Fw: [Islah-Net] Perkongsian Jihad... Kereta ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan disabotaj

2013-03-24 Terurut Topik ahmad khairy ahmad domil
ASSALAMU`ALAIKUMWARAHMATULLAHIWABBARAKATUH...
 
In-sya-ALLAH wa Bi`iznILLAH...,
 
dapat kiranya melayangkan barang 10 ringgit atau 20 ringgit, atau lebeh sedikit 
ker, mungkin, daripada setiap seorang penerima emel ini, untuk didepositkan ke 
dalam akaun yang dinyatakan di bawah, menerusi mesin deposit BIMB ini...
Semoga ALLAH JALLAL JALLUHU Barakahkan serta Rahmatkan, juga Re-dhoi, kita, 
kluarga kita, mak-abah kita, anak-anak kita, zurriyat keturunan kita, 
harta-benda kita, pendapatan kita, rezeqi kita, serta seeeluruh kehidupan kita, 
kerana membantu "Yang Berkhedmat" (YB) Taufek yang Soleh lagi Musleh, 
MASYAALLAH WA BARAKALLAH ... ini.
 
AMEEEN YA ALLAH YA RABBAL`ALAMEEEN...
 
AKAD
 
aus das Tischcomp®
==
 

- Forwarded Message -
>From: Suara Rakyat 
>To: "darul-khu...@yahoogroups.com" ; 
>"islah-net@yahoogroups.com" ; 
>"gerak-us...@yahoogroups.com" ; 
>"suaraul...@yahoogroups.com" ; 
>"relex...@yahoogroups.com" ; 
>"harakah_da...@yahoogroups.com" ; 
>"x...@yahoogroups.com" ; "sdar...@yahoogroups.com" 
>; "misgusalu...@yahoogroups.com" 
>; "jen...@yahoogroups.com" 
>; "cyberdig...@yahoogroups.com" 
>; "hidayah...@yahoogroups.com" 
>; "inga...@yahoogroups.com" 
>; "malayc...@yahoogroups.com" 
>; "maynetw...@yahoogroups.com" 
>; "mymas...@yahoogroups.com" 
>; "panoram...@yahoogroups.com"
 ; "sahabatinterak...@yahoogroups.com" 
; "sut...@yahoogroups.com" 
; "umno-ref...@yahoogroups.com" 
; "cyberka...@yahoogroups.com" 
; "mengang...@yahoogroups.com" 
; "melayucy...@yahoogroups.com" 
; "watan_sa...@yahoogroups.com" 
; "parti-keadi...@yahoogroups.com" 
; "minda_umno_pas_keadi...@yahoogroups.com" 
; 
"malaysian_students_free_spe...@yahoogroups.com" 
; 
"idealis_mahasi...@yahoogroups.com" ; 
"usahawan_mel...@yahoogroups.com"  
>Sent: Monday, March 25, 2013 9:29 AM
>Subject: [Islah-Net] Kereta ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan disabotaj
>
>  
>
>
>Seremban 25 Mac 2013 – Kereta Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan YB Hj Mohamad 
>Taufek Abd Ghani yang juga merupakan ADUN Paroi telah disabotaj semasa program 
>ceramah umum Pakatan Rakyat di DUN Paroi dalam Parlimen Rembau yang diadakan 
>di Taman Seri Pagi , Senawang pada hari Ahad 24 Mac 2013.
>
>Dengan tidak membuat tuduhan kepada mana-mana pihak, YB Taufek berharap 
>penyokong Pakatan Rakyat dapat bersabar dan berdoa agar mereka yang melakukan 
>kerja sabotaj terdapat keretanya diberi petunjuk dan hidayat.
>
>Berikut apa yang ditulis oleh YB Taufek dalam facebooknya 
>(www.facebook.com/hjtaufek) : “AlhamduliLlah...itulah ucapan hati, bila tengok 
>kereta diguris dengan besi oleh pihak yang tak bertanggungjawap. Semalam 
>ceramah di Taman Seri Pagi mendapat sambutan yang baik dari masyarakat 
>setempat. Saya doakan anak-anak muda yang terlibat mendapat petunjuk dari 
>Allah supaya terbuka hati untuk dengar penjelasan kedua-dua pihak dan buat 
>penilaian demi masa depan agama, bangsa dan negara”.
>
>Menurut Sdr Hassan Tamby yang merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS 
>Negeri Sembilan , Dewan Undangan Negeri Sembilan akan terbubar dengan 
>sendirinya pada 26 Mac 2013. Ini bermakna mulai esok semua wakil rakyat di 
>Negeri Sembilan tidak akan lagi menerima elaun (gaji) sebagai wakil rakyat.
>
>Sdr Hassan turut berkata kepada mereka yang ingin menyumbang khususnya kepada 
>ahli PAS untuk kelangsungan aktiviti Pusat Khidmat PAS DUN Paroi atau untuk 
>menyumbang untuk membaiki kerosakan kereta YB Taufek yang disabotaj bolehlah 
>disalurkan ke ke akaun Bank Islam Msia Bhd (BIMB), Nama akaun : PAS Dun Paroi 
>, No akaun : 05012010063902.
>
>Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942
>
>Gambar kereta Hj Taufek yang disabotaj di 
>http://pasns.blogspot.com/2013/03/kereta-adun-paroi-pesuruhjaya-pas.html 
>
>

