[Islah-Net] Sekadar laporan ringkas Seminar Agama di MBSA 29 Jun

2008-07-04 Terurut Topik puan hidayah
Salam, 
Saya sertakan sedikit laporan berkaitan Seminar Agama anjuran bersama PGSM, JIM 
Petaling dan MBSA pada 29 Jun 2008. 
_

SEMINAR CABARAN SAUDARA BARU DAN MENGENALI AGAMA DUNIA

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana dengan pertolongan daripadaNya , 
Seminar kita ini telah dapat diadakan dengan jayanya pada hari Ahad lepas 
dibangunan MBSA pada 29 Jun 2008. Program ini adalah anjuran bersama Persatuan 
Peguam Syarie Malaysia (PGSM), JIM Daerah Petaling dan juga MBSA.

Seminar ini ia telah mendapat sambutan baik daripada masyarakat umum di sekitar 
lembah klang dan juga sebilangan pelajar-pelajar universiti . Jumlah kehadiran 
yang dijangka adalah seramai 120-130 orang, Alh
amdulillah, kehadiran peserta pada hari tersebut berjumlah hampir 150 orang .


Ustaz Ridhuan Tee sedang menyampaikan ceramahnya bertajuk Cabran Berdakwah 
Terhadap Bukan Islam... semua orang mendengar dengan penuh kusyuk..

Presiden PGSM antara penyoal soalan kepada Ustaz Ridhuan Tee... 3 soalan sekali 
gus...

Program ini dirasmikan oleh Tuan Hj Zaid Kamarudin, Presiden JIM di hadapan 
Tuan Haji Zainul Rijal Abu bakar, Presiden PGSM, En Yazid Daud wakil MBSA dan 
juga Puan Nurhidayah Hashim selaku Pengarah 1 Seminar. 
Hj Zaid Presiden JIM sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Dari kiri adalah En Yazid- wakil MBSA, Tn Hj Zainul -Presiden PGSM, Tn Hj Zaid 
-Presiden JIM dan Puan Nurhidayah- Pengarah Program/Exco PGSM


Secara umumnya, seminar ini mendapat maklum balas yang sangat baik di mana 
ramai yang menyokong dan mencadangkan agar program sebegini sebagai lanjutan 
dapat diadakan lagi pada masa hadapan. Ramai memberi respon bahawa seminar 
sehari ini dirasakan begitu singkat untuk membicarakan cabaran saudara barudan 
tidak memadai dengan satu seminar sahaja. Peserta juga memberi respon positif 
terhadap penceramah yang dijemput. Semua pembentang kertas kerja telah 
menjayakan seminar ini dan menepati objektif seminar. Tuan Haji Ridduan Tee, 
Ustaz Fitri Abdullah, Haji Nicholas dan Tuan Haji Abd Waleed telah berjaya 
memberikan penjelasan yang baik dan jelas kepada peserta.

Ustaz Firti sedang menyampaikan ceramah mengenai agama Hindu.
Jawatankuasa telah merakam kesemua ceramah yang ada dan dijangka dapat 
dikeluarkan CD berkaitan seminar ini tidak berapa lama lagi. Ramai juga yang 
telah memberi maklum balas membuat tempahan CD yang akan dikeluarkan nanti. 
En Musa Awang Setiausaha PGSM menerima cenderahati sebagai moderator dari Hj 
Isa (Pengarah Bersama)
Program ini berlangsung dengan baik dengan izin Allah. Pihak PGSM dan JIM 
Petaling serta MBSA wajar bergabung lebih rapat demi kesejahateraan dan 
perancangan program di masa akan datang. Pihak penganjur merakamkan setinggi 
penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan dan telah memberikan 
kerjasama sehingga Seminar ini berjaya diadakan.

