Re: [Re: H-Net* Permasalahan Mimpi]

2000-01-22 Terurut Topik Hana Muhammad


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~

Assalamualaikum

Beruntunglah sahabat kita yg telah diberi mimpi merasai alam barzakh.
Janganlah disangka-sangka bilik tu banyak jin pula. Bersangka baiklah ianya
merupakan hidayah dari Al Haq. Bukannya senang diberi kesempatan waktu hidup
ini utk "merasai" alam barzakh .

Bila dah diberi 'rasa' takut itu...bersegeralah kembali pada-Nya.
Bermunajatlah...berdoalah...moga tak diazab kelak. Pencariannya..terserahlah
pada sahabat tersebut. Cuma saya boleh sarankan agar berusaha mencari
ketenangan dan kedamaian dgn jalan ikhlas dlm usaha. Carilah guru dan ilmu yg
boleh memimpin kita mencari ketenangan yg hakiki.

Bila diberi 'rasa' sebegitu, rasa takut akan menjelma. Jangalah panik kerana
ia adalah satu step perubahan pada diri dia dan kita sebagai pemerhati. Ada yg
berubah setelah melihat kematian, ada yg berubah setelah rasa "takut" pada
kematian.

Perbanyakkanlah mengingati mati. Seorang hamba yang banyak mengingati mati,
maka Allah akan menghidupkan hatinya dan diringankan baginya sakit kematian -
riwayat Dailami

Cukuplah maut itu sebagai pelajaran (guru) dan keyakinan sebagai kekayaan -
riwayat Tabrani

Janganlah bila diberi mimpi begitu...lupa pada AL Haq. Yang difikirkan ialah
Jin suka pada bilik tu ... dan lain2 lagi. Berpegang teguhlah pada janji
Allah. Berusahalah ! Berjuanglah ! Bersangka baiklah ! Sesungguhnya keampunan
Allah tu sentiasa terbuka



Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: Hana Muhammad <[EMAIL PROTECTED]>



Re: H-Net* Permasalahan Mimpi

2000-01-21 Terurut Topik Neo de Uno


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum...

Hadis itu memang benar, tetapi sekiranya ianya berlaku berulang kali maka 
mimpi itu mungkin dari Allah SWT dan saya mencadangkan agar sahabat saudara 
itu menambahkan amalan dan bertaubat sebelum terlambat,  tetapi sekiranya 
ianya dari iblis ianya akan hilang dengan membaca doa dan 3 Qul sebelum 
tidur dan ayat Qursi dan jangan lupa bertawakkal kepada Allah.

Perkara baik atau buruk tanpa izin Allah tidak akan menjadi kesan kerana 
setiap perkara dengan izin Allah, contohnya di mana Nabi Ibrahim  bermimpi 
menyembelih anaknya Nabi Ismail, ianya datang dari Allah tetapi iblis 
mengganggu pada perlaksanaan tersebut dengan izin Allah Nabi Ismail 
digantikan dengan seekor binatang berkaki empat, segalanya dengan izin 
Allah.

wallAllahua'lam


>From: "story teller" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Permasalahan Mimpi
>Date: Wed, 19 Jan 2000 12:22:46 PST
>
>
>*~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
>{Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
>{Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
>*~*
>  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~
>Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
>kepada netters yang berilmu yang sudi menyelesaikan permasalahan ini.
>Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud,,
>Mimpi yang baik datangnya dari Allah dan Mimpi yang buruk datangnya dari
>syaitan,,, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim (kafaz oleh Imam
>Muslim).
>
>Mimpi yang buruk itu tidak elok untuk di ceritakan kepada orang 
>lain..tetapi
>memandangkan saya sendiri tidak dapat menolong sahabat saya untuk
>mententeramkan hatinya kerana  kekurangan Ilmu maka saya memohon kepada
>sahabat yang berpengetahuan agama dalam bab bab permasalahan mimpi untuk
>membantu sedikit sebanyak sahabat saya yang tertekan kerana gangguan
>mimpinya itu.
>
>
>Sahabat saya ini merupakan seorang pelajar pusat pengajian tinggi tempatan
>yang menginap di kolej kediaman.Dia sering mengalami gangguan mimpi yang
>ngeri berulangkali setelah dia kembali ke asramanya untuk sessi akademik
>selepas cuti hari raya,,ini bermakna selepas bulan ramadhan sehinggalah
>sekarang ini.
>Mimpi itu adalah mimpi beliau dikebumikan ke dalam liang lahad dan beliau
>menyaksikan sendiri dirinya ditimbus oleh tanah .Beliau merasakan mimpi
>tersebut seakan akan benar benar berlaku..mimpi ini berlaku berulang ulang
>kali,,kesannya beliau kini sentiasa berada dalam keadaan tertekan,,,.
>Jadi persoalan saya,,apakah amalan amalan khusus dari aspek agama untuk
>menghindari mimpi mimpi sedemikian...jika ia mainan syaitan,,adakah bilik
>juga menjadi salah satu punca..yakni bilik yang digemari Jin Jin..
>Kalau ada hadith hadith berkaitan mimpi juga mungkin berguna untuk
>beliau.
>Diharap para netters yang arif dapat menolong sahabat kita ini..
>sekian,,,
>wassalam
>
>__
>Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
>
>
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
>
>
>Pengirim: "story teller" <[EMAIL PROTECTED]>

