http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_06.htm

Pasangan berzina diarak bogel keliling kampung

BANDA ACEH 8 April - Seorang guru bersama kekasihnya yang merupakan isteri 
orang, diarak bogel mengelilingi kampung mereka setelah didapati berzina 
sebelum dipukul oleh penduduk dan kini berdepan dengan hukuman sebat di 
khalayak umum.

Guru itu yang hanya dikenali sebagai Bus, berusia 36 tahun ditangkap semasa 
mengadakan hubungan seks dengan seorang suri rumah Yus, 28, di Aceh oleh 
penduduk kampung.

"Penduduk kampung menyerbu rumah wanita itu dan mendapati mereka sedang 
berdua-duaan,'' kata pegawai penguatkuasa Syariah Aceh Barat, Teuku Abdurrazak.

"Mereka kemudiannya ditarik keluar dan diarak berbogel keliling kampung, diikat 
di sebatang tiang dan dipukul menggunakan kayu serta tangan mereka sehingga 
menjadi hitam dan biru.

"Penduduk kampung sangat marah... jika polis lambat tiba di tempat kejadian, 
pasangan itu mungkin mati,'' kata Abdurrazak.

Menurutnya lagi, pasangan itu kini berhadapan hukuman sembilan sebatan jika 
didapati bersalah berzina.

Aceh melaksanakan sebahagian undang-undang Syariah pada 2001 sebagai sebahagian 
daripada pakej autonomi dari Jakarta bertujuan untuk menghapuskan sentimen puak 
pemisah. - AFP


[Non-text portions of this message have been removed]

Reply via email to