Puan Nurhidayah Hashim
Pengarah Program
Bagi pihak PGSM dan juga JIM 
___- 
Sila layari :
http://peguamsyarie.blogspot.com/
http://jualbukuonline.blogspot.com/


  

[Islah-Net] (unknown)

2008-07-03 Terurut Topik puan hidayah
BUKU ISU-ISU SYARIAH DI MALAYSIA

Alhamdulillah, buku ISU-ISU Syariah DI MALAYSIA Siri 1 berjaya diterbitkan. 
Buku ini adalah hasil koleksi tulisan Saudara Presiden Hj Zainul dan Puan 
Nurhidayah Hashim yang telah disiarkan dalam Berita Harian sepanjang tahun 2005 
sehingga 2007. 
Buku ini berjaya diterbitkan pada 14 Jun yang lepas oleh pihak UPENA (Pusat 
Penerbitan UiTM) dan majlis jualan pertamanya adalah semasa Konvensyen Peguam 
Syarie pada 14 Jun 2008.



Muka depan buku



 Muka belakang buku

 Sebahagian isi kandungan buku
Buku ini dipasarkan oleh pihak UPENA dengan harga RM46.00 dengan 215 mukasurat. 
Isi kandungan buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu, Isu-isu 
melibatkan Perkahwinan dan Perceraian, Isu-isu Kehakiman dan Mahkamah Syariah 
dan bahagian tiga berkenaan isu-isu umum yang melibatkan Syariah di negara 
kita. 
Antaranya adalah mengenai kes Lina Joy, Nyonya Tahir, Rayappan, Isteri didera, 
pusaka, harta sepencarian, gangguan seksual, mahkamah syariah menangguh kes dan 
sebagainya.
Sepanjang bulan Julai ini dan dengan tujuan promosi, bagi sesiapa yang berminat 
boleh mendapatkannya di Sekretariat PGSM di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala 
Lumpur dengan harga RM 37.00 sahaja. Sebahagian keuntungan jualan akan 
disalurkan kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Jika ada yang berminat mendapatkannya, sila ke Sekretariat PGSM atau 
hubungi saya= Puan Nurhidayah di 013-3606369
Sebarang penghantaran pos akan dikenakan tambahan RM3.00 
Regards
Puan Hidayah


  

[Islah-Net] Surat Bantahan Bukan Islam Guna Nama Allah

2008-01-02 Terurut Topik puan hidayah
Disertakan untuk perhatian semua...

Surat Terbuka Kepada Perdana Menteri Malaysia daripada Persatuan Peguam Syarie 
Malaysia (PGSM) Membantah Penggunaan Perkataan Allah oleh Penganut Bukan Islam
__


Tarikh: 2 Januari 2008

Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
PUTRAJAYA

Assalamualaikum wrmth wbrkth

YAB Datuk Seri ,

BANTAHAN PENGGUNAAN PERKATAAN “ALLAH” OLEH PENGANUT AGAMA BUKAN ISLAM.

Kami menarik perhatian YAB terhadap perkara di atas, laporan akhbar dalam The 
Star bertarikh 31 Disember 2007 dan Permohonan Bagi Semakan Kehakiman No 
R2-25-407-07 yang difailkan oleh Jerry W.A. Dusing @ Jerry W. Patel  Sidang 
Injil Borneo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Dewan Undangan 
Negeri dan Parlimen (bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan) boleh membuat 
undang-undang bagi menghalang penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang 
Islam. Berikutan itu kesemua negeri-negeri di Malaysia kecuali Wilayah 
Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak telahpun menggubal dan meluluskan 
undang-undang berkenaan. YAB sendiri telah menggesa keempat-empat negeri 
tersebut di atas berbuat sedemikian dan ianya telahpun dipersetujui oleh 
negeri-negeri berkenaan. Namun perkara tersebut masih lagi belum menjadi 
realiti . Tiada penjelasan langsung tentang kelewatan ini.

Bagi negeri-negeri yang telahpun mempunyai undang-undang tersebut, telah 
diperuntukkan adalah menjadi suatu kesalahan menggunakan istilah-istilah 
tertentu (termasuk menggunakan perkataan ‘Allah’) bagi kegunaan agama selain 
agama Islam.

Walaupun dari sudut penggunaan Bahasa Arab perkataan Allah itu merujuk kepada 
Yang Maha Pencipta, tetapi apabila ia disekutukan dengan perkara-perkara 
syirik, umat Islam di Malaysia tidak dapat menerimanya. Apatah lagi, umat 
Melayu/Islam sudahpun berada dalam keadaan keliru tentang agama mereka atas 
pelbagai faktor, dan sekiranya perkara ini dibenarkan maka umat Melayu/Islam 
akan bertambah-tambah keliru.

