Re: H-Net* Persoalan Serius-Cabarlah Minda anda dengan ini!!-Khusyuk

2001-03-19 Terurut Topik Hassan Abdullah


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum wbt.

Firman Allah SWT

"Beroleh kemenanganlah bagi orang-orang yang berjaya mensucikan hatinya"
"Lalu dalam keadaan mengingati Rabbnya (mereka) mendirikan solat"
(Al 'Ala : 14 dan 15)

Hanya orang yang berjaya mensucikan hatinya sahaja yang akan beroleh kyusuk.

Apakah hati yang suci?

Hati yang bersih dan suci adalah seperti hati bayi yang baru lahir.
Hati yang bersih dan suci adalah hati yang tidak ada satu titik hitam.
Hati yang bersih dan suci adalah hati yang ikhlas.

Manusia tidak akan dapat membersih dan mensucikan hatinya. Manusia tidak berdaya dan 
berupaya. Setiap manusia tidak terbebas dan tidak berdaya upaya untuk tidak melakukan
dosa. Setiap dosa adalah merupakan SATU TITIK HITAM di dalam hatinya. Jika satu titik 
hitam sahaja sudah memadai menjadikan hati itu tidak bersih (kotor) betapa pula lebih
daripada satu titik hitam? Beratus titik hitam? Beribu titik hitam? Berjuta titik 
hitam?

Apakah TITIK HITAM di dalam hati?

Titik hitam adalah lambang zulmat, gelap atau kegelapan, kesesatan dan tanda 
kemaksiatan akibat daripada syirik, dosa dan maksiat yang dilakukan, tobat yang 
ditunda, lalai,
melampaui batas, zalim, pasik, kafir (ingkar) dan munafik.

Daripada satu titik, jika berkumpul dengan banyak akan menjadi satu huruf. Dari satu 
huruf akan menjadi satu rupa. Daripada satu rupa seterusnya akan menjadi satu lembaga.
Setiap yang terlembaga akan terupa dengan berbagai nama yang kemudiannya akan 
melalaikan, mengkhayalkan dan menghijab hati (mendinding hati) daripada menerima 
petunuk,
bimbingan, pedoman Nur Ilahi.

Sukarnya membersih dan mensucikan hati digambarkan oleh Allah Taala kepada Nabinya SAW 
,"seperti lembu yang keluar daripada lubang jarum, kemudiannya menjadi seekor lembu 
yang
besar sebesar seekor lembu. Kemudian ingin kembali semula memasuki lubang jarum tempat 
dia keluar itu"  dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Bagaimanakah membersih dan mensucikan hati?

Dengan petunjuk Allah dan memohon mengekalkan petunjuk Allah sepanjang masa dan ketika.
Dengan rahmat Allah dan memohon mengekalkan sentiasa dirahmati Allah sepanjang masa 
dan ketika.
Dengan petunjuk dan rahmat Allah, memahami iktiqad yang benar dan bersungguh-sungguh 
atas akidah yang benar serta ibadah yang benar setiap masa dan ketika dengan tujuan dan
matlamat untuk mendapat petunjuk dan rahmat Allah dikekalkan.
Menjauhi maksiat dan tabiat serta amalan yang sesia, rugi dan yang melalaikan.
Mendekati setiap kebaikan seperti membanyakkan zikr, membaca Quran, selawat, sedekah, 
puasa, menziarahi orang sakit, menghubungkan silaturrahim, suka kepada kebaikan dan
kepada yang kekal.
Menyayangi orang alim dengan menziarahi mereka, mengikuti anjuran dan nasihat mereka, 
dan menyokong orang yang berbuat kebaikan dan kebajikan.

Dengan demikian insya Allah petunjuk dan rahmat Allah sentiasa didekatkan kepada kita. 
Hanya dengan petunjuk dan rahmat Allah jua yang akan mampu mensucikan hati kita untuk
beroleh kyusuk.

Apakah implikasi hati yang banyak TITIK HITAM?

Hati yang sedemikian tidak dapat mengingati Allah. Tidak dapat khusuk. Titik-titik 
hitam itu akan terupa dan terlembaga dengan berbagai rupa dan nama yang dikenalinya. 
Rupa
dan nama itu akan mendinding hati daripada mengingati Allah dan seterusnya mencegah 
hati daripada berhadap kepada Allah.

Jika sdr/ri tidak percaya, cuba sdr/sdri mengerjakan solat. Dalam mengerjakan solat, 
bermacam-macam lintasan terbayang di dalam hati dalam berbagai bentuk terupa dan
terlembaga. Setiap yang terupa dan terlembaga di dalam hati itu hanya diketahui oleh 
orang yang memiliki hati berkenaan. Lembaga yang terupa dan tergambar dengan berbagai 
nama
itu diketahui oleh hati dan ia merupakan titik hitam yang teramat banyak dan pekat 
bersarang di dalam hati. Dengan lain perkataan itulah dosa yang mencegah setiap hati 
dan
menjadi hijab kepada hati daripada dapat mengingati dan berhadap kepada Rabbnya.

