A'skum,
Bila ku membaca kata-kata diantara kamu semua...masing-masing mempertahankan 
apa yang dibicarakan...
Bagus...diucapkan....Itu laaa dinamakan mempertahankan perjuangan..... 
Walaubagaimanapun...jangan laaa sesekali mengeji/mengupat/mengutuk diantara 
sesama umat Islam..... Setiap kemenangan dengan memperjuangkan  mmg dari dulu 
ketika zaman Rasullullaah. Perjuangan nya untuk meneggakan ISLAM dimata dunia. 
ISLAM tersebar diseluruh dunia. Tetapi selepas wafatnya Rasullullaah..ketika 
itulah...umatnya mengejar pangkat/darjat semata mata untuk menjadi pemimpin. 
Jika kamu ingat wafatnya Saidina Hussein...bagaimana cara kematianya...di 
Peperangan Karbala.
Jangan laa ianya menjadi kembali didunia Islam..terutama Negeri kita 
Malaysia...Mengejar sesuatu dengan cara kekejaman... ianya termasuk juga 
mengeji/mengupat/mengutuk sesama umat untuk menjadi pemimpin.Jika kamu fikir 
pemimpin mu seorang fanatik/kejam terhadap rakyatnya:- 
Kebuluran;Pembunuh;Hartamu Hartaku, maka boleh laaa dikatakan beliau tidak 
layak menjadi pemimpin...
Adakah pemimpin yang sediada memberi kesan Negatif terhadap rakyatnya...Sama 
sekali TIDAK.
Tetapi ada org yang gilakan kuasa..maka terjerebaklaaa perkara 
memfitnah/menghina/mengutuk berlaku.
Sedia maklum manusia ini diberi sesuatu keistimewaan....NAFSU..
Setiap manusia mempunyai nafsu berbeza beza. Maka jangan laaa anggap semua 
orang mempunyai perangai yang sama walaupun ianya seorang ISLAM. Secara zahir 
nya kita nampak...dialaaa orang yang baik/warak tetapi adakah anda nampak 
perasaan batin nya. Tiada siapa yang mengetahui..hanya diri sendiri yang 
mengetahui segala nya....adakah ianya kebaikan untuk orang atau kepentingan 
diri. Nafsu yang dipenuhi dengan syaitan maka terjerebak laaa mereka kealam 
dunia neraka...Murtad/Membunuh dll.
Adakah seorang pemimpin itu perlu mengatasi NAFSU-NAFSU ini... Yang salah perlu 
dihukum.
Kesimpulan nya:
Yang penting seorang pemimpin..menjaga rakyatnya hidup dalam 
kesejahteraan/keharmonian/kesenangan dll yang memberi mafaat demi kebaikan.
Jika kamu fikir..pemimpin itu seorang Pembunuh/Mementingkan Diri Sendiri/Kejam 
dll yang mengakibatkan kebuluran....Maka ianya tidak layak menjadi seorang 
Pemimpin.
Janganlaaa kita...hanya seorang pengikut kepada seseorang yang gilakan 
kuasa..untuk kepentingan diri....Hormatilaaa kamu sesama umat ISLAM.... Yang 
baik kita teruskan atau diberbaki...Yang jahat kita abaikan. INSYAALLAH NEGARA 
KITA AKAN TETAP AMAN DAN DAMAI.



To: [EMAIL PROTECTED]: Date: Thu, 22 May 2008 17:44:32 -0700Subject: RE: Help 
Palestine [hidayahnet] Laporan polis oleh pemimpin UMNO terhadap Karpal 
hanyalah hipokrit!!