Perkataan “Allah” adalah berasal dari bahasa Arab. Sekiranya pihak Gereja ingin 
mengajar kanak-kanak Kristian yang berbahasa Malaysia, kenapa mereka tidak 
menggunakan perkataan Bahasa Malaysia iaitu Tuhan. Kenapakah untuk istilah ini 
diambil dalam Bahasa Arab. Sedangkan di Malaysia perkataan itu telah sebati 
bermaksud Allah azzajawalla. Lebih dahsyat lagi beberapa perkataan lain juga 
seperti “Baitullah”, “Kaabah” dan “Solat” juga hendak digunakan bagi merujuk 
kepada agama Kristian.

Jelaslah maksud yang tersirat disebalik permohonan mereka ini adalah untuk 
mengelirukan umat Islam yang telah lama menjadi sasaran Kristianisasi selama 
ini. Situasi di Indonesia adalah contoh terbaik bagaimana umat Islam begitu 
mudah di Kristiankan kerana segala perkataan yang berunsur Islam itu telah 
diserapkan ke dalam agama Kristian.

PGSM juga ingin merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keputusan Kerajaan 
memperbaharui permit Herald –The Catholic Weekly dalam seksyen Bahasa Malaysia. 
Sekiranya tujuannya untuk menyebarkan agama Kristian kepada orang bukan Islam 
kenapakah tidak hanya dibenarkan dibuat di dalam bahasa ibunda masing-masing. 
Ini adalah kerana mengikut Perlembagaan orang Melayu adalah orang Islam.

PGSM menuntut agar Kerajaan bertegas melarang sebarang bentuk percubaan 
menggugat aqidah orang Islam di Malaysia dan mempertahankan kedaulatan Islam. 
Islam adalah jatidiri orang Melayu dan sama sekali tidak boleh diasingkan dari 
kehidupan harian.

Oleh yang demikian sebarang keputusan hendaklah juga mengambil kira kedudukan 
undang-undang, sensitiviti masyarakat arus perdana Islam dan juga apa yang 
telah sekian lama diamalkan.


Sekian. Wassalam.

“MELETAKKAN HAK KEPADA YANG BERHAK”

Yang benar,


Haji Zainul Rijal Abu Bakar, AMN
Presiden
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)


  

Never miss a thing.  Make Yahoo your home page. 
http://www.yahoo.com/r/hs

[Islah-Net] Penghakiman kes Saravanan di Mahkamah Putrajaya

2007-12-27 Terurut Topik puan hidayah
Salam, sekali lagi saya hantar message ini...

Secara kasar untuk pengetahuan orang awam, keputusan 2 orang dari 3 hakim 
menolak permohonan isteri. Bila menolak tuntutan isteri maksudnya boleh 
dikatakan menang pada suami.  Hakim Nik Hashim kata, Mahkamah Syariah punya hak 
dan keputusan tidak boleh dikacau oleh Mahkamah Sivil tapi masa yang sama dia 
menyebut mahkamh sivil yang ada bidgkuasa untuk isytiharkan cerai kerana 
asalnya kahwin secara non muslim dan berdaftar di bawah Law Reform Act..

COnfusing siket verdictnya.. tapi esok saya ada meeting dengan loyers Subahsini 
dan PGSM.. incase ada info lain dari Presiden PGSM, saya akan maklumkan, 
mudah2an ahli JIM akan concern kerana ia melibatkan kemungkinan masa depan 
menjayakan Syariah di Malaysia..

Puan Hidayah


- Original Message 
From: puan hidayah [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED]; Islah-Net islah-net@yahoogroups.com; jim salam [EMAIL 
PROTECTED]
Sent: Thursday, December 27, 2007 8:12:48 PM
Subject: [Islah-Net] Penghakiman kes Saravanan di Mahkamah Putrajaya

Alhamdulillah, Keputusan Mahkamah Persekutuan memihak kepada suami yang memeluk 
Islam. Terima kasih kepada semua yang telah mengirim doa dan bersama2 hadir ke 
Putrajaya memberi sokongan...