__
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: "Neo de Uno" <[EMAIL PROTECTED]>



Re: H-Net* Permasalahan Mimpi

2000-01-20 Terurut Topik Dr. Tanpa Nama 98


story teller wrote:
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
kepada netters yang berilmu yang sudi menyelesaikan permasalahan ini.
Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud,,
Mimpi yang baik datangnya dari Allah dan Mimpi yang buruk datangnya
dari
syaitan,,, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim (kafaz oleh
Imam
Muslim).
Mimpi yang buruk itu tidak elok untuk di ceritakan kepada orang lain..tetapi
memandangkan saya sendiri tidak dapat menolong sahabat saya untuk
mententeramkan hatinya kerana  kekurangan Ilmu maka saya memohon
kepada
sahabat yang berpengetahuan agama dalam bab bab permasalahan mimpi
untuk
membantu sedikit sebanyak sahabat saya yang tertekan kerana gangguan
mimpinya itu.
Sahabat saya ini merupakan seorang pelajar pusat pengajian tinggi tempatan
yang menginap di kolej kediaman.Dia sering mengalami gangguan mimpi
yang
ngeri berulangkali setelah dia kembali ke asramanya untuk sessi akademik
selepas cuti hari raya,,ini bermakna selepas bulan ramadhan sehinggalah
sekarang ini.
Mimpi itu adalah mimpi beliau dikebumikan ke dalam liang lahad dan
beliau
menyaksikan sendiri dirinya ditimbus oleh tanah .Beliau merasakan mimpi
tersebut seakan akan benar benar berlaku..mimpi ini berlaku berulang
ulang
kali,,kesannya beliau kini sentiasa berada dalam keadaan tertekan,,,.
Jadi persoalan saya,,apakah amalan amalan khusus dari aspek agama untuk
menghindari mimpi mimpi sedemikian...jika ia mainan syaitan,,adakah
bilik
juga menjadi salah satu punca..yakni bilik yang digemari Jin Jin..
Kalau ada hadith hadith berkaitan mimpi juga mungkin berguna untuk
beliau.
Diharap para netters yang arif dapat menolong sahabat kita ini..
sekian,,,
wassalam

Wa'alaikumsalam warahmatullah,
Di dalam Jami' As-sahih Imam Bukhari, beliau telah memperuntukkan satu
tajuk khusus mengenai mimpi di bawah tajuk 'Kitab At-Ta'bir. Beliau telah
mengemukakan 99 hadith mengenainya. Antaranya ialah:
Hadith dari Abi Qatadah:
"Mimpi yang baik adalah dari Allah, manakala mimpi yg bukan2 pula drpd
syaitan. Sesiapa di kalangan kamu bermimpi melihat sesuatu yg dibencinya,
hendaklah ia ludah ke sebelah kirinya sambil memohon perlindungan Allah,
nescaya syaitan tidak dapat memudaratkannya."
Hadith dari Abu Said Al-Khudri:
"Apabila salah seorang drpd kamu bermimpi dgn mimpi yg disukainya,
ia dari Allah kerana itu hendaklah ia memuji Allah dan sunat memberitahu
kpd org lain. Sebaliknya apabila seseorang itu bermimpi dgn mimpi yg dibencinya,
ia dari syaitan. Hendaklah ia berlindung dari ALlah dari kejahatan dan
tidak menceritakannya kpd org lain. Mimpi itu tidak dapat memudaratkannya."
Disebabkan pihak yg bermimpi di atas adalah org kebanyakan/org awam,
maka penerangan saya menjuruskan mimpi org awam, dan bukan mimpi nubuwwah.
Mimpi hanyalah semata-mata berita yg menggembirakan atau berita-berita
amaran
Pertama: Mimpi yg baik hanyalah semata-mata berita yg
menggembirakan atau berita2 amaran bagi memantapkan lagi hati org mukmin
dan menguatkan lagi semangat mereka. Ia bukanlah satu dadah yg boleh diambil
olh sesetengah mereka yg bersifat negatif utk dijadikan sumber pergantungan
yg rapuh, melarikan diri dari realiti, enggan berjihad, dan enggan berdepan
dgn kezaliman dan kegelapan.
Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak pernah melihat mimpi lebih
dari berita-berita yg menggembirakan, setelah itu mereka terus menggerakkan
strategi dan jihad melalui jalan yg telah dirancang, tanpa sedikitpun merasa
lemah, berat apatah lagi utk mencuaikan sunnah-sunnah Allah.
Kedua: Mimpi tidak boleh diambil kira sbg hujjah syarak
dan tidak boleh dijadikan hujjah bagi menunjukkan harusnya melakukan
atau meninggalkan sesuatu. Begitu juga ia tidak boleh diambilkira
bagi menunjukkan sesuatu tegahan atau perkara sunnat. Ini adalah
kerana bbrp sbb yakni:


Syarak telah menetapkan dalil-dalil yg menjadi sumber hukum hanyalah Al-kitab,
as-sunnah, ijmak dan qiyas yg sah.


Sumber mimpi adalah berbagai2; ada yg datang dari Tuhan yg Maha Pemurah,
ada yg datang dari nafsu, dan ada yg datang dari bisikan syaitan. Maka,
krn tidak dapat membezakan mimpi yg manakah datang dari Allah, dari nafsu
atau bisikan syaitan, tidak boleh mimpi dijadikan sbg hujjah syarak. Sebagaimana
yg disabdakan olh baginda S.A.W:  "Mimpi ada 3 jenis: mimpi datang
dari ALlah, mimpi kesedihan yg datang dari syaitan dan mimpi yg datang
dari kesan bisikan hati seseorang di waktu sedar, lalu dilihatnya dlm mimpi."


Org yg tidur bukanlah ahli utk menanggung sesuatu beban. Ia tidak terjamin
dapat mencatatkan apa yg ada dlm mimpi, kerana itu hukum taklif diangkat
darinya.


Kebanyakan mimpi berlaku di sebalik zahirnya. Ia biasanya merupakan lambang-lambang
dan isyarat2 yg tidak mampu diselami kecuali segelintir manusia shj spt
Nabi Yusuf A.S. Siapa dari kalangan manusia biasa yg mampu menta'birkan
mimpi raja mesir yg melihat lembu kurus menelan lembu gemuk dan tangkai2
gandum sebagaimana yg dlakukan oleh Yusuf A.S

Persoalan mimpi oleh Imam As-Syatibi di dlm kitab Al-I'tisam
Selemah-

Re: H-Net* Permasalahan Mimpi

2000-01-19 Terurut Topik Omar AlKhatab


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Wa`alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, 
   Pernah dlm satu kuliyyah maghrib,ustaz Suhaimi
Abdullah menceritakan perihal seorang telah bermimpi
Rasulullah s.a.w. berwajah hitam.Lalu ada pendapat yg
mengatakan bahawa wajah hitam Nabi dlm mimpi hamba
ALLAH itu adalah kerana amaran kpd sifat buruk orang
yg mimpi itu sendiri.
   Untuk sahabat [EMAIL PROTECTED],saya sendiri
pernah mengalami perasaan yg agak serupa,tapi dlm
situasi yg berbeza.Yg bezanya, saya bukan mengalaminya
dlm mimpi,tapi merasai semasa sebelum
tidur.Alhamdulillah,mungkin ini adalah satu cara 
ALLAH SWT nak berikan cahaya hidayahNya kpd
saya.Pernah satu malam tu,saya kena demam
selsema.Kebiasaannya kalau saya kena selsema,masalah
utama yg saya hadapi ialah tak boleh nak tidoq krn
lemas hidung tersumbat.Semasa atas dunia ni,bolehlah
juga kita minta tolong emak/isteri kita gosok vicks
kat dada/belakang kita; atau kalau teruk
sangat,bolehla start kereta pi jumpa doktor apa ka;
tapi kalau dalam kuboq ? Sapa tak bimbang kalau dok
terbayang2 dlm kuboq bersendirian,dgn
gelapnya/sempitnya/takutnya/pasiaq masuk dlm hidung
pula (pikiaq cara budak2 la); time tu tarak sapa nak
tolong kita dah; tak takut ka tuan2 kalau dok mai
perasaan lagu tu ?  Kemudian,masa kat tempat kerja
keesokan harinya dgn mata lebam mengantok,saya pun
bagitau masalah pada seorang sahabat.Dia bagitau
apa,"Takdak jalan lain selain drpd hang kena sujud
balik kpd ALLAH SWT."
   Alhamdulillah,jiwa kita akan tenang/tunduk apabila
sentiasa ingat kpd ALLAH SWT.Bila rasa takut saja,cuba
bangkit pi ambik/baca Quran atau ambik wudhuk/dirikan
solat sunat taubat ka; Insya`ALLAH,dgn izin ALLAH,jiwa
kita akan kembali tenang.Silap2,kita akan jadi
gian/rindu dgn ayat2 Al-Quran tu pulak (Subhanallah
Maha suci ALLAH).
   Apabila kecintaan kpd ALLAH/RasulNya begitu
mendalam,apa saja yg kita buat atau apa saja kejadian
yg berlaku,kita akan merasakan kehebatan ALLAH SWT.Sbg
cnth,ada la sekali semasa bangun drpd kerusi,lutut
saya terlanggar dgn meja.Aduih !
sakitnyaItu baru berlanggar dgn meja,belum
lagi dgn benda2 yg besar2 lagi.Kemudian,saya rasa
betapa lemahnya kejadian manusia ni; itupun kita nak
sombong juga dgn Pencipta kita.Masya`ALLAH.Satu lagi
cnth,ialah semasa saya menyertai larian Merdeka
tempohari.Huh,tak sampai 5 minit,pancit dah
tuan2.Pengajaran yg saya dapat drpd larian itu ialah
dgn kudrat yg hanya sedikit Tuhan bagi kat kita
ni,patutkah kita sombong nak lawan dgnNya ? Saya tak
sanggup tuan2; itupun baru Dia test secara mudah,kita
dah tak tahan,inikan pula yg besar2.Subhanallah.