[Islah-Net] Kereta ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan disabotaj

2013-03-24 Terurut Topik Suara Rakyat


Seremban 25 Mac 2013 – Kereta Pesuruhjaya PAS Negeri
Sembilan YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani yang juga merupakan ADUN Paroi telah
disabotaj semasa program ceramah umum Pakatan Rakyat di DUN Paroi dalam
Parlimen Rembau yang diadakan di Taman Seri Pagi , Senawang pada hari Ahad 24 
Mac
2013.
 
Dengan tidak membuat tuduhan kepada mana-mana pihak, YB Taufek
berharap penyokong Pakatan Rakyat dapat bersabar dan berdoa agar mereka yang
melakukan kerja sabotaj terdapat keretanya diberi petunjuk dan hidayat.
 
Berikut apa yang ditulis oleh YB Taufek dalam facebooknya 
(www.facebook.com/hjtaufek) : “AlhamduliLlah...itulah
ucapan hati, bila tengok kereta diguris dengan besi oleh pihak yang tak
bertanggungjawap. Semalam ceramah di Taman Seri Pagi mendapat sambutan yang
baik dari masyarakat setempat. Saya doakan anak-anak muda yang terlibat
mendapat petunjuk dari Allah supaya terbuka hati untuk dengar penjelasan
kedua-dua pihak dan buat penilaian demi masa depan agama, bangsa dan negara”.
 
Menurut Sdr Hassan Tamby yang merupakan Setiausaha Badan
Perhubungan PAS Negeri Sembilan , Dewan Undangan Negeri Sembilan akan terbubar
dengan sendirinya pada 26 Mac 2013. Ini bermakna mulai esok semua wakil rakyat
di Negeri Sembilan tidak akan lagi menerima elaun (gaji) sebagai wakil rakyat.
 
Sdr Hassan turut berkata kepada mereka yang ingin menyumbang
khususnya kepada ahli PAS untuk kelangsungan aktiviti Pusat Khidmat PAS DUN
Paroi atau untuk menyumbang untuk membaiki kerosakan kereta YB Taufek yang
disabotaj bolehlah disalurkan ke ke akaun Bank Islam Msia Bhd (BIMB), Nama akaun
: PAS Dun Paroi , No akaun : 05012010063902.
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942
 
Gambar kereta Hj Taufek yang disabotaj di 
http://pasns.blogspot.com/2013/03/kereta-adun-paroi-pesuruhjaya-pas.html 

[Islah-Net] PAS DUN Kota santuni warga emas

2013-03-24 Terurut Topik Suara Rakyat


Rembau – Dalam usaha untuk memahami
permasalahan di DUN Kota, PAS DUN Kota telah turun padang untuk menemui warga
emas yang ramai terdapat di kawasan ini. Lawatan yang diketuai oleh Hj Ghazali
Mohd Shom selaku Penyelaras PAS DUN Kota turut disertai oleh sukarelawan doktor
untuk melakukan pemeriksaan asas.
 
Sambutan terhadap lawatan Santuni Warga
Emas DUN Kota tersebut telah mendapat sokongan yang menggalakkan dari penduduk
setempat.
 