Dipetik dari AFP
 _

Malaysia's highest court rejects plea to block divorce case from going to 
Islamic court

By EILEEN NG, Associated Press Writer AP - Thursday, December 27

PUTRAJAYA, Malaysia - Malaysia's highest court Thursday rejected on 
technicality a Hindu woman's plea to stop her Muslim-convert husband from 
divorcing her in an Islamic court, and upheld the man's right to change their 
son's religion to Islam. 

The Federal Court's verdict was on a petition by Subashini Rajasingam, a 
29-year-old ethnic Indian Hindu, who also wants the divorce but says it should 
be decided in a civil court.
However, in a confusing verbal ruling, the Federal Court failed to clarify the 
status of Malaysia's minorities, such as Subashini, in marital disputes where 
the spouse is a Muslim. Civil rights groups have voiced fears that minority 
rights have become subordinate to Islamic jurisprudence in this predominantly 
Muslim nation, thanks to a series of rulings that have gone in favor of Muslim 
spouses.

The Federal Court said that as a principle, marital disputes involving a 
converted Muslim spouse and a non-Muslim partner should only be decided in a 
civil court and not in the Islamic Shariah Court. But at the same time, the 
court said Subashini's husband has the right to approach the Shariah court to 
seek redress.

Civil courts continue to have jurisdiction, notwithstanding his conversion to 
Islam ... A non-Muslim marriage continues to exist until the (civil court) 
dissolves it, said Nik Hashim Nik Abdul Rahman, the presiding judge of the 
three-member panel. But then he then added that civil courts and Islamic courts 
have equal status in Malaysia.

Defense lawyers were taken aback by the seemingly contradictory ruling, and 
said the picture can become clearer only after reading the full written 
verdict, which will be released later.

There is a small measure of comfort in that they say civil courts have 
jurisdiction and that the husband cannot escape his obligations with his 
conversion, said Subashini's lawyer, K. Shanmuga.

But on the other hand they also said that he can go to the Shariah court, and 
they said the civil court and Shariah courts have equal standing. This has 
created some confusion. We don't know what impact this will have, he said.

Subashini's petition was rejected on the ground that she had filed it within 
three months of her husband's conversion. Her lawyers said she will refile the 
petition in the High Court to meet the legal requirement that it be filed three 
months after the conversion.

Subashini married Saravanan Thangathoray, also an ethnic Indian, in a Hindu 
wedding in 2002. The couple have two sons, Dharvin and Sharvind, now aged 4 and 
2.

Saravanan told his wife in 2006 that he had converted to Islam. Subashini 
attempted suicide and was hospitalized. When she returned home, Saravanan had 
left with Dharvin, whom he claims has also converted to Islam.

Saravanan, by then known as Muhammad Shafi Saravanan Abdullah, filed for 
divorce and custody rights over the children in a Shariah court in May 2006, 
and the right to convert Sharvind.

This right was upheld Thursday by the Federal Court, which Shanmuga said is a 
huge blow to Subashini.

Most worrying is that they are saying that either parent can convert the 
child. The net effect of the ruling is that it's a loss for her, he said.

Muslims, who are 60 percent of Malaysia's population, are governed by Islamic 
courts while non-Muslims go to civil courts to settle family, marriage and 
other personal disputes. But the law is vague on which court has the authority 
to deal with disputes between Muslims and non-Muslims, especially within a 
family.

Civil courts have generally

[Islah-Net] Penghakiman kes Saravanan di Mahkamah Putrajaya

2007-12-27 Terurut Topik puan hidayah
Alhamdulillah, Keputusan Mahkamah Persekutuan memihak kepada suami yang memeluk 
Islam. Terima kasih kepada semua yang telah mengirim doa dan bersama2 hadir ke 
Putrajaya memberi sokongan...

