TIADA KEJAYAAN TANPA KERJA http://www.mydesquera.com <http://www.mydesquera.com>
Untuk mencapai matlamat yang diingin, menghendaki kita bekerja...mengerjakan apa yang didepan mata, bukan berfantasi tentang masa depan yang belum pasti.Walaupun matlamat kita adalah mengenai masa depan yang lebih baik tetapi ia belum lagi wujud. Apa yang boleh kita lakukan ialah dengan mempercayai kita akan memperolehinya kelak. Tetapi apa yang kita hadapi hari ini dan mengerjakan apa yang patut dikerjakan hari ini adalah untuk masa depan. Masa depan yang cemerlang dan penuh kejayaan perlu diusahakan sekarang. Jika kita hanya berfantasi tentang masa depan, tentu kita hanya kaya dengan angan-angan sahaja. Falsafah, pandangan, prinsip, petua, rahsia serta teknik tidak akan boleh dijayakan tanpa kerja. Walaupun bermotivasi dan berpengetahuan ianya tetap diibaratkan seumpama tanah kosong yang terbiar begitu sahaja, oleh itu usaha untuk mengerjakannya perlulah dilakukan untuk mendatangkan hasil. Tidak ada istilah kerja untuk orang lain kerana jika kita bekerja makan gaji, jumlah gaji tersebut ditentukan oleh cara kita berkerja sendiri. Jumlah gaji itu juga bukanlah untuk orang lain. Begitu juga di dalam MLM, keuntungan runcit dan wang bonus yang diterima adalah untuk kita bukan untuk orang lain. Wang bonus kita dibayar oleh syarikat bukan diambil dari tajaan kita. Kebenaran sejak dari dahulu lagi membuktikan bahawa jika kita bekerja lebih dari yang dibayar, lama-kelamaan kita akan dibayar lebih dari yang kita kerjakan. Setiap pekerjaan merupakan cermin kepada orang yang mengerjakan. Contohnya jika pekerjaannya sempurna dan terbaik, orangnya berperibadi sempurna sebaliknya jika kerjanya perlahan, sikapnya menunjukkan dia seorang yang lembap, jika pekerjaannya sambil lewa, sikapnya juga sambil lewa. Jadi sebaik-baik pekerjaan ialah lebih baik dari yang dibayar. Misalnya majikan kita tidak melihat kesungguhan pekerjaan kita, orang lain akan melihat dan mengambil kita untuk dibayar lebih. Jika kita bekerja sendiri, kita mestilah melakukan lebih dari yang kita harapkan. Kita sebenarnya tidak'ditarik'oleh gaji dan pendapatan tetapi pekerjaan dan cara kita bekerja'menolak' kita ke arah gaji atau pendapatan. Tidak ada sesiapapun yang akan berjaya di dalam pekerjaan atau perniagaan jika merasa tertekan dan terpaksa dalam melakukannya. http://www.mydesquera.com <http://www.mydesquera.com> Oleh itu kita hendaklah menyukai pekerjaayan kita demi menjamin kejayaan...dan untuk menjamin kejayaan; -Kita mestilah melakukan pekerjaan atau perniagaan yang benar-benar kita minati. -Kita hendaklah menukar sikap kita terhadap kerja,lihatlah dari sudut kebaikan dan positif. -Berhenti menganggap kerja adalah rutin, sebaliknya menganggap sebagai tugas penting. -Anggap setiap hari adalah hari yang baru, ini membolehkan anda melupakan kerja anda sebagai rutin sebaliknya akan menganggapnya sebagai tugas istimewa. -Semasa bekerja, sentiasalah berusaha untuk lebih baik dari semalam supaya kerja anda makin hari makin cemerlang. Satu rahsia penting dalam pekerjaan ialah kita boleh menjadikan diri kita sibuk tetapi bukan sebagai penyibuk. Caranya mudah sahaja, setelah hampir menyelesaikan sesuatu pekerjaan, kita mesti sudah merancang pekerjaan atau projek berikutnya. Pekerjaan yang berterusan sama sekali tidak akan merosakkan fikiran dan badan, ia sebenarnya keperluan fikiran dan fizikal iaitu sentiasa memerlukan cabaran baru. http://www.mydesquera.com <http://www.mydesquera.com> [Non-text portions of this message have been removed]