Sehubungan dengan itu Sdr Izamri Med selaku
Pengarah DUN Kota menyeru kepada mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan
Program Santuni Warga Emas ini boleh menghubuni beliau 013-2124086
 
Gambar sekitar Program Santuni Warga Emas
DUN Kota di 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/03/pas-dun-kota-santuni-warga-emas_25.html
 

[Islah-Net] PAS DUN Kota komited pulihara tempat bersejarah di Rembau

2013-03-24 Terurut Topik Suara Rakyat


Makam bersejarah perlu dipelihara
sebagai warisan agama dan bangsa
24 Mac 2013 

Kota – PAS DUN Kota dengan kerjasama
Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau hari ini telah mengadakan
gotong royong di makam Dato Lela Balang di Kg Kota Lama. Program
gotong royong tersebut yang diketuai oleh Hj Ghazali Mohd Shom selaku
Penyelaras PAS DUN Kota adalah sebahagian dari projek pemuliharaan
tempat-tempat yang bersejarah di Rembau.

Dato Lela Balang menurut Hj Ghazali
adalah merupakan pembesar dari Sumatera yang telah berkahwin dengan
anak Tok Batin Sekudai dari suku Jakun yang merupakan peneroka awal
di Negeri Sembilan iaitu Dato Bungkal binti Tok Batin Sekudai. Hasil
perkahwinan antara Dato Lela Balang dan Dato Bungkal ini lahirlah
seorang putera yang diberi nama Dato Seri Rama yang dilantik menjadi
Undang Rembau yang pertama pada tahun 1540 masihi.

Menurut Hj Ghazali, makam Dato Lela
Balang yang telah lama terbiar ini dan hampir dilupakan oleh generasi
kini perlu dipulihara dan dijadikan sebagai tempat warisan
bersejarah. 

Ianya bukan hanya dapat menjadi tempat
tarikan pelancong yang boleh menjana ekonomi setempat malahan ianya
dapat membangkitkan semangat juang yang tinggi generasi kini apabila
mereka dapat belajar dari sejarah bagaimana pelbagai suku kaum
masyarakat di Negeri Sembilan ini sejak dari dulu dapat hidup dalam
suasana permuafakatan berlandaskan syariat Islam bak kata pepatah
“Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan syarak. Syarak mengata,
adat menurut”.

Menurut Hj Ghazali lagi, generasi kini
tidak menyedari banyak fakta sejarah , antaranya betapa pentingnya
peranan yang dimainkan oleh masyarakat di Rembau yang terdiri dari
orang asli suku Jakun dan kaum pendatang dari Sumatera pada zaman
kejatuhan kerajaan Islam Melaka untuk menghalau penjajah Portugis
pada ketika itu dari bumi Tanah Melayu dan Nusantara.

Andainya generasi kini belajar dari
sejarah silam, pasti mereka akan menghargai para pejuang terdahulu
dan memelihara tempat-tempat bersejarah di daerah ini. 

Hj Ghazali juga menegaskan sekiranya
Pakatan Rakyat menang dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti, PAS DUN
Kota akan mengusulkan beberapa cadangan dan kertas kerja berkaitan
Adat Perpatih dan tempat bersejarah bukan sahaja di Rembau malahan di
seluruh Negeri Sembilan agar ianya akan dapat memberi manafaat kepada
semua pihak, baik dari sudut keagamaan, kebudayaan serta ekonomi. 

Selepas gotong royong tersebut satu
majlis tahlil telah diadakan di makam Dato Bungkal yang dipimpin oleh
Hj Ghazali sendiri.

Turut hadir dalam majlis gotong royong
tersebut ialah penduduk setempat serta ahli PAS dan PKR di DUN Kota
antaranya Izamri bin Med yang merupakan Pengarah Pilihanraya PAS DUN
Kota dan Rozmal bin Malakan selaku Pengarah 2 Sekretariat Pakatan
Rakyat Parlimen Rembau yang juga merupakan anak kelahiran Kg Kota
Lama dan merupakan generasi turun temurun Dato Lela Balang dan Dato
Bungkal dari suku Biduanda Lela Maharaja.

Lagi gambar sekitar gotong royong
tersebut di 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/03/makam-bersejarah-perlu-dipelihara.html