Dipetik dari AFP
_

Malaysia's highest court rejects plea to block divorce case from going to 
Islamic court

By EILEEN NG, Associated Press Writer AP - Thursday, December 27

PUTRAJAYA, Malaysia - Malaysia's highest court Thursday rejected on 
technicality a Hindu woman's plea to stop her Muslim-convert husband from 
divorcing her in an Islamic court, and upheld the man's right to change their 
son's religion to Islam. 

The Federal Court's verdict was on a petition by Subashini Rajasingam, a 
29-year-old ethnic Indian Hindu, who also wants the divorce but says it should 
be decided in a civil court.
However, in a confusing verbal ruling, the Federal Court failed to clarify the 
status of Malaysia's minorities, such as Subashini, in marital disputes where 
the spouse is a Muslim. Civil rights groups have voiced fears that minority 
rights have become subordinate to Islamic jurisprudence in this predominantly 
Muslim nation, thanks to a series of rulings that have gone in favor of Muslim 
spouses.

The Federal Court said that as a principle, marital disputes involving a 
converted Muslim spouse and a non-Muslim partner should only be decided in a 
civil court and not in the Islamic Shariah Court. But at the same time, the 
court said Subashini's husband has the right to approach the Shariah court to 
seek redress.

Civil courts continue to have jurisdiction, notwithstanding his conversion to 
Islam ... A non-Muslim marriage continues to exist until the (civil court) 
dissolves it, said Nik Hashim Nik Abdul Rahman, the presiding judge of the 
three-member panel. But then he then added that civil courts and Islamic courts 
have equal status in Malaysia.

Defense lawyers were taken aback by the seemingly contradictory ruling, and 
said the picture can become clearer only after reading the full written 
verdict, which will be released later.

There is a small measure of comfort in that they say civil courts have 
jurisdiction and that the husband cannot escape his obligations with his 
conversion, said Subashini's lawyer, K. Shanmuga.

But on the other hand they also said that he can go to the Shariah court, and 
they said the civil court and Shariah courts have equal standing. This has 
created some confusion. We don't know what impact this will have, he said.

Subashini's petition was rejected on the ground that she had filed it within 
three months of her husband's conversion. Her lawyers said she will refile the 
petition in the High Court to meet the legal requirement that it be filed three 
months after the conversion.

Subashini married Saravanan Thangathoray, also an ethnic Indian, in a Hindu 
wedding in 2002. The couple have two sons, Dharvin and Sharvind, now aged 4 and 
2.

Saravanan told his wife in 2006 that he had converted to Islam. Subashini 
attempted suicide and was hospitalized. When she returned home, Saravanan had 
left with Dharvin, whom he claims has also converted to Islam.

Saravanan, by then known as Muhammad Shafi Saravanan Abdullah, filed for 
divorce and custody rights over the children in a Shariah court in May 2006, 
and the right to convert Sharvind.

This right was upheld Thursday by the Federal Court, which Shanmuga said is a 
huge blow to Subashini.

Most worrying is that they are saying that either parent can convert the 
child. The net effect of the ruling is that it's a loss for her, he said.

Muslims, who are 60 percent of Malaysia's population, are governed by Islamic 
courts while non-Muslims go to civil courts to settle family, marriage and 
other personal disputes. But the law is vague on which court has the authority 
to deal with disputes between Muslims and non-Muslims, especially within a 
family.

Civil courts have generally steered clear of taking a position in such cases, 
allowing Shariah courts to take the lead. This has raised questions about 
freedom of religion guaranteed by the Constitution, and strained racial 
relations in this multiethnic country, which has enjoyed largely peaceful race 
relations for nearly four decades.



- Original Message 
From: puan hidayah [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED]; Islah-Net islah-net@yahoogroups.com; jim salam [EMAIL 
PROTECTED]
Sent: Wednesday, December 26, 2007 2:57:23 PM
Subject: [NaqibNet-Operasi] Penghakiman kes Saravanan di Mahkamah Putrajaya esok

Salam.. 
Dimaklumkan esok adalah hari penghakiman kes Subahsini v Saravanan.. jika ada 
ahli JIM yang free sila hadir memberi sokongan kepada pihak Suami yang memeluk 
ISlam...



