertama,
Saya tidaklah menyokong mana-mana pihak dlm soal ini. Buku yg disebut oleh
Saudara Sani bukanlah karangan asal Ibn Hajar Al-Asqalani. Kalau tak percaya
saudara Sani boleh beli buku tersebut berharga RM5.00. Ini kerana saya
sudahpun memiliki buku tersebut. Buku tersebut adalah buku yg ditahqiq
(dinilai kebenarannya) oleh Majdi Sayed Ibrahim dan diterjemahkan oleh Drs.
Syahrin Nasution. Ia juga adalah hasil campuran dinukilkan dari  Abu Jakfar
b. Munadiy, Ibn Hajar Al-Asqalani dan Ibn Jauzi (rujuk mukaddimah buku
tersebut).

Kedua,
Buku tersebut menyenaraikan 2 pendapat iaitu Nabi Khidir telah wafat dan
Nabi Khidir belum wafat. Walaubagaimanapun, Pentahqiq buku itu cenderung kpd
pendapat Nabi Khidir telah wafat (Rujuk muka surat 94).

Ketiga,
(i). As-syahid Sayyid Qutb dlm tafsirnya (Fi Zilalil Quran) menyatakan
Khidir bukannya nabi tetapi seorang hamba Allah yg salih spt Luqman
Al-Hakim.

(ii). Yusuf Al-Qardhawi dlm fatwa al-mua'sirah (Jilid 1 & 2: Muka surat 310
hingga 315) mengatakan bahawa Khidir telah wafat.

(iii). Imam Bukhari rh. dan Imam Ahmad rh. juga berpendapat Khidir telah
wafat.

(iv). Imam Bukhari rh. diriwayatkan telah ditanya mengenai Khidir, adakah
Khidir masih hidup? Beliau (Imam Bukhari) menjawab: "Bagaimana ini boleh
berlaku sedangkan Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak akan kekal manusia(slps
Umat Muhammad) di muka bumi sehingga seratus tahun."

(v). Ibn Hajar Al-Asqalani, Ibnul Manawi, Ibrahim Al-Harabiy, Abu Tahir
Al-Ubaddi, Abul Ya'la Al-Hanbali, Abu Fadhal Ibn Nasir, Al-Qadi Abu Bakar
Al-Arabiy, Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn Qayyim dll adalah senarai ulamak
yg berpendapat Khidir telah wafat.

Dalil-dalil yg dijadikan sandaran:
Firman Allah S.W.T:
"Dan (ingatlah) ketika ALlah mengambil perjanjian dgn para Nabi: "Sungguh
apa shj yg aku berikan kpd kamu berupa kitab dan hikmah, kmdn datang kpd
kamu seorang rasul yg membenarkan apa yg ada pada kamu, nescaya kamu akan
beriman kpdnya dan menolongnya. Allah berfirman: "Apakah kamu mengakui dan
menerima perjanjian-Ku terhadap yg demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami
mengakui." Allah berfirman: "Kalau begitu saksikanlah (wahai para Nabi) dan
Aku menjadi saksi pula bersama kamu." (Surah Al-Imran: ayat 81)

Tarjih: Maksudnya para Nabi berjanji kpd ALlah S.W.T bahawa sekiranya datang
seorang rasul bernama Muhammad S.A.W, mereka akan beriman kpdnya dan
menolongnya. Ibnu Abbas R.A berkata mengenai ayat ini: "Tidaklah ALlah
mengutus seorang Nabi melainkan membuat perjanjian dgnnya iaitu jika
diutuskan Muhammad sedangkan dia (para Nabi), maka akan beriman kpdnya dan
berjanji akan menolongnya."
-Sekiranya Khidir masih hidup di zaman Nabi Muhammad S.A.W sudah tentu, dia
akan membantu dan menolong Nabi Muhammad. Nabi Muhammad S.A.W diriwayatkan
pernah berdoa ketika perang badar Al-Kubra:
"Ya Allah! Sekiranya Engkau tidak menghancurkan mereka, nescaya Engkau tidak
disembah lagi."
Pada ketika itu tentera Islam bilangan yg sedikit 313. Setiap ahli badar
Al-Kubra diketahui nama, nama bapa mereka dan dari kabilah mana. Di mana
Nabi Khidir? Jawapannya, Nabi Khidir telah wafat pada ketika itu.

FirmanNya lagi:
"Dan Kami (Allah) tidak menjadikan hidup kekal bagi seseorang manusia pun
sebelum engkau (Muhammad)." (Surah Al-Anbiya': ayat 34)

Diriwayatkan dari Imam Ahmad ibn Hanbal, dari Mujahid r.a , dari As-Syi'biy
r.a, dari Jabir r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Demi diriku berada
dlm kekuasaanNya, seandainya Musa A.S masih hidup, sudah pasti dia (Musa
A.S) akan mengikut ajaranku."

Di dlm Kitabul Fitan, Jami'us Sahih Bukhari dan Muslim, diriwayatkan bahawa
Nabi Isa akan solat di belakang imam dari umat ini (Umat Muhammad S.A.W).

Penutup,
Website darul Nukman hanya menyiarkan separuh cerita sahaja. Oleh itu,
rujukan drpd internet ada keburukan tersendiri dan pastinya kenalah kita
berhati-hati. Oleh itu, wajar kita rujuk kpd buku asli agar fitnah dapat
dijauhi. Jumhur Ulamak mengatakan Khidir telah wafat. Hanya minoriti ulamak
(sedikit bilangan) mengatakan yg dia masih hidup.

Semoga ini akan menjernihkan yg keruh.

Wallahua'lam.

-
Sani Norku Wrote:
>> Dipetik dari laman Darul Nuqman
>> http://www.darulnuman.com/coretan/coretan24.htm




 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net