Muhasabahlah hati masing-masing, sama ada tugas dan tanggungjawab kita sudah selesai 
berkenaan dengan hati. Fikirkanlah wahai orang-orang yang mempunyai akal, apakah
pendekatan yang terbaik untuk mengatasi perkara yang teramat penting ini. Ketahuilah 
bahawa yang sebenar menjadi tembuk pemisah yang memisahkan kita, yang mencegah kita
daripada dapat mengingati Allah dan berhadap kepadaNya ialah dosa-dosa kita yang masih 
banyak. Dosa-dosa itulah yang Allah "bangkitkan" seperti makhluk yang terupa dan
terlembaga yang menjadi sembahan kita di dalam solat dan hidup kita. Dosa-dosa itulah 
sebenarnya nafsu yang kita ikuti dan turuti serta menjadi sembahan 

Re: H-Net* Persoalan Serius-Cabarlah Minda anda dengan ini!!-Khusyuk

2001-03-15 Terurut Topik hadi ma


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamu alaikum all muslimin,

Nampaknya khusyuk solat ini
bertingkat-tingkat(tahap).Pada hemat saya, tahap
minima untuk dikira khusyuk solat adalah bila
kita(yakni "awareness" kita) dapat bersama apa yang
kita sedang lakukan. Contohnya, bila kita baca
fatihah, kita sedar akan apa yang dibaca dengan faham;
apabila kita ruku' kita sedar kita sedang ruku' dan
seterusnya. Kita sedar("aware") dan bersama segala
perlakuan kita dalam solat. Sekira kita buat lain dan
minda kita kelain..itu tidak khusyuk solat, tetapi
khusyuk kat benda lain itu !

Itu hemat saya sahaja. Sapa ada pandangan lain sila
komen untuk sama-sama belajar mencari kebaikan.

Allahu a'lam

IMMI

--- ruzlan [EMAIL PROTECTED] wrote:
 
 

*~*
  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
 http://www.hizbi.net }
  {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
   }
  {Iklan barangan? Hantarkan ke
 [EMAIL PROTECTED] }
 

*~*
   PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 

~~~
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
 Assalamualaikum.
 
 Khusyuk di dalam solat adalah perkara utama cuma
 untuk mendapatkannya agak
 sukar sedikit. Walau bagaimanapun kita mesti
 berusaha, Insya Allah. Di dalam
 membuktikan khusyuk itu wujud di dalam solat saya
 mengambil dua kisah dari
 Rasulullah dan Saidina Ali.
 
 Rasulullah dikala melakukan solat terutama solat
 malam Rasulullah akan rukuk
 dan sujud yang begitu lama sehinggakan isterinya,
 Aishah menyangkakan
 Rasulullah telah meninggal dunia dan kaki Rasulullah
 bengkak kerana terlalu
 lama bersolat.
 
 Saidina Ali telah di panah di kakinya dan anak panah
 itu telah tertusuk
 dalam sehingga sukar untuk dikeluarkan. Apabila cuba
 dikeluarkan beliau
 merasa sakit. Tetapi anak panah itu berjaya
 dikeluarkan apabila beliau
 berada di dalam solat kerana beliau terlalu khusyuk
 sehinggakan rasa sakit
 tidak dirasai lagi.
 
 Sungguh pun begitu Wali Allah yang terkenal Syeikh
 Kadir Al-Jailani
 mengambil masa 30 tahun untuk mencapai tahap ini,
 maka kita tak tahulah
 macam mana. Apa yang kita perlu buat hanyalah
 berusaha semuga Allah Taala
 menerima ibadat kita.
 
 Wassalam.
 -Original Message-
 From: Prof. Nurani [EMAIL PROTECTED]
 To: [EMAIL PROTECTED] [EMAIL PROTECTED];
 [EMAIL PROTECTED]
 [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
 [EMAIL PROTECTED];
 [EMAIL PROTECTED] [EMAIL PROTECTED]
 Cc: [EMAIL PROTECTED]
 [EMAIL PROTECTED]
 Date: Tuesday, March 13, 2001 3:03 AM
 Subject: Re: H-Net* Persoalan Serius-Cabarlah Minda
 anda dengan ini!!
 
 
 Assalamualaikum wmt.
 
 Saya nak tambah sikit...
 
 Sabda Rasulullah SAW bermaksud :
 
 "Tiada diwajibkan oleh Allah kepada makhluk-Nya
 sesudah tauhid yang lebih
 menyukainya kepada-Nya selain daripada solat.
 Jikalau ada sesuatu yang lain
 yang lebih menyukakan kepada-Nya dari solat;
 nescaya telah beribadat dengan
 dia para Malaikatnya. Para Malaikat itu wujud
 sebahagian ruku', sebahagian
 sujud, sebahagian berdiri dan duduk."
 
 Bagaimanakah solat yang dimaksudkan oleh Rasulullah
 SAW itu??? Dan apakah
 solat kita selama ini sudah menepati kehendak
 seperti mana solat Rasulullah
 SAW itu???
 
 Inilah persoalan yang perlu dijelaskan segera.
 Persoalan ini wajar
 dicarikan
 penyelesaian secara tuntas, kerana sudah pasti kita
 tidak mahu apa yang
 kita
 perlakukan selama ini hanya sebagai menanam "abu"
 dan akan menuai "asap".
 
 Saya tidak membantah sama ada antara anda sekalian
 memberi pandangan dari
 segi fekah atau tasauf di dalam persoalan solat
 ini.
 
 SOLAT itu WAJIB dik...
 
 Begitu juga dengan "khusyu'" di dalam solat,
 rata-rata dah kita dengar akan
 tok guru membicarakan hal ini. Tetapi di mana
 praktikalnya???
 
 Cuba buktikan yang "khusyu'" itu ada di dalam
 solat!
 
 Setiap theory... pastinya ada practical! Tak
 gitu...
 
 Best regards - Nurani
 
 
 
 From: "ruzlan" [EMAIL PROTECTED]
 To: "Hassan Abdullah" [EMAIL PROTECTED], "hadi ma"
 [EMAIL PROTECTED]
 CC: "nurnajiha abd kadir"
 [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
 Subject: Re: H-Net* Persoalan Serius-Cabarlah
 Minda anda  dengan ini!!
 Date: Tue, 27 Feb 2001 17:20:14 -0800
 
 
  

*~*
   {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
 http://www.hizbi.net }
   {Han

Re: H-Net* Persoalan Serius-Cabarlah Minda anda dengan ini!!

2001-03-13 Terurut Topik Prof. Nurani


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum wmt.

Saya nak tambah sikit...

Sabda Rasulullah SAW bermaksud :

"Tiada diwajibkan oleh Allah kepada makhluk-Nya sesudah tauhid yang lebih 
menyukainya kepada-Nya selain daripada solat. Jikalau ada sesuatu yang lain 
yang lebih menyukakan kepada-Nya dari solat; nescaya telah beribadat dengan 
dia para Malaikatnya. Para Malaikat itu wujud sebahagian ruku', sebahagian 
sujud, sebahagian berdiri dan duduk."

Bagaimanakah solat yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu??? Dan apakah 
solat kita selama ini sudah menepati kehendak seperti mana solat Rasulullah 
SAW itu???

Inilah persoalan yang perlu dijelaskan segera. Persoalan ini wajar dicarikan 
penyelesaian secara tuntas, kerana sudah pasti kita tidak mahu apa yang kita 
perlakukan selama ini hanya sebagai menanam "abu" dan akan menuai "asap".

Saya tidak membantah sama ada antara anda sekalian memberi pandangan dari 
segi fekah atau tasauf di dalam persoalan solat ini.

SOLAT itu WAJIB dik...

Begitu juga dengan "khusyu'" di dalam solat, rata-rata dah kita dengar akan 
tok guru membicarakan hal ini. Tetapi di mana praktikalnya???

Cuba buktikan yang "khusyu'" itu ada di dalam solat!

Setiap theory... pastinya ada practical! Tak gitu...

Best regards - Nurani



From: "ruzlan" [EMAIL PROTECTED]
To: "Hassan Abdullah" [EMAIL PROTECTED], "hadi ma" [EMAIL PROTECTED]
CC: "nurnajiha abd kadir" [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Persoalan Serius-Cabarlah Minda anda  dengan ini!!
Date: Tue, 27 Feb 2001 17:20:14 -0800


  *~*
  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
  {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
  {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
  *~*
   PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
  ~~~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Assalamualaikum.