Puan Hidayah PGSM
 _ __



Pengumuman


Keputusan ke Subahsini v Saravanan di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya telah 
ditetapkan pada 27hb Disember 2007. 
Jika ada yang berminat untuk hadir, dipersilakan. ..
 - ---
Kes ini melibatkan

[Islah-Net] Undang-undang Keluarga_up PAKSI JIM

2007-12-12 Terurut Topik puan hidayah
Salam,
Saya sertakan di bawah ini 2 artikel yang mungkin bermanfaat kepada semua 
terutama bagi AJK PAKSI dalam memberi jawapan kepada client yang menghadapi 
masalah yang hampir sama..Artikel ini dah disiarkan dalam Berita Harian 12 Dis 
dan 13 Dis.

TQ
Ust Hdyh
_

Hak Muslim: 
Guna kaedah taklik, fasakh jika ditinggal suami
Oleh: Nurhidayah Muhd Hashim


Soalan

SAYA adalah mangsa poligami di mana suami berkahwin dengan wanita lain 
kira-kira empat tahun lalu di sempadan Thailand. Selepas berkahwin lain, beliau 
keluar daripada rumah tinggalkan saya dan anak tanpa sebarang nafkah. Saya 
benar-benar kecewa dengan nasib saya. Saya ingin bercerai tetapi apabila ke 
Mahkamah Syariah, saya diminta memberitahu alamat suami. Disebabkan tidak tahu 
alamat suami, mahkamah menangguhkan kes saya. Mahkamah sepatutnya perlu 
mengasihani orang seperti saya dan meneruskan kes walaupun suami tidak hadir 
kerana saya memang tidak tahu di mana suami berada, tetapi saya pasti dia 
berada dengan isteri barunya. Apa yang perlu saya lakukan sekarang?

Isteri mangsa poligami
Selangor


Jawapan


Kami bersimpati terhadap masalah yang puan hadapi. Semoga puan tabah selalu. 
Suami puan sudah melakukan dosa dengan mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah 
kepada puan dan anak. Beliau melaksanakan poligami tetapi dengan jelas gagal 
berlaku adil. Puan sebenarnya bukan mangsa poligami tetapi mangsa perlakuan 
suami yang tidak bertanggungjawab. Poligami tidak salah, yang salah adalah 
perlakuan orang yang mengamalkannya tanpa mengikut cara dikehendaki Islam. 
Orang sebegini sebenarnya memberi nama buruk kepada agama dan balasan azab di 
akhirat sudah pasti menantinya kerana tanggungjawab adalah perkara besar yang 
akan ditanya di akhirat kelak.

Tindakan suami meninggalkan puan lebih daripada empat tahun tanpa nafkah adalah 
tempoh masa yang lama. Puan sememangnya berhak untuk keluar daripada ikatan 
rumah tangga dengan menggunakan kaedah cerai taklik atas alasan suami gagal 
memberi nafkah dan meninggalkan isteri lebih daripada tempoh empat bulan.


Puan juga boleh menggunakan kaedah fasakh menggunakan alasan pengabaian nafkah 
dan juga ditinggalkan dalam tempoh yang lama. Dalam soalan puan, puan sudah 
membawa kes tuntutan cerai di mahkamah, kemungkinan menggunakan salah satu 
daripada kaedah di atas.

Jika membawa kes ke mahkamah, ia bermaksud kita ingin mencari keadilan menurut 
apa yang diputuskan wajar oleh Hakim Syarie yang mendengar kes kita. Memfailkan 
kes di mahkamah mesti mengikut cara ditetapkan undang-undang atau dipanggil 
tatacara kes di mahkamah. Semua tatacara ini diperuntukkan dalam Enakmen 
Tatacara Mal yang diwartakan dan mesti dipatuhi. Oleh itu, kurang tepat jika 
kita beranggapan hakim patut tahu dan menolong kita kerana hakim hanya 
berpandukan apa yang puan bawa di hadapannya.

Berdasarkan prinsip keadilan, pihak yang menuntut perlu membawa keterangan 
supaya jelas apa yang dituntutnya. Kerana itu, puan perlu menyediakan diri 
dengan maklumat lengkap seperti tarikh berkahwin, sejak bila tidak mendapat 
nafkah, tarikh suami meninggalkan puan, siapa yang mengetahui suami 
meninggalkan puan, siapa saksi yang boleh menyokong tuntutan puan dan 
sebagainya.