Wassalam. 

--- nursejati  wrote:
> 
> 
>
*~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net }
>  {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>   }
>  {Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED] }
> 
>
*~*
>   PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~
> Asalammualaikum,
> 
> Mimpi yg berlaku antara masa hampir tidur dengan
> benar-benar telah tidur dan
> boleh mendatangkan manfaat. Mimpi-mimpi ini sering
> membawa ilham-ilham dan
> petunjuk-petunjuk yg menkagumkan. Ilham-ilham itu
> adalah bayangan yg
> terjatuh ke mata hati.
> 
> Firman Allah menjelaskan :
> "Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada RasulNya
> tentang kebenaran
> mimpinya dengan sebenarnya iaitu kamu sesungguhnya
> pasti akan memasuki
> Masjidil-Haram, Insya Allah, dlm keadaan aman"
> (Al-Fath:27)
> 
> Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w telah bermimpi
> memasuki Mekah, lalu
> bertawaf mengelilingi kaabah, sedang mimpi itu
> adalah benar. Tetapi pada
> waktu itu, mekah sedang dikuasai oleh musuh-musuh yg
> menentangnya, iaitu dr
> kaum Quraisy. Mimpi nabi s.a.w itu berlaku
> benar-benar kemudian setahun
> sesudahnya
> 
> Mimpi datang dari Allah, tetapi ada juga yg datang
> dr syaitan dan iblis.
> Nabi Muhammad s.a.w pernah juga menyatakan bahawa
> barangsiapa yang melihat
> baginda dlm mimpinya sebenarnya dia melihat baginda
> (yakni mimpi itu benar)
> kerana syaitan tidak mampu menyerupai baginda.
> Syaitan juga tidak dapat
> menyerupai orang-orang mukmim yg dlm perjalanan
> menuju Allah (Salik).
> Demikian pula ahli-ahli yg bermakrifat dan ahli-ahli
> hakikat yg menurut
> cahaya nabi Muhammad s.a.w. Mereka yg faham tafsiran
>  dan maksud nabi itu
> pernah berkata, bahawa bukan sahaja syaitan itu
> tidak mampu menyerupai Nabi
> Besar Muhammad s.a.w bahkan syaitan juga tidak ma

Re: H-Net* Permasalahan Mimpi

2000-01-19 Terurut Topik nursejati


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Asalammualaikum,

Mimpi yg berlaku antara masa hampir tidur dengan benar-benar telah tidur dan
boleh mendatangkan manfaat. Mimpi-mimpi ini sering membawa ilham-ilham dan
petunjuk-petunjuk yg menkagumkan. Ilham-ilham itu adalah bayangan yg
terjatuh ke mata hati.