    Tak perlulah ?sdri mempertikai sapa saya!! Yang penting lihatlah kepada 
kebenaran bukan sapa yang perkatakan tentangnya jika kebenaran dan keredaan 
Allah yang dicari. Jika betul sdri katakan cukup dengan sdri mempelajari akhlak 
Islam dari al Quran dan Hadis baguslah tu!! Sememangnya itulah yang sepatutnya 
tapi sapa guru yang nak ajar al Quran dan Hadis untuk saudari fahami Islam itu 
dengan betul?? Sistem pendidikan yang ada hingga kehari ini tidak begitu kisah 
dengan aqidah Islam. Murtad menjadi-jadi sejak Mahathir berkuasa lagi bahkan 
saya difahamkan Mahathir sendiri pernah diminta oleh seorang Mufti agar 
bertaubat ditakuti beliau jatuh murtad. Kalau tak silap terdapat sebuah buku 
ditulis berjodol Mufti lawan Mahathir, elok juga sdri rujuk!!    Kata sdri 
negara kita diberkati sebab tidak ditimpa bencana!! Sebenarnya gejala murtad 
itu adalah satu bala bencana!! Kepada saya nagara kita masih dijauhkan dari 
bencana alam dibanding dengan negara lain kerana masih terdapat segolongan 
orang Islam yang menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan menentang 
kezaliman berdasarkan ajaran Islam. Lantaran itu Allah selamatkan kita semua. 
Tentang Cina jadi tuan negeri China, Arab jadi tuan negeri Arab dan Melayu lah 
patut jadi tuan kat Malaysia adakah ditetapkan dalam al Quran atau Hadis yang 
bangsa-bangsa tertentu mesti jadi tuan-tuan empunya mentadbir sesuatu negeri?? 
Alam ini milik Allah swt dan tidak pernah Nabi saw dan al Quran menyeru kita 
menegakkan ketuanan sesuatu bangsa!! Tak payah saya panjangkan lagi cerita. 
Cuma elok sdri renungi tulisan oleh Y Bhg Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti 
negeri Perlis dalam akhbar Mingguan Malaysia Ahad 18 Mei 2008 bertajuk 
"Sempitnya perkauman, luasnya prinsip Islam". Wallahua'lam.ibnuAlikota jembal 
--- On Mon, 5/19/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>Subject: RE: Help Palestine 
[hidayahnet] Laporan polis oleh pemimpin UMNO terhadap Karpal hanyalah 
hipokrit!!To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>Date: Monday, May 
19, 2008, 10:25 AM


ibnu ali...awak neh siapa nak menyuruh orang lain supaya bertaubat kat Mekah 
sedangkan dari segi gaya awak bercakap tuh pon boleh tahu awak neh seorang yg 
angkuh dan tiada perasaan rendah diri...menghina orang lain...cuba awak sendiri 
pergi kat mekah dan bercakap macam tuh dan lihat hasilnya...sedangka n 
Rasullulah dihadiahkan syurga pon masih lagi berendah diri....kot iyapon tak 
suke Tun tak payah lah nak menghina...cuba belajar dr Rasullulah.. .even 
Rasulullah dihina oleh Yahudi buta pon masih lagi menyuapkan nasi kat Yahudi 
buta itu...mcm neh nak suruh saya masuk PAS even yg basic mengenai akhlak orang 
Islam pon awak tak tahu...baik saya belajar dr Al-Quran dan Hadis....sbb saya 
neh pon masih lagi kekurangan pemahaman mengenai Islam walaupon dilahirkan 
berketurunan Islam...tak perlu masuk PAS pon saya yang wajib memahami agama 
Islam itu sendiri....tgk mcm Tun tuh peruntukan rm600 juta diberi kepada negeri 
kelantan...sbb die tahu tanggungjawab die kepada rakyat malaysia...lgpon duit 
tuh pon duit rakyat bukan rakyat kelantan jer tp negeri2 lain jugak tak kira 
ape parti pon korang masih lagi rakyat malaysia.... .kalau betullah Tun tuh tak 
jujur dah lame Malaysia neh mundur....pembangka ng menang pon sbb Tun yg beri 
ceramah....kalau Tun bagi ceramah mmg bergegar laa...even di era antarabangsa 
orang putih dan yahudi pon terasa gegarannya termasuk orang2 Arab.....hanya 
orang Melayu yg tidak bijak sahaja yg tak tahu nk menggunakan hak 
keistimewaannya dan membiarkan sahaja hak keistemewaannya dibazirkan.. ..tak 
pandai menggunakan peluang langsung.... tgk negara Arab yg jaga negeri tuh pon 
orang Arab...negara China orang china gak....Malaysia neh hak die orang 
melayu.....Yg mentadbir negara neh dulu adalah orang melayu....kalau ade pon 
orang asli tp siapa dulu yg mentadbir dan bagus dr segi perdagangan dan 
menjadikan negara neh maju....kaum lain2 hidup aman dan kaya pon di bawah 
pentadbiran orang Melayu.....tanpa kaum lain pon kita mmg dah maju dr segi 
perniagaan.. ...tp kita sharing sbb orang melayu neh sikap die bertolenrasi. 
...lemah lembut...menghormat i tetamu.....hasil sentuhan agama Islam yg 
mengajar kita berlemah lembut...sbb tuh laa negara neh diberkati... .negara 
kita jer yg slalu membantu negara2 lain yg ditimpa musibah...negara kita tak 
pernah pon menerima bantuan dr negara2 lain....tak pelik tuh.....negara kita 
juga jauh dr gunung berapi...gempa bumi...puting beliung....tp saya tak mahu 
orang melayu sahaja saya lebih suka orang melayu yg beragama Islam dan beriman 
yg sgt memahami Islam itu....DEB tuh dilaksanakan pon kaum2 lain leh jd 
kaya...bagaimana kalau tak dilaksanakan. ....orang Melayu yg bijak die berusaha 
seperti kaum2 lain but at the same time die menggunakan hak keistimewaannya. 
...politik itu boleh jadi kotor bile orang yg mengotorkannya. ...Islam itu 
seimbang dlm semua perkara..... .orang Islam yg jujur die menempa kejayaan 
seperti yg dijanjikan oleh Tuhan yg adil....kenapa Tun semasa pentadbirannya 
die menempa kejayaan.... ..2/3 dan tidak pernah gagal.....cuma di bawah 
pentadbiran Abdullah jer jadi huru-hara... kena tanya Abdullah itu sendiri 
kenapa gagal 2/3.....
------------ -----{@