Penerangan yang diberi oleh saudara Hassan Abdullah amat baik sekali dari
segi fekah dan kita mesti cuba sedaya upaya menurutinya.

Saya ingin menambah dari aspek ilmu tasauf iaitu tasauf amat menekankan 
yang
amat berat tentang perkara solat. Hampir antara tujuan utama pembelajaran
tasauf adalah untuk mendapatkan kekusyukan di dalam solat. Rahsia kusyuk
inilah yang memerlukan kesabaran untuk mempelajarinya. Ringkasnya rahsia
kusyuk solat di dalam tasauf adalah akan hanya tercapai apabila seseorang
itu dapat mengenal dirinya di sisi tuhannya.

Apabila seseorang itu kenal tuhannya iaitu Allah Taala maka barulah ia 
dapat
memberi segala tumpuan dan ia akan hanyut di dalam penghayatan kepada Allah
Taala dan Allah Taala akan membimbingnya dengan memberi hidayah. Contohnya
jika boss yang baik suka pada kita dan kita kenal akan dirinya maka pasti
akan bertambah rajin kita bekerja. Walau pun begitu wali Allah yang 
terkenal
Syeikh Kadir Al-Jailani memakan masa 30 tahun untuk mempelajarinya maka 
kita
haruslah banyak bersabar didalam mempelajarinya.

Setakat ini saja saya akan menyambungnya jika ada sambutan.Insya Allah.
Wassalam.
-Original Message-
From: Hassan Abdullah [EMAIL PROTECTED]
To: hadi ma [EMAIL PROTECTED]
Cc: nurnajiha abd kadir [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED]
Date: Sunday, February 25, 2001 9:02 PM
Subject: Re: H-Net* Persoalan Serius-Cabarlah Minda anda dengan ini!!


