ibnu ali...awak neh siapa nak menyuruh orang lain supaya bertaubat kat Mekah 
sedangkan dari segi gaya awak bercakap tuh pon boleh tahu awak neh seorang yg 
angkuh dan tiada perasaan rendah diri...menghina orang lain...cuba awak sendiri 
pergi kat mekah dan bercakap macam tuh dan lihat hasilnya...sedangkan 
Rasullulah dihadiahkan syurga pon masih lagi berendah diri....kot iyapon tak 
suke Tun tak payah lah nak menghina...cuba belajar dr Rasullulah...even 
Rasulullah dihina oleh Yahudi buta pon masih lagi menyuapkan nasi kat Yahudi 
buta itu...mcm neh nak suruh saya masuk PAS even yg basic mengenai akhlak orang 
Islam pon awak tak tahu...baik saya belajar dr Al-Quran dan Hadis....sbb saya 
neh pon masih lagi kekurangan pemahaman mengenai Islam walaupon dilahirkan 
berketurunan Islam...tak perlu masuk PAS pon saya yang wajib memahami agama 
Islam itu sendiri....tgk mcm Tun tuh peruntukan rm600 juta diberi kepada negeri 
kelantan...sbb die tahu tanggungjawab die kepada rakyat malaysia...lgpon duit 
tuh pon duit rakyat bukan rakyat kelantan jer tp negeri2 lain jugak tak kira 
ape parti pon korang masih lagi rakyat malaysia.....kalau betullah Tun tuh tak 
jujur dah lame Malaysia neh mundur....pembangkang menang pon sbb Tun yg beri 
ceramah....kalau Tun bagi ceramah mmg bergegar laa...even di era antarabangsa 
orang putih dan yahudi pon terasa gegarannya termasuk orang2 Arab.....hanya 
orang Melayu yg tidak bijak sahaja yg tak tahu nk menggunakan hak 
keistimewaannya dan membiarkan sahaja hak keistemewaannya dibazirkan....tak 
pandai menggunakan peluang langsung....tgk negara Arab yg jaga negeri tuh pon 
orang Arab...negara China orang china gak....Malaysia neh hak die orang 
melayu.....Yg mentadbir negara neh dulu adalah orang melayu....kalau ade pon 
orang asli tp siapa dulu yg mentadbir dan bagus dr segi perdagangan dan 
menjadikan negara neh maju....kaum lain2 hidup aman dan kaya pon di bawah 
pentadbiran orang Melayu.....tanpa kaum lain pon kita mmg dah maju dr segi 
perniagaan.....tp kita sharing sbb orang melayu neh sikap die 
bertolenrasi....lemah lembut...menghormati tetamu.....hasil sentuhan agama 
Islam yg mengajar kita berlemah lembut...sbb tuh laa negara neh 
diberkati....negara kita jer yg slalu membantu negara2 lain yg ditimpa 
musibah...negara kita tak pernah pon menerima bantuan dr negara2 lain....tak 
pelik tuh.....negara kita juga jauh dr gunung berapi...gempa bumi...puting 
beliung....tp saya tak mahu orang melayu sahaja saya lebih suka orang melayu yg 
beragama Islam dan beriman yg sgt memahami Islam itu....DEB tuh dilaksanakan 
pon kaum2 lain leh jd kaya...bagaimana kalau tak dilaksanakan.....orang Melayu 
yg bijak die berusaha seperti kaum2 lain but at the same time die menggunakan 
hak keistimewaannya....politik itu boleh jadi kotor bile orang yg 
mengotorkannya....Islam itu seimbang dlm semua perkara......orang Islam yg 
jujur die menempa kejayaan seperti yg dijanjikan oleh Tuhan yg adil....kenapa 
Tun semasa pentadbirannya die menempa kejayaan......2/3 dan tidak pernah 
gagal.....cuma di bawah pentadbiran Abdullah jer jadi huru-hara...kena tanya 
Abdullah itu sendiri kenapa gagal 2/3.....



-----------------{@



To: hidayahnet@yahoogroups.com
From:
Date: Wed, 14 May 2008 21:19:32 -0700
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Laporan polis oleh pemimpin UMNO 
terhadap Karpal hanyalah hipokrit!!




















                 Saudara tak perlulah terlalu emosi demi mempertahankan 
Mahathir. Saya terbaca dalam sebuah akhbar satu rencana yang saya tak berapa 
ingat dah tajuk dan penulisnya (sibuk sikit untuk menyemaknya) tapi penulisnya 
sebut beliau catatkan apa yang diperkatakan oleh bekas salah seorang setiausaha 
Mahathir yang meletakkan segala apa yang dihadapi oleh orang Melayu/Islam hari 
ini adalah  semuanya  berpunca dari Mahathir. Dollah  hanya pelengkapnya saja 
dan mungkin kalau di Indonesia sama seperti ?B.J. Habibi. Ramai berpendapat BJ 
Habibi seorang yang cukup berpotensi sebagai Presiden Indonesia tapi kebencian 
rakyat kepada Presiden sebelumnya yang mendukong ?parti yang sama  (tak 
perlulah nak sebut) menyebabkan dia tidak dapat bertahan lama.