Firman Allah menjelaskan :
"Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada RasulNya tentang kebenaran
mimpinya dengan sebenarnya iaitu kamu sesungguhnya pasti akan memasuki
Masjidil-Haram, Insya Allah, dlm keadaan aman" (Al-Fath:27)

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w telah bermimpi memasuki Mekah, lalu
bertawaf mengelilingi kaabah, sedang mimpi itu adalah benar. Tetapi pada
waktu itu, mekah sedang dikuasai oleh musuh-musuh yg menentangnya, iaitu dr
kaum Quraisy. Mimpi nabi s.a.w itu berlaku benar-benar kemudian setahun
sesudahnya

Mimpi datang dari Allah, tetapi ada juga yg datang dr syaitan dan iblis.
Nabi Muhammad s.a.w pernah juga menyatakan bahawa barangsiapa yang melihat
baginda dlm mimpinya sebenarnya dia melihat baginda (yakni mimpi itu benar)
kerana syaitan tidak mampu menyerupai baginda. Syaitan juga tidak dapat
menyerupai orang-orang mukmim yg dlm perjalanan menuju Allah (Salik).
Demikian pula ahli-ahli yg bermakrifat dan ahli-ahli hakikat yg menurut
cahaya nabi Muhammad s.a.w. Mereka yg faham tafsiran  dan maksud nabi itu
pernah berkata, bahawa bukan sahaja syaitan itu tidak mampu menyerupai Nabi
Besar Muhammad s.a.w bahkan syaitan juga tidak mampu berpura-pura menjadi
sesuatu atau sesiapa yang ada sifat pemurah dan penyayang, dan berwatak
mukmim. Sebenarnya semua nabi-nabi, wali-wali, malaikat, ka'abah, matahari,
bulan dan Al-Quran adalah perkara yang tidak dapat dimasuki atau diserapi
oleh syaitan ataupun menyerupai mereka. Syaitan itu adalah tempat atau wadah
dan keadaan manifestasi (penzahiran) sifat murka, laknat, hukuman dan
kecelakaan.

Menurut mimpi sahabat saudara itu, kami boleh takwilkan sebagai satu mimpi
yang benar. Kerana bukan kematian itu sesuatu yang benar. Bukankah ia satu
janji tuhan kepada semua makluk yang bernyawa ataupun HIDUP. Setiap yang
bernyawa pasti mati. Mimpi tersebut pasti akan berubah menjadi satu kenyatan
yang pasti. Cuma masanya yang tidak dapat ditentukan oleh kita. Semuanya
adalah urusan tuhan. Sampaikan lah ingatan saya ini kepada sahabat saudara
itu. Katakan lah, anda bertuah kerana telah diberi pengalaman istemewa oleh
tuhan utk melihat kematian anda sendiri. Ini utk mengingatkan diri kita dan
diri sahabat saudara itu supaya bersiap sedia dengan bekalan utk menuju
kepada kehidupan yang lebih kekal dan abadi. Yang pada ketika itu lagi tidak
akan wujud istilah mati.

Dan janganlah kita takut atau bimbang utk menghadapi mati, kerana kalau kita
memahami apakah erti mati yg sebenar kita akan bertambah yakin pada
kekuasaan Allah. Semoga kita semua mendapatkan manfaatnya.

wasalam

- Original Message -
From: story teller <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Thursday, January 20, 2000 4:22 AM
Subject: H-Net* Permasalahan Mimpi


>
>  *~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
>  {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
>  {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
>  *~*
>   PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~
> Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
> kepada netters yang berilmu yang sudi menyelesaikan permasalahan ini.
> Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud,,
> Mimpi yang baik datangnya dari Allah dan Mimpi yang buruk datangnya dari
> syaitan,,, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim (kafaz oleh Imam
> Muslim).
>
> Mimpi yang buruk itu tidak elok untuk di ceritakan kepada orang
lain..tetapi
> memandangkan saya sendiri tidak dapat menolong sahabat saya untuk
> mententeramkan hatinya kerana  kekurangan Ilmu maka saya memohon kepada
> sahabat yang berpengetahuan agama dalam bab bab permasalahan mimpi untuk
> membantu sedikit sebanyak sahabat saya yang tertekan kerana gangguan
> mimpinya itu.
>
>
> Sahabat saya ini merupakan seorang pelajar pusat pengajian tinggi tempatan
> yang menginap di kolej kediaman.Dia sering mengalami gangguan mimpi yang
> ngeri berulangkali setelah dia kembali ke asramanya untuk sessi akademik
> selepas cuti hari raya,,ini bermakna selepas bulan ramadhan sehinggalah
> sekarang ini.
> Mimpi itu adalah mimpi beliau dikebumikan ke dalam liang lahad dan beliau
> menyaksikan sendiri dirinya d