 
  *~*
  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
  {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
  {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
  *~*
   PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
  ~~~
 Assalamualaikum wbt.
 
 BerSabda Nabi Muhammad SAW
 
 "Akan datang satu masa ke atas manusia yang bersolat, pada hal yang
sebenarnya mereka tidak bersolat".
 
 Firman Allah Taala
 
 "Kecelakaan yang amat besar ke atas mereka yang solat, sedangkan mereka
lalai dalam solatnya" Al Ma'un : 4 dan 5
 
 
 Ada beberapa punca yang menyebabkan solat sesaorang itu celaka, tidak
bernilai, sesia dan rugi, antaranya :
 
 1. Tidak mematuhi sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.
 
 "Dirikanlah solat itu semata-mata hanya untuk mengingati Daku (Allah 
Taala)
" . Toh

Re: H-Net* Persoalan Serius-Cabarlah Minda anda dengan ini!!

2001-03-13 Terurut Topik ruzlan


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Assalamualaikum.

Khusyuk di dalam solat adalah perkara utama cuma untuk mendapatkannya agak
sukar sedikit. Walau bagaimanapun kita mesti berusaha, Insya Allah. Di dalam
membuktikan khusyuk itu wujud di dalam solat saya mengambil dua kisah dari
Rasulullah dan Saidina Ali.

Rasulullah dikala melakukan solat terutama solat malam Rasulullah akan rukuk
dan sujud yang begitu lama sehinggakan isterinya, Aishah menyangkakan
Rasulullah telah meninggal dunia dan kaki Rasulullah bengkak kerana terlalu
lama bersolat.

Saidina Ali telah di panah di kakinya dan anak panah itu telah tertusuk
dalam sehingga sukar untuk dikeluarkan. Apabila cuba dikeluarkan beliau
merasa sakit. Tetapi anak panah itu berjaya dikeluarkan apabila beliau
berada di dalam solat kerana beliau terlalu khusyuk sehinggakan rasa sakit
tidak dirasai lagi.

Sungguh pun begitu Wali Allah yang terkenal Syeikh Kadir Al-Jailani
mengambil masa 30 tahun untuk mencapai tahap ini, maka kita tak tahulah
macam mana. Apa yang kita perlu buat hanyalah berusaha semuga Allah Taala
menerima ibadat kita.

Wassalam.
-Original Message-
From: Prof. Nurani [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED] [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED] [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED] [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED] [EMAIL PROTECTED]
Date: Tuesday, March 13, 2001 3:03 AM
Subject: Re: H-Net* Persoalan Serius-Cabarlah Minda anda dengan ini!!


Assalamualaikum wmt.

Saya nak tambah sikit...

Sabda Rasulullah SAW bermaksud :

"Tiada diwajibkan oleh Allah kepada makhluk-Nya sesudah tauhid yang lebih
menyukainya kepada-Nya selain daripada solat. Jikalau ada sesuatu yang lain
yang lebih menyukakan kepada-Nya dari solat; nescaya telah beribadat dengan
dia para Malaikatnya. Para Malaikat itu wujud sebahagian ruku', sebahagian
sujud, sebahagian berdiri dan duduk."

Bagaimanakah solat yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu??? Dan apakah
solat kita selama ini sudah menepati kehendak seperti mana solat Rasulullah
SAW itu???

Inilah persoalan yang perlu dijelaskan segera. Persoalan ini wajar
dicarikan
penyelesaian secara tuntas, kerana sudah pasti kita tidak mahu apa yang
kita
perlakukan selama ini hanya sebagai menanam "abu" dan akan menuai "asap".

Saya tidak membantah sama ada antara anda sekalian memberi pandangan dari
segi fekah atau tasauf di dalam persoalan solat ini.

SOLAT itu WAJIB dik...

Begitu juga dengan "khusyu'" di dalam solat, rata-rata dah kita dengar akan
tok guru membicarakan hal ini. Tetapi di mana praktikalnya???

Cuba buktikan yang "khusyu'" itu ada di dalam solat!

Setiap theory... pastinya ada practical! Tak gitu...

Best regards - Nurani



From: "ruzlan" [EMAIL PROTECTED]
To: "Hassan Abdullah" [EMAIL PROTECTED], "hadi ma" [EMAIL PROTECTED]
CC: "nurnajiha abd kadir" [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Persoalan Serius-Cabarlah Minda anda  dengan ini!!
Date: Tue, 27 Feb 2001 17:20:14 -0800


  *~*
  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
  {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
  {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
  *~*
   PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
  ~~~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Assalamualaikum.

Penerangan yang diberi oleh saudara Hassan Abdullah amat baik sekali dari
segi fekah dan kita mesti cuba sedaya upaya menurutinya.

Saya ingin menambah dari aspek ilmu tasauf iaitu tasauf amat menekankan
yang
amat berat tentang perkara solat. Hampir antara tujuan utama pembelajaran
tasauf adalah untuk mendapatkan kekusyukan di dalam solat. Rahsia kusyuk
inilah yang memerlukan kesabaran untuk mempelajarinya. Ringkasnya rahsia
kusyuk solat di dalam tasauf adalah akan hanya tercapai apabila seseorang
itu dapat mengenal dirinya di sisi tuhannya.