     Samada apa yang
 Mahathir lakukan ibadah atau tidak tunggulah segalanya didedahkan di mahkamah 
suatu hari nanti jika ditakdirkan BN tidak berkuasa lagi. Mungkin dia perlu 
dibicarakan di dua mahkamah iaitu Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. 
Jika kesalahan nya terbukti kelak saya bukanlah mahu dia masuk penjara (tak 
taulah orang lain terutama yang pernah menjadi mangsanya) tapi sekadar biarlah 
seluruh rakyat tahu mengenainya dan UMNO!! Bagaimana pun saya bukanlah 
menafikan langsung akan terdapatnya kebaikan yang dilakukan Mahathir dan UMNO!! 
Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal

--- On Sun, 5/11/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Laporan polis oleh pemimpin UMNO 
terhadap Karpal hanyalah hipokrit!!
To: "Ikhwanul Muslimun"
 <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Sunday, May 11, 2008, 3:51 AM








            Wahai Abnu Ali, Kamu ni siapa?     UMNO memang mempertahankan 
kedaulatan:  1.Raja Raja Melayu,   2.Ugama Islam sebagai agama resmi negara  
3.Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan  4.Kedudukan istimewa Melayu  
5.Kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan nasional.     Kalau Maharhir terus 
berjuang, itu bermakna dia melakukan ibadat. (BUKAN MACAM KAMU ,YANG SARAT 
DENGAN BENCI DAN DENDAM!)     Tahniah, kepada MB Perak, kerana telah baritahu 
Karpal, bahawa negeri ini negeri Melayu.
                                                                                
                                            Melayu masih sayang dan hormatkan 
Raja mereka.UMNO mempertahankan Raja dan seterus mempertahankan kedaulatan 
Melayu dalam negara ini.Bukan macam kamu!

[EMAIL PROTECTED] com,
 UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@ .SYNTAX-ERROR. wrote:              Aswt,
     Marah sungguh pemimpin UMNO atas sikap Karpal mempertikai campur tangan 
istana keatas pertukaran Pengarah JAIP lantas membuat beberapa laporan polis. 
Mereka menuduh Karpal menderhaka kepada institusi Raja. Tindakan mereka ini 
hanyalah untuk menutup perbuatan mereka yang angkuh terhadap istana bahkan 
terhadap Istana Negara sejak berpuluh tahun!! Isu angkuhnya kepimpinan UMNO 
yang paling ketara seperti
 yang kita tahu berlaku sejak di zaman Mahathir lagi. Ketika itu demonstrasi 
yang tidak ada permit menjadi budaya UMNO yang dianggap sah kerana dilakukan 
UMNO yang menguasai kerajaan Malaysia. Di Kelantan bukan sekadar mencabar kuasa 
Raja bahkan UMNO Kelantan yang disokong kuat UMNO pusat mahu menabal Raja yang 
baru. Cuma baru-baru ini saja bila tidak dapat menepis tuntutan parti 
pembangkang yang mempertikai tentang perjalanan pilihanraya yang terdapat 
unsur-unsur penipuan dan pelbagai isu rakyat yang lain maka demonstrasi 
dianggap bukan lagi budaya kita.  Saya cadangkan agar TV3 tayangkan semula siri 
demonstrasi arahan Mahathir dan kuncu-kuncu nya agar semua rakyat dapat tonton. 
Beranikah TV3 lakukannya??
    MB Perak tidak perlu kecewa dengan apa yang berlaku kerana PM Abdullah pun 
baru-baru ini berulang alik ke Istana Negara kerana cuba membantah perlantikan 
Ahmad Said sebagai MB Terangganu tapi
 tidak ada pula
 laporan Polis dibuat terhadap PM kita itu!! Bahkan akhbar-akhbar arus perdana 
lantang mempertikai campur tangan istana Terengganu dan nampak lebih menyokong 
kehendak Abdullah.
    Cukup-cukuplah wahai pemimpin UMNO tembelang anda telah pun terdedah kepada 
rakyat dan rakyat telah pun sampaikan mesej itu dalam pilihanraya lepas. 
Hentikanlah sikap talam dua muka atau bermuka-muka anda itu!! Mahathir pula 
usahlah berlagak nak jadi hero tua. Tun kena sedarl lah diri!!  Dengan wang Tun 
yang banyak eloklah Tun bawa tikar bantal dan pergi buat ibadah banyak-banyak 
kat Tanah Suci Mekah sana. Tinggallah kat hotel ? Mecca International sebelah 
Masjidil Haram dan mohonlah keampunan dari Allah swt. tapi eloklah pergi ke 
Memali dulu sebelum bertolak ke Mekah. Allah tidak akan ampun dosa seseorang 
selagi manusia yang dizalimi tidak ampun dosanya terlebih dulu.  Wallahua'lam.

ibnuAli
kota
 jembal


 Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.


      Be a better friend, newshound, and
know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.






























_________________________________________________________________
Manage multiple email accounts with Windows Live Mail effortlessly.
http://www.get.live.com/wl/all

Kirim email ke