Apabila puan memfailkan tuntutan cerai atau dipanggil kes mal, puan mesti 
memulakan dengan saman dan penyata tuntutan. Puan perlu menyatakan dalam 
penyata tuntutan bahawa puan sudah berkahwin dengan suami, mempunyai berapa 
orang anak, suami meninggalkan lebih empat tahun tanpa nafkah mulai bila dan 
apa-apa perkara perlu dinyatakan secara bertulis. Saman dan penyata tuntutan 
itu pula mesti disampaikan kepada suami.

Oleh itu, sebahagian daripada tugasan puan adalah mengetahui alamat di mana 
suami tinggal untuk tujuan penyerahan saman serta penyata tuntutan tadi. 
Disebabkan itu, kami menasihatkan wanita supaya mengetahui alamat tempat kerja 
suami, alamat kampung suami atau alamat lain di mana suami boleh dihubungi.

Selepas suami menerimanya, dia diberi hak untuk menjawab atau membela tuntutan 
yang puan failkan terhadapnya. Tujuannya adalah memberi ruang kepada mahkamah 
untuk mendengar daripada kedua-dua belah pihak sebelum keputusan adil dapat 
diputuskan. Daripada segi undang-undang, saman perlu disampaikan secara kediri 
iaitu dengan menyerahkan saman bermaterai kepada suami puan sebagai defendan 
dalam kes ini.

Defendan hendaklah menandatangani saman itu sebagai akuan penerimaan. Jika 
defendan enggan menerima saman itu, ia boleh ditinggalkan berhampirannya dan 
perhatiannya diarahkan kepada saman itu. Dalam kes ini, puan tidak tahu 
langsung di mana suami berada. Kemungkinan mahkamah menangguhkan kes kerana 
saman dan penyata tuntutan tidak dapat disampaikan kepada suami.

Puan sepatutnya memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan suatu perintah yang 
dinamakan perintah penyampaian ganti di mana saman itu disampaikan dengan cara 
menampalkan suatu salinannya di papan kenyataan mahkamah dan di tempat yang 
mudah dilihat di alamat 

[Islah-Net] Artikel PGSM Mengenai Kes kehilangan Anak

2007-09-26 Terurut Topik puan hidayah
Salam, 
  Jika ada yang berminat, disertakan artikel Persatuan Peguam Syarie Malaysia 
(PGSM) mengenai isu kes kehilangan anak, dan kecuaian ibu bapa, disiarkan hari 
ini dalam Berita Harian.
   
  
 
  Peguam Syarie Menulis: Tanggungjawab masyarakat melindungi kanak-kanak
  Oleh Zainul Rijal Abu Bakar dan Nurhidayah Muhd Hashim
[EMAIL PROTECTED]
  NEGARA kita masih terkejut dengan kisah kehilangan dan akhirnya penemuan 
Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Semua 
pihak mengutuk perbuatan pelaku yang kejam dan bersifat kebinatangan. Betapa 
tidak berperikemanusiaan penjenayah yang sanggup melakukan jenayah itu. 

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan banyak kisah kehilangan kanak-kanak. Ada 
yang ditemui dengan selamat seperti kisah Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau 
Yin, dan ada yang sebaliknya. 

Perkembangan ini sangat memilukan dan menyentak perasaan mereka yang prihatin. 
Apakah sebenarnya terjadi dalam masyarakat kita? Apakah keselamatan kanak-kanak 
untuk menjalani hidup secara bebas dan ceria menjadi satu perkara yang tidak 
ada jaminan? 
   
  Mungkin ramai kalangan kita masih mengingati beberapa nama dan wajah 
kanak-kanak yang memenuhi akhbar atas kisah yang sama, hilang dari rumah, 
diculik dalam perjalanan ke sekolah, tempat mengaji, taman permainan, dirogol, 
dicederakan dan dibunuh seperti Haserawati Saridi, Nurul Huda Ghani, Norshuhada 
Burak, Nor Shawani Dahlan, Siti Nadirah Budah dan Nor Syakila Ramli Abdullah 
Choo. 