Apabila seseorang itu kenal tuhannya iaitu Allah Taala maka barulah ia
dapat
memberi segala tumpuan dan ia akan hanyut di dalam penghayatan kepada
Allah
Taala dan Allah Taala akan membimbingnya dengan memberi hidayah. Contohnya
jika boss yang baik suka pada kita dan kita kenal akan dirinya maka pasti
akan bertambah rajin kita bekerja. Walau pun begitu wali Allah yang
terkenal
Syeikh Kadir Al-Jailani memakan masa 30 tahun un

Re: H-Net* Persoalan Serius-Cabarlah Minda anda dengan ini!!

2001-03-02 Terurut Topik ari man


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Memang dah tepat tu dah.! Ada pula orang2 yang menanggap mereka dah berjihad sedangkan 
mereka belum berjihad. Sebab jihad tu dari segi bahasanya berusaha dengan 
bersungguh-sungguh, sedangkan dari segi syaraknya berPERANG, mengumpul dan menyediakan 
kekuatan perang, bersedia untuk perang. Memanglah mereka dah berusaha sungguh2 ~ 2 
tahun yang lepas, bersungguh2 menyonteng lambang bulan. TApi belum berjihad.!

--Original Message--
From: alias yusof [EMAIL PROTECTED]
To: ruzlan [EMAIL PROTECTED]
Sent: February 28, 2001 9:01:47 AM GMT
Subject: Re: H-Net* Persoalan Serius-Cabarlah Minda anda  dengan ini!!


Kebanyakan dari kita menganggap ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, zakat
dan haji sahaja sebagai amal yang patut ditunaikan oleh seorang muslim. Apabila
ia menunaikan perkara-perkara tersebut dalam kehidupannya maka ia berasa
sempurnalah tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Sebenarnya anggapan yang
demikian tidaklah tepat. Hendaklah kita ingat, tujuan manusia ini dijadikan oleh
Allah  bukanlah semata-mata untuk setakat bersembahyang, berpuasa di bulan
Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji sahaja tetapi sebenarnya lebih dari
itu iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Ertinya dalam setiap masa
dan ketika kehidupan kita hendaklah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t sahaja.
Seperti firman Allah yang bermaksud; “Tidak aku jadikan jadikan manusia dan jin
itu melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu”. Oleh itu semua tingkah laku dan
amal perbuatan kita hendaklah sentiasa menurut dan patuh kepada
peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Allah. Apabila kita melakukan sesuatu
kerja dengan tidak melampaui peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Allah, ini
bermakna kita telah mengabdikan diri kita kepada Allah s.w.t. Kalau kita hanya
setakat mengabdikan diri dan menurut perintah Allah pada ibadah sembahyang,
berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji tetapi banyak
perbuatan kita di waktu yang lain melanggar perintah Allah seperti memfitnah,
mengumpat orang, makan rasuah, pecah amanah dan lain-lain lagi maka ini bermakna
kita telah tidak mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

 Oleh itu jika seseorang itu setakat menunaikan kewajipan sembahyang, puasa,
zakat dan haji sahaja, belumlah lagi ia mencapai matlamat ia dijadikan oleh
Allah s.w.t. Perbandingannya samalah kalau kita pergi melawat di salah sebuah
kem tentera, walaupun di sana setiap hari kita akan melihat tentera menjalani
latihan jasmani termasuklah berkawat dan menjalani latihan berperang sesama
sendiri tetapi ini bukanlah matlamat sebenar tentera diwujudkan. Matlamat
sebenar tentera diwujudkan  adalah untuk mempertahankan negara dari serangan
musuh dan menjaga keamanan. Jika seseorang itu tidak melalui latihan-latihan
yang telah ditetapkan untuk menjadi seorang tentera maka tidak mungkin dia boleh
digelar tentera dan tidak mungkin ia mampu menghadapi musuh bila berlaku
perperangan. Dengan kata lain, matlamatnya sebagai tentera tidak

__
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: ari man [EMAIL PROTECTED]



Re: H-Net* Persoalan Serius-Cabarlah Minda anda dengan ini!!

2001-02-27 Terurut Topik ruzlan


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Assalamualaikum.

Penerangan yang diberi oleh saudara Hassan Abdullah amat baik sekali dari
segi fekah dan kita mesti cuba sedaya upaya menurutinya.

Saya ingin menambah dari aspek ilmu tasauf iaitu tasauf amat menekankan yang
amat berat tentang perkara solat. Hampir antara tujuan utama pembelajaran
tasauf adalah untuk mendapatkan kekusyukan di dalam solat. Rahsia kusyuk
inilah yang memerlukan kesabaran untuk mempelajarinya. Ringkasnya rahsia
kusyuk solat di dalam tasauf adalah akan hanya tercapai apabila seseorang
itu dapat mengenal dirinya di sisi tuhannya.

Apabila seseorang itu kenal tuhannya iaitu Allah Taala maka barulah ia dapat
memberi segala tumpuan dan ia akan hanyut di dalam penghayatan kepada Allah
Taala dan Allah Taala akan membimbingnya dengan memberi hidayah. Contohnya
jika boss yang baik suka pada kita dan kita kenal akan dirinya maka pasti
akan bertambah rajin kita bekerja. Walau pun begitu wali Allah yang terkenal
Syeikh Kadir Al-Jailani memakan masa 30 tahun untuk mempelajarinya maka kita
haruslah banyak bersabar didalam mempelajarinya.