To: [EMAIL PROTECTED] ups.comFrom: Date: Wed, 14 May 2008 21:19:32 
-0700Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Laporan polis oleh pemimpin UMNO 
terhadap Karpal hanyalah hipokrit!!






     Saudara tak perlulah terlalu emosi demi mempertahankan Mahathir. Saya 
terbaca dalam sebuah akhbar satu rencana yang saya tak berapa ingat dah tajuk 
dan penulisnya (sibuk sikit untuk menyemaknya) tapi penulisnya sebut beliau 
catatkan apa yang diperkatakan oleh bekas salah seorang setiausaha Mahathir 
yang meletakkan segala apa yang dihadapi oleh orang Melayu/Islam hari ini 
adalah  semuanya  berpunca dari Mahathir. Dollah  hanya pelengkapnya saja dan 
mungkin kalau di Indonesia sama seperti ?B.J. Habibi. Ramai berpendapat BJ 
Habibi seorang yang cukup berpotensi sebagai Presiden Indonesia tapi kebencian 
rakyat kepada Presiden sebelumnya yang mendukong ?parti yang sama  (tak 
perlulah nak sebut) menyebabkan dia tidak dapat bertahan lama.          Samada 
apa yang Mahathir lakukan ibadah atau tidak tunggulah segalanya didedahkan di 
mahkamah suatu hari nanti jika ditakdirkan BN tidak berkuasa lagi. Mungkin dia 
perlu dibicarakan di dua mahkamah iaitu Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah 
Syariah. Jika kesalahan nya terbukti kelak saya bukanlah mahu dia masuk penjara 
(tak taulah orang lain terutama yang pernah menjadi mangsanya) tapi sekadar 
biarlah seluruh rakyat tahu mengenainya dan UMNO!! Bagaimana pun saya bukanlah 
menafikan langsung akan terdapatnya kebaikan yang dilakukan Mahathir dan UMNO!! 
Wallahua'lam.ibnuAlikota jembal--- On Sun, 5/11/08, [EMAIL PROTECTED] com 
<[EMAIL PROTECTED] com> wrote:
From: [EMAIL PROTECTED] com <[EMAIL PROTECTED] com>Subject: Re: Help Palestine 
[hidayahnet] Laporan polis oleh pemimpin UMNO terhadap Karpal hanyalah 
hipokrit!!To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com>Date: Sunday, May 
11, 2008, 3:51 AM


Wahai Abnu Ali, Kamu ni siapa?