Laporan polis menunjukkan antara Januari hingga April lalu, seramai 303 
kanak-kanak dilaporkan hilang di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 176 
saja yang ditemui kembali. Sepanjang 2006, jumlah kanak-kanak hilang yang 
dilaporkan ialah 1485 dan 900 berjaya ditemui kembali. Bagaimanakah nasib anak 
yang tidak diketahui nasibnya itu? 

Anak adalah kurniaan Allah yang sangat besar bagi setiap pasangan. Sifat 
kanak-kanak adalah rapuh, senang percayakan orang, tidak boleh mengurus dan 
menyelamatkan diri apabila berdepan dengan bahaya. 
   
  Mereka perlu dilindungi daripada segala bentuk kekerasan, penderaan dan 
keganasan. Kanak-kanak hari ini adalah modal insan negara masa depan. 
Masyarakat perlu memainkan peranan, bersikap lebih prihatin, mengambil tahu dan 
sama-sama menolong menjaga kanak-kanak walaupun mereka bukan anak atau keluarga 
kita. 

Jika kita dapat bayangkan kembali kisah Yin yang hilang dari pasar raya di 
Kuala Lumpur baru-baru ini, kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan beliau 
berjalan sendirian di luar bangunan pasar raya sambil menangis dan ada beberapa 
lelaki serta perempuan berjalan di tepi beliau. 

Kenapa tidak ada yang peduli dan bertanya kanak-kanak itu kenapa, siapa dan 
bagaimana boleh berada di situ dan seterusnya menyerahkannya kepada pengawal 
pasar raya? Mungkinkah perkara yang hampir sama berlaku kepada kanak-kanak 
lain? 

Cuba kita renungkan tahap ambil peduli dan ambil berat masyarakat kita. Kita 
mendesak semua ahli masyarakat sama-sama berubah dan mengamalkan sikap ambil 
tahu, ambil peduli dan prihatin, terutama dalam isu membabitkan kebajikan 
kanak-kanak. 

Selepas perkembangan kes Nurin, pihak polis menubuhkan unit baru dikenali 
Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak. Unit itu bertanggungjawab 
menangani kes kanak-kanak dan keganasan rumah tangga yang diperluaskan untuk 
mencari mereka yang hilang. 

Kita juga menyarankan supaya pihak polis memperluaskan usaha dengan menggunakan 
khidmat anjing pengesan untuk mengesan anak yang diculik seperti mengesan 
penjenayah melalui bau badan. Kanak-kanak yang hilang dan diculik, dalam masa 
sangat singkat akan terdedah kepada pukulan, deraan fizikal dan seksual. Mereka 
perlu diselamatkan dengan kadar segera, dengan apa cara terdaya. 

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula mencadangkan 
pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak diwajibkan memakai tanda atau 
gelang tangan khas selepas dibebaskan. Ini bertujuan supaya masyarakat 
mengenalinya dan dapat mengambil sikap berhati-hati. 

Masyarakat juga mendesak penguatkuasaan undang-undang lebih keras dalam 
memastikan hukuman setimpal dijatuhkan terhadap perogol dan pembunuh kejam. 
Reaksi orang ramai terhadap soal selidik sebuah stesen televisyen menunjukkan 
mereka menyokong perogol dan pembunuh ini dikenakan hukuman lebih keras. Sekali 
gus, ini memberi pengajaran kepada pelaku salah yang lain. 

Sudah sampai masanya hukuman lebih berat dipinda dan dikenakan kepada pelaku 
jenayah itu apabila disabitkan. Pada masa sama, ibu bapa digesa memantau dan 
mengambil berat semua aktiviti anak. Berilah sepenuh perhatian kepada anak, 
terutama kanak-kanak dan remaja perempuan. 

Akhbar juga menyiarkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, sama 
ada ibu bapa Nurin boleh didakwa atas kecuaian menjaga kebajikan anak. Istilah 
cuai memberi maksud yang besar dan perlu dibuktikan terlebih dulu. 

Kecuaian ibu bapa sebenarnya memang termaktub dalam peruntukan