Setakat ini saja saya akan menyambungnya jika ada sambutan.Insya Allah.
Wassalam.
-Original Message-
From: Hassan Abdullah [EMAIL PROTECTED]
To: hadi ma [EMAIL PROTECTED]
Cc: nurnajiha abd kadir [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED]
Date: Sunday, February 25, 2001 9:02 PM
Subject: Re: H-Net* Persoalan Serius-Cabarlah Minda anda dengan ini!!



 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum wbt.

BerSabda Nabi Muhammad SAW

"Akan datang satu masa ke atas manusia yang bersolat, pada hal yang
sebenarnya mereka tidak bersolat".

Firman Allah Taala

"Kecelakaan yang amat besar ke atas mereka yang solat, sedangkan mereka
lalai dalam solatnya" Al Ma'un : 4 dan 5


Ada beberapa punca yang menyebabkan solat sesaorang itu celaka, tidak
bernilai, sesia dan rugi, antaranya :

1. Tidak mematuhi sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.

"Dirikanlah solat itu semata-mata hanya untuk mengingati Daku (Allah Taala)
" . Toha : 14

"Mengingati Allah itulah yang paling utama, penting dan besar". Al AnKabut
: 45

"(Dirikanlah solat) dengan penuh ketundukan hati dan ketekunan". Al Baqarah
: 137

"Diwajibkan solat, menunaikan Haji dan tawaf, berkorban, serta
diperintahkan supaya mensiarkannya semata-mata untuk MENGINGATI ALLAH.
Apabila yang disebut di atas tidak ada
lagi di dalam HATIMU sebagai matlamat yang dituju dan dicari, lalu
kenapakah begitu MAHAL harga zikr mu itu?  (Hadis Abu Daud dan Tarmizi).



2. Tidak memahami apa yang diucapkan di dalam solat.

"Janganlah kamu hampiri solat, sedangkan kamu dalam keadaan mabuk (nyanyuk
dan tidak siuman), sehinggalah kamu mengerti dan memahami apa yang kamu
ucapkan (dalam solat)." An
Nisa: 43.

Bahasa Quran dan Bahasa Hadis adalah dalam bahasa Arab. Golongan bangsa
yang pertama menganut Islam juga ialah bangsa yang berbahasa Arab. Bacaan
yang diucapkan dalam solat
semuanya adalah dalam bahasa Arab.

Ayat di atas telah dikupas dengan panjang lebar oleh Imam Abdul Wahab As
Sya'arani dan Al Ghazali berhujah bahawa :

Ramai manusia yang solat tetapi hati mereka :

i.  Banyak angan-angan tentang dunia.
ii. Perasan cemas untuk meninggalkan dunia
iii. Tertipu dengan keindahan dan kelazatan dunia
iv. Mabuk dunia
v.  Tertutup mata hatinya tentang Alam Akhirat/Alam Ghaib

3. Mendirikan tidak menepati sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasul Allah
dan para Sahabat beliau.

Telah berkata Imam Ahmad bin Hanbal (164 - 241 Hijriah).

"Aku merasa khuatir berkenaan dengan Hadis yang ditujukan oleh Nabi SAW
(lihat perenggan pertama di atas) ialah zaman kita sekarang (rujuk tempuh
hayat Imam Ahmad Hanbal).
Sekiranya engkau melakukan solat di dalam 100 masjid, nescaya engkau akan
melihat bahawa tidak satu masjid pun di mana manusia bersolat dengan betul
menuruti sebagaimana yang
dicontohkan oleh Rasul Allah SAW dan para Sahabat beliau".

Perhatikan:

Ucapan Imam Ahmad bin Hanbal telah berlalu kira-kira 1200 tahun Hijriah. Di
zaman beliau, beliau sendiri telah menyaksikan dengan mata kepala b

Re: H-Net* Persoalan Serius-Cabarlah Minda anda dengan ini!!

2001-02-25 Terurut Topik hadi ma


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamu alaikum all,

Pernahkah anda dengar orang Islam bersembahyang tetapi
tidak bersolat??. Dalam bahasa inggeris "uphold
worship yet not pray". Awas..Anda mungkin telah
bersembahyang tetapi anda mungkin tidak bersolat!!. 

Dalam bahasa inggeris solat disebut sebagai "pray"
yang membawa erti "doa/berdoa". Doa pula membawa erti
konotasi) meminta.

Adakah anda telah "meminta-minta" didalam sembahyang
anda??. Meminta disini bukan sererti "menyebut".
Burung kakaktua juga menyebut tetapi adakah ia
meminta??. Mungkin anda telah menyebut "ihdina
ssiratol mustaqim"(tunjukkanlah kami jalan lurus)
didalam sembahyang anda, tetapi adakah apa yang anda
sebut itu adalah apa yang anda pinta??. 

Cabarlah minda anda. Biarkan otak kita berfikir kerana
Allah mahukan kita berfikir. Perlindungan dari sihir
yang di hajati mungkin terdapat didalam "doa/solat".