UMNO memang mempertahankan kedaulatan:
1.Raja Raja Melayu,
2.Ugama Islam sebagai agama resmi negara
3.Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
4.Kedudukan istimewa Melayu
5.Kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan nasional.

Kalau Maharhir terus berjuang, itu bermakna dia melakukan ibadat. (BUKAN MACAM 
KAMU ,YANG SARAT DENGAN BENCI DAN DENDAM!)

Tahniah, kepada MB Perak, kerana telah baritahu Karpal, bahawa negeri ini 
negeri Melayu.
                                                                                
                                           Melayu masih sayang dan hormatkan 
Raja mereka.UMNO mempertahankan Raja dan seterus mempertahankan kedaulatan 
Melayu dalam negara ini.Bukan macam kamu!
[EMAIL PROTECTED] com, UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@ .SYNTAX-ERROR. wrote:






Aswt,     Marah sungguh pemimpin UMNO atas sikap Karpal mempertikai campur 
tangan istana keatas pertukaran Pengarah JAIP lantas membuat beberapa laporan 
polis. Mereka menuduh Karpal menderhaka kepada institusi Raja. Tindakan mereka 
ini hanyalah untuk menutup perbuatan mereka yang angkuh terhadap istana bahkan 
terhadap Istana Negara sejak berpuluh tahun!! Isu angkuhnya kepimpinan UMNO 
yang paling ketara seperti yang kita tahu berlaku sejak di zaman Mahathir lagi. 
Ketika itu demonstrasi yang tidak ada permit menjadi budaya UMNO yang dianggap 
sah kerana dilakukan UMNO yang menguasai kerajaan Malaysia. Di Kelantan bukan 
sekadar mencabar kuasa Raja bahkan UMNO Kelantan yang disokong kuat UMNO pusat 
mahu menabal Raja yang baru. Cuma baru-baru ini saja bila tidak dapat menepis 
tuntutan parti pembangkang yang mempertikai tentang perjalanan pilihanraya yang 
terdapat unsur-unsur penipuan dan pelbagai isu rakyat yang lain maka 
demonstrasi dianggap bukan lagi budaya kita.  Saya cadangkan agar TV3 tayangkan 
semula siri demonstrasi arahan Mahathir dan kuncu-kuncu nya agar semua rakyat 
dapat tonton. Beranikah TV3 lakukannya??     MB Perak tidak perlu kecewa dengan 
apa yang berlaku kerana PM Abdullah pun baru-baru ini berulang alik ke Istana 
Negara kerana cuba membantah perlantikan Ahmad Said sebagai MB Terangganu tapi 
tidak ada pula laporan Polis dibuat terhadap PM kita itu!! Bahkan akhbar-akhbar 
arus perdana lantang mempertikai campur tangan istana Terengganu dan nampak 
lebih menyokong kehendak Abdullah.     Cukup-cukuplah wahai pemimpin UMNO 
tembelang anda telah pun terdedah kepada rakyat dan rakyat telah pun sampaikan 
mesej itu dalam pilihanraya lepas. Hentikanlah sikap talam dua muka atau 
bermuka-muka anda itu!! Mahathir pula usahlah berlagak nak jadi hero tua. Tun 
kena sedarl lah diri!!  Dengan wang Tun yang banyak eloklah Tun bawa tikar 
bantal dan pergi buat ibadah banyak-banyak kat Tanah Suci Mekah sana. 
Tinggallah kat hotel ? Mecca International sebelah Masjidil Haram dan mohonlah 
keampunan dari Allah swt. tapi eloklah pergi ke Memali dulu sebelum bertolak ke 
Mekah. Allah tidak akan ampun dosa seseorang selagi manusia yang dizalimi tidak 
ampun dosanya terlebih dulu.  Wallahua'lam.ibnuAlikota jembal

Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.


Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.

Share your beautiful moments with Photo Gallery. Windows Live Photo Gallery






_________________________________________________________________
Easily publish your photos to your Spaces with Photo Gallery.
http://get.live.com/photogallery/overview

Kirim email ke