Wassalam

IMMI


--- nurnajiha abd kadir [EMAIL PROTECTED]
wrote:
 
 

*~*
  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
 http://www.hizbi.net }
  {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
   }
  {Iklan barangan? Hantarkan ke
 [EMAIL PROTECTED] }
 

*~*
   PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 

~~~
 thanks atas tunjuk ajar. nabi junjungan kita sendiri
 pernah di sihir. 
 semakin kuat ilmu agama seseorg/ alimnya seseorg ,
 semakin kuat dan tinggi 
 cabaran yg perlu dihadapi dan semakin besarlah
 syaitan yg dtg utk 
 mengalahkannya.semoga mereka2 yg terlibat dpt tabah
 dan teruskan perjuangan 
 dlm menegakkan kalimah al-Haq.
 hanya Allah tempat bergantung.
 
 
 From: Hassan Abdullah [EMAIL PROTECTED]
 To: nurnajiha abd kadir [EMAIL PROTECTED]
 CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
 Subject: Re: H-Net* Persoalan Serius
 Date: Sat, 24 Feb 2001 11:26:53 +0800
 
 Assalamualaikum wbt.
 
 Sudah beberapa kali saya terbaca berkenaan gerakan
 kaum kuffar yang mana 
 salah
 satu modus operandi mereka untuk menyesatkan umat
 dan keturunan Islam ialah
 dengan menggunakan atau mengenakan sihir.
 
 Sebagai umat Islam, sudah jelas bagi kita bahawa
 sihir adalah ilmu yang
 berhubung kait dan rapat dengan jin (syaitan). Dan
 sudah dijelaskan kepada 
 kita
 melalui Firman dan Hadis bahawa golongan jin dan
 syaitan ini tidak akan 
 dapat
 mengganggu , merosak dan mendekati golongan manusia
 berIman yang mendapat
 perlindungan daripada Allah SWT.
 
 Golongan yang dimaksudkan ini adalah mereka yang
 mantap iktiqad, akidah dan
 istiqamah ibadahnya. Iaitu mereka yang sentiasa
 menjalinkan perhubungan 
 dengan
 Rabbnya sepanjang masa dan dalam semua keadaan.
 Sesuai dengan perintah 
 ibadah
 (perhubungan antara hamba dan Rabbnya) itu sendiri
 wajib dilaksanakan 
 berterusan
 tanpa henti 24 jam sehari semalam atau 1440 minit
 sehari semalaman.
 
 Allah SWT sendiri memerintahkah kepada orang-orang
 berIman dengan Firmannya
 bermakna
 
 "Wahai orang-orang berIman ingatlah Allah dengan
 ingatan yang
 sebanyak-banyaknya".
 (al Ahzab : 41)
 
 Perhubungan dengan Allah ialah dengan hati itu
 sentiasa mengingati dengan 
 penuh
 ketekunan dan ketundukan serta mengEsakannya.
 
 Hati yang sedemikian sahaja yang mendapat jaminan
 perlindungan dan 
 keselamtan
 daripada Allah.
 
 "Sesungguhnya pada diri Rasul Allah itu merupakan
 contoh teladan yang amat 
 baik
 kepada kamu (iaitu) orang-orang yang mengharapkan
 bertemu dengan Allah dan
 keselamatan di Hari Akhirat dan mengingati Allah
 dengan 
 sebanyak-banyaknya". Al
 Ahzab : 21.
 
 Nabi Muhammad SAW sendiri menganjurkan mengingati
 Allah ini kepada umatNya
 dengan
 
 1.  mengamalkan 'Aku berlindung daripada Allah
 daripada syaitan yang 
 direjam".
 2. mengamalkan 'Dengan Nama Allah, Ar Rahman dan Ar
 Rahim'
 
 Tetapi kebanyakan kita hanya menyebutkan dilidah
 sahaja tanpa menghayati di
 dalam hati maksud dan mauduk kalimat tersebut.
 Manusia yang mendapat
 perlindungan daripada Allah ialah mereka yang ada
 iktiqad, akidah dan 
 ibadah
 tanpa henti.
 
 Hati yang lalai :
 
 1. kecelakaan yang amat besarlah bagi mereka yang
 mengeraskan hatinya 
 daripada
 mengingati Allah ; mereka itulah yang berada dalam
 kesesatan yang amat 
 nyata. Az
 Zumar : 22
 
 2. barangsiapa yang berpaling daripada mengingati
 Ar Rahman maka Kami 
 adakan
 baginya syaitan ; lalu syaitan itulah yang menjadi
 teman yang selalu
 menyertainya. Az Zukaf : 36.
 
 3. (berkenaan dengan golongan munafik), syaitan
 telah menguasai mereka lalu
 menjadikan mereka lupa 

Re: H-Net* Persoalan Serius-Cabarlah Minda anda dengan ini!!

2001-02-25 Terurut Topik Hassan Abdullah


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum wbt.

BerSabda Nabi Muhammad SAW

"Akan datang satu masa ke atas manusia yang bersolat, pada hal yang sebenarnya mereka 
tidak bersolat".

Firman Allah Taala

"Kecelakaan yang amat besar ke atas mereka yang solat, sedangkan mereka lalai dalam 
solatnya" Al Ma'un : 4 dan 5


Ada beberapa punca yang menyebabkan solat sesaorang itu celaka, tidak bernilai, sesia 
dan rugi, antaranya :

1. Tidak mematuhi sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.

"Dirikanlah solat itu semata-mata hanya untuk mengingati Daku (Allah Taala) " . Toha : 
14

"Mengingati Allah itulah yang paling utama, penting dan besar". Al AnKabut : 45

"(Dirikanlah solat) dengan penuh ketundukan hati dan ketekunan". Al Baqarah : 137

"Diwajibkan solat, menunaikan Haji dan tawaf, berkorban, serta diperintahkan supaya 
mensiarkannya semata-mata untuk MENGINGATI ALLAH. Apabila yang disebut di atas tidak 
ada
lagi di dalam HATIMU sebagai matlamat yang dituju dan dicari, lalu kenapakah begitu 
MAHAL harga zikr mu itu?  (Hadis Abu Daud dan Tarmizi).



2. Tidak memahami apa yang diucapkan di dalam solat.

"Janganlah kamu hampiri solat, sedangkan kamu dalam keadaan mabuk (nyanyuk dan tidak 
siuman), sehinggalah kamu mengerti dan memahami apa yang kamu ucapkan (dalam solat)." 
An
Nisa : 43.

Bahasa Quran dan Bahasa Hadis adalah dalam bahasa Arab. Golongan bangsa yang pertama 
menganut Islam juga ialah bangsa yang berbahasa Arab. Bacaan yang diucapkan dalam solat
semuanya adalah dalam bahasa Arab.

Ayat di atas telah dikupas dengan panjang lebar oleh Imam Abdul Wahab As Sya'arani dan 
Al Ghazali berhujah bahawa :

Ramai manusia yang solat tetapi hati mereka :

i.  Banyak angan-angan tentang dunia.
ii. Perasan cemas untuk meninggalkan dunia
iii. Tertipu dengan keindahan dan kelazatan dunia
iv. Mabuk dunia
v.  Tertutup mata hatinya tentang Alam Akhirat/Alam Ghaib

3. Mendirikan tidak menepati sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasul Allah dan para 
Sahabat beliau.

Telah berkata Imam Ahmad bin Hanbal (164 - 241 Hijriah).

"Aku merasa khuatir berkenaan dengan Hadis yang ditujukan oleh Nabi SAW (lihat 
perenggan pertama di atas) ialah zaman kita sekarang (rujuk tempuh hayat Imam Ahmad 
Hanbal).
Sekiranya engkau melakukan solat di dalam 100 masjid, nescaya engkau akan melihat 
bahawa tidak satu masjid pun di mana manusia bersolat dengan betul menuruti 
sebagaimana yang
dicontohkan oleh Rasul Allah SAW dan para Sahabat beliau".

Perhatikan :

Ucapan Imam Ahmad bin Hanbal telah berlalu kira-kira 1200 tahun Hijriah. Di zaman 
beliau, beliau sendiri telah menyaksikan dengan mata kepala beliau keadaan dan 
prestasi solat
umat Islam yang sezaman dengannya. Sebagai seorang Imam yang bertanggungjawab beliau 
telah mengupas berkenaan dengan solat dan menyampaikan kepada orang-orang yang bersolat
bersama-sama dengan beliau dalam buku/kitab "Betulkan solat anda".

Berkenaan dengan persoalan yang dibangkitkan oleh sdr. hadi ma :

1. Persoalan pertama telah saya jawab di atas.

2. Berkenaan dengan persoalan kedua.

Dalam pengajian dan pendidikan agama (din), perkara yang penting dan asas adalah 
iktiqad yang benar, akidah yang tepat dan ibadah yang istiqamah. Kemudian insya Allah 
disusuli
dengan amal yang soleh.

Dengan lain perkataan, amal soleh hanya akan terbit dan terhasil dengan ketiga-tiga 
perkara asas di atas iaitu iktiqad, akidah dan ibadah.

Jika sesaorang itu dapat mencapai iktiqad yang benar, nescaya berhasillah akidahnya. 
Sementara ibadah adalah merupakan pekerjaan hati untuk mengekal, meneguh dan 
memantapkan
akidah agar ia berterusan.

Ibadah adalah :

"...Dan janganlah kamu syirik kepada Rabb kamu iaitu dengan beribadah mengESAKANNYA". 
Al Kahfi : 111

Sebenar-benar ibadah adalah setelah sesaorang itu beroleh kemenangan berjaya 
membebaskan diri daripada syirik.
Ibadah yang bebas daripada syirik itu mafhumnya adalah ibadah yang berasaskan kepada 
iktiqad yang benar dan akidah yang tepat. Oleh kerana ibadah itu DIWAJIBKAN 24 jam 
sehari
semalaman tanpa henti (berterusan) ke atas golongan jin dan manusia maka wajiblah 
iktiqad dan akidah itu mendahului dan menyertai  ibadah. Tidak boleh bercerai atau
menceraikan antara iktiqad, akidah dan ibadah (bebas daripada syirik dan sentiasa 
mengESAKANNYA").

Ibadah yang sedemikianlah juga merupakan mafhum daripada Firman Allah Taala (maknanya) 
:

"Dan beribadahlah engkau kepada Ku dan itulah satu-satunya Jalan Yang Lurus". Yaa Sin 
: 61.

Jalan Yang Lurus adalah mengekalkan hati itu sentiasa terjalin perhubungan dengan 
Rabbnya (hubungan antara hamba dengan Tuhannya).

"Oleh